Hishammudin tidak lagi menyokong Najib
Berdasarkan persetujuan bersyarat yang dikemukakan menerusi Twitternya, Hishamuddin jelas tidak lagi bersama atau senada dengan abang sepupunya itu.
PETALING JAYA : Persetujuan untuk meletak jawatan Menteri Kabinet secara bersyarat menunjukkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, peletakan jawatan bersyarat itu menunjukkan Hishamuddin tidak lagi bersama atau senada dengan abang sepupunya itu.
“Apakah Hishammuddin kini melihat Najib sebagai pohon yang hampir tumbang dan beliau perlu menunjukkan pendirian yang sealiran dengan kehendak rakyat dan tidak lagi totok kepada sepupunya itu bagi mengelakkan masa depannya turut berkubur sama?
“Mungkinkah pendirian berbeza dan mempamer unsur ketegasan itu kerana Hishammuddin sudah dapat membaca mood sebenar di kalangan ahli UMNO dan juga rakyat ketika ini,” soalnya menerusi entri shahbudindotcom.blogspot.com.
Katanya, Hishamuddin yang bersikap terbuka berbanding menteri lain benar-benar mengundang banyak spekulasi dan perbualan ramai mengenainya.
“Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Hishammuddin sekarang, sudah berani letak syarat bagai kepada Perdana Menteri? Apakah beliau sudah tidak ingin bersama dengan Najib lagi,” katanya.
Tambah beliau, pendirian Hishamuddin itu mendapat sokongan daripada ramai pengikutnya di Twitter yang turut memuji ketegasan serta pendirian yang ditunjukkan.
Shahbudin berkata, adakah tiga syarat yang dikemukan oleh Naib Presiden UMNO itu merupakan tanda-tanda beliau akan meninggalkan Najib tidak lama lagi.
“Berbanding pertalian darah dan jasa Najib kepada, apakah Hishammuddin akhirnya melihat kepentingan masa depannya lebih utama daripada segala-galanya?
“Selepas Hishammuddin yang berdarah sepupu pun sudah goyang pendiriannya, siapa lagi akan berbuat demikian selepas ini,” katanya. ~FMT
Najib diramal letak jawatan sebelum PRU14
Untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat. Jika tidak, sukar UMNO akan memperoleh sokongan.
PETALING JAYA : Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diramal akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu berdasarkan pengamatannya dan analisis terhadap penganalisis politik yang lain.
“Pengamatan saya dan beberapa terbitan buku penganalisis politik yang saya nilai. Kebanyakan Penganalisis politik mengatakan untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat.
“Jika tidak sukar bagi UMNO untuk meraih sokongan. Apabila perubahan kepimpinan itu, maknanya Presiden yang perlu berubah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Atory berkata, sekiranya Perdana Menteri tidak mahu berhenti, maka Najib perlu merubah banyak perkara atau beliau sendiri meletakkan jawatan.
“Kebanyakan penganalisis politik mengatakan perubahan kepimpinan itu sangat perlu untuk UMNO. Jika tidak parti lain akan mengambil alih atau UMNO akan berdepan kepimpinan dan masalah kepercayaan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Atory turut ditanya mengenai persetujuan bersyarat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang sanggup meletakkan jawatannya.
Beliau berpendapat terdapat konflik yang berlaku dalam Kabinet terutama isu yang melibatkan 1MDB.
“Saya nampak memang berlaku konflik dalam ahli-ahli kabinet. Kalau Datuk Seri Hishamuddin sendiri yang berkata demikian, memang dia tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib.
“Itu memang satu kenyataan yang memberi tamparan kepada Najib. Hishamuddin seorang menteri kanan dan seorang Naib Presiden. Apa yang dikatakannya itu seolah-olah memberikan ancaman kepada Najib,” katanya.
Beliau turut hairan kenyataan daripada Hishamuddin itu seolah-olah senada dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
“Saya amat terkejut dengan kenyataan seperti itu. Tak sepatutnya dia keluarkan kenyataan sebegitu sebab dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Najib.
“Tetapi itulah dunia politik. Dunia politik tak mengenal saudara mara. Kalau menjejaskan kepentingan masa depan seseorang, memang politik itu akan berlaku konflik,” katanya.