20 September 2014

BERITA GEMPAR: KENAPA DUTA DI YEMEN TUTUP PINTU KEDUTAAN DAN TAK BENARKAN RAKYAT MALAYSIA MASUK...TOLONG BERITAHU PERDANA MENTERI dan Wisma Putra SEGERA" ?



" TOLONG SELAMATKAN KAMI...KENAPA DUTA DI YEMEN TUTUP PINTU KEDUTAAN DAN TAK BENARKAN RAKYAT MALAYSIA MASUK...TOLONG BERITAHU PERDANA MENTERI dan Wisma Putra SEGERA" .....Itulah panggilan telefon yang saya terima dari sahabat saya Rakyat Malaysia yang merayu untuk diselamatkan segera kira-kira 1 jam lalu. Beliau menelefon saya lebih 10 kali untuk minta saya maklumkan kepada pihak Kerajaan Malaysia agar BERI BANTUAN SEGERA."

Ada lebih 400 rakyat Malaysia berkumpul di pintu Kedutaan Di Sanaa Yemen sejak 3 jam lalu TETAPI PIHAK KEDUTAAN TIDAK MAHU BUKA PINTU. Lebih 40 orang perempuan dan kanak kanak di sana. Tangisan "kETAKUTAN" DAN "KETIDAKSELESAAN" bergema di Pintu Kedutaan Malaysia TETAPI tidak MENDAPAT PERHATIAN (kata mereka),

Sesiapa yang sepatutnya bertanggung jawap atau kenal pihak pihak yang berkuasa TOLONG BANTU RAKYAT MALAYSIA DAN TOLONG ARAHKAN DUTA MALAYSIA DI YEMEN BUKA PINTU KEDUTAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA MASUK. Allah Akhbar. # Selamatkan Rakyat Malaysia di Yemen

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-29275891

— di Ministry of Foreign Affairs, Amman.


SUMBER


Yemen: Houthi rebels and militia clash in Sanaa


Fighting took place in the north-west outskirts of Sanaa

Fighting between Shia rebels and Sunni militias in Yemen has escalated, with clashes on the edge of the capital.

Armed rebels, known as Houthis, shelled buildings of the state TV and the main Sunni Islamist party, Islah, in Sanaa.

Hundreds of residents have fled their homes and international flights to the city have been suspended.

About 40 people have been killed since Tuesday, reports say. The rebels have staged protests for weeks, demanding political and economic reforms.

President Abdrabbuh Mansour Hadi has dismissed the government and promised to review a decision to cut fuel subsidies.

Over the past few weeks the rebels have occupied protest camps on the road to the airport and staged sit-ins at ministry buildings, as well as clashed with fighters loyal to Islah.

On Thursday night Houthi fighters attacked the state television headquarters in Sanaa.

"The Houthi group is continuing to shell the television building with all kinds of weapons until this moment," the channel said on Friday morning.

As fighting intensified, foreign airlines suspended flights to the Sanaa.

"Arab and foreign airlines have decided to suspend their flights to Sanaa for 24 hours because of developments in the capital," the Civil Aviation Authority said in a statement on state news agency Saba.

The measures could be extended depending on the security situation, the statement added.
The state TV building was hit by Houthi rocket-fire

The Houthi rebels have been camped outside government buildings and on the road to the airport

The Houthis, who belong to the minority Zaidi Shia community, have staged periodic uprisings since 2004 to win greater autonomy for their northern heartland of Saada province.

They consolidated control over Saada during the 2011 uprising that forced long-time President Ali Abdullah Saleh to step down, and since July have inflicted defeats on tribal and militia groups backed by Islah, in neighbouring Amran province.

In mid-August, the Houthis' leader Abdul Malik al-Houthi demanded that President Hadi reverse a decision taken in July to remove subsidies that had hit the country's poor and replace the "corrupt" government with a body that better represented Yemen's various factions.

On 2 September, Mr Hadi dismissed his government and promised to review fuel subsidy cuts in a bid to end the stand-off.

However, this initiative was rejected by the rebels, prompting some critics to say that the group is attempting to grab power and create a semi-independent state.



PANAS! AKHIRNYA MP LANGKAWI TERPAKSA MOHON MAAF KEPADA KETURUNAN JAWA SELURUH DUNIA!!



"Ingat jawa hebat sangat ka...kalau hebat mengapa datang merempat kat sini. Balik jawa laa."

"Saya akan pertahankan kenyataan saya, saya, meluat nak muntah lihat jawa di msia"

"Ini tanah melayu bukan tanah jawa"

Mohon respon dan komen dari Naib Presiden UMNO Terkanan merangkap Menteri Dalam Negeri dan juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kata-kata amat biadap yang boleh ditakrifkan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 ini?????

Mula-mula hina Jawa datang merempat dan mau diperhambat .. Lepas itu akan mempertahankan kenyataan biadapnya itu sampai tengok muka orang jawa sampai nak muntah sebab terlampau meluat dengan orang-orang jawa.

Inilah kualiti yang ada pada tubuh badan seorang ahli parlimen dari Langkawi ini .. Bukan kali pertama berkata sombong, angkuh dan bongkak .. Ianya sudah semacam sebati dengan dirinya.

Mau tunggu apa respon dari pemimpin-pemimpin UMNO yang berketurunan Jawa mengenai kenyataan kurang ajar amat paling ini.

Negara kita tidak perlukan pemimpin seperti Ahli Parlimen Langkawi merangkap Ketua UMNO Bahagian Langkawi ini yang juga Pengerusi KTMB .. biadap, kurang ajar, berlagak sombong, angkuh dan besar kepala.

Pemimpin macam inilah yang sepatutnya diperhambat keluar dari jawatan-jawatan yang sedang disandangnya kini. ~OK

MB: "Kami berjanji dengan PKR dan ia bertentangan dengan prinsip Islam untuk memungkiri janji."


Seruan supaya menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya calon daripada PAS menyebabkan perpecahan sekali dalam kumpulan konservatif dan progresif PAS.

Baru sahaja kelihatan seperti PAS akan berbaik sesama sendiri, kumpulan bersaing dalam parti tersebut kembali berselisih berhubung jawatan menteri besar Selangor.

Ia menunjukkan walau apa yang dikatakan pemimpin mereka, pertelagahan – antara yang konservatif dan progresif – dalam parti kedua terbesar negara itu mungkin terlalu mendalam untuk diselesaikan.

Jika kepimpinan mereka tidak dapat membentuk persefahaman antara kumpulan ini hari ini, keretakan dalam PAS akan menjejaskan kelancaran pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan kebolehannya untuk menghasilkan kempen yang bagi menguasai Putrajaya.


Serangan tajam antara kumpulan ini tercetus semalam dengan berita kemungkinan menteri besar Selangor seterusnya adalah daripada PAS.

Apabila perhimpunan memulakan semula perdebatan tentang ucapan presiden pagi semalam, semuanya masih berjalan lancar.

Seruan daripada delegasi Perlis Wan Kharizal Wan Khazim bagi usul kecemasan supaya parti tersebut menolak jawatan menteri besar Selangor dipersetujui tanpa bantahan daripada muktamar.

Namun pada sebelah tengahari apabila delegasi Pemuda PAS Mohd Sany Abdullah cuba mendapatkan ahli parti supaya menyokong usul yang sama, beliau di-boo.

Pemimpin akar umbi daripada belakang dewan tidak termakan hujah Mohd Sany PAS harus menolak jawatan tersebut kerana perlu memegang pada janji kepada PKR.

Mohd Sany memberitahu The Malaysian Insider kemudiannya beliau ingin menjelaskan dengan lebih lanjut lagi hujah beliau kepada delegasi, tetapi mengubah fikiran apabila melihat semangat juang dalam dewan semakin berapi-api.

Tambahan lagi, seolah-olah ingin menunjukkan ejekan bagi Mohd Sany bukan jenaka, himpunan bersorak kuat apabila perwakilan seterusnya, Mokhtar Senik naik berucap.

Mokhtar, jurucakap sayap berpengaruh ulama parti pula meminta parti melakukan sebaliknya – menerima sesiapa yang Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan sebagai menteri besar Selangor walaupun daripada PAS.

Seorang delegasi Johor terkejut dengan emosi yang ditunjukkan himpunan atas cadangan Mohd Sany.

"Ia akan menjadi jalan yang panjang ke arah perdamaian," kata seorang delegasi yang tidak mahu dinamakan.

Seorang lagi aktivis PAS dari Negeri Sembilan tidak begitu terkejut dengan kekecohan daripada cadangan Mohd Sany, tetapi seperti rakan Johornya, turut bimbang dengan maksudnya.

Kedua-duanya bersetuju dengan sebab mengapa terdapat begitu banyak perpecahan pendapat dalam isu menteri besar Selangor: kemarahan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat persepsi dalam PAS komplot dan langkah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang popular mencetuskan krisis antara kumpulan-kumpulan dalam PAS.

PAS terang-terangan tidak bersetuju dengan Langkah Kajang sudah diketahui umum – inisiatif PKR untuk mencetuskan pilihan raya kecil pada Julai bertujuan meletakkan Anwar sebagai menteri besar Selangor.

Pada masa itu, pemimpin PAS merasakan ia merupakan pembaziran dana awam.

Oleh itu, mengikut lojik ini, keretakan PAS bermula kerana kumpulan berbeza dalam parti bertelagah tentang bagaimana untuk menerima atau menentang komplot yang tidak pernah dipersetujui mereka sejak awal lagi.

Kini memandangkan Sultan Selangor boleh memilih menteri besar daripada PAS, beberapa ahli mengalu-alukannya sebagai pengajaran kepada Anwar, kata delegasi Johor yang tidak mahu dinamakan.

Mohd Sany, delegasi Pemuda PAS pula mempunyai pandangan lain.

"Ramai daripada PAS berpendapat ia peluang untuk menyelesaikan satu masalah. Bagi mereka, baik untuk menunjukkan PAS dapat menyelesaikan masalah yang dimulakan pihak lain."

Seorang delegasi PAS dari Selangor juga berkata ahli parti tidak selesa menolak pilihan Sultan Selangor, kerana ia akan dilihat sebagai derhaka.

Apa pun sebab pemimpin akar umbi mahukan jawatan menteri besar ini, kata ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin, parti tidak akan mendasarkan keputusan tersebut hanya dengan sentimen akar umbi.

"Kami berjanji dengan PKR dan ia bertentangan dengan prinsip Islam untuk memungkiri janji."

Hanipa mengakui perdebatan tentang jawatan menteri besar Selangor dipengaruhi sentimen, tetapi juga ada fakta yang tidak boleh diendahkan.

"Jika kita tidak mendapatkan sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kita tidak dapat mentadbir. Ini sesuatu yang kita perlu terima."

19 September 2014

16 LAGI PEGAWAI KASTAM DITAHAN SPRM


"SPRM mengesahkan ada membuat tangkapan terbaru pada 17 September 2014 melibatkan 16 orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


TUJUH pegawai kanan Kastam dari Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dengkil dan Putrajaya dibawa untuk proses jaminan sekitar pukul 5 petang selepas mengaku tidak bersalah atas 98 pertuduhan menerima rasuah antara RM500 dan RM130,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada 19 September 2014.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia Perak, Datuk Mohd Nasir Said dan Penolong Kanan Pengarah Kastam, Cawangan Risikan, Putrajaya, Datuk Saad Ishak adalah antara lapan pegawai kanan agensi itu yang dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menerima rasuah.

Saad bersama enam yang lain didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam manakala Mohd Nasir pula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 39 tahun hingga 58 tahun didakwa melakukan kesalahan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat yang membawa keluar barangan yang tidak dikenakan cukai eksais dari Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Mereka didakwa menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara RM500 hingga RM130,000 dan berhadapan dengan lapan hingga 52 tuduhan iaitu kesalahan menerima wang perlindungan bulanan.

Keseluruhan tuduhan yang dikenakan hari ini adalah sebanyak 106.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Selain itu, mereka yang didakwa di Shah Alam ialah Penolong Kanan Pengarah Penguatkuasaan Kastam Dengkil, Mohd. Ariffin Zakaria; Pegawai Kanan Kastam Kuala Lumpur, Azlee Mohamed Yusof; Penolong Kanan Pengarah Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan Negeri Selangor), Sohaizan Othman; Penolong Pengarah Penguatkuasaan Kastam Kuala Lumpur, Abd.Razak Basri; Penolong Kanan Pengarah Kastam II Kuala Lumpur (Bahagian Penguatkuasaan), Abdul Ghafar Mohamed dan Pegawai Kanam Kastam Kuala Lumpur, Hizam Abd. Ghani.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Omar Saifuddin dan Anthony Kevin Morais.

Kes di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad manakala di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Kesalahan ini juga adalah melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Pendakwaan dilakukan oleh Umar Saifuddin Jaafar, Aida Adhha Abu Bakar dan Mohammed Heikal Ismail.

Hakim Noradidah membenarkan kesemua tertuduh dikenakan jaminan wang antara RM5,000 hingga RM40,000 dengan seorang penjamin selain pasport perjalanan mereka ditahan sehingga kes selesai.

Beliau menetapkan 30 Oktober 2014 sebagai tarikh penyerahan dokumen kes dan sebutan kes.

Sementara, Pengarah Bahagian Sisasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dihadapkan di mahkamah hari ini merupakan sebahagian pegawai yang ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu.

"SPRM mengesahkan ada membuat tangkapan terbaru pada 17 September 2014 melibatkan 16 orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Tangkapan ini adalah hasil siasatan lanjut ke atas tangkapan terdahulu iaitu pada 3 September 2014, hasil pemerhatian selama setahun di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang oleh pasukan Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang dianggotai oleh SPRM, PDRM, Bank Negara, LHDN, CyberSecurity dan lain-lain, katanya.

Seramai 13 pegawai ini telah pun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 September 2014 dan Dua lagi direman selama enam hari mulai hari ini, katanya.

Dalam mengumpul bukti-bukti ini, Pasukan Petugas Khas telah menggunakan kaedah penyiasatan berasaskan analisis dan risikan bagi menembusi kerja-kerja penyeludupan dan aktiviti rasuah yang melibatkan anggota sindiket dan penguat kuasa.

"Ingin ditegaskan di sini bahawa tangkapan terbaru ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebaliknya bertujuan melumpuhkan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan rasuah yang menyebabkan berlaku ketirisan wang negara yang besar.

"SPRM amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. SPRM juga menyambut baik dan menyokong langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengemaskan perjalanan organisasi tersebut, antaranya merombak penempatan pegawai dan menyemak semula SOP Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya.

DUA NAMA DATO' DARI KASTAM ANTARA YANG DIDAKWA OLEH SPRM


Pautan kekal imej terbenam

Lapan Pegawai Kastam Didakwa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah mendakwa seramai lapan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung kesalahan menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara RM500 hingga RM130,000.

Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam manakala seorang lagi di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur.

Mereka berhadapan antara lapan hingga 52 tuduhan iaitu kesalahan menerima wang perlindungan bulanan. Keseluruhan tuduhan yang dikenakan hari ini adalah sebanyak 106.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur:

· Dato’ Mohd Nasir Said, 58, didakwa atas lapan pertuduhan melibatkan nilai suapan RM80,000, di bawah Sekysen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Kes ini akan disebut semula pada 23 Oktober 2014 dan beliau diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin.


Pengarah Kastam Melaka Hadapi Lapan Tuduhan Rasuah


 Pengarah Kastam Negeri Melaka, Datuk Mohd. Nasir Said dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM80,000, sejak dua tahun lalu.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam:

· Dato’ Saad Ishak, 57, dituduh dengan sembilan pertuduhan melibatkan nilai RM29,000 di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

· Abdul Ghafar Mohamad, 46, dituduh dengan 19 pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM38,000, di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalannnya ditahan.

· Mohd Ariffin Zakaria, 56, dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM2,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

· Sohaizan Othman, 39, dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM1,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalannya ditahan.

· Abd Razak Basri, 55, dituduh dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM22,000. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

· Hizam Abd Ghani, 56, dituduh dengan 52 pertuduhan melibatkan nilai suapan RM298,000. Satu di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 manakala 51 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin dengan RM40,000 dengan seorang penjamin manakala passport perjalanannya ditahan.

· Azlee Mohamed Yusof, 48, hadapi lima pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM77,000. Empat tuduhan di bawah Seksyen 16a (A) dan satu tuduhan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 39 tahun hingga 58 tahun melakukan kesalahan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat yang membawa keluar barangan yang tidak dikenakan cukai eksais dari Zon Bebas Pelabuhan Klang.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Omar Saifuddin dan Anthony Kevin Morais.

Kes di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dato' Noradidah Ahmad manakala di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan selama satu tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Kesalahan ini juga adalah melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Mereka yang dihadapkan di mahkamah hari ini merupakan sebahagian pegawai yang ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu.

SPRM mengesahkan ada membuat tangkapan terbaru pada 17 September 2014 melibatkan 16 orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tangkapan ini adalah hasil siasatan lanjut ke atas tangkapan terdahulu iaitu pada 3 September 2014, hasil pemerhatian selama setahun di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang oleh pasukan Task force yang dianggotai oleh SPRM, PDRM, Bank Negara, LHDN, CyberSecurity dan lain-lain.

Seramai 13 pegawai ini telah pun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 September 2014. Dua lagi direman selama enam hari mulai hari ini.

Dalam mengumpul bukti-bukti ini, Task Force telah menggunakan kaedah Intelligence and Analysis Based Investigation bagi menembusi kerja-kerja penyeludupan dan aktiviti rasuah yang melibatkan anggota sindiket dan penguat kuasa.

Ingin ditegaskan di sini bahawa tangkapan terbaru ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebaliknya bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan rasuah yang menyebabkan berlaku ketirisan wang negara yang besar.

SPRM amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam. SPRM juga menyambut baik dan menyokong langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Kastam untuk mengemaskan perjalanan organisasi tersebut, antaranya merombak penempatan pegawai dan menyemak SOP Jabatan Kastam.


DATUK MOHD JAMIDAN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
19 SEPTEMBER 2014

2 GURU DI KEDAH DITAHAN KES UPSR BOCOR!!!



KUALA LUMPUR: Polis menahan dua guru lelaki petang ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada 5 petang Khamis bagi membantu siasatan.

"Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu. Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera dan 13 guru.


Pada Rabu, seorang guru wanita berumur 26 tahun ditahan di Labis, Johor dan seorang guru lelaki berumur 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

18 September 2014

KENYATAAN TERBUKA UNTUK AZMIN DAN PKR!!!

KENYATAAN TERBUKA
13 September 2014

AZMIN BERHENTILAH MENJADI WATAK BAIK DI DEPAN TETAPI DURI DI BELAKANG

1. Saya che’GuBard atau nama sebenar Badrul Hisham Bin Shaharin anggota seumur hidup PKR dengan nombor keanggotaan N060000001 yang kini digantung kerana membuat laporan dan mendedahkan penyelewengan penipuan pemilihan parti yang terkait dengan YB Azmin Ali. Aktif dalam parti semenjak 1999 (Parti Keadilan Nasional). Saya pernah memegang perbagai jawatan antaranya ialah Ketua Cabang Rembau, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Exco Pemuda / AMK dan banyak lagi yang mana saya menangi secara bertanding.

2. Sebelum mula taklimat media hari ini, saya jawab tuduhan menggunakan media termasuk TV3 dan Utusan yang memang terkenal dengan pusingnya. Apabila ramai anggota bawahan menggunakan media…ini salah parti khususnya Jawatankuasa Disiplin kerana Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan PKR sendiri yang mana pada Mei 2013 menggunakan media termasuk Utusan & TV3 untuk menyerang Presiden Parti. Banyak laporan dibuat tetapi sehingga kini tidak ada tindakan. Maka adakah bagi anggota bawah salah guna media tetapi bagi orang atas seperti Azmin ada set undang – undang lain ? Kalau nak ambil tindakan ke atas saya sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu.

3. Pemilihan 2014 saya tidak bertanding tetapi saya tetap melawan penipuan kerana prinsip saya ialah di mana sahaja penipuan seperti itu ialah pembunuhan demokrasi maka ia harus dilawan secara terang. Sehingga ini saya tidak pernah menggugurkan desakan saya terhadap tindakan dalam aduan saya kepada parti berkenaan berkara ini.

4. JPP dibawah Yb Datuk Johari Abdul yang begitu lemah sehingga Berjaya dimanipulasi oleh kartel Azmin untuk melakukan penipuan.

5. Tidak perlulah saya mulakan sesi hari ini dengan mengambil semula peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mana alasan – alasan konspirasi pemecatan tersebut telah dibekalkan oleh keluarga Azmin Ali sendiri yang mendapat akses kepada Anwar sudah tentu kerana wujudnya Azmin di Pejabat Anwar. Sya sendiri tidak setuju mengungkit sedari awal itu kerana saya tidak mahu nafikan serba sedikit sumbangan Azmin terhadap gerakan tetapi juga tidak perlulah dipropagandakan pengorbanan Azmin itu dan ini.

6. Ada bertanya adakah saya marahkan Azmin kerana dia mungkin jadi Menteri Besar ? Rekod saya bertembung dengan Azmin ini sejak awal lagi sejak menyedari kepakaranya ialah menjadi baik dihadapan umum tetapi dialah yang mengucar kacirkan keadaan demi kepentingan dia dan kelompok dia. Watak Azmin ini sejak awal lagi menjadi punca kelemahan parti dan gerakan rakyat.

7. Ketika parti (baca ; rakyat) hampir boleh menumbangkan Bn dia selaku Pengarah Pilihanraya telah menukar hampir kesemua calon ‘favourite’ sama digugurkan atau ditukar kawasan bertanding. Tanyalah semua di peringkat Pimpinan Pusat termasuk Biro Politik, untuk dia memastikan calon – calonnya berjaya ditempatkan dia telah merahsiakan senarai calon malah Anwar Ibrahim sendiri punya masalah dengan akses kepada senarai calon yang terhad. Ini telah menyebabkan keadaan huru hara ssat akhir bila senarai calon bertukar. Bila keadaan kecoh akar umbi dan marah dia telah turun bertemu ramai pihak dengan menyalahkan ia semua kerja Ketua Umum dan inilah senjata yang digunakan ketika pemilihan. Kepada calon yang bertanding dia ‘claim’ dialah yang bersungguh – sungguh letakkan walaupun Anwar tolak, bagi yang kecewa dia sebut dia telah berusaha tetapi Anwar yang tolak. PRU 12 dan PRU 13 menyaksikan kegiatan yang sama berlaku dan menghancurkan harapan rakyat.

8. Di hadapan umum dia bersetuju Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB malah kononya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulitlah telah menjadi punca kekalutan PKR, PR dan Selangor ini.

9. Memang sejak awal dia impikan jawatan Menteri Besar Selangor, kem dialah yang membakar api dan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

10. Selepas PRU 13 dia menjaja cerita kononya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia. Kekecewaan itu telah menyebabkan dia mula menyerang Ketua Umum, Presiden, PKR dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang melalui media sosial bawah kendalianya.

11. Ketika mood dan momentum rakyat dikemuncak sehingga menyebabkan regim ketakutan, Azmin dan kuncu – kuncunya mencurah air kepada api kebangkitan. Mood melawan penipuan PRU 13 (Blackout 505) diperlekehkan Azmin sendiri. Dia melalui Khalid Jaafar dan rangkaian kecil Sekolah Politik yang diwujudkan telah menjadi agen penyebar masej, jangan buat kerja sia – sia dengan berdemonstrasi. Blackout 505 antara sejarah kebangkitan kesedaran rakyat mendapat perhatian dalam dan luar negara, bukan sedikit terlibat termasuk ditahan dan menderma masa, tenaga dan kewangan. Ia diputuskan peringkat PKR dan PR tetapi Azmin boleh mengeluarkan tweet ditujukan kepada Anwar Ibrahim mengatakan kita hanya menipu dan mempergunakan rakyat malah secara biadap dia menerima penipuan sebagai kemenangan kepada Bn.

12. Dia jugalah yang menggunakan media dan orang – orangnya memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga. Bukan musuh tetapi dia membuat kerja musuh dengan Kartel Azminlah yang mencipta istilah Istana Segambut, Keputusan mesyuarat dalam bilik / dalam kelambu dan Azizah pemimpin remote.

13. Azmin dicabar nafikan

a. Dia hanya menafikan tidak mahu jawatan MB tetapi dia melobi secara hitam dibelakang dan lobinyalah yang menjadi punca masalah besar kini.
b. Konon tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini tanpa henti terus menemui secara sendiri atau wakilnya bertemu pimpinan tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkan
c. Selepas PRU 13 PR capai muafakat hantar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon MB tetapi Azmin telah menghantar namanya sendiri ke Istana tanpa pengetahuan pimpinan pusat PKR
d. Azmin perlu menjawab, Azmin yang lobi Datuk Seri Hj Hadi Awang atau sebaliknya untuk Hj. Hadi hantar namanya sendiri. Malah lobi dan usaha tersebut sehingga membawa kepada keadaan membawa 2 – 3 ADUN PKR untuk membentuk kerajaan di Selangor ? Soalnya 2 – 3 ADUN PKR campur dengan jumlah ADUN PAS tidak akan membentuk majoriti kecuali bersama dengan Umno. Maknanya perbincangan Azmin sehingga kepada bergabung dengan Umno. Namun setelah cerita ini diketahui Azmin bertemu dengan DSAI menceritakan semuanya dan kononya Hj. Hadi yang melontar semua idea dan dia hanya dilamar. Inilah antara punca pergeseran dalam PR. Sepatutnya selaku Timbalan dia mainkan peranan penyatu tetapi kerana ketamakan mahu menjadi MB dia telah menjadikan pergeseran tambah jelas.
e. Azmin tidak memberhentikan kartelnya mencipta berita palsu, membocorkan maklumat mesyuarat termasuk yang sulit kepada media. Contohnya melalui beberapa media kartelnya melontarkan konon PKR setuju hantar 3 nama sedangkan itu maklumat tipu, terbaru usaha meraih simpati dimana media melaporkan kononya Azmin akan dipecat jika Sultan menamakan dia sebagai MB. Azmin tidak sedar dia akan mencipta masalah baru antara PKR dan Istana.
f. Selepas ADUN – ADUN menandatangani akuan sumpah menyokong Wan Azizah, dia telah melakukan pertemuan denggan 6 ADUN (diyakini ada pertemuan lain juga) untuk memujuk rayu ADUN tersebut mengalihkan sokongan kepadanya selaku MB.

14. Ketika Ketua Umum, Presiden malah PKR itu sendiri diserang bertubi – tubi oleh media , Umno termasuk beberapa pimpinan parti kawan, Azmin tidak membantu langsung malah terus menambah masalah dengan hanya focus untuk menjadi MB. Kononya dia setia tetapi dialah penghuru hara.

15. Azmin melalui kartelnya sentiasa berusaha menunjukkan PKR sendiri tidak ‘solid’ dalam keputusan calon MB. Terbaru dia telah memecahkan belahkan AMK tanpa mempedulikan Ketua AMK, Kartel Azmin dalam AMK telah mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran bukan sekadar PKR tidak ‘solid’ dalam pencalonan MB tetapi turut mencipta persepsi PKR sendiri yang melengahkan penyelesaian krisis MB Selangor dan PKR bersalah kerana menyebabkan kemurkaan Istana. Ia hanya kerana ingin meneruskan lobi mencalonkan Azmin Ali sebagai calon MB.

16. Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononya PKR telah memilih jalan salah dan mencipta konfrantasi dengan Istana kerana tidak mengemukakan namanya.

17. Tidak terhenti di situ Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke Istana. Akhirnya PKR dilihat lekeh dan tak solid sebab lobi Azmin dan kartelnya ini.

18. Dikesempatan ini selaku anak muda saya memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majority. Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan kerana kita akan dikenang sejarah.

19. Kesimpulanya ;
a. Azmin selaku Timbalan amat memalukan kerana ketika bertanding antara yang dijaja dan dipropagandakan ialah kesetiaannya tetapi dia kini jelas bukan sahaja dia tidak mempertahankan keputusan parti malah dia sendiri tidak hormat keputusan tersebut
b. Dialah antara punca utama keretakan PR dan Azmin harus ambil tanggungjawab
c. Azmin dicabar mempersembahkan surat ke Istana segera, maklumkan bahawa Azmin tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti Wan Azizah sebagai MB. Dalam kebijaksanaan Sultan tentu ia menjadi pertimbangan.
d. Krisis jawatan MB ini harus diselesaikan segera, ya betul rakyat sudah letih tetapi kita juga harus memilih bagaimana harus dikenang dalam sejarah. Konsep dan prinsip Raja Berpelembagaan perlu dipertahankan. Demokrasi dan prinsip asas majoriti perlu didukung tinggi.

20. Buat Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail, kepimpinan dan seluruh anggota parti inilah yang saya sebut sekian lama tetapi trerus diberikan paying emas buat dia dan kartelnya kini memjadi barah dalam parti. Ramai anak muda dan penyokong diluar sana bosan dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana dia dan kartelnya. Yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kena tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya ?

21. Saya kini digantung, tak berbertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti ini dahulu. Gantung ini tidak mematikan saya. PKR rumah perjuangan saya, saya akan terus berjuang disini. Kepada rakyat semua yakinlah parti ini parti muda dengan gagasan pembaharuan yang besar. Ia akan terus diperlukan dan perlu keberanian untuk memperteguhkan prinsip juangnya. Selagi anak muda dalam parti bukan kaki angguk dan ampu kita masih terus memikul harapan pembaharuan negara.

Sekian.

che’GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)



SukaSuka · · Kongsi

MB BARU ANGKAT SUMPAH SELASA!!!

Pautan kekal imej terbenam

MB baru angkat sumpah Selasa ini

Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada 10 pagi, Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang, kata sumber istana.
.
Kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut sumber lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Sumber juga enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendai memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam~MK



KOMPOM! MINYAK KENA GST?




Sudah ada pengusaha stesen minyak pasang perisian GS

Walaupun senarai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) belum dikeluarkan, namun pengusaha stesen minyak telah menerima maklumat bahawa cukai tersebut akan dikenakan ke atas minyak petrol.

China Press melaporkan, sesetengah pengusaha stesen minyak telah memasang perisian GST dengan sendirinya.

Ia merupakan persediaan untuk pelaksanaan GST mulai April tahun depan.

Akhbar itu melaporkan bahawa pengenaan GST ke atas penjualan petrol tidak akan memberi kesan besar kepada pengusaha stesen minyak kerana mereka hanya mengutip cukai bagi pihak kerajaan.

Memandangkan kerajaan tidak mengumumkan pengecualian GST untuk petrol, keadaan itu menyebabkan ramai menjangkakan bahawa cukai tersebut akan dikenakan untuk bahan api tersebut.

Kerajaan bagaimanapun memberitahu bahawa pengenaan GST untuk petrol belum dimuktamadkan.


PAS MASUK PERANGKAP POLITIK UMNO?


PAS dalam bahaya bila Hadi dolak-dalik dalam krisis MB Selangor, kata Mujahid



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti tidak mampu mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani krisis di Selangor, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.

Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor.

"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik.

Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu.

"Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya.

Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'.

Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor.

"PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.

"Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR.

"Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya.

Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya.

"Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.

"Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno,"
katanya.

Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka.

Parti dalam PR juga perlu menahan diri daripada terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri.

Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan.

"Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.

"Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya.

17 September 2014

TAHUKAH ANDA CAJ INTERNET DI MALAYSIA TERLALU MAHAL DAN TIDAK BERBALOI....

Caj Harga Langganan Pakej Internet di Malaysia Mahal Tetapi Kelajuan Internet Masih Lembap Kalah Dengan Kemboja & Vietnam! Respon Anda?


Analisa dan kajian yang dilakukan oleh ASEAN DNA terhadap kelajuan dan kepantasan Internet di bagi negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan berita gembira apabila kebanyakan negara dilihat sudah mempunyai akses kepada Internet. Berita kurang baiknya adalah….?

Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal. Senator Bam Aquino mahukan ada siasatan dan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang berpatutan. Bagaimana pula caj harga langganan pakej Internet di Malaysia?

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?

Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.

Kelajuan & kepantasan Internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara.

Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan
Ada negara kelajuan Internet serdahana, harga tidak munasabah
Ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah
Ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan
Macam-macam pakej harga yang ditawarkan



Berdasakan semakan Berita Semasa pada gambarajah di atas ini, kelajuan Internet di Singapura adalah terpantas bagi kalangan negara di Asia Tenggara malahan Jepun dengan US boleh kalah dengan negara Kota Singa ini dengan hanya menyediakan purata kelajuan 41.4Mbps & 22.3 Mbps.

Realitinya jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
Perbandingan Caj Harga Internet di Malaysia Vs Singapore Vs Thailand Vs Filipina?

Caj Harga Internet di Filipina : RM73 (3Mbps Unlimited)
Caj Harga Internet di Singapore (Singtel) : RM95 (15 Mbps Unlimited)
Caj Harga Internet di Thailand (True Internet) : RM80 (12 Mbps Unlimited)
Caj Harga Internet di Malaysia (TM) : RM199 (10Mbps)
Caj Harga Internet di Korea Selatan (Hanara Telecom) : RM64 (100Mbps Unlimited)


Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini.

Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati? ~BS

SISTEM TEMPAHAN TIKET MAS BERTERABUR, PELANGGAN SETIA KECEWA....


Surat terbuka kepada AJ - MAS jadi 'first come first serve airline'?



Kakitangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur cuba menyelasikan masalah penerbangan yang menerima lebihan tempahan pada malam Sabtu lalu.

PERTAMA sekali saya ingin ucapkan tahnaih kepada Ahmad Jauhari kerana kontraknya sebagai peneraju MAS baru sahaja dilanjutkan setahun lagi. Tahniah kerana dalam keadaan pentadbiran dan pengurusan MAS yang semakin kalut Ahmad Jauhari masih lagi diberi peluang untuk menerajui syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Tolak tepi soal dua tragedi yang menimpa MAS iaitu MH370 dan MH17, syarikat penerbangan itu seolah-olah berhadapan dengan masalah pengurusan yang kronik kerana kesannya kini terpaksa ditanggung oleh penumpang setianya.

Apa perasaan anda jika sudah ada tiket kapal terbang tetapi dicadangkan oleh kakitangan MAS supaya transit atau menukar jadual penerbangan pada keesokan harinya.

Alasan yang diberikan oleh kakitangan MAS, penerbangan itu sudah terlebih tempah atau overbooked!

Saya tidak tahu apa reaksi yang anda akan berikan atau mungkin anda tidak pernah berhadapan dengan masalah itu kerana anda Ketua Pegawai Eksekutif MAS.

Tetapi itulah pengalaman saya bersama MAS ketika mahu ke Amsterdam, malam Sabtu lalu.

Saya bersama seorang rakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal, sekitar 8.30 malam, sedangkan jadual penerbangan 11.50 malam.

Saya dan rakan terus mendaftar di mesin self check in beberapa kali tetapi gagal. Kami minta bantuan kakitangan Malaysia Airports Berhad, seorang wanita muda berpakaian seragam hitam putih. Dia juga gagal membantu kami.

Mesin itu memberi arahan kepada kami berdua supaya menghubungi Agen Perkhidmatan Pelanggan. Tidak menunggu lama kami terus beratur di kaunter.

Tiba di kaunter E-11, kakitangan MAS juga gagal mendaftar masuk kami dan beliau terpaksa menghubungi pejabat MAS.

Setelah berdiri kira-kira 10 minit, kakitangan MAS memberitahu, kapal terbang penuh dan bertanya sama ada kami boleh transit di London atau terbang pada keesokan malam.

Kalau anda tanya perasaan saya ketika itu, saya ingin maklumkan bahawa saya terkejut. Terkejut kerana tiket sudah pun dibayar dua minggu sebelum tarikh penerbangan dan mengapa saya dan rakan dinafikan untuk menaiki kapal terbang pada waktu itu.

Kami berkeras untuk terbang pada malam itu kerana ada tugas menanti kami di Amsterdam. Dan kami mahu naik MAS, bukan KLM dan bukan transit di London atau Paris.

Panggilan sekali lagi dibuat dan pendirian kami dimaklumkan kepada penerima panggilan tersebut. Tidak sampai lima minit kami diberi pas masuk.

Di kaunter-kaunter yang lain ramai lagi penumpang yang dalam penerbangan sama tidak dapat menaiki kapal terbang MAS kerana penuh.

Keadaan agak kecoh kerana penumpang marah.

Alasan kakitangan MAS yang lain, penumpang lambat daftar dan tempat diberikan kepada penumpang lain - berdasarkan 'siapa cepat, dia dapat'. Sejak bila MAS menjadi syarikat penerbangan 'first come, first serve'?

Saya juga terkejut apabila mendapat tahu keluarga mangsa nahas MH17 dari Pagoh yang sepatutnya terbang ke Amsterdam pada malam itu berhadapan masalah yang sama walaupun pemergian mereka diuruskan MAS.

Pertanyaan saya kepada Ahmad Jauhari, apa sudah jadi pada MAS? Mengapa masalah ini terjadi pada MAS?

Bukankah kalau tempat duduk diperuntukkan sebanyak 300 penumpang dan 300 bayaran sudah diterima, bukankah hanya 300 penumpang sahaja yang boleh terbang? Mengapa boleh ada lebihan penumpang?

Mengapa MAS boleh terjual tiket melebihi kapasiti tempat duduk sehingga menyusahkan ramai penumpang?
Satu lagi persoalan mengapa cadangan penangguhan penerbangan atau pilihan transit dibuat kepada penumpang dari Malaysia sahaja?

Seorang kakitangan yang mengendalikan penumpang MAS di KLIA mengakui masalah ini sudah banyak kali berlaku walaupun bukan salah mereka.

Jujur kakitangan MAS itu memberitahu, kesilapan berlaku di Bahagian Jualan MAS.

"Sekarang ini macam-macam cara boleh buat tempahan, melalui Internet dan telefon mudah alih dari seluruh dunia. Tetapi sistem yang MAS ada tidak dapat menyelaraskan tempahan, inilah akibatnya," katanya.

Biarpun dijelaskan dengan bahasa paling lembut namun alasan ini tidak dapat diterima. Kalau sistem yang ada tidak dapat diselaraskan mengapa menggunakan pelbagai rangkaian kalau akhirnya pengguna yang susah?

Masalah ini bukan berlaku di Kuala Lumpur sahaja kerana sahabat saya yang ditugaskan ke Amsterdam semasa Hari Raya lalu juga berhadapan yang sama.

Beliau telah diletakkan dalam senarai menunggu ketika berada di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Schipol sedangkan tiket sudah berada di tangan.


Ahmad Jauhari,

Apa kata sekali sekala anda bersama pengurusan MAS yang lain turun ke KLIA lihat betapa kalutnya penumpang MAS yang berhadapan dengan masalah ini.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, penumpang marahkan MAS. Pelbagai kenyataan, Tohmahan dan luahan terkeluar daripada mulut mereka.

Penumpang tidak salah, yang salah adalah MAS.

MAS kini bukan sahaja berhadapan dengan krisis dan tragedi tetapi juga imej dan reputasi yang bakal terjejas jika kesilapan ini dibiar berterusan.

Tatkala MAS berhadapan dengan negara tertentu yang boikot MAS, masih ada penumpang yang setia dengan syarikat penerbangan berlambang wau ini.

Tetapi sayang, MAS tidak bijak menjaga kesetiaan mereka.

- Ikhlas Penumpang Yang Setia Bersama MAS

~MG

TERHANGAT! MESYUARAT PEMUDA PAS KECOH & PENGERUSI TETAP TERPAKSA DIBAWA KE HOSPITAL [ VIDEO ]



Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Muktamar Pemuda PAS kecoh kerana pemilihan dikatakan tidak sah

.Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.

"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.

Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.

Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka.

"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.

"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya.

"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.

"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya.

"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya.
Sumber

16 September 2014

MUKTAMAR AGUNG PEMUDA PAS CIPTA SEJARAH.....SAKSIKANLAH....


Sejarah tercipta dlm Muktamar Agung Pemuda PAS;

Akhlaq perwakilan yg paling buruk dlm muktamar kali ini.

Sebaik Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mohanad Sabu mulakan ucapan perasmian (4:42pm 16/9) semua geng T'ganu yg pakai jaket khas "Kami Bersama Presiden dan MSU" bangun keluar dewan muktamar.... disusuli sbhgn lain perwakilan T'ganu, Pahang, Selangor, Wilayah etc.

Seburuk2 akhlaq ditunjukkan hari ini oleh ahli jamaah gerakan Islam PAS...

FB - Pemerhati Shah Alam





BEBERAPA PERWAKILAN PEMUDA PAS KELUAR DEWAN KETIKA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.







Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

PUNCA UTAMA TUN M TARIK BALIK SOKONGAN KEPADA NAJIB TERBONGKAR!!!


Dr Mahathir bimbang BN pimpinan Najib kalah PRU14

Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menegaskan pendiriannya ‎untuk tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) tentang kebimbangan beliau melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus kekal sebagai perdana menteri.

Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah sebuah pertubuhan mewakili usahawan dan perdagangan Melayu mendakwa, perkara itu disampaikan oleh Dr Mahathir apabila menyatakan tentang masa depan BN di bawah pentadbiran Najib dalam satu pertemuan berlangsung lebih satu jam.

"Dr Mahathir amat jelas mengenai hal ini. Beliau menegaskan pendiriannya ‎untuk tidak menyokong perdana menteri.

"Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan," kata Ridzuan kepada The Malaysian Insider hari ini.


Katanya pertemuan itu berlangsung semalam di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Beliau berkata pertemuan itu digerakkan Ikhlas atau Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia yang mahu berjumpa bekas perdana menteri itu untuk menyatakan kebimbangan mereka mengenai ekonomi dan masa depan BN.

Ridzuan memberitahu The Malaysian Insider mereka sebenarnya tidak berhasrat membincangkan kepimpinan Najib, sebaliknya Dr Mahathir sendiri membangkitkan isu tersebut.

"Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama ‎itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri," katanya.

Beliau berkata selain Ikhlas, pertemuan itu juga dihadiri oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan beberapa NGO lain.

‎"Ada segelintir dari kami amat bimbangkan BN dan bertanya apa perlu dilakukan kerana berasa terperangkap di tengah-tengah," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini mengkritik kepimpinan Najib dan menarik kembali sokongan kerana saranannya tidak diendahkan namun tidak jelas adakah beliau mahu Najib meletakkan jawatan.

Ridzuan berkata Dr Mahathir memberitahu dalam pertemuan semalam perkara salah perlu dipersoalkan supaya ia boleh dibetulkan.

"Beliau berkata salah tetap salah. Kita mesti mengutarakan perkara itu dan tidak hanya berdiri atas pagar, dan ini jalan untuk kita terus ke depan," kata Ridzuan, menambah NGO Melayu itu juga sudah memohon mengadakan sesi lain bersama Dr Mahathir kelak.

Ridzuan juga berkata kesemua NGO dalam pertemuan itu bersetuju Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan.

"Kita tidak mahu akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Kita cuba untuk berkempen namun tidak mendapat sambutan.

"Kerajaan seolah-olah tidak berminat. Ini kerugian mereka, pada masa sama pembangkang mendapat liputan meluas. Mereka tidak risau tindakan mereka tidak mendapat ruang dalam media arus perdana kerana akan mendapat sokong melalui media online," katanya.

Beliau berkata Dr Mahathir memulakan pertemuan dengan membuat kenyataan mengenai Najib, masa depan BN dan masa depan ekonomi kaum Melayu.

Beliau menjangka Malaysia akan menjadi negara pengguna dan bukan kuasa pengeluar.

"Ini kena mengena dengan polisi kerajaan yang membenarkan negara luar membuka perniagaan di negara ini hingga menjejaskan hasil negara. Berbilion duit negara kita keluar kerana perkara ini," katanya.

TERHANGAT ! BUKTI DS ABDUL HADI UTAMAKAN KRONI TERBONGKAR?!!!


[TERBURAI] Perjuangan Untuk Parti Atau Perut Kroni? 



Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Pentas kedua forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semakin terbuka dan lantang mengkritik tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor, sekaligus menyebabkan krisis menjadi bertambah rumit.

Ahli panel, bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff secara berterus terang menuding jari kepada kegagalan Hadi berfungsi sebagai presiden parti sehingga menyebabkan pemimpin PAS kini bertelagah sesama sendiri.

Merujuk kepada peranan presiden dalam Perlembagaan PAS, Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berkata Hadi sepatutnya bertindak menjamin perpaduan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, sebaliknya membuat keputusan secara peribadi di luar mesyuarat.

"Ini adalah kegagalan presiden. Kalau beliau seorang ketua yang betul beliau patut jaga AJK PAS Pusat supaya apa-apa jua langkah perlu diambil bagi menjamin perpaduan AJK PAS Pusat, tetapi adakah AJK PAS Pusat bersatu sekarang?

"Bila ini berlaku, presiden perlu panggil AJK buat 'regroup', tetapi presiden tidak buat keputusan dalam mesyuarat, ini masalahnya," katanya dalam forum "Kemelut MB Selangor: Mampukah Pakatan Rakyat (PR) Bertahan?" di Kuala Lumpur malam tadi.

Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) itu berkata, masalah ini boleh selesai jika Hadi menarik balik surat pencalonan yang dihantarnya kepada istana dan tidak memberi pilihan kepada Sultan Selangor selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mendakwa, masalah kelewatan peralihan kuasa menteri besar baru adalah daripada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dan bukannya berpunca daripada Sultan.

Beliau menyalahkan 13 Adun PAS Selangor yang sehingga sekarang tidak menyatakan persetujuan dengan 28 Adun PR lain menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

"Istana jadi begitu sebab PAS. Kalau PAS tidak buat begitu istana tidak akan kacau bilau," katanya sambil menyindir beberapa petikan ucapan Hadi di Marang 6 September lalu.

Katanya, daripada terus menjadi batu penghalang kepada Dr Wan Azizah, PAS yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan istana perlu memainkan peranan menasihati Sultan Selangor menerima Adun Kajang itu yang sudah mempunyai sokongan majoriti.

"Jika tidak mahu peningkan kepala Tuanku, kenapa PAS tidak ambil pendekatan menghadap Tuanku jelaskan majoriti Dr Wan Azizah? Ini lebih baik.

"Kita hendak ajak perdamaian. Bukan konsep PAS pecah belahkan orang," katanya.

Beliau berkata, Hadi tidak wala' (patuh) kepada parti apabila menggunakan kedudukannya sebagai presiden membuat keputusan sendiri dan menepis ahli Parlimen Marang itu mempunyai kuasa veto tanpa melalui keputusan mesyuarat.

Beliau turut membidas arahan pemimpin tertinggi parti yang melarang ahli PAS menyertai forum PasMa kerana entiti itu hanya satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti alternatif kepada PAS.

Katanya, tindakan itu sama seperti menghalang PAS bekerjasama dengan NGO lain seperti Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) seperti yang dibenarkan dalam perlembagaan parti. –TMI


PAS mahu orang lain tapi terpaksa pilih Dr Wan Azizah, kata Hatta Ramli

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS pada mulanya mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Pakatan Rakyat (PR).

Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.

"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.

"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.

"Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.

"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.

Dr Hatta turut mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi PAS yang mahu 13 Adun PAS Selangor kekal tidak memihak Dr Wan Azizah.

Katanya 13 Adun terbabit sepatutnya bersama 28 Adun PR lain memastikan khidmat Khalid ditamatkan dengan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang diputuskan parti.

"Kenapa hendak kekalkan 13 ini sebab dia tidak akan mengubah apa-apa. Adakah 13 Adun ini dijadikan alat untuk mencapai sesuatu cita-cita?

"Kalau mahukan salah seorang 13 Adun ini jadi menteri besar, itu melangkaui persetujuan kita," katanya mengulangi pendirian mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu yang tidak akan menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan.

Beliau turut mempertahankan tindakan Adun Morib Hasnul Morib dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib menyokong Dr Wan Azizah, tidak dianggap melanggar arahan parti.

Dr Hatta turut bersimpati dengan dua Adun terbabit yang digelar pengkhianat sehingga menyebabkan mereka trauma dan terpaksa menghilangkan diri.

"Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 Adun) itu menyokong supaya Sultan senang buat keputusan.

"Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 Adun itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata pertama kali dalam sejarah negara istana menolak calon menteri besar yang mempunyai sokongan majoriti.

"Agong tidak pernah buat, raja-raja mahupun Tuan Yang Terutama (TYT) pun tidak pernah buat tetapi di Selangor macam akan berlaku," katanya. -TMI


ULASAN GB

GB tak mahu ulas apa-apa dengan kenyataan-kenyataan di atas kerana ia amat jelas.

Sekarang ini gambar-gambar di bawah ini menjadi viral di media sosial. Pun tak perlu ulas apa-apa. Maisng-masing boleh nilai sendiri samada perjuangan ini untuk parti atau untuk perut kroni sendiri?

Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi?



Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan. 


Ada dua nama kroni di situ. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Politik Hj Abd hadi) dan Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

AKHIRNYA PAK LAH BUKA BLOG....DAN SINDIR KERAJAAN BN!!!

Sempena Hari Malaysia, Pak Lah akhirnya buka blog

Laman web mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Gambar diambil dari laman web, 16 September, 2014.

Sempena Hari Malaysia ke-51, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya membuka blog peribadinya bertajuk 'Pak Lah' untuk melontarkan pandangannya tentang isu semasa negara.

Abdullah terkenal dengan gelaran Pak Lah dalam catatan pertamanya "Erti kemerdekaan dan perpaduan", mengulas tentang isu perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

"Sikap toleransi dan saling menghormati di antara satu sama lain sudah berkurangan.

"Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tidak terbatas.

"Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum," kata perdana menteri kelima itu di www.paklah.net.

Abdullah berkata melihat kepelbagaian masyarakat kini dianggap sebegai perbezaan sehingga dibiarkan melarat kepada perbalahan yang tidak terbatas.

Beliau turut memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak membangkitkan peristiwa hitam 13 Mei sebagai jalan belakang untuk memupuk perpaduan negara.

"Penyatuan kaum adalah penting, tetapi janganlah kita memupuk perpaduan dengan cara menakut-nakutkan rakyat akan implikasi perbalahan tanpa batas.

"Ambillah iktibar dari tragedi 13 Mei, tetapi janganlah kerap mengungkit peristiwa tersebut. Kita harus pandang ke hadapan."

Beliau berkata, menjadi lumrah manusia akan sentiasa ada perbezaan pendapat, lebih-lebih lagi dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Mengulas isu perbalahan antara kaum tentang hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum bukan Melayu, taraf rasmi Islam serta hak kebebasan beragama, Abdullah berkata beliau sedar tidak mempunyai jawapan menyeluruh pada masa ini untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Tetapi Pak Lah cuma ingin mengingatkan saudara-saudari semua yang ini adalah negara kita bersama, tanah tumpahnya darah kita semua. Peliharalah kerahmatan dan kebahagiaan yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua," katanya.

Menyentuh isu pentadbiran politik, bekas presiden Umno itu berkata, kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir, sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) ataupun kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama," katanya.

Bekas ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, mana-mana pemimpin yang didapati melakukan kesalahan wajar ditegur secara berhemah dan bukannya sehingga menjejaskan keseluruhan pentadbirannya.

"Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat.

"Kalau pun ada rasa kurang puas hati luahkanlah secara aman dan berhemah mengikut amalan demokrasi dan adat resam orang timur," katanya yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2003 hingga 2009 itu. ~tmi

15 September 2014

WAJAH SUSPEK SOALAN BOCOR TERDEDAH!!!

Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Empat suspek ditahan semalam dengan kaitan kebocoran kertas soalan UPSR dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini.


Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.


Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. ~TMI





Guru besar ditahan reman- HMetro

Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Kalidevi Mogan Kumarappa

Putrajaya: Seorang guru besar, dua cikgu dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di sini, hari ini ke atas guru besar dan dua guru berusia 30 hingga 54 tahun dari Pulau Pinang serta ejen insurans berumur 31 tahun dari Kuala Lumpur.

Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR.


EMPAT individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan UPSR 2014 dibawa ke kamar Mahkamah Majistret Putrajaya.

Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masing-masing seorang guru di Parit Buntar, Perak serta Kuala Ketil, Kedah.

Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur.

Gan berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi.

Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut.

Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

BEKAS MENTERI GELAR UMNO BODOH!!!

Seorang pimpinan Pemuda Umno berang dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang secara sinis menggelar Umno sebagai "bodoh".

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii (bawah) berkata perkataan "Umno bodoh" tidak boleh diutarakan, walaupun ia bertujuan memperli pihak lain.

"Zam (Zainuddin) berhutang dengan saya kerana menggelar Umno bodoh kerana saya ahli Umno!

"Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupun membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya," tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.

Zainuddin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

Zainuddin – yang kecewa kerana pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan – meminta Najib tidak menghiraukan suara semua orang Melayu, orang Umno, Perkasa, Isma dan suara NGO Melayu lain.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau secara sinis.

Razlan menyatakan Zainuddin sebagai penulis yang berpengalaman dan agak berumur, seharusnya tidak hilang kawalan apabila menulis dan membuat kenyataan dengan memperlihatkan rasa amarah seperti seseorang yang pendek akal.

"Seharusnya beliau (Zainuddin) menunjukkan teladan yang baik dalam penulisan di blog beliau, bukannya menayangkan sikap tidak baik dan seolah-olah hilang sabar dalam menyampaikan atau memperjuangankan sesuatu.

"Adakah Umno benar-benar bodoh. Jika benar UMNO itu bodoh, sudah pasti kerajaan tidak akan berjaya mengekalkan pemerintahan negara sehingga ke hari ini," kata beliau.

Razlan sebelum ini dikenali kerana mengetuai demonstrasi dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP kerana seorang pimpinannya mengutuk Umno Mei lalu.

14 September 2014

MINYAK RON95 BAKAL NAIK BILA CUKAI GST 6% DILAKSANAKAN?



Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Punca, Cukai GST 6%? Setuju...?

 Berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan terhadap cukai GST pada pertengahan tahun 2014, petrol dan diesel tidak berada dalam Senarai Pembekalan Berkadar Sifar & Senarai Pembekalan Dikecualikan yang mana dilihat tiada pengecualian untuk caj cukai GST. Walaubagaimanapun….

Walaubagaiamnapun, pada masa itu pihak Jabatan Kastam dan Eksais belum mengeluarkan kenyataan mengesahkannya walaupun sudah tertera jelas pada dokumen tersebut, petrol dan diesel dikecualikan daripada dikenakan cukai GST. Tiada.

 Ini sudah pasti merisaukan jutaan rakyat marhaen yang sekali lagi berhadapan dengan situasi di mana mereka terhadap ubah gaya hidup dan lanskap perbelanjaan harian dan bulanan mereka dek kerana kenaikan dan peningkatan kos perbelanjaan minyak mereka kelak.
Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)?

Anda boleh semak satu persatu Dokumen Senarai Pembekalan Dikecualikan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan kastam seperti di bawah ini :





Terdapat 2 kemungkinan harga minyak Petrol & Diesel bagi GST 2015

Harga minyak petrol RON 95 sekarang adalah berada pada kadar RM2.10 untuk seliter. Boleh jadi kemungkinan pada masa pelaksanaan GST kelak RM2.10 yang dibelanjakan, anda hanya akan dapat RM0.95 sen ( Yang mana isipadu minyak dikurangkan). Boleh jadi. Ataupun….

Ataupun mekanisme keduanya adalah harga minyak petrol RON 95 dikenakan termasuk dengan caj cukai GST. RM2.10 + 6% yang mana terpapar di resit pembayaran anda harga minyak yang anda bayar termasuk dengan caj cukai GST menjadikan ia sejumlah RM2.23 seliter

Kali terakhir kenaikan harga minyak RON 95 naik yang majoritinya digunakan oleh rakyat marhaen di Malaysia adalah pada bulan September 2013 yang lalu yang diumumkan atas nama “pelarasan subsidi” atau perkataan yang lebih indah lagi “rasionalisasi subsidi“.

Dan berita terkini berdasarkan laporan berita Sin Chew Jit Poh, Jabatan Kastam & Eksais telah mengesahkan dalam forum cukai GST yang dianjurkan Universiti Tunku Abdul Rahman & Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Syarikat (MAICSA) di Kuala Lumpur. yang mana setakat ini petrol tidak akan dikecuali daripada cukai GST. Apa maknanya?

Mengenakan cukai GST kepada petrol contohnya sama seperti mengurangkan subsidi minyak sejumlah 13 sen ke atas rakyat marhaen
Natijahnya, kenaikan harga minyak naik lagi akan berlaku
Nantikan…
Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Patutkah?

Alasan yang dikemukakan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ishak Daud tidak mengecualikan petrol daripada dikenakan cukai GST adalah disebabkan petrol adalah cukai progresif. Lagi apa kata Ishak Daud?

Pembayaran tambahan BR1M pada tahun 2015 lebih dari cukup menampung perbelanjaan tambahan melibatkan cukai GST yang dibayar oleh anda semua rakyat Malaysia bermula tahun hadapan
Ini kerana analisa yang telah dijalankan mengenai pelaksanaan cukai GST 2015, anda hanya perlu bayar RM120 setahun secara puratanya dan pemberian RM300 lebih daripada cukup untuk menampungnya.

Apa respon anda dengan kemungkinan kenaikan harga minyak naik 2015 dek kerana pertambahan kos perbelanjaan anda menjelang perlaksanaan cukai GST 6%? Bersedia?

SUMBER:  Berita Kenaikan Harga Minyak, GST Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...