08 Oktober 2011

BAKAR SAJA BUKU JINGGA, AMARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT

BLOG GREEN BOC sudah ulas panjang lebar semalam. Tiada YB yang berani tampil untuk menjawab kerana mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan, kesalahan yang besar fan serius yang telah menyebabkan RUU Kg Bahru diluluiskan dan sekaligus wasiat allahyarhamah Dr.Lo'lo' dipermainkan oleh ahli-ahli parlimen PR.

Ada seorang dua YB yang menghubung GB untuk membela MP-MP yang tidak hadir. Kononnya GB tak tahu senario sebenar. Kononnya MP Pakatan tidak sangka undi dilakukan sebelah malam dan sebagainya.

Sekalipun GB bukan ahli parlimen, tidak bererti GB tidak tahu apa yang berlaku di Dewan Rakyat, bukan bererti GB dan lain-lain blogger tidak boleh tahu siapa yang hadir siapa yang ponteng dan bukan bererti kami sukasuka tuduh suka-suka tulis ikut sedap rasa.

Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda.

Bawa bukti atau dalil sahih atau panggil mana-mana ulamak muktabar yang kamu ada untuk membuktikan pula tindakan ponteng kamu itu adalah sah!

GB sedia tarik balik tuduhan GB jika kamu-kamu yang ponteng dapat menyediakan dalil sah bahawa kamu boleh tidak hadir tanpa alasan/uzur syarie dari menjalankan amanah.

Lagipun kami para blogger bebas untuk mengulas, mengkritik, mencadang samada dengan nada keras atau lembut, kerana selama ini sebelum kamu-kamu dilantik sebagai ahli parlimen pun kami sudah berada di alam siber memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman. Kami tidak dibayar oleh kamu-kamu tetapi dibayar oleh Allah s.w.t. untuk tugas itu. Justeru itu kami akan tetap menyuarakan yang hak itu sebagai hak, sekalipun ianya akan memenggal kepala ahli parlimen PR sendiri mengambil iktibar dari suratul-Kahf.

حْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً

Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran. Al-Kahf: 13-14

Malah jika kamu-kamu mengkhianati amanah pun, akan tetap ada orang yang akan memikul amanah itu.

Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; "Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang etatp tegak menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Kali ini rakyat memaafkan kamu, tetapi sebarang perulangan sikap yang memandang rendah terhadap amanah yang diberikan tidak akan lagi diberikan keampunan dan kemaafan. SERIUS dan KOMITMEN dari semua ahli parlimen diperlukan jika benar-benar hendak menawan Putrajaya. Jika tidak bakar saja BUKU JINGGA, lupakan semuanya. Blogger PR pun boleh tutup semua blognya. Biarkan BN memerintah dan rakyat hidup menderita dan dizalimi selama-lamanya!


Kehadiran Ahli Parlimen PR Perlu Dipantau Elak Makan Gaji Haram

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Jangan Samakan Dewan Rakyat Dengan Tapak FUNFAIR

Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan.

Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.

Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin.

Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.

Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.

Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.

Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka.

Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor

Bajet BN lebihkan wakil rakyat dari rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pakatan Rakyat sependapat elaun ahli Parlimen bukan keperluan utama untuk dinaikkan sebaliknya kerajaan harus menekankan integriti Parlimen itu sendiri.

Mengulas Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi, ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan seharusnya menekankan aspek ketelusan Parlimen untuk memerangi salah tadbir negara.

"Elaun untuk ahli Parlimen bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan tapi yang penting ialah integriti Parlimen, integriti untuk memerangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana Parlimen itu lebih penting sekarang ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di lobi Parlimen siang tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pula berkata, bajet 2012 seharusnya lebih memfokuskan kepada kepentingan rakyat, bukan wakil rakyat.

"Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, sebaiknya elaun dan kemudahan kakitangan Parlimen ditingkatkan.

"Bukan masanya untuk tambah elaun ahli Parlimen sebaliknya lebih perlu tambah elaun staf dan pembantu Parlimen," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Najib dalam pembentangannya berkata, kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudaha ahli Parlimen.

Katanya, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan, namun tidak mendedahkan kadar kenaikannya.

Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi belanjawan 2012, RM20.8 bilion lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu RM212 bilion.

Perjuangan Pakatan

Salahuddin dalam pada itu menyifatkan pengumuman bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat sebagai kesedaran yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

"Mereka harus berterima kasih kepada pembangkang yang memperjuangkannya khususnya Mat Sabu (Moohamad Sabu) yang mengutarakan isu itu dan hari ini keluarga mereka mendapat paling tidak pun bayaran khas," katanya.

Namun beliau turut berharap keluarga bekas tentera ini diberikan pencen tetap setiap bulan.
"Tetapi bagi saya mereka harus diberikan pencen untuk mendapat imbuhan daripada jasa mereka," katanya.

PAS sebelum ini mencadangkan agar semua keluarga anggota polis yang mati semasa mempertahankan rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 menuntut pampasan daripada kerajaan British.

Namun Najib dalam pembentangannya sempat menyindir Pakatan Rakyat tidak mengenang jasa pejuang kemerdekaan apabila menimbulkan isu Mat Indera sebagai pejuang negara.

"Kita tidak sekali-kali seperti sesetengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka," katanya.-HD

Akibat Mohamad Sabu ‘celupar’

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.

Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.

“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.

“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.

Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.

“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.

Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.

"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.

Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.

“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.

Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...

Antara komen lagi:

“Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.

“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...” -HD

07 Oktober 2011

INTIPATI BAJET 2012

Najib: Bajet 2012 sedia RM232.8b, defisit 4.7 peratus


KUALA LUMPUR - Bajet 2012 yang sedang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.

Defisit tahun lalu adalah sebanyak 5.4 peratus.

BaJet kali ini bertemakan Dasar Transformasi Negara dengan lima fokus utama.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut, defisit fiskal kerajaan persekutuan dianggarkan berkurangan ketara kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Hasil kerajaan diunjurkan meningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion selaras dengan prospek ekonomi dalam negeri yang terus berkembang, katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan hari ini.

Kementerian Kewangan berkata dasar fiskal negara bagi 2012 akan kekal berhemat dan menyokong pertumbuhan ekonomi, sambil menambah jumlah perbelanjaan kerajaan dijangka stabil sebanyak RM230.8 bilion.

Menurutnya, harga komoditi yang lebih tinggi, peningkatan akses berterusan kepada pinjaman, keuntungan perniagaan yang teguh dan keadaan pasaran pekerjaan yang menggalakkan dijangka memperkukuh penggunaan swasta dan mencergaskan aktiviti pelaburan pada keseluruhannya.

Perkembangan yang menggalakkan ini akan menyumbang kepada hasil cukai yang lebih tinggi iaitu RM135.6 bilion, katanya.

Komponen utama hasil cukai iaitu cukai langsung (RM102.1 bilion) dan cukai tidak langsung (RM33.5 bilion) dijangka terus mencatat peningkatan, mencerminkan pengembangan aktiviti ekonomi domestik yang lebih kukuh dalam semua sektor serta perdagangan sesama serantau yang menggalakkan.

Kementerian Kewangan berkata terimaan dari cukai pendapatan petroleum (RM26.2 bilion) dijangka kekal tinggi berikutan permintaan serantau yang kukuh ke atas minyak mentah dari kalangan negara Australia, India, Thailand, Filipina dan Korea.

Terimaan dari hasil bukan cukai, merangkumi pendapatan pelaburan, lesen, bayaran pendaftaran dan permit serta hasil dari wilayah persekutuan pula dijangka lebih rendah sedikit berjumlah RM51.3 bilion, katanya.

Kementerian Kewangan berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal seperti disandarkan kepada jangkaan defisit yang lebih rendah pada 2012.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan akan terus menggerakkan momentum pertumbuhan serta melaksanakan inisiatif transformasi ekonomi bagi memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

Menurutnya, Belanjawan 2012 akan memperhebat usaha meningkatkan daya saing ekonomi negara melalui pelaksanaan inisiatif pembaharuan dan menggalakkan pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

“Bagi tujuan ini, sejumlah besar peruntukan disediakan untuk program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (RM7.4 bilion), Bidang Ekonomi Utama Negara (RM4 bilion) dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (RM121.5 bilion), yang merupakan langkah penting untuk mengerakkan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya lagi.

Kementerian Kewangan berkata Belanjawan 2012 juga akan melaksanakan program dan projek yang mampu bertindak secara berkesan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup, menjamin kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar serta mempercepat pelaburan swasta.

- TMI

KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)

AKTA KAMPONG BHARU: TINDAKAN GELOJOH KERAJAAN DIKESALI

Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) kesal dengan sikap gelojoh dan tergesa-gesa Kerajaan yang meluluskan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 malam semalam tanpa memberi masa dan peluang langsung kepada pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu peluang untuk melihat sendiri kandungan Akta tersebut. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap rakus Kerajaan dan pihak-pihak yang berselindung di sebaliknya untuk mengaut kekayaan melimpah-ruah hasil daripada “pembangunan” Kampong Bharu kelak.

Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dan terus membentangkan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) yang baru dengan beberapa pindaan. Belum pun sempat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu berpeluang memegang, meneliti dan berbincang berkenaan undang-undang yang bakal menentukan masa depan mereka itu, Kerajaan telahpun secara tergesa-gesa sehingga lewat malam tadi meluluskan RUU PPKB 2011 tersebut di Parlimen.

Apakah yang hendak dikejar sangat sehingga tidak ada ruang langsung untuk RUU PPKB 2011 tersebut dibincang dan diluluskan oleh orang-orang Kampong Bharu sendiri terlebih dahulu, sedangkan merekalah pihak yang terlibat secara langsung dengan apa saja bentuk pembangunan yang hendak dicadangkan. Mereka adalah pemilik dan pewaris asal tanah Kampong Bharu sejak 111 tahun lalu dan kini segala pandangan dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri telah dirampas dalam masa hanya beberapa jam sahaja.

Kerajaan menggunakan mekanisme undang-undang dan Parlimen dijadikan “rubber stamp” untuk menafikan segala hak pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu yang merupakan satu-satunya warisan tanah orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.

SPKB juga mempersoalkan penglibatan empat badan GLC yang diumumkan Menteri malam tadi iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad yang dikatakan akan terlibat dalam pembangunan Kampong Bharu ini. SPKB menegaskan, bahawa penglibatan badan-badan ini tidak pernah langsung dibincang dan didedahkan kepada masyarakat Kampong Bharu malah, pemilik dan pewaris tanah sehingga sekarang masih lagi ragu dan sangsi tentang kaedah dan bentuk pembangunan yang hendak dijalankan.

Bagaimanakah ia hendak dimulakan dan adakah ia akan melibatkan perpindahan penduduk ke tempat yang lain sepanjang proses pembangunan itu dijalankan ? Apakah status hakmilik tanah mereka akan berubah dan adakah hartanah Kampong Bharu ini akan terbuka untuk diurusniagakan kepada semua orang ? Apakah jaminan hakmilik tanah akan kekal di tangan mereka dan mengapakah Menteri mempunyai kuasa penuh dan mutlak ke atas tanah Kampong Bharu?

Semua perkara ini masih tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah dan secara tiba-tiba, Kerajaan telahpun meluluskan RUU PPKB 2011 malam tadi dan meninggalkan tanda-tanya serta kemarahan kepada sebilangan besar masyarakat Kampong Bharu.

SPKB menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak menolak sebarang bentuk pembangunan di Kampong Bharu tetapi biarlah ia dibuat secara tertib, beradab dan menghormati pandangan dan cadangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Merekalah Tuan yang sebenarnya di Kampong Bharu ini, bukannya Menteri, orang-orang politik atau badan-badan korporat.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu

ATUR PERLAWANAN LIGA SCOT: WAYNE RONNEY DITAHAN

Ayah dan pakcik Rooney ditahan


LONDON - Ayah dan pakcik kepada bintang Manchester United, Wayne Rooney ditahan kerana terlibat dalam kes perjudian haram membabitkan perlawanan dalam Liga Perdana Scotland.

Menurut sumber polis, dua daripada sembilan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan namun polis enggan mendedahkan lagi identiti-identiti suspek yang lain.

Polis Merseyside berkata, ayah Rooney berumur 48 tahun yng dikenali sebagai Wayne dan pakciknya, Richie Rooney, 54 tahun ditahan di rumah mereka di Liverpool.

Salah seorang yang turut ditahan difahamkan pemain tengah Motherwell, Steve Jennings, yang bermain dalam perlawanan tersebut dan dikenakan kad merah selepas lapan minit perlawanan kerana membantah keputusan penalti diberikan pengadil.

“Detektif hari ini telah mengeluarkan waran bagi menahan sembilan orang di sekitar 10 alamat Merseyside dan Glasgow bagi me

JOBS -IKON TEKNOLOGI ERA BARU


TANGGAL 5 Oktober menjadi tarikh kepada kelahiran sebuah lagi gajet terbaru kebanggaan Apple apabila telefon pintar iPhone 4S dilancarkan di ibu pejabat firma Apple, Amerika Syarikat (AS).

Namun, ironinya tarikh itu akan diingati bukan sahaja oleh warga Apple bahkan seantereo dunia, apabila ia adalah hari terakhir buat pengasas syarikat gergasi itu Steve Jobs. Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, menghembus nafas terakhir ekoran sakit kanser pankreas yang dihadapinya. Jobs yang menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga tercinta mengalami masalah kesihatan yang semakin merosot sejak bulan Februari tahun ini.

Dia bukan saja mengalami keguguran rambut yang melampau kesan daripada rawatan kemoterapi malah, berat badannya dikatakan merosot dari 79.37 kilogram (kg) kepada 59kg. Sebelum ini, Jobs juga pernah menjalani pembedahan hati pada dua tahun lalu selain membuang tumor pada tahun 2003.

“Dunia telah kehilangan insan yang sarat dengan visi dan kreativiti,” luah Presiden AS, Barack Obama dalam kenyataan penghormatan buat mendiang Jobs.Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun dia tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya, sebaliknya dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS. Ia sebuah kawasan yang dikelilingi ladang aprikot.

Pencinta seluar jean jenama Levi’s itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di California, AS dan bersekolah di Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Kemudian, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon.

Namun, tempoh pengajiannya di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester sahaja kerana Jobs mengambil keputusan mengembara ke India bagi mendalami ilmu agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke.

Pada waktu itu, usia Jobs baru saja mencecah 19 tahun. Dalam memastikan proses kerohanian itu berjalan dengan sempurna, Jobs sanggup mengikuti amalan ritual keagamaan tersebut seperti mempraktikkan diet ketat dengan berpuasa dan menikmati makan buah saja.

“Secara tidak langsung, minat mendalam terhadap agama ini telah mendorong saya untuk menjadi sami di biara Jepun berbanding melibatkan diri dalam dunia komputer.

“Tetapi, guru saya, Kobun Chino telah menyedarkan saya bahawa anutan ini masih boleh diteruskan walaupun pada masa yang sama saya mengusahakan bisnes komputer,” jelas Jobs yang kembali ke Silicon Valley pada tahun 1974 dengan membawa agama Buddha.Menyusuri penglibatan Jobs dalam dunia komputer dan gajet, segala-galanya berpunca selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik

Persahabatan yang terjalin itu telah membawa Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa panjang. Hasil perbincangan yang dilakukan maka mereka berdua sepakat melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.

“Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” jelas Jobs yang memperoleh modal perniagaan sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada menjual microbus iaitu salah satu komponen komputer, manakala Woz menjual kalkulator.

Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666 (RM2,026).

Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980. Namun, jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama.Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT pada tahun 1986.

“Firma NeXT lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer. Kami turut memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW),” ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad.

Sebahagian besar pakar IT dan penganalisis ekonomi di serata negara menyifatkan jenama Apple Inc., terus kukuh sehingga kini meskipun hampir bankrap pada tahun 1990, disebabkan kebijaksanaan dan etika kerja yang dipamerkan Jobs.

Perkara itu diakui oleh pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., Azli Paat, yang menyatakan bapa kepada empat cahaya mata itu seorang yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan tinggi.

Jelas Azli, Jobs bijak mencipta telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad, yang ideal dengan perkembangan teknologi serta trend semasa.Buktinya, kemunculan telefon pintar iPhone pada empat tahun lalu telah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, permintaan dan pembelian terhadap telefon itu amat menggalakkan sehingga mengatasi jualan produk telefon lain.

“Walaupun bukan mudah untuk mencipta telefon pintar ini tetapi, Apple sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Prinsip utama sebelum mencipta produk saya elak bertanyakan kehendak pengguna sebaliknya, lebih cenderung menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk masa depan,” terang Jobs dalam satu temu bual.

Populariti penjualan iPhone dan iPad sekali gus menyenaraikan Apple Inc., sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion).

Malah, penganalisis Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu setiap tahun penjualan iPhone khususnya memperlihatkan peningkatan yang drastik.

Biarpun telah meletakkan jawatan CEO Apple, pada bulan Ogos lalu tetapi, Jobs masih kekal sebagai pengerusi di syarikat berkenaan.

Ini disebabkan khidmat nasihat dan idea kreatif Jobs tetap diperlukan bagi memastikan keluaran produk terbaharu Apple, berkualiti dan terbaik.

Namun, kelmarin bukan sahaja Apple malah, seluruh dunia merasai kehilangan seorang genius yang juga dianggap ikon teknologi era baru.-KO

Jangan ada 'musang berbulu ayam' dalam PAS

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai hala tuju yang sangat jelas, iaitu ia bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13, sekali gus menawan Putrajaya.

Sebagai sebuah parti yang banyak pengalaman dan tersohor sebagai sebuah organisasi yang berdisiplin, PAS sepanjang 60 tahun penubuhannya, juga tidak sunyi daripada elemen-elemen negatif yang boleh menjejaskan matlamat perjuangannya.

Tidak harus dinafikan, setiap parti ada kelemahannya yang tersendiri. Sama ada ia dari kalangan BN atau Pakatan Rakyat. Dalam konteks PAS, ia harus melihat jauh ke hadapan, supaya pasca 60 tahun ke hadapannya, tidak wujud sebarang elemen yang boleh menjejaskan hasratnya menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Elemen-elemen negatif sebegini, harus diperhati dan diperhalusi. Bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa, bukan juga untuk bersangka buruk dengan sesiapa, tetapi kita harus bertegas dalam mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan individu yang bergelar pemimpin.

Untuk itu PAS harus lebih berhati-hati. Jangan sampai akibat kelemahan kepimpinannya, keyakinan rakyat akan terjejas. Sebarang elemen yang tidak baik, harus ditangani sebaiknya.

Keyakinan rakyat terhadap PAS, selain daripada kekuatan kepimpinannya, kadang-kadang dibentuk oleh persepsi. Persepsi yang bagaimana rakyat melihat PAS. Jika ada unsur atau elemen yang negatif, maka ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan dan kepada PAS sendiri.

Justeru, pada Sambutan ulangtahun ke-60 PAS yang diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang berlangsung dengan jayanya 1 Oktober lepas, PAS harus kelihatan bersih dan sentiasa bersih, sebagai parti yang bakal menggalas amanah besar rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Bagi mengingatkan rakyat tentang peranan PAS di persada politik negara selama 60 tahun, aturcara padat diatur penganjur, bermula sejak 30 September sehingga majlis penutupnya pada malam 1 Oktober 2011. Dengan Kongres 60 tahun diadakan pada siang hari, pelbagai pameran, pelancaran dan diskusi serta pengkisahan sejarah diatur oleh penganjur.

Pada malam terakhir, seluruh kawasan persekitaran Dewan Milenium penuh sesak dengan pelbagai kenderaan. Khabarnya lebih 20 ribu penyokong PAS membanjiri dewan yang hanya boleh memenuhi sekitar 3 ribu orang sahaja.

Apa pun pada pengamatan saya, walaupun sambutan hebat ditunjukkan rakyat, namun jumlah sekitar 20 atau 30 ribu tidak menunjukkan kekuatan sebenar PAS. Kekuatan PAS bukan hanya ditahap itu sahaja. Itu pun yang hadir sewaktu ceramah, sedangkan pada waktu lain hanya sekitar 3 ribu orang sahaja yang memenuhi Dewan Milenium.

PAS adalah sebuah parti yang amat besar. Keahliannya mencapai sejuta umat. Kita mungkin tidak memerlukan sejuta umat membanjiri Kepala Batas, cukup sekadar 5 peratus atau 50 ribu ahli dan penyokong hadir sudah memadai.

Justeru mengapa kehadiran ahli dan penyokong tidak seramai yang diharapkan? Ada banyak jawapan diberikan. Antaranya tidak penganjur tidak cukup masa untuk mempromosikan majlis, ada juga yang mengatakan iklan-iklan yang berbentuk poster atau kain pemidang tidak banyak diletakkan di seluruh negara, atau pun sekurang-kurangnya di seluruh Pulau Pinang.

Saya berniat tidak untuk menyalahkan penganjur. Barangkali kain pemidang atau iklan dalam Harakah tidak banyak. Ianya bukan soal iklan dan promosi, ianya adalah soal kesedaran dan komitmen kita semua, dari kalangan pucuk kepimpinan sehingga ke penyokong di peringkat bawahan.

Sewaktu kami duduk di meja khusus yang ditempatkan untuk wartawan, ada wartawan media arus perdana yang datang dari Kuala Lumour, bertanya mengapa di atas pentas utama, AJK PAS Pusat tidak penuh walaupun dewan penuh dengan ahli dan penyokong?

Beliau menyebutkan beberapa nama kepada saya, yang saya fikir tidak wajar ditulis dalam ruangan ini. Namun, sekali imbas, ada logiknya soalan beliau, mengapa dalam event yang sebegini penting, tidak semua pemimpin tertinggi PAS yang hadir.

Beliau mengajukan soalan lagi,"Saya selalu buat liputan ke mesyuarat PAS Pusat, saya lihat ******* dan ******** selalu tidak hadir, mengapa ya?

"Adakah wujud masalah dalam PAS sehingga orang-orang ini tidak hadir mesyuarat dan event besar sebegini?" soalnya mengorek rahsia.

"Ya betul, kita orang pun selalu tunggu mahu minta statement dia..selalu dia tak ada," sampuk seorang wartawan media berbahasa Cina.

Mungkin kita boleh beri alasan simplistik. Pemimpin itu tidak hadir kerana sibuk dengan urusan. Habis, pemimpin lain yang lebih besar tidak banyak urusan. Jika Mursyidul Am dan Presiden PAS, orang yang paling sibuk dan padat jadual mereka boleh hadir, mengapa orang lain tidak boleh atur jadual mereka untuk menghadiri mesyuarat parti atau Kongres 60 tahun yang penting ini?

Dalam perbualan tersebut, banyak 'soalan-soalan maut' yang ditanya, tetapi tidak dijawab secara verbatim. Semua persoalan yang diajukan menunjukkan bahawa PAS dan pemimpin-pemimpinnya diperhatikan. Kelibat mereka senantiasa menimbulkan pelbagai persepsi.

Malah sewaktu berada di Kongres, ada kalangan hadirin mendapat SMS mengatakan pada waktu yang sama ada kalangan pemimpin PAS yang sembang santai dengan pemimpin Umno di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur.

Kita boleh cipta pelbagai alasan, barangkali si fulan itu sibuk dengan program potfolio atau lujnah yang dipegangnya. Justeru ditanya balik, tidakkah boleh jenguk sekejap ke Kepala Batas? Sesibuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, hingga penuh masanya bersama rakyat siang dan malam, pun sempat hadir, tak kan anda pemimpin bawahan, lebih sibuk daripada mereka.

Okay lah, kita bagi excuse, kononnya acara yang membabitkan majlis dengan pemimpin Umno sudah diatur lama, maka ianya tidak dapat dielakkan. Ditanya kembali, mengapa tiap-tiap bulan anda tidak hadir mesyuarat? Mengapa banyak event besar PAS, tidak juga anda hadiri?

Juga harus ditanya, misalnya, mengapa anda sering bertemu, minum kopi, bersantai dengan pemimpin Umno, menteri dan sebagainya? Lebih kerap bertemu mereka daripada menemui atau bergaul dengan pemimpin ada ahli PAS?

Dalam dunia tanpa sempadan ini bagaimana kita hendak nafi. Sekali dua boleh kita kata orang fitnah atau sebar SMS palsu. Tapi kalau dah masuk berpuluh kali, bagaimana?

Ini yang bahayanya. Ini yang harus dielakkan oleh PAS, selepas 60 tahun ia wujud dalam negara. Ia harus mempunyai pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih. Persepsi negatif sebegini boleh menjejaskan PAS dalam jangka panjang jika tidak ditangani dengan baik.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan sesiapa atau mencetuskan isu dengan mengandaikan sesuatu berdasarkan tohmahan. Anggaplah tulisan ini sebagai muhasabah supaya elemen picisan yang menjejaskan PAS yang timbul daripada orang seperti Dato' Mohd Asri Muda, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad dan Abdul Malek Hussin tidak berulang lagi.

Mereka ini keluar daripada PAS dengan cara yang kotor, walaupun mereka tidak menjejaskan PAS, namun mereka adalah termasuk di kalangan pencatat sejarah buruk 60 tahun PAS. Jangan sesekali PAS benarkan sejarah ini berulang.-HD

MTUC: Bekukan kemasukan pekerja asing

Kita takut memandangkan begitu ramai buruh asing yang murah, orang tempatan akan diketepikan kerana majikan memilih mereka, kata naib presiden MTUC.
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan agar membekukan kemasukan pekerja asing ke negara ini dengan serta-merta bagi menyelesaikan isu 1.3 juta pekerja asing tanpa izin sedia ada.

Naib Presidennya A Balasubramaniam berkata kerajaan harus melihat perkara itu secara serius kerana isu berkenaan membawa kesan besar kepada rakyat tempatan.
“Kita takut memandangkan begitu ramai buruh asing yang murah, orang tempatan akan diketepikan kerana majikan memilih mereka,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa terdapat 1.3 juta pekerja asing tanpa izin yang bekerja dalam sektor tidak dibenarkan mendaftar dalam Program 6P yang membabitkan pendaftaran dan pemutihan pendatang asing di negara ini.
Hishammuddin turut dilapor berkata kebanyakan warga asing terbabit bekerja di bengkel kenderaan, restoran makanan segera, restoran dan juga gerai makanan.
Balasubramaniam mencadangkan agar Kementerian Sumber Manusia mengadakan perbincangan tiga pihak bagi mendapatkan bantuan dan idea daripada pihak berkepentingan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Beliau juga meminta kerajaan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengesan golongan pekerja asing tanpa izin yang bekerja dalam sektor tidak dibenarkan.

Van Keselamatan Bawa Wang RM1.9 Juta Disamun

KUALA LUMPUR: Sebuah van keselamatan yang membawa kira-kira RM1.9 juta wang tunai dilarikan lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol dalam satu rompakan nekad di sebuah stesen minyak di pekan Ijok, Kuala Selangor, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, tiga pengawal termasuk seorang pemandu van membawa wang itu untuk dimasukkan ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di stesen minyak tersebut.

Van yang baru tiba di stesen itu telah dihampiri sebuah Proton Perdana dengan kesemua suspek mengacukan pistol ke arah pemandu van dan pengawal keselamatan dan mengarahkan mereka keluar sebelum melarikan van bersama wang itu, kata Mohd Adnan ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, salah seorang daripada suspek memandu van itu, manakala empat lagi suspek mengekori van dengan menaiki Proton Perdana.

Pengawal keselamatan syarikat terbabit telah membuat laporan polis.

Sejam selepas kejadian, polis menemui sebuah van yang telah dibakar dan tinggal rangka, dipercayai van keselamatan berkenaan, di tepi belukar kira-kira satu kilometer dari stesen minyak itu.

06 Oktober 2011

ESOK BELANJAWAN TERAKHIR BAGI BN

Mungkin esok belanjawan terakhir buat kerajaan BN, bagaimana populariti Najib telah jatuh meredum akhir ini, juga masalah peribadi beliau yang banyak selepas menyambung mandat Paklah.
Kegagalan beliau menjana ekonomi dengan hutang negara sehingga RM467 bilion juga inflasi terus meningkat membuat rakyat kian perit. KALI INI RAKYAT AKAN HUKUM BN....

Berita berkaitan:

Najib Umum "Belanjawan Untuk Semua Rakyat Malaysia" Pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, disifatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "satu Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia". Menekankan pendekatan inklusif kerajaan, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata akan terdapat lebih ramai yang akan menikmati manfaat dalam Belanjawan sederhana dan berhemah pada tahun ini.

Intipatinya akan termasuk dasar-dasar baharu untuk menangani kos kehidupandalam waktu-waktu sukar dan pada masa yang sama mengekalkan pendekatan bertanggungjawab daripada segi menjamin kedudukan fiskal dalam menguruskanekonomi.

"Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan mengotakan janji-janji kami untuk menjamin keadilan sosial dan pada masa yang sama memastikan negara kita berada di landasan ekonomi yang kukuh yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang untuk semua.

"Ini merupakan Belanjawan transformasi yang sebenar untuk semua rakyat Malaysia, iaitu yang akan menentukan hala tuju kita ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya sebelum pengumuman Belanjawan esok.

"Selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit, tetapi tidak akan berbuat -Bernama

INTEGRITI NAJIB SELAKU PM TELAH TERCEMAR & HANCUR BERKECAI

Ia sudah dijangka. Ini adalah implikasi dari pertemuan Najib dengan para hakim pada awal bulan September lalu. :

Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat.

Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan?

Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan.

Walau apa pun, integriti Najib selaku Perdana Menteri telah tercemar dan hancur berkecai. Pertama kali seorang PM disepina untuk hadir ke mahkamah, kemudian takut untuk menghadirinya, sekalipun pada awalnya beliau "telah campurtangan" dengan mengadakan pertemuan dengan Saiful yang kononnya pertemuan itu untuk membincangkan biasiswa untuk Saiful menyambung pelajarannya. Penipuan yang amat ketara.

Najib boleh lepas sekali. Tetapi bukan setiap kali. Najib boleh lepas hari ini. Tetapi bukan hari-hari depan yang menanti.



Liwat II: Mahkamah tolak sepina ke atas Najib, Rosmah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.
Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Pihak pembelaan telah cuba mewawancara Najib dan Rosmah pada Ogos lalu tetapi mereka enggan menjadi saksi pembelaan dan berkata akan hanya tampil jika disepina.Namun apabila sepina dikeluarkan, mereka memilih untuk mengketepikannya pula.

Sepina meminta perdana menteri tampil itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. -mk

PM YANG BOROS

Kadang-kadang, apabila gambar mampu menceritakan segala-galanya, tulisan saya akan menjadi ringkas. Mungkin 4 foto di bawah mampu menceritakan apa yang hendak saya sampaikan hari ini.

Dato Onn Jaafar, Pengasas UMNO
bebasikal melawat penduduk kampung


DAVID CAMERON, dahulu Ketua Pembangkang dan sekarang
Perdana Menteri Britain, menuju ke pejabat beliau

BORIS JOHNSON, Datuk Bandar London


Berapa kosnya hari ini?

Belanjawan Pilihanraya BN vs Belanjawan Rakyat PR

Belanjawan alternatif Kemakmuran Untuk Semua yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat untuk tahun 2012 telah menerima tomahan daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang mengutuk rancangan itu tanpa sekilas pandang pun terhadap isinya, apatah lagi melihatnya dengan teliti.

"Senang kalau kita nak gunakan wang yang kita tak punya," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu apabila ditanya mengenai pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

"Senang untuk kita gunakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh kata apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kita boleh membuat janji-janji sebab kita bukan kerajaan. Buat janji-janji, asalkan menang pilihanraya."

Tetapi benda yang sama boleh dikatakan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak. Malah lebih teruk lagi. Pakatan tidak mempunyai wang itu kereana mereka tidak berkuasa di peringkat persekutuan. Tetapi kenapa Kerajaan Malaysia yang membelanjakan wang yang mereka tidak punya? Kenapa kerajaan persekutuan BN sentiasa tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan?

'Kesilapan' BN dengan wang rakyat

Barangkali, jawapannya ialah perbelanjaan wang rakyat di dalam pembelian kelengkapan tentera, membayar syarikat penasihat perhubungan awam. Dan ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhannya, bila merujuk kepada kesilapan kerajaan Malaysia dalam penggunaan wang rakyat.

Tidak kira apa yang cuba dikatakan oleh Mahathir, sewaktu BN berkuasa inilah banyak wang rakyat sudah dibazirkan. Kenapa kedudukan ekonomi sudah semakin merudum semenjak Naji menagambil alih kuasa? Mungkin inilah masanya untuk kita akui, retorik Najib untuk melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi tidak akan berjaya sekiranya dia enggan menyelesaikan masalah yang sebenarnya.

Untuk suku pertama tahun 2011, hutang kerajaan pusat adalah sebanyak RM430,151 juta berbanding dengan RM407,101 juta untuk waktu yang sama pada tahun 2010. Daripada RM430,151 juta itu, RM425,831 juta merupakan hutang jangka masa sedang dan panjang.

Hutang domestik berada pada RM414,217 juta di mana pada waktu yang sama pada tahun 2010, ianya berada pada RM390,356 juta. Dan hutang jangka masa sedang dan panjang berada pada RM409,897 juta.

Pendek kata, Kerajaan Malaysia berhutang kepada bank dan simpanan-simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencecah angka bebillion-bilion. Hutang-hutang ini adalah suatu misteri apabila kita lihat perbelanjaan kerajaan pusat sudah semakin berkurang. Pada April 2011, angka ini berada pada RM13,769 juta; pengurangan berbanding dengan angka RM19,416 juta untuk waktu yang sama pada tahun lepas.

Harus diingatkan angka-angka ini hanyalah untuk suku pertama tahun 2011. Masih ada sembilan bulan lagi untuk cukupkan setahun. Dan terdapat bermacam-macam alsan untuk kita takuti yang hutang-hutang ini akan meningkat terutamanya bila kita mengambil kira Pilihanraya Umum yang menjelang tiba dan pelbagai lagi inisiatif-inisiatif kerajaan. Kerajaan Malaysia telah mengurangkan perbelanjaannya, tetapi berjaya meningkatkan hutangnya.

Ketinggalan dengan negara-negara lain

Di dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Singapore Straits Times, pakar-pakar ekonomi menimbulkan pertanyaan samada Malaysia yang kaya dengan sumber alam ini ketinggalan dengan persekitaran global. The Straits Times melaporkan hujah-hujah oleh pakar ekonomi yang menyatakan campur tangan selama berdekad-dekad yang memberikan layanan istimewa kepada kaum Melayu dan tidak kepada pasaran terbuka telah membuatkan Malaysia ketinggalan dalam keupayaannya untuk menarik pelabur-pelabur asing.

Menambahkan wang ke dalam ekonomi, seperti yang dijangka akan dilakukan oleh Najib, tidak akan menyelesaikan masalah utama di Malaysia. Ekonomi di Malaysia tidak dibina untuk berkembang dan menjadi matang. Oleh itu, pembentangan Belanjawan oleh Najib yang mendatang ini adalah penunaian ramalan Mahathir berkenaan Belanjawan Pakatan Rakyat.

Belanjawan 2012 Najib akan menjadi Belanjawan Pilihanraya, Kerajaan Malaysia akan membelanjakan wang yang mereka tidak punya. Ia akan menjadi Belanjawan yang akan meraih kembali sokongan majoriti rakyat Makaysia yang sudah terseksa di bawah pimpinannya dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Tutup bocor dulu, kenapa isi air dalam bekas bocor

Kerana inilah inisiatif Pakatan Rakyat untuk membuang monopoli dan mengubah suasana politik merupakan perkara utama reform belanjawan. Inilah perbezaannya.

Di bawah Belanjawan Pakatan, monopoli dan oligopoli akan dipecahkan, persaingan akan ditingkatkan sementara membantu perniagaan Malaysia untuk merendahkan kos. Suasana persaingan akan mengurangkan inflasi dan menambahkan pilihan untuk rakyat.

Politikal reform akan diikut rapat dan hanya dengan membuang campur tangan kerajaan dalam ekonomi barulah masa depan ekonomi di Malaysia akan terjamin. Pendek kata, Pakatan mahu menutup bocor dulu sebelum mengisinya dengan air. Kenapa isi lagi air bila bekasnya bocor?

Inilah senario yang menyelubungi Malaysia. Kita mempunyai ekonomi yang penuh dengan kebocoran, korupsi dan rahsia-rahsia dalam pemberian tenda. Arahan kerajaan yang tidak tentu hala juga menambahkan lagi kebocoran duit rakyat.

Dan inilah perkara-perkara yang tidak akan disentuh oleh Najib di dalam Belanjawannya. Kerana dengan menampal kebocoran ini, struktur feudal BN akan hapus, sesuatu yang Najib tidak mahu untuk berlaku.

05 Oktober 2011

IPOH MALI MAA...JELITAWAN MCA



Jelitawan MCA: Benar atau sekadar opera Cina?

Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.

Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.

Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas.

Beliawanis: Mereka ahli sebenar

Ketika dihubungi semalam, ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti itu.

"Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya.

Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik.

Katanya, ahli-ahli Beliawanis itu hadir pada Sabtu lalu kerana menerima jemputan Pemuda MCA yang akan membuka sayap itu kepada ahli-ahli wanita tahun depan.

"AGM hanya untuk perwakilan pusat, dan Beliawanis daripada beberapa bahagian telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadi pemerhati," katanya. Walau bagaimanapun Tee tidak pasti bahagian-bahagian yang dijemput itu.

Menurut beliau gambar-gambar ahli Beliawanis MCA yang terpampang di dada akhbar itu adalah ahli "yang agak baru", sambil menambah bahawa Pemuda MCA boleh mula merekrut ahli-ahli wanita sebelum dasar itu menjadi rasmi.

Beliawanis sebelum ini ditempatkan di bawah Wanita MCA dan khusus untuk ahli-ahli wanita yang berusia 18 hingga 35. -MK

04 Oktober 2011

APA NAK JADI MELAKA : PERANG MAK NYAH PULAK

Perang Mak Nyah Di Bumi Hang Tuah

MELAKA – Mak-mak nyah tempatan di negeri ini melahirkan kekecewaan apabila ‘kawasan jajahan’ mereka di Taman Melaka Raya dirampas mak nyah negara asing.

Salah seorang mak nyah tempatan yang mengelar dirinya Shasa memberitahu wartawan The Star, persaingan adalah amat sengit.

“Yang dari luar negara yakni kebanyakannya dari Indonesia tidak takut dengan kami sebab mereka ada penjaga. Kami ada penjaga kami juga tetapi pendatang ini kuat dan mereka lebih ramai dari kami,” kata Shasa.

Tinjauan ke taman berkenaan menemukan kumpulan mak nyah yang berpakaian seksi dan mekap yang tebal.

Kebanyakkan mak nyah asing berkenaan dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelajar atau visa pekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, mak nyah asing melihat Taman Melaka Raya sebagai ‘lombong emas’ kerana ia menjadi tumpuan pelancong.

“Kami tahu mengenai mereka dan kami bersedia menawarkan kaunselling serta sokongan emosi,” katanya.

Norpipah mengulas mengenai laporan The Star Isnin lalu bahawa sebahagian besar mak nyah telah memindahkan operasi mereka ke hab komersial negeri berkenaan.

Akibat persaingan, sebahagian mereka turut memainkan peranan sebagai pemandu pelancong sebagai kaedah kreatif untuk mendapatkan pelanggan.

Norpipah menambah, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan agama Islam negeri bagi memberikan kaunseling kepada para mak nyah berkenaan.

“Mereka memerlukan bantuan, tetapi mereka juga harus tahu apa yang dibuat mereka itu sebenarnya salah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan juga mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan polis untuk memeriksa status para mak nyah berkenaan.

(Sumber: The Star) /Gambar Hiasan

Belanjawan Pakatan peruntuk RM220 bilion

Belanjawan Pakatan peruntuk RM220 bilion

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.

Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

- Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

- Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

- Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

- Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

Pembelaan rakyat terbanyak

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.

JAWAPAN ADUAN PEMILIHAN PKR -MELALUI PIHAK KETIGA

Syukur akhirnya saya dapat surat setelah hampir setahun


Aduan pertama mengenai penyelewengan pemilihan PKR 2010 sekitar Oktober. Manakala secara rasminya saya telah panjangkan surat saya yang lain pula tapi masih dalam isu penyelewengan pemilihan bertarikh 18 November secara sendirinya kepada Presiden Parti pada hari yang sama.

Selepas dari itu saya menanti dengan sabar untuk mendapat balasan. Saya diberi janji melalui media bahawa saya akan dapat balasan dalam masa 2 minggu ketika Kongres Nasional 2010 berlansung. Malah dalam satu kenyataan yang tersiar dalam media antara pimpinan tertinggi pula dengan selamba mengatakan pada ketika itu semua dah selesai dan che'GuBard sudah dijawab.

Selepas dari itu saya telah hantar berpuluh email, surat, sms dan posting menuntut jawapan juga dihantar dalam blog, twitter dan akaun facebook saya, namun semuanya diam. Walaubagaimanapun saya ada menerima dua surat (mengenai isu berbeza) dari ibu pejabat di alamat rumah saya, perpuluh kad raya dari pimpinan kanan parti itu belum masuk beratus email perbagai perkara dari ibu pejabat namun tidak satu pun merupakan respon mengenai aduan saya.

Yang terakhir ialah pada 29 September 2011 saya telah menghantar sms kepada beberapa pimpinan tertinggi parti untuk menuntut jawapan dari aduan saya, itupun saya diberi respon yang cukup pedih seperti "jangan ugut","nak apa lagi?", "kamu dendam kesumat" dan perbagai lagi, namun amat hargai masih ada seorang naib Presiden masih cuba memujuk namun saya tegas saya cuma mahu keadilan yang sering kita sendiri perkatakan.

Sepanjang penantian ini bila saya bangkitkan soal dalam mendapat proses keadilan dalam aduan penyelewengan pemilihan 2010 saya terus dianggap jahat, musuh malah ada yang mula mengatakan saya mendapat sesuatu habuan dari pihak tertentu untuk rosakkan parti. Ada yang bertindak melampau menggunakan nama Anwar Ibrahim cuba menggagalkan jemputan program melibatkan saya mahupun menggunakan nama Anwar Ibrahim untuk menggagalkan program organisasi lain melibatkan saya.

Di Negeri Sembilan pula ada pihak dalam Majlis Pimpinan Negeri yang berselindung sebagai sumber dalaman menghubungi wartawan media perdana termasuk Utusan untuk membuat laporan kononya saya akan keluar parti masuk DAP. Saya diserang kiri dan kanan dalam parti sendiri namun atas nama perjuangan menumbang regim dan membela rakyat terbanyak saya bertahan dan terus menjalankan peranan yang termampu.

Di sini saya nak ucap penghargaan tinggi kerana akhirnya saya perolehi juga surat jawapan yang ditunggu cuma cara penghantaranya amat pelik. Pada 30 September 2011, jam 12.36 petang saya mendapat email dari Amizudin Ahmad yang memanjangkan email dari shahidah@keadilanrakyat.org yang beliau terima pada tarikh yang sama yang dihantar melalui iPad4.

Kenapa tidak terus hantar kepada saya ? Adakah ibupejabat sudah memadam atau terhilang rekod che'GuBard ?

Apapun terima kasih kerana masih sudi menjawab.

Hari ini saya balas surat tersebut dengan meminta untuk diperjelaskan bagaimana siasatan boleh dilakukan tanpa memanggil saya selaku pengadu. Bukankah asas prosedur siasatan seharusnya pengadu dipanggil untuk dirakam kenyataan dan diminta penjelasan dalam perkara yang ditimbulkan. che'GuBard mohon penjelasan bagaimana prosedur siasatan dilakukan dan siapa yang terlibat ?

Kebanyakan jawapan yang diberikan tidak juga menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam aduan che'Gubard malah terdapat juga percanggahan dengan bukti-bukti yang masih disimpan. Semua ini akan dijawab selepas 14 hari dari tarikh surat hari ini untuk mohon bagaimana prosedur siasatan.

"Keadilan yang tertangguh ialah keadilan yang dinafikan" kata - kata ini sering kita laungkan namun adakah kita berpegang padanya. Tempoh yang lama tertangguh menyebabkan sedikit kesukaran untuk mengumpul semula bukti dan saksi yang jika pada peringkat hujung tahun lepas agak mudah untuk dibentangkan. Namun saya tidak akan mengalah.

Perlu saya tegaskan juga tidak ada pimpinan kanan parti yang hadir untuk berbincang mengenai perkara ini kecuali yang terakhir ialah YB Fuziah Salleh yang meminta kami bersabar ketika kongres nasional dan beliau berjanji kononya parti dah mengakui beberapa perkara dan akan diadakan beberapa tindakan segera, itupun senyap hingga sekarang. Selepas itu saya lebih dianggap musuh kerana tuntutan keadilan saya.

Persoalanya bukan jawatan, ada atau tidak jawatan saya dan teman terus bekerja. Kita berada dalam ruang ini ialah kerana kesedaran untuk berjuang bukan kerana jawatan. Namun persoalan yang dituntut kini ialah keadilan. Ini merupakan eksesais penting jika benar kita serius untuk memasuki Putrajaya selaku pelaksana amanah yang adil.

Bagi saya PKR masih parti terbaik untuk menyelamatkan negara yang makin hilang daya saingnya jika kita mampu bersikap matang dan terbuka dalam menjamin keadilan dan perbezaan pendapat dalam parti. Gabungan PKR dalam Pakatan Rakyat mampu menyelamatkan negara demi rakyat.-Chegu Bard

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.-MK

Kg Baru: PAS bidas Putrajaya gugur RUU lama, gubal baru tanpa runding

KUALA LUMPUR, 3 Okt – PAS membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 - yang baru - tanpa perbincangan dengan pemilik tanah penempatan eksklusif orang Melayu itu.

Pagi tadi, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan Dewan Rakyat mengenai keputusan kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang sepatutnya dibaca kali kedua tetapi digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.

Tindakan itu mengejutkan banyak pihak khususnya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang awalnya menganggap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, meskipun pihaknya menyambut baik penarikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010, namun tetap kecewa dengan pembentangan undang-undang yang baru - disifatkan sebagai membelakangkan pandangan penduduk Kampung Baru.

“Walaupun rang undang-undang yang lama ini dimansuhkan pagi tadi, tapi tetap menggambarkan sikap kerajaan yang tak mengambil kira pandangan penduduk apabila membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang baru (2011),” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 tidak wajar dimasukkan tanpa menteri memanggil sekretariat bagi mendrafnya.

Justeru Salahuddin berkata, PAS akan mengambil masa paling singkat seminggu untuk meneliti Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 dan akan merujuk kepada panel peguam yang menguruskan isu Kampung Baru sebelum menyatakan sebarang pandangan.

“Kami belum ada masa untuk meneliti Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 kerana baru dibentangkan tadi. Kami melalui panel dan sekretariat akan meneliti dan akan kami ulas kemudian,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar mahu wakil penduduk Kampung Baru khususnya Lembaga Pentadbiran Kampung Baru dipanggil untuk membincangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.

“Kerajaan seharusnya sebelum membentangkan rang undang-undang ini, seharusnya ia dirujuk kepada penduduk Kampung Baru sebab ia khusus kepada penduduk Kampung Baru.

“Kalau terus bentang di Parlimen yang akan bahas bukan orang Kampung Baru, mesti tak dapat gambaran sebenar,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Salahuddin juga mencabar Raja Nong Chik membuktikan dakwaannya bahawa 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru.

“Kita cabar menteri dedahkan referendum yang diedar kepada penduduk itu dan betulkah 90 peratus setuju.

“Kalau betul 90 peratus setuju kenapa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik? Banyak perkara yang disembunyikan dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru,” katanya.

Raja Nong Chik dalam kenyataannya minggu lalu berkata sebanyak 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan akan meneruskan bacaan kali kedua.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan menggantikannya dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 dengan beberapa pindaan, termasuk mewujudkan lebih banyak wakil daripada kalangan penduduk kawasan itu.

Antara pindaan yang dibuat ialah mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kampong Baru daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah serta menambah keanggotaan Majlis Penasihat kepada perbadanan daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru daripada dua orang kepada enam orang.

Raja Nong Chik berkata jawatan Timbalan Pengerusi perbadanan itu akan bertindak membantu dan menyokong tugas pengerusi, selain menjadi wakil kepada penduduk Kampung Baru.

“Di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 diperuntukkan dua wakil daripada kalangan penduduk Kampung Baru, tetapi di bawah rang undang-undang baru ini wakil pewaris dan tuan tanah di kawaan itu ditambah empat lagi termasuk jawatan Timbalan Pengerusi,” katanya pada sidang media.

Mengenai 15 anggota Majlis Penasihat, termasuk jawatan pengerusi perbadanan itu, katanya perbadanan itu akan mempunyai enam orang anggota wakil penduduk Kampung Baru termasuk jawatan Timbalan Pengerusi.

Raja Nong Chik berkata di bawah rang undang-undang baru ini juga pandangan Majlis Penasihat perlu diambil kira oleh perbadanan itu berbanding rang undang-undang sebelum ini di mana pandangan Majlis Penasihat tidak memberi kesan kepada keputusan perbadanan.

Beliau berkata perubahan-perubahan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pemilik dan pewaris tanah serta badan-badan bukan keraaan (NGO) berkaitan dalam beberapa siri perbincangan yang diadakan sejak awal tahun lepas sehingga semalam.

“Perubahan-perubahan ini bukan bersikap kosmetik sahaja tetapi diambil kira pandangan-pandangan NGO seperti wakil daripada MAS (Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu), Persatuan Perbadanan Kampong Baru dan lain-lain.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dibacakan pada kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu dan ditangguhkan pembentangan untuk bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat Jun lepas ekoran protes pemilik tanah.

Raja Nong Chik berkata selain itu, kuasa perbadanan dalam menguruskan hal pengambilan tanah di Kampung Baru turut dikeluarkan daripada Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.

“Isu tanah sangat sensitif, saya fikir rundingan dan perbincangan sangat penting, mereka ada pelbagai rancangan. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum ia mestilah dibangunkan secara komprehensif.

“Inilah di mana perbadanan akan memainkan peranan untuk memudahkan syarikat berkaitan kerajaan yang dipilih untuk membangunkan tanah itu,” katanya ketika ditanya cara yang akan digunakan kementerian itu dalam membangunkan tanah di Kampung Baru.

Antara perkara lain, Raja Nong Chik berkata MAS, yang diwujudkan di bawah Rang Undang-undang MAS 1950, akan dikekalkan di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.-TMI

03 Oktober 2011

ISU SEKS UNTUK MENJATUHKAN MELAYU

Perkataan Yang Dikenali Sebagai Seks

JADI, Jabatan Agama Islam Negeri boleh sepatutnya di panggil "Jabatan Pencegahan Seks Haram". Ia sebenarnya tidak berfungi sebagai Jabatan Agama, ia adalah Jabatan Pencegahan Seks Haram. Jutaan wang ringgit dari pembayar cukai digunakan untuk membayar gaji ribuan pegawai yang kerja mereka memastikan anda mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang sah, mengikut tabie yang betul; bukan dengan pasangan yang tidak sah dan tidak bertindak di luar tabie.

Apabila semuanya gagal, dakwaan salah laku seks ditimbulkan. Ia berkesan setiap masa. Sewaktu mereka hendak menjatuhkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, mereka lakukannya. Kenapa tidak ditimbulkan dakwaan penyalahgunaan kuasa, korupsi melibatkan kontrak, projek, saham, dll? Saya yakin tentu ada di kalangan rakan-rakan dan juga saudara mara Anwar yang telah menerima "habuan" kerajaan ketika itu.

Setiap ahli politik Barisan Nasional (dan/atau rakan/keluarga meraka) menerima faedah dalam pelbagai bentuk dari sumbangan kerajaan. Saya tahu mereka yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Anwar, telah menerima faedah secara langsung daripada "keakraban" perhubungan dengan Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Tidak sukar untuk memberi contoh situasi di mana Anwar boleh dikatakan telah melakukan salahguna kuasa beliau untuk memberi kekayaan kepada rakan dan keluarga beliau. Secara peribadi, saya tahu tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, saya tidak akan berkongsi perinciannya kerana nanti akan timbul dakwaan, mengatakan saya telah "dibeli", berpaling tadah, sebagai kuda trojan (Trojan Horse) dan macam-macam lagi. Anwar tidak lakukan apa-apa kesalahan. Saya tidak boleh katakan Anwar telah lakukan kesalahan, jika saya hargai kehidupan saya.

Rahim Thambi Chik, bekas Ketua Menteri Melaka, juga seorang yang korup. Terdapat beberapa kejadian di mana dia terlibut dalam aktiviti korupsi yang bernilai jutaan ringgit. Tetapi, hanya SATU kes dakwaan salah laku seks berjaya menjatuhkan dia, bukan 50 kes korupsi yang melibatkan bekas Ketua Menteri tersebut.

Mat Sabu dan Ahmad Sarbaini (Pegawai Kastam yang meninggal dunia di tangan SPRM) juga sekarang dicemarkan dengan kaitan aktiviti salah laku seks. Kenapa mesti salah laku seks, dan tidak perkara lain? Kerana dakwaan salah laku seks ini berkesan dan tidak pernah gagal untuk menjatuhkan mereka yang dikaitkan dan didakwa.

Mereka mungkin terlibat dalam aktiviti seks rambang, jadi? Mereka mungkin seorang gay atau bi-seksual, jadi? Mereka mungkin melakukannya mengikut kemahuan mereka, jadi? Apa kesannya kepada saya secara peribadi? Di mana ketikanya saya merana? Adakah saya kerugian apa-apa? Adalah negara kerugian apa-apa? Mampukah keadaan ini menyebabkan negara muflis? Eknomi negara merudum? Adakah semua kegiatan ini dibiayai oleh pembayar-pembayar cukai?

Semua di atas, atau mungkin lebih lagi, akan berlaku jika negara kita disalah tadbir, dan kekayaan negara diagih-agihkan sesama mereka yang berkuasa. Selain dari itu, negara, malah saya sendiri tidak merasa tempiasnya. Mereka yang berkuasa sekarang pun ada tuntutan dan kemahuan seks masing-masing.

Jadi, kenapa kita heboh dengan hal "seks" ini, walhal kita sepatutnya memandang serius tentang isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan sekarang? Senang saja, rakyat Malaysia tidak peduli tentang masalah yang penting. Kebanyakan mereka kepoh, sibuk dengan hal seks; siapa dengan siapa dan bagaimana mereka buat.

Mereka timbulkan dakwaan salah laku seks untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting. Dan kerana itulah, nama baik Allahyarham Ahmad Sarbaini mula dicemari dengan dakwaan yang sama di laman-lamab blog UMNO.

Pada awalanya, Ahmad Sarbaini dikaitkan dengan aktiviti rasuah bernilai billion ringgit. Kemdian angka tersebut berkurang menjadi ratusan juta ringgit. Dan sekarang, Ahmad Sarbaini dikata pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita selain dari isteri beliau. Dakwaan yang terkini tentang seks, walaupun kecil dan tidak memberi impak kepada saya dan negara, akan mereka gunakan kerana ianya selalu berjaya.

Saya fikir, kepada masyarakat Cina, dakwaan seperti ini tidak membawa apa-apa makna. Malahan, ia mungkin menjadi batu loncatan untu menjadi presiden parti politik. Jika Chua Soi Lek boleh mengaturkan supaya 100 lagi terbitan DVD memaparkan aksi seks dan teknik-teknik seks beliau, mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia jadi milik beliau.

Tidak kepada masyarakat Melayu, mereka pantang didakwa seperti tersebut. Ia pasti menjatuhkan seseorang, jika yang didakwa berbangsa Melayu.

Kenapa masyarakat Melayu begitu sibuk dengan isu "seks"? Saya tidak pernah belajar tentang sosiologi atau antropologi, tetapi tidak sukar untuk menganalisa cara pemikiran orang Melayu. Biarkan saya terangkan kenapa (mungkin saya boleh dapatkan PhD untuk artikel ini).

Kita lihat kontroversi sekarang tentang undang-undang Islan, Hudud. Hudud adalah di antara undang-undang Syariah, dan melibatkan jenayah-jenayah berat di dalam Islam, jenayah-jenayah seperti rompakan, pemberontakan, pembunuhan dan lain-lain, termasuklah dakwaan salah laku seks.

Di dalam Islam salah laku seks adalah satu jenayah berat, dakwaan salah laku seks adalah sesuatu yang amat serius. Di dalam Islam, mereka yang membuat fitnah, ia seperti membunuh manusia lain.

Di antara tujuh jenayah berat yang di dalam Hudud adalah menuduh seseorang wanita melakukan kegiatan tidak bermoral. Jika dakwaan itu betul dan boleh dibuktikan, atau disokong oleh keterangan saksi-saksi (atau video/foto sebagai bahan bukti), hukumannya amat berat. Jika wanita itu masih bujang, hukuamannya rotan 100 kali, atau ditanam dan direjam sampai mati jika dia sudah berkahwin. Tetapi jika yang mendakwa gagal memberi bukti, si pendakwa pula akan dihukum rotan 80 kali.

Salah laku seks adalah di antara tujuh jenayah serius di dalam Islam. Membuat dakwaan palsu tentang salah laku seks juga adalah jenayah yang serius di dalam Islam.

Masyarakat Melayu, sebagai penganut agama Islam telah dibesarkan dengan minda sedemikian; seks adalah sensitif dan salah laku seks adalah jenayah besar. Perlakuan-perlakuan lain seperti perkauman, penindasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, berbelanja wang pembayar cukai untuk memenuhi nafsu berbelanja si isteri, kejam terhadap haiwan bukan jenayah yang serius dan penting untuk diberi perhatian. Dakwaan salah laku seks lebih penting, lebih serius.

Oleh kerana itulah, setiap dakwaan-dakwaan seperti ini ditimbulkan. Ia akan menjadi sesuatu yang amat penting dan serius kepada masyarakt Melayu. Pemikiran mereka dibanjiri dengan seks.

Jabatan Agama Negeri mengadakan serbuan untuk menahan mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermaruah. Adakah jabatan berkenaan juga mengadakan serbuan untuk menangkap mereka yang terlibat dalam hal perkauman, penindasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, berbelanja wang pembayar cukai untuk memenuhi nafsu berbelanja si isteri, kejam terhadap haiwan? Sudah tentu tidak. Mereka tidak pedulikan hl tersebut, yang mereka tahu, menahan orang yang melakukan aktiviti seks haram.

Jadi, Jabatan Agama Islam Negeri boleh sepatutnya di panggil "Jabatan Pencegahan Seks Haram". Ia sebenarnya tidak berfungi sebagai Jabatan Agama, ia adalah Jabatan Pencegahan Seks Haram. Jutaan wang ringgit dari pembayar cukai digunakan untuk membayar gaji ribuan pegawai yang kerja mereka memastikan anda mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang sah, mengikut tabie yang betul; bukan dengan pasangan yang tidak sah dan tidak bertindak di luar tabie.

Menyediahkan bukan? Ia sememangnya sesuatu yang menyedihkan.

Sekarang anda sudah faham cara pemikiran masyarakat Melayu? Dan kerana itulah, dakwaan-dakwaan salah laku seks timbul dan menjadi senjata yang berkesan untuk menjatuhkan seseorang.

Masyarakat Melayu telah dibesarkan dan diasuh sebegitu rupa, dan dalam pemikiran mereka cuma ada seks, seks, seks!

Adakah saya telah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sebilangan orang Melayu? Saya harap begitu, kerana sememangnya saya berniat demikian. -RPK

Scorpene: Najib akan disepina mahkamah Perancis

Scorpene: Najib akan disepina mahkamah Perancis- Suaram
(Oleh: Ahmad Fadli)

LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.
“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.
“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.
“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.
“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.
Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.
Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.
Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.
“Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21130

SISTEM LELONGAN BERAS WANGI DI THAILAND

Lelongan Hom Mali akan menguji sistem

Kerajaan akan cuba untuk lelongan sehingga 40,000 tan beras wangi yang baru dituai di bawah skim gadai janji baru kerajaan padi untuk menguji tindak balas pasaran dan harga.Pelan itu, yang memerlukan kelulusan dari menteri perdagangan, bertujuan untuk merangsang pasaran beras premium, kata Manat Soiploy, Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Kementerian.


Pegawai-pegawai akan mendapatkan tawaran untuk menubuhkan tidak atas kapal (FOB) harga untuk 30,000 hingga 40,000 tan metrik beras Hom Mali 100% mengikut harga yang dijanjikan pada 20,000 baht tan Hom Mali padi ditambah membeli-belah pengilangan dan pembungkusan.

Program gadai janji padi akan bermula pada 7 Okt dengan bajet yang dianggarkan bernilai 410 bilion baht, dikurangkan daripada 450 bilion sebelum ini kerana banjir telah merosakkan beberapa kawasan beras yang semakin meningkat disebabkan oleh kerosakan dari banjir. Nasi putih akan disandarkan pada 15,000 baht tan."Lelongan ini akan dibuka kepada semua. Ia akan melepaskan pertama saham kerajaan selepas skim gadai janji dengan kualiti perdana yang dijanjikan oleh kerajaan," kata Encik Manat.

Kerajaan juga akan mengendalikan pembungkusan, sama ada dalam guni atau pek kecil 250 gram, dengan penyumberan luar kepada sektor swasta, untuk memastikan tiada percampuran.

Encik Manat berkata masalah telah dilaporkan dengan substandard BERAS WANGI(Mali beras) di negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Masalahnya kebanyakannya di negara pengimport tetapi tidak dari Thailand.Thailand biasanya menghasilkan kira-kira 4 juta tan metrik tahun Hom Mali beras, separuh untuk kegunaan tempatan. Pasaran eksport utama adalah Amerika Syarikat, Afrika, China, Hong Kong dan Timur Tengah.
Kerajaan telah mengesahkan bahawa 22 provinsi memupuk Kinian Hom Mali Asli.

Membincangkan strategi beras yang lebih luas, Encik Manat berkata negara itu berusaha untuk membuka perdagangan beras antara rantau di bawah Kawasan Perdagangan Bebas Asean. Sebagai contoh, satu memorandum persefahaman bagi satu juta tan beras perdagangan antara Thailand dan Indonesia akan tamat pada bulan Disember. Thailand masih mempunyai perjanjian yang sama di tempat dengan Filipina.Walau bagaimanapun, Encik Manat berkata memorandum yang mewakili hanya satu rangka kerja kerjasama dan bahawa negara-negara itu boleh atau tidak boleh membeli beras dari Thailand.

Thailand dan Vietnam, dua pengeksport beras terbesar di dunia, mengadakan mesyuarat tahunan dan yang paling baru satu tahun lepas bersetuju bahawa kedua-duanya tidak akan mengurangkan harga. Menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua pihak terus berhubung mengenai cara-cara untuk mengelakkan penurunan mendadak harga beras global.

Jabatan Perdagangan asing juga bekerja pada sistem pengezonan untuk membenarkan import padi dari negara-negara jiran ke kilang di Thailand, tetapi hanya di lokasi tertentu."Mewujudkan zon khas untuk mengimport padi dari negara-negara yang bersempadan ke kilang untuk eksport akan membantu Thailand mengekalkan kepimpinan dalam perdagangan beras global dan mewujudkan kerjasama dengan negara-negara jiran seperti Kemboja," katanya.

sumber: bangkokpost

NGO: 75% tentera kesempitan hidup, hadapi tekanan

Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Sehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Dalam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Oleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-

* Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).

* Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.

* Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.

* Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.

* Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

* Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.

* Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.

Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Bila Mahathir Kata Umno Tumbang Jika PRU Sekarang, Apa Maknanya ?

Ini kata keramat pemimpin sebenar nombor satu UMNO ;
Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar

Maka jelaslah Mahathir telah menyebelahi kem Muhyiddin. Di saat Najib bertungkus-lumus

memperbaiki imejnya yang teruk tercalar dan dicalar, Mahathir muncul pada waktu yang paling tepat iaitu menegaskan betapa lemahnya UMNO hari ini. Ia termasuklah bermaksud apa yang dilakukan oleh Najib adalah sangat tidak mencukupi bukan sahaja untuk mengembalikan kegemilangan Umno, tetapi juga belum cukup untuk menjernihkan dirinya sendiri.

Belum sempat Najib ingin mengumumkan kenaikkan gaji 30% kakitangan kerajaan, belum sempat Najib mengumumkan kejutan penurunan harga petrol dalam negara barang 40-50sen seliter (baca = gula-gula pilihanraya), Mahathir terlebih dahulu mencelah - tidak membenarkan pilihanraya berlaku sebelum Muhyiddin 'topple' Najib di atas gelanggang yang disediakan Mahathir.
Di Malaysia ini, barang siapa yang menidakkan Mahathir, dengan erti kata lain mengatakan tidak kepada Mahathir, maka orang itu akan ketinggalan dari arus sebenar. Lihat apa yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin? Lihat apa jadi kepada Anwar Ibrahim sendiri, yang mengambil risiko demi membebaskan negara ini dari punca akar korupsi.

Sebenarnya, peluang paling baik untuk menumbangkan Umno ialah ketika Mahathir masih menjadi Perdana Menteri - PRU tahun 1999. Itulah peluang terbaik kerana menumbangkan Mahathir sebagai presiden Umno umpamanya seperti menumbangkan kerajaan korup bersama akar tunjangnya. Sekarang Mahathir bukan lagi presiden Umno, tetapi menjadi entiti yang menentukan halatuju Umno. Siapa mahu argue dengan Edyes dalam hal ini ?

Dalam masa yang sama, terfikirkah kita bagaimana caranya untuk menumbangkan seorang Mahathir yang ketika ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan? Ahli Parlimen pun bukan, Ahli Majlis pun bukan. Kita tidak ada banyak pilihan melainkan menumbangkan Umno sebelum Najib 'diturunkan' tahta. Di situlah tumbangnya seorang Mahathir.

Mahathir yang berani di arena antarabangsa itu juga punya rasa takut andainya Umno tumbang dalam hayatnya. Maka oleh sebab itu juga Mahathir terus menakut-nakutkan Najib dengan ungkapan, 'Najib tumbang jika adakan PRU sekarang', Sedangkan Najib sudah bersedia dengan skrip Apco RM77juta setahun secara klinikalnya mula membuahkan hasil. Walaupun tidak seberapa hasilnya Apco terhadap imej Najib, tetapi percayalah bahawa Najib merasakan dirinya akan diterima walaupun pada hakikatnya, warga Felda pun dah mula tolak Najib. Belum lagi dikira perihal Rosmah yang dilihat masih lagi menyampaikan ucapan raya di TV pada hari raya ke-18.

Mengapa Mahathir takut Umno kalah? Sudah tentulah Mahathir takut, kerana kita belum lupa siapa Mr. 10%. Kalau Umno kalah dalam hayatnya Mahathir, bukan hanya temboloknya sahaja akan disiat-siasat, malah hingga sejarah kemerdekaan juga akan diperbetulkan. Maka hancurlah Umno hingga ke ususnya, hingga ke sejarah penubuhannya.

Sudah pasti Najib lebih takut jika Umno tumbang. Hanya mereka yang pernah baca buku "Siapa Arah Bunuh Altantuya" keluaran Che'GuBard sahaja yang akan lebih tahu betapa takutnya Najib, hingga terlepas Tanjung Pagar. Begitu juga mereka yang sudah mendapatkan buku 'FITNAH' keluaran SAMM tulisan Edyes dan che'GuBard, pasti mengetahui bagaimana penentangan bermula, bagaimana Liwat I dan II itu sebenarnya punya skrip yang sama. Dapatkannya di sini

Edyes bukan sahaja gembira dengan apa yang Dr Mahathir ucapkan hari ini, malah apa yang Edyes percaya dan yakin rupa-rupanya turut diyakini oleh Dr. Mahathir - Bapa Umno baru. Seorang Mahathir yang bukan mudah untuk menyatakan "Umno boleh kalah besar jika PRU sekarang!!".

Edyes juga setuju dan yakin bahawa Umno bukan sahaja akan tumbang jika PRU sekarang, malah walau bila-bila pun PRU berlangsung Umno tetap akan tumbang. Sememangnya rakyat sudah meninggalkan politik sempit kepartian berasaskan perkauman, seperti yang telah Edyes tulis di sini.

Hari ini bukan soal melayu yang terbit dari kalangan orang-orang melayu kerana mereka seolah-olah telah faham bahawa melayu yang tipu melayu. Tetapi apa yang lebih difikirkan ialah soalnya bagaimana nak bagi anak bini makan dalam keadaan di wallet hanya ada 2 ringgit sahaja... 2 ringgit sahaja dalam keadaan barang dapur belum beli lagi...

Terima kasih Mahathir kerana menguatkan hujah serta 'prophecy' betapa Umno akan tersungkur dan Najib adalah PM terakhir Umno bersama-sama berakhirnya teori RAHMAN.

EDYES @ edyesdotcom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...