23 Januari 2012
Isu KUIN : GAMIS Sedia Jadi Orang Tengah Bantu Penyelesaian
Kuala Lumpur, 22 Jan : Isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah terus mendapat perhatian dan respon pelbagai pihak setelah kemelut isu berkenaan semakin panas diperbualkan.
Lima mahasiswa KUIN tahun lalu telah digantung pengajian dan didenda akibat menganjurkan satu himpunan mahasiswa di kampus berkenaan.
Mahasiswa tersebut ialah, Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Manakala seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin diberi surat amaran dan didenda RM100.
Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikanucapan di hadapan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubungbantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
GAMIS sedia jadi ‘orang tengah’
Berhubung isu ini, sebuah NGO, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha untuk memansuhkan AUKU dan GAMIS dengan jelas membantah mana-mana tindakan yang menzalimi mahasiswa tanpa mengira parti politik.
“GAMIS desak agar pihak kerajaan negeri Kedah untuk campur tangan berhubung isu ini.
“Demi memastikan hak mahasiswa dibela, GAMIS bersedia menjadi ‘orang tengah’ untuk menjernihkan konflik yang timbul di antara mahasiswa dan pentadbiran KUIN.”, ujar wakilnya dalam satu kenyataan.
GAMIS dalam pada itu juga berharap pihak Pakatan Rakyat seharusnya mempunyai keazaman politik yang jelas berhubung isu AUKU sama ada mahu kekalkan ataumansuhkan AUKU.
“GAMIS meletakkan harapan agar isu ini dapat diselesaikan dengan mengambil kira hak dan keadilan ke atas kedua-dua pihak.”, tambah kenyataan terbabit lagi. - GZDaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan