25 Ogos 2012

Gambar Eksklusif Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.


Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha


Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Posted by Ainie Hayaty

HOT!!!!!! BN Bungkus Kali Ini , "GELOMBANG PLUS " sambungan Tsunami 2008

“Bagi saya BN habis kali ini!” jawabnya ringkas dengan muka berkerut. “BN akan tumbang.



Gelombang Plus nama yang diberikan kepada kebangkitan gelombang yang meranapkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu masih wujud dan terus bergerak. Malahan pergerakan gelombang ini makin kencang dan lebih ganas berbanding dengan kelajuan dan pergerakannya tahun 2008. Demikian menurut salah seorang terlibat dalam membuat kajian mengenai kedudukan Umno dan BN menjelang pilihan raya ke-12 lalu.

Kewujudan gelombang ini baru saya ketahui semalam apabila secara tidak sengaja salah seorang master mind yang terlibat dalam membuat kajian mengenai pencapaian UBN dalam pilihan raya umum ke 12 menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuan spontan dengan orang berkenaan di majlis rumah terbuka aidifitri seorang kawan di Ampang malam tadi.

Menurut pengkaji itu merupakan seorang ahli akademik bertaraf Phd, satu pasukan pengkaji politik Umno telah membuat soal selidik terhadap lebih 2,700 orang koresponden dan mendapati kedudukan Umno ketika itu dalam bahaya. Sejajar itu Umno perlu bertindak selekas mungkin menangani permasalahan yang timbul untuk tidak menerima bahana dan musibah buruk.
Menurut pengkaji asal Kelantan itu kenapa kajian itu dinamakan Gelombang Plus kerana kebangkitan suatu wave yang merempuh UBN melalui jalur lebuh raya yang ada di negara ini. Gelombang itu menelusuri lebuh raya yang bermula bermula dari Johor melalui Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Perlis.

Gelombang itu tidak merempuh Pahang dan Terengganu kerana ia tidak dihubungkan oleh lebuh raya Plus – Utara Selatan.

Dalam kajian itu telah menyebut gelombang itu akan menuruti jalur lebuh raya itu bermakna mana-mana negeri yang terlibat dengan lebuh raya itu akan menghadapi masalah. Beliau tidak menyebut apakah punca menyebabkan berlakunya gelombang berkenaaan tetapi ia diyakini ada sangkut paut dengan kelemahan Abdullah Badawi sebagai perdana menteri dan juga campur tangan Mahathir Mohamad dalam membantu menumbangkan BN apabila bekas PM itu siang malam mengkritik pentadbiran Abdullah.

Kajian separuh sulit yang menelan belanja jutaan ringgit itu mencadangkan agar Umno memberi perhatian dan tindakan segera untuk menyelamatkan Umno jika ingin melihat Umno menang. Namun katanya malang kajian itu tidak diendahkan malah ia dipersendakan sebegitu rupa oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah yang menjadi big boss kepada PM berpejabat di tingkat 4.
Katanya Khairy mencampak begitu saja laporan itu dengan penuh kejengkilan.

“Siuppp……laporan itu dilempar oleh Khairy hingga terkena skrin slide selepas beliau membuahkan mulutnya dengan kata-kata .. “ini saja laporannya..”, cerita pengkaji berkenaan.

Tindakan sombong Khairy itu sangat-sangat dikesali oleh seluruh karyawan team kajian berkenaan. Ketidakpedulian Khairy dan Umno kepada laporan itu akhirnya menatijahkan empat buah negeri yang kebetulan dilangkahi lebuhraya itu runtuh dan terlepas ke tangan oposisi. Negeri-negeri itu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Perak bagaimana pun dirampas balik dengan cara paksa dan politik hanyir.

Tambah pengkaji itu lagi sebenarnya Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga ikut terkena bahana gelombang berkenaan tetapi ia dapat diselamatkan disaat-saat akhir. “Kita berjaya ‘bom’ negeri berkenaan di saat-saat akhir. Beliau tidak menyebut apakah erti dan maksud istilah ‘bom’ yang diguna pakai itu. Pihak-pihak tertentu di negeri berkenaan yang diberikan laporan berkenaan tanpa pengesahan dari Khairy berbuat sesuatu berdasarkan laporan itu.

Cerita pengkaji ini menarik sekali. Ditanya mengenai bagaimana kedudukan atau pun perkembangan gelombang berkenaan pada masa kini, sambil menjebehkan mulut dan menggeleng-gelengkan kepala berkata; gelombang itu sedang bergerak dan mara dengan cepat. Ia umpama bakteria yang sedang memakan tisu badan manusia.

“Bagi saya BN habis kali ini!” jawabnya ringkas dengan muka berkerut. “BN akan tumbang…. wave plus yang kami namakan itu sudah bergerak semakin jauh dan BN pula sudah kehilangan punca untuk mengawal dan menyekatnya..,”
tambahnya lagi serius.

Pengkajin itu yang mengakui pembaca blog Merah Tinta memberikan saya nombor telefonnya apabila saya minta dan akan berbual lagi untuk membedah dan membuat postmortem awal bagaimana BN akan tumbang dalam pilihan raya ke 13 nanti. Sebelum kami sekali lagi berjabat tangan untuk berpisah dia menyebut, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan susah untuk ditumbangkan, manakala Perak akan dapat dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat.

Saya cuba mengagahnya, barang kali Johor, Pahang dan Melaka akan kekal. Jawabnya berdasarkan kepada pegerakan wave plus Johor juga kini sedang tenat dilanda gelombang yang bermula di Johor itu. – MSO/Detik Daily

PANAS!!! GELORA SAHAM FGVH




Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.

Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.

Panas! Janji dicapati Dah puluh tahun habuk pun tarak......

Hak milik tanah: Khaled mahu MB Johor tepati janji

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri dirayu supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk.


Perasan tak...Kes tipu pengguna , berat bawang dan ubi kentang tak cukup

Bawang yang ditimbang tidak sama dengan berat yang dicatatkan, sepatutnya 5kg.

GEORGE TOWN - Seorang peniaga kedai runcit hari ini kesal apabila stok bawang besar, bawang putih dan ubi kentang yang diimport dari India tidak menepati timbangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ahmad Mohamad Nordin, 52, berkata sebelum ini kerajaan menetapkan kesemua barangan harga terkawal yang diimport perlu mempunyai sukatan 5 kilogram (kg) atau 10 kg, bagaimanapun mereka menerima stok dengan berat sekitar 3 kg hingga 4 kg sahaja.

“Kerajaan dah tetapkan kalau import sama ada 5 kg atau 10 kg. Tetapi depa tak ikut apa yang

telah ditetapkan. Ini memang tidak adil kepada kami sebagai peniaga,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Beliau berkata masalah ini telah dialami sejak enam bulan lepas dan peniaga lain turut mengalami masalah yang sama.

Ketika ditanya apakah alasan pemborong berhubung masalah ini Ahmad berkata pemborong bersikap lepas tangan dengan mengatakan tidak tahu-menahu hal tersebut kerana kesemua stok diimport dari negara luar dan mereka hanya menjualnya kepada peniaga.

Ahmad berkata masalah itu bukan kali pertama berlaku kerana sejak menjalankan perniagaan dari tahun 1955 kedai runcitnya kerap mengalami masalah yang sama.

“Apabila kita merungut dan buat report depa packing dengan berat yang betul.

Tapi lepas tu depa buat balik (mengurangkan berat barangan),” katanya.

Justeru itu, Ahmad meminta kerajaan memantau dan mengambil tindakan terhadap sikap pengimport yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

Sementara itu adik Ahmad, Mohamad Ali Mohamad Nordin berkata sekiranya masalah itu berlarutan pengguna akan mengalami kerugian memandangkan ada kemungkinan peniaga terpaksa menjual dengan harga yang tinggi.

“Dahulu bawang besar 10 kg depa (pengimport) dapat untung RM2. Sekarang depa dah pandai kalau bawang 10 kg tu depa paketkan menjadi 3 kg lebih setiap paket depa boleh untung RM4. Yang rugi sekarang pengguna,”
katanya.

24 Ogos 2012

Panas!!! Ini Dia SYAITAN NO.1 yang Mahathir dok meracau tu.....



Umi Hafilda antara golongan-golongan Syaitan yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai tukang fitnah yang tidak mengenal DOSA......

Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.

“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,
” katanya hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.


Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.


Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ ,saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.

BERITA GEMPAR!!! MUSA AMAN DIARAH CUTI, BN SABAH SEMAKIN GOYAH..?


Khabar terbaru ini datangnya dari sumber dalaman Umno-APCO sendiri.


Najib tidak ada pilihan lain selain menggantikan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dengan harapan Umno-APCO dan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang.

Sumber dalaman itu juga berkata rombakan itu akan melibatkan tidak kurang daripada jawatan tertinggi di Umno-APCO dan kerajaan negeri - kedua-duanya kini dipegang oleh Musa.

Kepimpinan Musa dikatakan dicabar oleh rakan-rakan dalam Umno-APCO sendiri secara terbuka.

Abang Musa, MP Kimanis yang juga Menteri Luar, Anifah Aman tidak mampu berbuat apa-apa dengan perkembangan terbaru ini.

Serangan terkini dan menyengat ini dipercayai ada kaitan dengan keluarnya pemimpin dari Umno-APCO berpengaruh MP Beaufort Lajim Ukin yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib memungkiri janji untuk menukar Musa, yang telah menjadi tertekan atas dakwaan pelbagai penyalahgunaan kuasa termasuk skandal melibatkan beratus-ratus juta ringgit dalam akaun bank di Switzerland.

Lajim, bersama-sama dengan MP Tuaran Wilfred Bumburing, bekas timbalan presiden Upko - salah satu parti komponen BN - telah sejak meninggalkan pakatan kebangsaan dan menyatakan sokongan terbuka mereka di belakang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Menurut orang dalaman, Najib dijangka bersetuju dengan idea menggantikan Musa sebagai ketua Umno-APCO Sabah.

Shafie Apdal, Naib Presiden Umno yang juga seorang menteri kanan persekutuan, akhirnya akan menggantikan Musa.



Bagaimanapun, sumber ini berkata, Musa akan diminta untuk mengambil cuti panjang dan membiarkan pemimpin kanan Umno-APCO Sabah mengambil alih sebagai ketua menteri sementara menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dua nama telah diapungkan untuk tugas itu - Hajiji Mohd Noor dari Tuaran atau Masidi Manjun dari Ranau.

Muslihatnya hanyalah untuk membuka jalan untuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga MP Semporna, Shafie Apdal untuk mengambil alih kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum.

Sementara itu Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia juga berhasrat menggantikan Musa sebagai pilihan menggantikan Musa sekiranya Shafie yang terpalit dengan skandal artis wanita Zahida Rafik belum selesai.

Perebutan Lajim-Musa


Shafie mempunyai ramai kawan dan warlords di kalangan BN Sabah dan mereka termasuk Lajim dan Bumburing, serta Timbalan Presiden PBS Maximus Ongkili dan presiden LDP Datuk Liew Vui Keong, kedua-duanya berkhidmat dalam kerajaan persekutuan..

Beliau dijangka untuk memberikan maklumat lanjut mengenai tuduhan rasuah Musa dalam kerajaan sebagai modal kempen pilihan raya.

Tetapi Musa yang disokong kuat isteri Perdana Menteri sendiri Rosmah Mansor tidak akan mudah mengalah kerana walaupun Shafie berhasrat menggantikannya, dia masih mempunyai sokongan kuat dari Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan.

Shafie yang disokong Najib sendiri pula mengharapkan sokongan Presiden SAPP yang keluar BN beberapa bulan selepas pilihanraya umum ke 12 lalu, Yong Teck Lee yang dikatakan menjadi mata dan telinga Anwar setakat ini.


Perebutan jawatan Ketua Menteri sebenarnya bukan antara Musa-Shafie tetapi Musa-Lajim kerana kedudukan dan pengaruh Lajim sebagai orang kuat Umno-APCO di Pantai Barat negeri itu masih kuat walaupun menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) bulan lalu.

Pertembungan ini akan terus memberi petanda bahawa lanskap politik Sabah bakal berubah wajah tidak kira siapa pun yang menjadi bos nombor satu negeri.

Anwar juga masih mengharapkan kesemua parti pembangkang tempatan STAR dan SAPP berunding mengenai pembahagian kerusi pilihanraya dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN buat kali kedua sejak 1994.

Mansor nafi gelar Guan Eng 'Angkuh'.. itu kerja jahat UMNO katanya..


Kalau Dr.Mansor kata betulpun takpa...biasalah dalam mesyuarat PKR hentam DAP & PAS yang musykil minit mesyuarat biasanya tidak dimasukan perkara-perkara sensitif tersebut. Jadi ahli-ahli dan pemimpin Pakatan jangan ambil peduli perkara remeh macamtu....


Hari ini,Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.

Kenyataan penuh :

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa partinya tidak pernah menggambarkan Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sebagai "angkuh, sombong dan tokong" seperti yang difitnah dalam blog gelagatanwar.wordpress.com.

Malah, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, "tidak ada Mesyuarat Strategik Parti sepertimana yang dilaporkan" dalam blog anti Pakatan Rakyat itu.

"Apa yang didakwa sebagai Mesyuarat Strategik Parti sebenarnya adalah suatu perjumpaan antara sekumpulan ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, iaitu saya...jadi tidak ada minit untuk mesyuarat itu.

"Yang pasti, perjumpaan ini telah dirakam dan kemudiannya diposkan dalam blog anti-PR (Pakatan Rakyat) dengan niat jahat untuk pertamanya merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihan raya.

"Keduanya, untuk mengeruhkan hubungan baik antara YAB Ketua Menteri dan saya," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Guan Eng di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Datuk Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (PKR).

Mansor yang juga Naib Presiden PKR turut menjelaskan semula mengenai kontroversi Guan Eng dituduh "angkuh, sombong dan tokong" semasa disoal balas oleh wartawan yang hadir.

"Pertama, saya kagum dengan kesungguhan dan kerja keras Y.A.B Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam usaha membawa kemajuan kepada negeri ini dan kebajikan serta kesejahteraan kehidupan rakyat Pulau Pinang.

"Saya menyokong penuh visi ini dan yakin dengan kepimpinan, kebolehan serta keupayaan YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam merealisasikan matlamat ini," jelas beliau.

Beliau bagaimanapun dilihat tidak pula merakamkan ucapan kemaafan secara terbuka kepada Guan Eng di sebalik kontrioversi tersebut.

Beliau berkata, beliau yakin bahawa hubungan PKR dan DAP serta hubungan beliau dengan Guan Eng akan lebih akrab di sebalik kontroversi yang dicetuskan oleh pihak anti-PR berkenaan.

Semalam, Kon Yeow menuntut Mansor memberi penjelasan mengenai kontriversi yang dilaporkan dalam sesawang Malaysiakini.com

Kes Bakar Awek : Balak Haprak Dah Kena Tahan Polis!



Susulan Kes Bakar Teman Wanita…Amir Dah Kena Tahan?


KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya. “Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.


Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Sabah Negeri Terkaya Tapi Apa BN Buat ?

“Janji Tidak Ditepati”, DAP beri kata dua buat Najib


KUALA LUMPUR 22 OGOS: Perdana Menteri Najib Razak diberi kata dua samada beliau akan memberi respon kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) “Janji Ditepati” atau bakal berhadapan dengan siri jelajah Pendengaran Awam di seluruh Sabah.

Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ini dibuat selepas lawatan kerja beliau ke negeri tersebut baru-baru ini.

“Jelajah Pendengaran Awam seluruh Sabah ini adalah untuk mengetahui samada janji-janji kerajaan BN telah dipenuhi ataupun sebaliknya.”

Menurutnya, idea jelajah siri Pendengaran Awam “Janji Ditepati” di Sabah ini lahir dari rasa tidak puas hati yang sangat meluas oleh rakyat Sabah sendiri di atas kegagalan kerajaan BN dalam mengotakan janji-janji yang ditabur kepada mereka sejak sekian lama memerintah.

Malah tambah Kit Siang, slogan “Janji Ditepati” telah menjadi bahan jenaka dikalangan rakyat Sabah.


Masalah PATI yang kritikal


Kit Siang berkata, “Salah satu isu paling kritikal dikalangan rakyat Sabah disebabkan oleh kegagalan empat dekad kerajaan BN sendiri untuk menepati janji mereka menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ia tidak dapat disangkal lagi.”

Rentetan perkara tersebut, beberapa siri perbincangan dan ceramahnya mendapati bahawa kebanyakan mereka yang hadir menyatakan rasa tidak yakin terhadap penubuhan RCI oleh Najib untuk menyelesaikan masalah PATI yang berlanjutan sejak empat dekad yang lalu.

Dalam lawatan kerjanya ke Sabah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor turun padang beramah mesra dan memberi ceramah di Kota Marudu, Kg Bavang Jamal di Kudat, Kg Masangkong di Matunggong, Ranau, Kepayang, Tawau dan Sandakan.

Royalti: kini giliran Sabah

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berkata bahawa isu royalti petroleum 5 peratus terbuka untuk dibincangkan secara terbuka.

Sehari sebelum itu Taib dilaporkan berkata bahawa negeri Sarawak akan membincangkan keperluan semakan semula royalti petroleum Sarawak dengan kerajaan persekutuan.

Mempersoalkan tindakan Musa, Kit Siang berkata baru dua minggu yang lalu Musa sendiri telah menolak cadangan dan tuntutan Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti dari 5 ke 20 peratus tetapi sekarang beliau mengubah pendirinnya pula.

“Ini semua berlaku antara lain atas usaha dan peranan Pakatan Rakyat yang membawa suara, aspirasi dan kuasa rakyat.”

Tetapi tanda tanya kedua yang timbul adakah sekadar “membuka ruang untuk dibincangkan” sudah memadai kerana rakyat Sabah mahupun Sarawak mahu kerajaan BN negeri menyokong tuntutan 20 peratus royalti yang diusulkan Pakatan Rakyat.

“Adakah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak akan melakukannya?”

Gejala ‘2C’ dan ‘2I’ yang membimbangkan

Dalam kehangatan isu royalti, masalah yang ditanggung rakyat Sabah masih banyak yang belum tuntas. Tema “Janji Ditepati” kata Kit Siang boleh dirujuk sebagai gejala 2C dan 2I.

“ 2C ialah jenayah dan rasuah (crime and corruption) dan 2I pula merujuk kepada PATI dan pengabaian infrastruktur (illegal immigrants and infrastructure neglect).

‘Gejala’ ini telah menyebabkan rakyat Sabah semakin terbelenggu dengan masalah yang tidak selesai sejak sekian lamanya BN memerintah.

Sabah negeri kaya tapi apa BN buat?

Antara perkara yang disentuh dalam pemerhatian Kit Siang ialah mengenai jaringan jalanraya.

Beliau mengklasifikasikan jaringan jalan dari Kota Belud ke Kota Marudu merupakan yang terburuk di Malaysia dengan keadaan yang sangat daif setelah bertahun-tahun lamanya.

“Ini merupakan perkara yang amat memalukan dimana Sabah yang bergabung dengan Malaysia 49 tahun lalu merupakan salah sebuah negeri terkaya di Malaysia.

“Selain itu, bukan sahaja di Kota Marudu malah di seluruh negeri, masih wujud banyak kontroversi melibatkan tanah NCR yang membuktikan kerajaan BN gagal menghayati slogan “Janji Ditepati” mereka.” tambahnya.

Lain pula yang berlaku di Kampung Bavang Jamal dimana paip air telah disediakan sejak 1986 tetapi tanpa mempunyai bekalan air selama 26 tahun kata beliau.

Kit Siang dalam kenyataannya juga memperkatakan mengenai pengabaian industri pelancongan yang berlaku sejak Tan Sri Chong Kah Keat menjadi Ketua Menteri dan Menteri Pelancongn.

Tidak terhenti disitu, “Sekali lagi “Janji Ditepati” dikhianati apabila kerajaan BN gagal memulihara semula tanah lombong tembaga yang terbiar dengan sisa toksik berbahaya yang ditimggalkan Mamut Copper Mine (MCM) setelah untung RM3.4billion.”



Lagi menurutnya, wujud dakwaan serius penyalahgunaan kuasa melibatkan penggunaan tanah dan pengasingan terhadap masyarakat tempatan selepas MCM mengembalikan pajakan tanah kepada kerajaan negeri.

Menyentuh soal pembangunan di Sandakan, kerajaan BN juga gagal dalam janji mereka untuk menyediakan infrastruktur asas dengan baik seperti bekalan air, elektrik dan lebuh raya walhal Sandakan pernah menjadi pusat bandar utama di Sabah selama 62 tahun sehingga perang Dunia ke 2.

“Hari ini malangnya, Sandakan ketingalan dari Tawau, Miri dan juga Bintulu di Sarawak di mana ketiga-tiga Bandar ini mempunyai lapangan terbang tetapi tidak bagi Sandakan.

“Saya yakin, sekiranya kerajaan PR mengambil alih pentadbiran dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini, tidak ada masalah bagi dalam tempoh 100 hari kita meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan.” katanya.

23 Ogos 2012

Panas! Pendedahan Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor (Video)

RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia ( Kerajaan Pusat )dan diserahkan kepada Umno Selangor setiap tahun.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.


Panas!!! PKR siasat minit mesyuarat strategik bocor di blog Pro Amno/apco


EKSKLUSIF Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang
.-MK

Panas! Tengku Ibrahim Tegur Pusat Isu Royalti Minyak

Pusat perlu akur Akta Petroleum: Mampat

Isu Royalti Minyak


KUALA TERENGGANU – Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mempersoalkan sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak mahu akur terhadap Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata, perkara itu terbukti melalui tindakan pihak terlibat yang enggan membayar wang royalti secara terus kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan sehingga sekarang.

Beliau berkata, perkara itu tidak berlaku di Sabah dan Sarawak, sebaliknya berlaku di negeri yang dihuni kira-kira 96 peratus kaum Melayu dan beragama Islam.

“Apa sebab wang bayaran petroleum lima peratus bagi Sabah dan Sarawak dibayar atas nama wang royalti dan tidak wang ihsan? Saya pasti rakyat Terengganu dan Kelantan berhak tahu ‘double standard’ ini,”
katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.

Menyentuh perkara sama, beliau berkata, perkembangan berhubung pemberian royalti minyak Kelantan juga terus berlanjutan apabila kerajaan mahu menubuhkan Jawatankuasa Khas Bayaran Royalti Negeri-Negeri Pantai Timur bagi mengkaji bayaran tunai hasil petroleum sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi terhadap kedua negeri di Pantai Timur itu seolah-olah ada agenda tersendiri melalui penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Pengasas utama Akta Kemajuan Petroleum 1974 iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abas telah berkali-kali mengesahkan bahawa wang ‘tribute’ lima peratus adalah wang bayaran tunai atau royalti dan bukan wang ihsan.

“Apa lagi yang hendak dipertikaikan melainkan ada muslihat sulit yang tersirat dan tersurat di belakang tindak tanduk Kerajaan Persekutuan masa kini,” katanya.

Sementara itu, Tengku Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Negeri berhak memberitahu kepada umum mengenai penyelesaian yang dicapai selepas menarik balik saman royalti petroleum di mahkamah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya menyembunyikan perkara tersebut dan dengan menyifatkan sebagai sulit, sebagaimana jawapan pihak tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri sebelum ini.

“Saya berpendapat rakyat Terengganu berhak tahu apakah bentuk penyelesaian ‘sulit’ itu

sedangkan minyak petroleum di dasar lautan negeri Terengganu adalah kurniaan ALLAH SWT kepada rakyat negeri bertuah ini,” katanya.

Semasa pemerintahan Pas di Terengganu, Kerajaan Pas telah menyaman Petronas dan Kerajaan Pusat berhubung isu royalti minyak, bagaimanapun Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menarik balik saman tersebut tanpa penyelesaian direkodkan antara pihak tersebut dan Petronas baru-baru ini.

Panas!!! 'Geng Susu Kangkang' Dicekup


Padah geng sorok susu celah kangkang

Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.

"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.

Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran.

Panas....Malaysia Ada Negeri Penyangak!!!

Negeri Penyangak!


Semalam kami telah melaporkan mengenai perjuangan penentang ketidakadilan di negeri Sarawak yang telah bangkit mempertahankan tanah dan hak mereka dari diganggu oleh syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan yang tamak.

Mereka telah diugut kerana mereka didapati membantah tindakan syarikat perladangan yang telah merampas tanah mereka yang kemudiannya telah menerangkan kawasan NCR mereka itu.
Kini kami dapat melaporkan dengan lebih terperinci lagi mengenai penganiayaan ala-samseng yang dilakukan ke atas penduduk kampong sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami juga dapat mendedahkan identiti para pemilik syarikat-syarikat yang melakukan perampasan tanah-tanah, yang sebenarnya merupakan dua dari menteri-menteri kanan kepada Abdul Taib Mahmud dalam cabinet BN di Sarawak!

Taktik-taktik samseng – “Sama ada kamu terima wang kami atau kami ambil tanah kamu secara percuma”!

Para pemberita dari Sarawak Report telah menemubual beberapa orang penduduk di Melikin sejak kebelakangan ini untuk mengetahui apakah masalah sebenarnya yang membelengu mereka. Salah satu dari masalah itu adalah yang disebabkan oleh salah sebuah syarikat yang beroperasi di kawasan mereka, United Teamtrade Sdn Bhd. Syarikat United Teamtrade telah diberikan lesen menduduki sementara (provisional license) ke atas kawasan tanah NCR seluas 7,300 hektar.

Seperti kebiasaan pada kes-kes yang terdahulu, syarikat itu telah menganggap lesen menduduki sementara dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak itu sebagai hak mereka ke atas tanah-tanah NCR, dan bukannya sebagai hak untuk mengadakan rundingan dengan pemilik sah tanah-tanah NCR itu.

Menurut penduduk-penduduk kampong, yang tinggal kira-kira 60 batu dari Kuching dan juga bersebelahan dengan sempadan Indonesia itu, syarikat United Teamtrade telah cuba membuli mereka untuk menjualkan tanah pada harga sekecil RM300 untuk satu hektar!

Apabila orang-orang kampong enggan menyerahkan tanah pusaka dan kawasan hutan mereka pada kadar kurang dari sebulan gaji itu, mereka telah mengatakan bahawa pengurus syarikat telah membuli mereka dengan menyebut, “sama ada kamu ambil wang (kami) ini, atau kami akan ambil tanah-tanah kamu secara percuma”.

Pengurus itu seterusnya mengeluarkan lesen menduduki sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, sambil mengakui bahawa surat itu telah memberikannya hak ke atas tanah pusaka milik orang-orang kampong, yang merangkumi tanah perkuburan, dusun-dusun dan bekas tapak perkampungan.

Namun, orang-orang Melikin telah enggan tunduk kepada ugutan syarikat itu dan mereka kemudiannya mendapatkan bantuan guaman dari peguam PKR, YB See Chee How (yang juga merupakan seorang ADUN) ke mahkamah.



Pemberita kami dimaklumkan bahawa selepas itulah persengketaan antara orang-orang kampong dan syarikat berkenaan tercetus. Segerombolan samseng mulai kelihatan dan mengugut mereka. Samseng-samseng telah mendirikan sekatan laluan ke huma dan dusun-dusun mereka.

Ada juga di kalangan samseng-samseng datang ke halaman rumah panjang mereka dan memacakkan parangnya sambil memberi amaran bahawa musibah akan melanda perkampungan itu. Malah, pengurus syarikat itu sendiri mengatakan bahawa dirinya memiliki pistol untuk mengugut orang-orang kampong.

Dalam suatu lagi kejadian gangguan ala-samseng itu, salah seorang dari ketua kaum yang telah menentang kemaraan United Teamtrade dan syarikat-syarikat lain mencerobohi kawasan tersebut telah mendapati kenderaan barunya telah dibakar.

Michael Lung, yang berasal dari Kampung Tanah Mawang telah terjaga dari tidurnya dan mendapati trak Hilux barunya yang berharga RM76,000 telah terbakar di luar rumahnya. Dia percaya bahawa kerana dia merupakan salah seorang perancang penentangan yang melindungi 200 orang kampong yang menghadapi tekanan dari syarikat itu.

Apakah peranan YB BN mereka, Snowdan Donald Lawan?

Tindakan orang-orang kampong pada mulanya adalah melaporkan pencerobohan itu kepada pihak polis yang berhampiran. Mereka telah membuat banyak laporan mengenai pencerobohan itu.
Namun laporan mereka telah tidak dipedulikan oleh pihak polis. Polis di Sarawak lebih gemar menerima sogokan dengan merestui tindak-tanduk syarikat pembalakan dan perladangan yang rakus, dan bukannya menegakkan undang-undang untuk melindungi orang-orang yang teraniaya.
Setelah gagal mendapatkan perlindungan polis, mereka telah beralih kepada wakil rakyat di kawasan mereka untuk bantuan.

YB BN yang mereka rujuk adalah seorang YB jutawan, Snowdan Lawan yang bapanya merupakan kroni perdagangan kepada Abdul Taib Mahmud.Namun, menurut mereka, Snowdan telah memberikan alasan bahawa persengketaan mereka dengan pihak syarikat United Teamtrade itu ‘begitu rumit dan terlalu sensitif’ untuk dikendalikan! Justeru itu mereka terpaksa merujukkan kes itu kepada peguam dari PKR dan juga merupakan peguam hak asasi orang asal See Chee How, yang telah mengendalikan kes itu di mana mereka telah disumbatkan ke dalam lokap polis minggu lalu.

Terlalu sensitif?

Kenapakah perkara ini terlalu sensitif untuk dikendalikan oleh Snowdan Lawan dalam usahanya membantu meringankan kesengsaraan yang dihadapi orang-orang kampong menentang United Teamtrade?
Juga, kenapakah ianya bterlalu sensitif bagi Snowdan untuk menggesa pihak polis melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap para samseng yang mengugut dan menganiaya para pejuang dari kampong yang mempertahankan hak atas tanah-tanah NCR mereka?
Jawapan pada inkuiri ke atas pemilikan United Teamtrade Sdn Bhd ini amatlah mudah. Ianya amat menyerupai apa yang sedang berkembang di seluruh Sarawak di bawah pemerintahan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud selama 30.

Sebagai mana yang telah dilaporkan oleh Sarawak Report mengenai rampasan-rampasan tanah NCR terdahulu, syarikat WFM Development adalah sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Naroden Majais, salah seorang orang kanan Taib, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Usahawan di kabinet negeri Sarawak!


Mana kala, Awang Matusin Bin Awang Drahman adalah pembantu peribadi kepada YB BN Awang Tengah Bin Ali Hassan, seorang lagi orang kanan kepada Ketua Menteri Taib Mahmud! WFM telah terlibat dalam banyak angkara menipu pemilik-pemilik tanah NCR untuk memasuki usahasama yang bersabit dengan syarikat-syarikat yang direstui oleh BN seperti Hydroflow Sdn Bhd dan Indranika Sdn Bhd. Seperti yang pernah kami laporkan, kesemua syarikat itu dikendalikan dari pejabat-pejabat yang diuruskan oleh Naroden Majais sendiri dan juga para nomininya yang memegang saham-saham utama bagi pihaknya. Naroden pernah mengatakan bahawa rampasan tanah-tanah di Sarawak adalah ‘mitos’ semata-mata.

Namun kami pernah melaporkan bagaimana dia (selaku bekas seorang guru sekolah berkedudukan biasa) adalah pemegang utama saham dalam Peninsular Rise Sdn Bhd, salah sebuah syarikat yang menerima lesen pembalakan terbesar di Sarawak. Tambahan lagi, Naroden telah didakwa di mahkamah kerana didapati menipu orang-orang tempatan berkaitan rampasan tanah-tanah NCR. Dia dan isterinya yang merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Nirwana Muhibah Sdn Bhd, yang merampas 5,000 hektar tanak NCR dari penduduk Kampung Lebor di Serian dan kemudiannya menawarkan pampasan seminima RM700 sehektar!

Maka, Naroden Majais telah didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes itu
Maka, kita turut dikejutkan dengan satu lagi taktik penipuan yang sama yang dilakukannya menerusi syarikat United Teamtrade ke atas penduduk di Balai Ringin.

Dan adakah ini yang dikatakan ‘perkara yang sensitif’ untuk diselesaikan menurut Snowdan Lawan apabila penduduknya memintanya membantu mereka, kerana kedua-dua ‘samseng utama’ yang menganiaya penduduknya itu merupakan rakan-rakan seniornya dalam kabinet BN Sarawak?
Abdul Taib Mahmud telah membiarkan keluarga dan rakan-rakan politiknya meranapkan negeri Sarawak buat sekian lama semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri.

Para wira dari Melikin dan Balai Ringin dan di tempat-tempat lain di Sarawak kini sudah mulai bangun untuk mengajar para YB BN mereka bahawa ketamakan mereka itu akan memusnahkan mereka sendiri.

Isu Hudud: “Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?

Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud


TEMERLOH: PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

“Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.

Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya.

Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.

Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.

“Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.

"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina,” kata Tuan Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam."Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.
“Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.

Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan.

“Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya,” tegas Tuan Ibrahim.

“Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang,” tambah beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut.“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno.

“Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?

Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.

22 Ogos 2012

Puncak Niaga Rugi RM75.2 juta tapi Pengarah dibayar RM17.2j setahun

Proham gesa k'jaan siasat Puncak Niaga



Kumpulan hak asasi Proham menuntut kerajaan supaya menyiasat syarikat bekalan air Puncak Niaga ekoran laporan yang menyebut bahawa pengarah konsortium itu dibayar RM17.2 juta setahun walau syarikat itu mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM75.2 juta.

"Proham menuntut kerajaan persekutuan supaya menyiasat dan bertindak segera ke atas penyalahgunaan melampau – jika ada – dalam kes Puncak Niaga untuk membetulkan kesilapan demi kepentingan pengguna,"
kata setiausaha agungnya Datuk Denison Jayasooria dan anggotanya Tan Sri Ramon Navaratnam dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Puncak Niaga merupakan syarikat yang mendapat faedah hasil kepada langkah penswastaan bekalan air Selangor pada 2004 melalui anak syarikatnya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Proham juga menuntut supaya semua syarikat utiliti dikaji semula supaya syarikat yang mendapat faedah daripada projek penswastaan itu benar-benar memberi keuntungan kepada pengguna.

Dalam kenyataan itu, Proham menyatakan bahawa langkah penswastaan itu disasarkan untuk meningkatkan persaingan, kecekapan dan produktiviti dalam perkhidmatan air, namun usaha tersebut terus dihantui masalah di peringkat pelaksanaan dan penyampaian.

Dengan memetik kajian oleh ahli ekonomi KS Jomo dan Jeff Tan, Proham menyatakan bahawa langkah penswastaan tidak banyak meningkatkan persaingan dan kos kepada pengguna juga meningkat dengan tidak seimbang.

Proham juga menyebut bahawa langkah penswastaan kurang ketelusan dan kebertanggungjawaban sehingga membolehkan golongan yang mempunyai kepentingan politik dan hubungan yang baik akan meningkatkan kekayaan peribadi mereka.

"Proham mengakui bahawa penswastaan boleh berjaya sekiranya ia memenuhi hak asasi manusia dan kepentingan awam dan bukannya untuk ketamakan sendiri,
" kenyataan itu dipetik.

Ia menjelaskan bahawa air perlu dianggap sebagai keperluan hak asasi rakyat dan bukannya satu komoditi untuk mendapatk keuntungan.

"Dalam konteks ini, Proham menyeru kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula semua syarikat utiliti awam yang diswastakan dan membekal keperluan asas seperti air, elektrik, pengangkutan, dan perumahan untuk memastikan syarikat yang diswastakan ini memenuhi objektif asas dalam Garis Panduan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi."

Majalah Malaysian Business sebelum ini meletakkan Puncak Niaga di tangga ke-16 dalam senarai 50 pengarah yang menerima bayaran tertinggi, dengan memetik satu laporan tahunan yang menunjukkan salah seorang pengarah itu dibayar antara RM8.35 juta dan RM8.4 juta tahun lalu.

Identiti pengarah Puncak Niaga yang menerima bayaran tertinggi itu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

Komen: Ini kes kroni umno/bn yang tak reti berniaga, industri air hanya dimanapoli oleh satu syarikat tiada persaingan macamana boleh rugi....

Antara MCA dan Sinar Harian, sapa yang hangpa lebih percaya?



Sinar Harian melaporkan:
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.



"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. - Sinarharian.
Ingatkan 'ribut' sampai ke petang, rupa-rupanya 'seriat' ditengahari.
-SINARHARIAN

Malaysiakini pulak melaporkan:
Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.

Chong mendakwa, dalam temubual telefon dengan harian berbahasa Melayu tersebut, isu mengenai undang-undang hudud tidak dibangkitkan langsung.

"Mereka tidak pernah menyentuh tentang hudud, tidak dibangkit. Saya amat kecewa dengan laporan mereka," katanya ketika dihubungi.

Chong berkata beliau hanya memberi respon kepada cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya PAS bergabung dengan Umno di bawah BN.

Katanya, kenyataan beliau sangat jelas, iaitu mana-mana parti politik yang mahu menyertai BN memerlukan kelulusan kepimpinan tertinggi BN dan mereka mesti mematuhi perlembagaan BN dan semua kriteria yang ditetapkan oleh BN.

Beliau mengulangi bahawa partinya, termasuk di Kedah, menentang keras undang-undang hudud
. - MKini.

Pertama sekali kalau disuruh pilih yang mana satu aku nak percaya antara laporan Sinarharian dengan laporan Malaysiakini, aku tentu pilih laporan Sinarharian. Bukan maksud aku laporan Malaysiakini tak betul tapi aku tak percaya penafian Pengerusi MCA Kedah tu.

Pemimpin MCA ni bagi aku tak jauh bezanya dengan pemimpin Umno, tara Ust Jamil Khair pun tak berapa nak boleh percaya pasai terbukti sanggup gunakan duit zakat untuk kepentingan diri sendiri inikan pulak pemimpin MCA, tambah-tambah dalam keadaan nak menyelamatkan diri macam ni, 10-1 pun payah aku nak percaya.

Lagi pun aku percaya wartawan Sinarharian yang tulis laporan tu tak mengada-adakan cerita tu dan cuma melaporkan apa yang dia dengar sendiri dari mulut Pengerusi MCA Kedah tu. Takkan kut wartawan tu berani nak buat cerita palsu terutama sekali melibatkan rakan kongsi Umno yang berkuasa membatalkan permit akhbar.

Lain la kalau buat laporan tak betul berkenaan PAS, PKR atau DAP. Yang tu mungkin berlaku, tambah-tambah pulak kalau ada komplot dengan Umno atau tak mustahil MCA pun.

Kalau betul wartawan Sinarharian tu mereka-reka cerita, aku cabar Pengerusi MCA Kedah tu saman Sinarharian di mahkamah. Biar wartawan berkenaan bela diri di mahkamah dengan segala bukti dia.

Apa pun, walaupun Pengerusi MCA tu menafikan laporan Sinarharian tu, episod ni tetap boleh jadi peluru untuk Pakatan Rakyat. Laporan Malaysiakini tu jadi satu lagi bukti yang MCA jugak tak kurang taraf 'Harbi' berbanding DAP kalau ikut neraca Tok Guru Pondok pujaan Umno, Mufti Pahang, Ketua Ulama' Muda Umno dan mererka-mereka yang sewaktu dengannya.

Kalau mengundi DAP haram, dengan gunakan kaedah kias, mengundi MCA pun haram jugak. Jadinya dikerusi yang calon DAP lawan calon MCA secara 2 penjuru, pengundi yang berugama Islam haram keluar mengundi.

Jadinya, sefahan aku kalau ikut usul fiqh Umno dan PAS jugak mungkin berdosa sama pasai tak letak calon di kerusi-kerusi berkenaan. Boleh macam tu? Hahaha..
.

21 Ogos 2012

Kantoi! Lim Guan Eng Cabar Peguam Negara dakwa Khairy Akta Keterangan 114A

Khairy: Saya sedia didakwa di bawah 114A


Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.

Khairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan.

Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.


Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia yang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan.

Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut.

Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'.

Kantoi!!! Apek Lu lain kali jangan ikut Tun Ded... Lu ikut Soo Leek laa....?

Isu hudud: Sidang media khas MCA Kedah esok
ROSLINDA HASHIM-Sinar Harian 21 Ogos 2012

ALOR SETAR - Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew akan membuat penjelasan berhubung kenyataan beliau dalam Sinar Harian, yang disiarkan hari ini, berkaitan dengan hukum hudud.

Sidang media khas bagi memperjelas kekeliruan yang timbul itu akan diadakan di pejabat MCA Alor Setar, esok.

Menurut kenyataan dikeluarkanoleh Bahagian MCA Alor Setar, sidang media itu dijadual berlangsung jam 11 pagi ekoran kenyataan Itt Chew, yang dilihat berbeza seperti dilaporkan Sinar Harian dan laporan sebuah portalberita.

Itt Chew gagal dihubungi bagi mendapatkan kenyataan susulan berhubung isu berkenaan.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah menyokong hudud ekoran pelaksanaannya tidak melibatkan orang Islam, selain menyarankan agar Pas menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sebuah portal berita melaporkan, Itt Chew menafikan beliau membuat kenyataan seumpama itu dan menyifatkan ia telah disalah tafsir.


Panas...Khabar Mengerikan Buat Umno-APCO Dari Pahang!



Saya berada di Pahang beberapa hari raya ini. Disamping beraya, perbualan tetap berkisar pada politik. Kegilaan apa yang melanda Pahang?

Berapa kerusi pembangkang boleh menang? Mereka bertanya saya. Saya kata nanti dahulu. Saya akan tulis artikel khusus untuk Pahang.

Kali ini Pahang akan hilang lebih banyak kerusi DUN dan kerusi parlimen. Hampir semua pemimpin MCA akan kecundang. Taruhlah siapa pun.

Pemimpin Umno masih lagi menyandarkan optimism kepada kaji selidik mereka.Tapi bolehkah hasil kajiselidik ini dipercayai? Semua orang tahu, kaji selidik Umno ditambah 30%. Ertinya, kajiselidik Umno hanya 70% tepat.

Dalam bahasa mudah, jika kajiselidik Umno kata dia akan menang 100 kerusi parlimen, mereka akan menang 70 kerusi. Itu pun jumlah kerusi yang Umno akan menang kali ini.

Kenapa Najib lambat buat pilihanraya? Ramai orang lupa saya lama menjadi AJK Umno bahagian Pekan dan jadi ketua penerangan Umno bahagian. Najib lambat kerana dia tidak yakin dengan hasil kajian ejensi-ejensi yang diupah kerajaan. Kecuali dia sudah yakin, baharulah dia akan buat pilihanraya.

Takkan kita lupa, Najib ini bukan nya orang berani.

Sayang sekali, Najib tidak akan bertemu dengan kaji selidik yang dikemukakan oleh ejensi-ejensi kerajaan yang tepat. Lapuran wanita Umno sudah lama tidak dipercayai oleh presiden Umno. Dia tahu ketua wanita duduk di rumah dan pangkah atas nama nama pengundi sebagai penyokong Umno.

Itulah yang terjadi pada Najib dalam tahun 1999 cuma menang majoriti 241 undi. Semua lapuran kata boss ok. Akhirnya boss hampir KO.

Lapuran Pemuda dan Pemudi adalah catatan boy scouts dan pandu puteri. Main masak masak. lapuran mereka macam main main. Jadi bagaimana kepala presiden Umno tak pening.

Umno hendak dapat undi dari mana? Dari kaum Cina undi mereka sudah 80% kepihak pembangkang.
Dari golongan muda demikian juga 90% mirip pembangkang.

Dan Umno lupa, bahawa sokongan mereka yang memihak kepada pembangkang dalam tahun 2008 diransang oleh keyakinan. Dan sokongan yang berdiri diatas keyakinan sukar digoncang. Sebaliknya, sokongan yang di perolehi dengan cara merasuah dan membayar sogokan amat mudah terbalik.

Pemimpin Umno sedar hakikat ini yang masih bebal dan degil ialah pemimpin bawahan seperti ketua-ketua bahagian. MCA tidak lagi jadi pilihan utama kaum Cina. Jika orang Cina sudah menolak calon Cina, mengapa orang Melayu yang beragama Islam mahu menyokong mereka? Mereka kan orang kafir?

MCA pun kafir harbi. Bukankah Chua Soi Lek terang-terang menentang agama Islam dan Umno bacul bila Soi Lek berkata hanya MCA yang berani menentang hudud? Orang Umno takkan nak sokong hudud. Kita faham mengapa mereka bersikap demikian.

Jika disokong nanti ramai pula anggota kabinet yang tidak ada tangan datang bermesyuarat termasuklah yang terlibat dalam skendel pembelian kapal selam Scorpene dan lain-lain kelengkapan tentera. Ramai ahli kabinet hilang tangan sebab mereka terlibat dalam mengkhianati negara ini dengan menjual IC Malaysia. Ramai pemimpin Umno akan hilang tangan kerana menjual bumi Melayu ini.

Saya sedang memerhati pergolakan Pahang sekarang. MB yang ada mahu disingkirkan. Panglima kanan Najib sedang buat counter balance kepada Adnan Yaakob. Jika calon-calon half-past six dikekalkan, maka riwayat Umno akan singkat. Berilah rakyat pemimpin Melayu yang berkaliber. Jika tidak boleh, maka ketepi. PR akan ambil alih.

Apa yang Umno ada? Teriakan kosong pembela bansga Melayu, agama dan negara ada lah. Orang lain boleh buat lagi baik dari Umno. PR ada track record untuk menyokong pengistiharan mereka. Umno tak ada.

Rakan-rakan bertanya kepada saya, kenapa masuk DAP? Ini soalan yang berulang kali ditujukan kepada saya. Apalah yang hendak ditaksubkan sangat pada Umno? Tiga presiden Umno yang awal sahaja yang memelihara asas perjuangan orang Melayu. Mulai presiden ke-empat perjuangan Umno sudah berbeza.

Kepentingan Melayu yang di perjuangkan ialah kepentingan golongan elit dan Melayu terpilih. Mereka sedikit jumlah nya mengapa kita yang majority mahu tunduk kepada mereka. Jika presiden Umno tidak dengar keluhan orang melayu, kita gantikan mereka.

Ramai pemimpin Umno peringkat cawangan beritahu saya. Rumah pemuzik Alleycats terbakar Najib beri RM100 ribu. Kalau begitu, ayuh kita bakar rumah supaya Najib beri RM200 ribu.

Bukankah itu kekuatan Najib? Bayar sana dan bayar sini. Kera dihutan Najib susukan, anak dirumah, Najib biarkan.


- sakmongkol.blogspot.com

Panas! Pembunuh gagal membunuh diri

Adegan cemas di atas bumbung,BADAN Fi ditarik semula ke atas bumbung bangunan.

ZHANJIANG - Seorang wanita yang membunuh anak saudaranya diselamatkan oleh beberapa saudara, rakannya dan anggota penyelamat selepas dia mahu membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan di wilayah Guangdong, China pada 14 Ogos lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Wanita itu, Sheng Fi mengancam untuk terjun selepas dia mencampakkan seorang anak saudara lelakinya yang berusia empat tahun dari bangunan setinggi sembilan tingkat itu.

Fi melakukan perbuatan tersebut selepas dia bertengkar dengan ibu anak saudaranya itu.

Bagaimanapun, beberapa rakan, saudara dan anggota penyelamat sempat menarik kaki wanita tersebut bagi mengelaknya terjatuh.

"Dia mengaku mencampakkan anak saudara lelakinya dari bumbung yang sama.

"Wanita itu akan mati tetapi dia akan ditembak skuad penembak kerana melakukan pembunuhan," kata seorang jurucakap polis kepada media tempatan. - Agensi

Pulak!!! MCA Kedah Sokong Hudud

Datuk Chong Itt Chew

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.


"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.

Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.

"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat.

"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara,"
katanya.

Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR.

"Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.


Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama
pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud. -SH





Sambutan luar biasa meriah rumah terbuka Aidilfitri Pulau Pinang


PENANTI 21 OGOS: Meriah dan ceria! Begitulah keadaan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Rakyat Guar Perahu Penanti anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat yang sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Tetamu kehormat yang turut meraikan majlis rumah terbuka ini ialah Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Rahman Abbas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan isteri Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II Prof. Dr. P.Ramasamy.



Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 5 petang dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan agama. Selain menikmati pelbagai juadah tradisi dan istimewa Melayu seperti lemang, rendang, satay dan sebagainya, ‘angpow’ raya turut diberikan kepada stiap kanak-kanak yang hadir.

Pulau Pinang negeri prihatin, makmur dan sejahtera dibawah PR

Pada 9 Ogos sebelum Aidilfitri yang lalu, Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji (Minimum RM 600) kepada kakitangannya. Bonus RM300 juga turut diberikan kepada 10 orang Penyelia dan 1,391 Guru Kelas Aliran Fardu Ain (KAFA).

Bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit sejah mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Pulau Pinang sering digambarkan sebagai negeri yang ‘menindas Melayu’ oleh cybertropers dan pencacai UMNO-BN seolah-olah orang Melayu terhimpit dan hidup melarat.

Walaubagaimnapun, segala tomahan dan fitnah UMNO-BN tersebut jauh bercanggah dari fakta sebenar apabila orang Melayu dan seluruh rakyat negeri ini menikmati pelbagai insentif serta bantuan khidmat yang berkualiti dari kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Antara yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang melibatkan kebajikan dan kemajuan masyarakat Melayu dan agama Islam negeri ini ialah peruntukan sebanyak RM64.03 juta pada 2012 kepada urusan hal ehwal Islam berbanding semasa kerajaan BN Cuma RM25.7 juta.

Ia merangkumi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), elaun dan duit raya kepada guru KAFA dan mengiktiraf para hafiz. Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan kadar pengangguran sifar dan malah menghadapi kekurangan pekerja.

Dasar kerajaan negeri cetus pembaharuan

Apa yang membingungkan UMNO-BN ialah apabila 70 peratus daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang berkelayakan melalui tender terbuka.

Pulau Pinang juga telah memperkenalkan Program Penghargaan Warga Emas dengan sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 dan ke atas dan menjadi negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya pendapatan RM500 sebulan.

Dalam ucapan perutusan Aidilfitri 2012 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini, beliau telah mengumumkan program HAPPY! yang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500).

Berita ini pastinya menggembirakan rakyat Pulau Pinang, khususnya kaum Melayu yang selama ini dimomokan oleh UMNO sebagai golongan tertindas.

Banyak lagi insentif dan bantuan kepada rakyat negeri ini telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri PR yang menerapkan pentadbiran berdasarkan prinsip CAT tanpa meminggirkan siapa pun sebaliknya membela semua golongan termasuklah masyarakat Melayu.

20 Ogos 2012

Analisa Fakta-fakta Penentu Kerajaan Baru Sabah?

KDM DAN CINA PENENTU KERAJAAN BARU SABAH?

PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.

Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.

Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.

Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.

Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.

Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.

Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.

Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.

Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.

Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.

Kawasan tersebut ialah;

N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.

Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.

Oleh: MOHD DANIAL ABDULLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...