14 Disember 2012

HOT ! Dalang Pendedahan Deepak Terbongkar !!! (+video)


Deepak cabar siar video sepenuhnya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.Menurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan."Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan."Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya. ~mkini

Rupanya mamat dalam umno yang mahu gulingkan najib.Orang dalam umno sendiri benci najib dan rosmah. Mereka nampak umno bn bakal hancur sekiranya najib tak mahu berundur sebelum pru 13. Jadi jalan pintas supaya najib berundur adalah mendedahkan salahlaku najib.

Deepak dan musa hassan adalah agenda dalam umno untuk menggulingkan najib. Umno bn tumbang bukan hanya tentangan di luat umno tetapi yang lebih parah adalah dari dalam umno. Inilah pertolongan daripada Allah SWT yang tidak di sangka-sangka. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah SWT.


Panas ! Kes-Kes Pemimpin Rosakan Imej Negara

Pemimpin Umno rosakkan nama negara di mata dunia, bukan rakyat

Yang rosakkan nama Negara di mata dunia ialah pemimpin Umno, bukan rakyat
Umno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat.
Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.


Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim.
Siapakah yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Najib sudah menghancurkan imej Negara di mata dunia. Dikelilingi oleh skandal masa lampau, terpalit dengan isu 'Queen Control' Rosmah Mansur, terkini beliau terkial-kial untuk menyelesaikan skandal pembunuhan Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. Seluruh dunia memandang hina Negara Malaysia kerana dipimpin oleh Perdana Menteri yang korup. Berita korupsi Najib dilaporkan dalam akhbar-akhbar utama di seluruh dunia.
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Isu yang sedang hangat diperkatakan. Zainuddin Maidin yang suatu ketika dahulu pernah meracau kepada wartawan Al-Jazeera dalam isu Bersih, sehingga beliau menyalahkan media antarabangsa itu. Terkini, Zainuddin Maidin sekali lagi memalukan Negara apabila beliau menghina bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie. Malang sekali Umno memiliki pemimpin dan bekas Menteri yang singkat akal dan tidak mampu menjernihkan hubungan antarabangsa Negara kita dengan Negara lain.

Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Di Sabah, Ketua Menteri Musa Aman didakwa terpalit dengan skandal penyeludupan wang haram RM40 juta yang melibatkan pihak berkuasa Hong Kong. Kemungkinan besar, Hong Kong akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Musa Aman kerana terdapat unsur-unsur korupsi. Malangnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia belum mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja penyelewengan yang boleh menggugat masa depan Negara ini berlaku.

Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
Rakyat sentiasa mahukan Negara ini aman dan diberikan hak mereka. Malangnya Umno menuduh rakyat mencemarkan nama Negara. Walhal, pemimpin Umno lah yang korup dan merosakkan nama Negara di mata dunia!

Sumber: pemudatitiwangsa

13 Disember 2012

HOT ! Siapa Saksi Rahsia Akan Dipanggil ICAC Akan Terbongkar !!!



ICAC akan panggil saksi ‘rahsia’ dan Lajim Ukin untuk beri keterangan

Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan memanggil saksi ‘rahsia’ yang tampil memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara itu.

Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang memakan masa sejam itu.

Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC, James To.


Delegasi KEADILAN disertai Ahli Parlimen (MP) Selayang, Wiliam Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan), Chang Lih Kang (Adun Teja) dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ketua Cabang Penampang, Darell Leiking.

“Saya yakin bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

“Begitu juga dengan akuan bersumpah Datuk Lajim yang menafikan wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

“Malah, saya yakin ICAC akan memanggil saksi rahsia yang beri keterangan dan maklumat dalaman mengenai Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Datuk Lajim akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong,”
kata Rafizi dalam kenyataan pagi ini.

Bagaimanapun, kata Rafizi, ICAC memohon kerjasama rombongan untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan.

Ekoran itu, pihaknya tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan ICAC.

“Saya beranggapan permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi,” katanya.

Tambah Rafizi, walaupun ICAC tidak mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberi mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

“Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

“James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

“Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia,”
jelas Rafizi.

Katanya, perkembangan sihat ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.

Kantoi ! Dalam Lembut..Mahathir Akan Tendang Najib Rosmah..!!!




Umpama pepatah, lebih sudu dari kuah, begitulah jawapan paling tepat bagi menggambarkan kuasa eksekutif negara terletak bukan di tangan yang sepatutnya.
Kerana terlalu menonjol melebihi isterinya, Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Isteri Najib Altantuya itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri perdana menteri itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri perdana menteri sebelum ini.
“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.

Jelas daripada kenyataan jujur Mahathir membuktikan Rosmah sebenarnya membayangi Najib Altantuya hampir dari segala sudut termasuk mencampuri urusan pentadbiran negara.
Malah, desas desus mengatakan calon pilihanraya umum akan datang juga ditentukan Rosmah tanpa perlu mendapat kelulusan Najib Altantuya, dipercayai mengelakkan unsur sabotaj selain hanya kroni rapat sahaja yang dibariskan kali ini.
Tidak hairanlah teks ucapan Rosmah sanggup dibaca ketua menteri Melaka, Ali Rustam mewakilinya dalam satu majlis khas bekas wakil rakyat BN (Mubarak) semalam, semata-mata mahu membodek Rosmah.

Rosmah kini dikatakan tertekan berikutan pendedahan demi pendedahan bekas rakan karib perniagaannya, Deepak Jaikishan mengenai konspirasi pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpah yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Difahamkan, Mahathir mengarahkan Deepak membongkar kesemuanya satu demi satu sehingga pilihanraya umum yang dijangka Mac tahun depan bagi memberi tekanan berterusan terhadap Najib Altantuya dan Rosmah yang kini dianggap gagal mempertahankan kekuasaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dijanjikan.
Deepak dijangka mendedahkan segala-galanya dalam sebuah buku yang akan diterbitkan khas untuk menjawab segala teka-teki walaupun Rosmah turut berbuat demikian menerusi pelancaran biografi yang bakal diadakan tahun depan.
Penganalisis politik meramalkan Rosmah akan gagal menjawab skandal yang membelenggu dirinya yang bakal mengheret isterinya Najib Altantuya ke lembah politik paling hina dalam sejarah negara. ~ JP

12 Disember 2012

Panas ! Kompom Musa Aman Terkantoi - Dari ICAC Hong Kong...!!!


Terkini Laporan dari  Rafizi Ramli ‏@rafiziramli ( Twitter)

Akuan bersumpah DS Lajim Ukin & bukti urusniaga & pemindahan wang melibatkn michael chia ada kesan besar kpd siasatan

Tkasih @LeongJeeKeen @heeloysian @DarellLeiking@changlihkang bersama2 bentang bukti kpd ICAC. Respons baik saya yakin kes akn dibuka

Selesai mesy dgn Hon James To, he gave good advice on how to push the case 4ward. Certainly this is not our last visit to ICAC & Hong Kong

Last meeting today is with Hon James To, vice chair of Legislative Council’s Security Panel to brief him on new evidence/witness. Otw

Selesai memberi keterangan & serah bukti kpd ICAC. Keterangan ambil masa tepat 1 jam. Sangat positif :-)



TERHOT ! HARIMAU MALAYA DISABOTAJ OLEH ORANG MALAYSIA..!!!

Thailand Sabotaj Harimau Malaya

Hangpa baca komen TS Annuar sapa sabotaj sapa.......


Terkejut juga baca dan lihat foto THE STAR mengenai layanan yg di beri pd HM di Bangkok termasuk pdg latihan yg tidak memuaskan dan tanpa fasiliti yg sesuai.Saya hairan mengapa ini boleh terjadi sedangkan KEJOHANAN INI ANJURAN AFF yg beribu pejabat di MALAYSIA DAN DI PIMPIN ORANG MALAYSIA.
Kalau AFC begitu teliti soal penganjuran dan fasiliti MALAH DI PERIKSA TERLEBIH DULU OLEH PENGANJUR sebelum diluluskan dan ini termasuk padang latihan..MENGAPA AFF tidak memeriksa terlebih dahulu??...
jika benar layanan sebegitu diberi pada pasukan negara ia memang tak patut berlaku TETAPI SAYA KHUATIR IA BERBALIK PADA ASEAN FOOTBALL FEDERATION(AFF) SBG PENGANJUR YG KITA SENDIRI PIMPIN DAN BERPENGKALAN DI NEGARA KITA..apa pun KITA HARUS MEMBUAT ADUAN RESMI..DAN JANGAN IA MENGGANGGU KONSENTRASI PEMAIN KERANA INI MUNKIN PERANG PSIKOLOGI MEREKA..KITA HARUS KUAT BILA BERADA DI BUMI ORANG!!!..TERUS BERJUANG




Padang macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.

Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.
Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.

Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.

“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.

“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya. ~bm



Penyokong Thai beratur beli tiket, baki 1,000 lagi tiket, Perlawanan berlansung di Stadium  supachalasai maksimum penuh 25,000 penonton info-Siam Sport pic.twitter.com/58Ge4vLU


Kedahkini - laporan terus dari DANOK, Thailand....

Agak-agak la...kalau nak SPIN isu di Malaysia ....AFF jangan nak main politik.....?

BERITA GEMPAR ! Deepak Sahkan SD 2 - ARAHAN DARI ROSMAH DAN NAJIB !!!


Bom dari Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar



 Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya,"
cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily:

Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja." ~ HD

HOT ! Antara Dua Datuk Nie...Mana Hangpa Sempati..!!

 Pakatan Rakyat Bantu Yahya Sulong!

Admin baru google betul ke pelawak veteran nie dapat pangkat datuk yang sultan bagitu,rupanya benar hangpa tengok sini.  Yang musykil mana persatuan Datuk atau Dato' yang biasanya kaya raya takkan ada main kasta-kasta....hangpa malu nak bantu kut....


Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat pantas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Alisah Ali.

Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.

Selain Tian, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.



Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.

Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Malam tadi, saya mengulas isu yang berkaitan dengan Yahya dan bagaimana Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancar perdana menteri rejim Zionis Umno, Najib Altantuya gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden Umno itu disalurkan.


Datuk kat bawah neh sekarang dah dapat datuk oke. Datuk-datuk gelaran dia. Satu datuk sebab dia dah tua, satu datuk sebab gelaran dan pangkat ;



Tahniah diucapkan.

Bukan senang nak dapat datuk oke. Bagi kebanyakkan orang.. ada yang kena beli, ada yang dapat atas usaha sendiri, ada yang dapat atas jaringan.. yang neh special sikit.. dapat sebab menangis. Janji dapat dari tak dapat2 macam aku.. betul tak datuk?


HOT ! Perompak Belia bawah umur..Kantoi kejadian rompakan dirakam..!!!

Perompak Malaysia yang masih kecil dibawah umur dan ganas amat merbahaya, kejadian ini telah dirakam melalui CCTV  disebuah kedai tersebut.  Anda buat andaian sendiri kalau penyamun ini telah meningkat dewasa..... 




sila lihat skrin penuh

Sumber Sini

11 Disember 2012

HOT ! SEBAB UTAMA TUN MARAH PAK LAH & TINGKAT 4 TERBONGKAR..?

Lawan Pak Lah kerana prestasi tak baik, kata Dr M  tapi sebenarnya sebab disekat untuk  mendapat PROJEK kerajaan......

Zaman Pak Lah segala pentadbiran dan projek-projek dikawal oleh Tingkat 4 ataupun dikawal oleh KJ  banyak peluang projek kerajaan dimanopoli oleh orang-orang Pak Lah. Itu sebab Tun menentang pak lah  kerana banyak peluang dan projek disekat dan ditapis oleh Tingkat 4 sampai Tun telah keluar dari UMNO.  Kita lihat dizaman Najib anak beliau banyak mendapat projek terutama berkaitan Petronas.  

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menafikan beliau bersikap double standard dengan membantu kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi menentang perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.


"Tidak ada double standard. Jika prestasi seseorang (itu) tidak baik saya akan berkempen, melawan sesiapa sahaja," kata Mahathir ketika ditemui selepas majlis Malaysia Petroleum Club di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di ibu negara hari ini.

"Sama ada beliau adalah calon saya atau orang lain, saya akan berkempen sekiranya seseorang itu tidak tunjuk prestasi bagus," katanya lagi yang berpendapat Abdullah tidak menunjukkan prestasi baik.

Ditanya sama ada jawapan beliau itu bermaksud beliau berpuas hati dengan prestasi Najib, Mahathir berkata: "Ya, saya berpuas hati
".

Hari ini beliau  mengangkat  Rosmah berhak menonjol semahunya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.



Mantan perdana menteri itu ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding dengan isteri perdana menteri sebelum ini.

"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada perdana menteri. Anda boleh menonjol semahunya," katanya selepas satu majlis di Malaysian Petroleum Club di ibu negara hari ini.

Dr Mahathir juga berkata Rosmah mempunyai hak untuk menepis dakwaan terhadapnya melalui buku biografi yang dijangka akan diterbitkan bulan depan.

Dalam majlis pra-pelancarannya semalam, buku setebal 164 halaman itu dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Panas ! Isa Samad Kecut Perut...Cuba gagalkan Roadshow Bekas Pengarah Felda





Isa Samad dan Faizoull Ahmad dikhabarkan semakin mengelabah semenjak

bekas pengarah Eksekutif Felda Hj.Md Said menyertai PAS dimaklumkan

mereka telah menghantar pencacai untuk memujuk Hj. Md.Said membatalkan

hasrat beliau memulakan pendedahan Felda dalam roadshownya bermula

16 Disember ini di Felda Bukit Ramun.


Dimaklumkan Hj. Md. Said  tetap meneruskan program tersebut dan

tidak tunduk dengan rayuan dan tekanan demi mempertahankan

prinsipnya.


TERKINI ! MANA MUSA AMAN ...BUKTI BARU KE ICAC


Bukti-Bukti Baru Dikemukakan Kepada ICAC Untuk Buka Semula Siasatan

Delegasi KEADILAN yang dianggotai oleh:

1. YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang
2. YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan
3. YB Chang Li Kang, ADUN Teja
4. Saudara Darell Leiking, Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang
5. Saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi

Akan membuat lawatan kedua ke Hong Kong pada 12 dan 13 Disember 2012 dalam usaha membuka semula siasatan pihak berkuasa Hong Kong mengenai tuduhan rasuah RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman melalui orang pertengahannya iaitu Michael Chia.

Delegasi akan mengadakan pertemuan dengan YB James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab menyelia perjalanan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC), selain mengadakan pertemuan khusus dengan pegawai penyiasat ICAC untuk menyerahkan bukti-bukti lanjut kes.

KEADILAN telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti baru terutamanya bukti urusniaga dan butiran pemindahan wang di Hong Kong seperti berikut:

Urusniaga Melalui Akaun HSBC Milik Michael Chia di Singapura

Michael Chia mempunyai beberapa bank akaun yang dibuka dengan HSBC di Singapura sekitar tahun 2005 hingga 2006.
Bersama-sama ini disertakan salinan pengesahan pemindahan wang (telegraphic transfer credit advice) ke dalam akaun-akaun Michael Chia bertarikh 7 Jun 2005, 16 Jun 2005, 22 Februari 2006 dan 16 Mac 2006.

Pemindahan wang yang setiap satunya bernilai jutaan ringgit ini dimasukkan ke akaun Michael Chia oleh syarikat-syarikat yang sebelum ini dinamakan sebagai pengusaha balak melalui konsesi balak yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sabah kepada mereka, termasuklah Ever Fame Enterprises Limited, Borion Enterprise Limited dan Wayco Enterprise Limited.

Salinan pengesahan pemindahan wang ini dengan jelas memberi butiran bahawa pemindahan wang ini adalah bayaran deposit kepada konsesi, merujuk kepada konsesi balak yang diusahakan oleh syarikat-syarikat ini.

Kewujudan akaun ini yang dimiliki Michael Chia dan pemindahan wang oleh pemegang konsesi kepadanya bagi tujuan deposit konsesi mengesahkan bahawa Michael Chia bertindak sebagai orang tengah kepada individu tertentu untuk mengutip wang hasil dari konsesi balak yang dikeluarkan Kerajaan Sabah.

Mengikut Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969, kelulusan permit dan kutipan hasil dari pembalakan dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Sabah dan tidak melibatkan sebarang pihak lain.

Oleh yang demikian, sebarang kutipan wang bagi deposit konsesi oleh pihak lain berkemungkinan besar adalah wang rasuah yang dibayar untuk mendapatkan konsesi.

Michael Chia perlu disiasat segera oleh SPRM untuk mengenalpasti individu yang mewakilkannya untuk mengutip wang dari syarikat-syarikat pemegang konsesi balak, yang disalurkan ke dalam akaun HSBC miliknya di Singapura.

Urusniaga Melalui Akaun UBS di Hong Kong Milik Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd

Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd adalah 2 buah syarikat yang diperbadankan di pusat perniagaan pesisir luar pantai (offshore business centre) iaitu di British Virgin Island, yang melindungi maklumat pemilik serta pegangan sahamnya. Oleh itu, adalah mustahil untuk orang awam mendapatkan maklumat pemiliknya dari pihak berkuasa dan syarikat-syarikat ini tidak perlu mengemukakan akaun setiap tahun seperti syarikat-syarikat lain.

Pun begitu, salah satu pihak yang menguasai Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd secara bersama dengan Michael Chia telah tampil dan menawarkan maklumat mengenai kedua-dua syarikat ini. Mereka juga telah menyerahkan sepenuhnya penyata bank dan segala slip urusniaga melibatkan akaun kedua-dua syarikat tersebut dengan Bank UBS di Hong Kong.

Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd digunakan oleh Michael Chia bagi tujuan yang sama seperti akaunnya di HSBC Singapura – iaitu menyalurkan wang suapan hasil dari konsesi balak yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sabah kepada pemegang-pemegang konsesi.

Bersama-sama ini disertakan slip pengesahan urusniaga (debit or credit advice slips) yang melibatkan Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd.

Satu pemindahan wang berjumlah US$277,975 bertarikh 13 Februari 2007 misalnya, dibuat oleh Multilink Star Pte. Ltd. Kepada Zenique Investments Ltd bagi pembayaran deposit konsesi pembalakan, seperti yang dapat disahkan oleh slip pengesahan urusniaga.

Dari semasa ke semasa, wang dari kedua-dua syarikat ini dipindahkan ke sebuah syarikat BVI milik Michael Chia iaitu CTF International Ltd.

Pada 25 May 2007 pula, Zenique Investments Ltd memindahkan wang sebanyak AU$2,350 terus ke akaun Mohammed Hayssam Musa, iaitu anak kepada Dato’ Seri Musa Aman.

Semakan terhadap slip-slip pengesahan urusniaga ini menunjukkan pemindahan wang ke akaun yang dikawal Michael Chia oleh syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan konsesi balak di Sabah, selain dari perbelanjaan dan pemindahan peribadi seperti pembelian kereta mewah, pemindahan kepada isteri Michael Chia dan lain-lain.

Helah yang digunakan adalah sama, iaitu mengumpul wang rasuah hasil dari konsesi balak yang dianugerahkan Kerajaan Sabah melalui akaun-akaun di luar negara yang didaftarkan di atas nama syarikat BVI yang penuh kerahsiaan.

Pihak ketiga yang turut terlibat di dalam Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd telah menyatakan kesudian mereka untuk memberikan keterangan sepenuhnya kepada ICAC bagi membuktikan bahawa pemindahan wang di Hong Kong yang melibatkan kedua-dua syarikat BVI itu adalah bersabit wang rasuah konsesi balak di Hong Kong.

Ini menepati kehendak ICAC untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman, iaitu bukti berlakunya urusniaga melibatkan bank di Hong Kong dan bukti bahawa urusniaga itu melibatkan wang hasil dari rasuah.

Akuan Bersumpah Dato’ Seri Lajim Ukin

Bersama-sama ini disertakan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan sepenuhnya bahawa Umno Sabah pernah menerima sumbangan RM40 juta seperti yang didakwa oleh Dato’ Seri Nazri Aziz.

Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah.

Akuan bersumpah beliau yang turut menawarkan diri untuk memberi kenyataan termasuklah pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam menguruskan pentadbiran konsesi balak di Sabah akan diserahkan kepada ICAC untuk tindakan lanjut ICAC.

Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman.

Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Peguam Negara.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
11 DISEMBER 2012

DOKUMEN-DOKUMEN BUKTI :

Mengapa Mahathir Terdesak, Terpaksa Turun Berkempen Ke Bahagian...




Bukan setakat Najib, Mahathir juga terdesak

Bukan setakat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa bekerja keras memastikan Barisan Nasionl (BN) memperolehi majoriti dua pertiga pada PRU-13, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berbuat demikian.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Dr Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

 Semalam, Mahathir berada di Sik untuk mengingatkan ahli UMNO bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih kepimpinan tertinggi UMNO/BN jika mahu lihat UMNO/BN kekal berkuasa selepas PRU-13.

Mahathir meminta ahli UMNO mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon UMNO/BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.


“Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirism yang mana Mahathir perlu memberi amaran mengenai penyakit “Melayu mudah lupa” sebagai punca tidak puas hati di dalam UMNO sehingga tidak menyokong calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik penyakit “Melayu mudah lupa” apabila giat berkempen menentang Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri pada PRU 2008,” katanya.

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, jelas pada Mahathir, yang BN berada di hujung tanduk pada PRU-13 bukan soal jawatan Perdana Menteri Najib tetapi legasi Mahathir, dan tiada keraguan lagi yang mana satu akan mendapat keutamaan sekiranya berlaku pertembungan antara jawatan Perdana Menteri Najib dan legasi Mahathir.

“Itu sebabnya mengapa rakyat Malaysia mendapati kenyataan Najib dalam wawancara bersama Malay Mail Jumaat lalu bahawa beliau memerlukan mandat daripada pengundi untuk mereformasikan UMNO adalah mengejutkan.

“Pertama, hal itu terkena pada diri sendiri dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 sepuluh hari lalu, mengakui kegagalan UMNO/BN pada PRU ke-12 2008 adalah “isyarat jelas rakyat Malaysia kepada UMNO dan rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat,” katanya.

Apabila Najib mengatakan beliau memerlukan mandat pengundi pada PRU-13 untuk mereformasikan UMNO, sebenarnya Najib mengakui dia gagal mereformasikan UMNO meskipun “isyarat jelas” daripada rakyat pada PRU-12 bahawa UMNO mesti berubah – sebab yang mencukupi mengapa UMNO/BN mesti diganti dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya pada PRU-13.

“Jika UMNO/BN mendapat majoriti dua pertiga pada PRU-13, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Rakyat akan berkurang sekurang-kurangnya lapan kerusi, iaitu 74 daripada 82 kerusi yang dimenangi pada PRU-12 , memberi BN majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi.

“Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat boleh memenangi majoriti yang banyak melalui empat juta pengundi atas pagar dalam daftar pemilih yang terdapat lebih 13 juta pengundi – terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pengundi atas pagar daripada PRU-12 – Pakatan Rakyat mampu mengalahkan UMNO/BN dan mendapat majoriti lebih 20 kerusi parlimen,” ujarnya.

Kit Siang berkata, dalam senario terbaik itu, kemungkinan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di dalam Parlimen adalah 45 untuk PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi – memberikan Pakatan Rakyat majoriti kecil 28 kerusi.

Bagaimanapun, parti Pakatan Rakyat mesti berkerja keras untuk memenangi pengundi atas pagar, memandangkan perkembangan beberapa bulan ini memberi sebab untuk pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu sama ada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar Bersama PR dan Buku Jingga.

Keraguan yang diekploitasi habis-habisan oleh media perdana BN dan cybertrooper, perlu diatasi segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang keemasan untuk memenangi Putrajaya pada PRU-13 dengan mudah.

HOT ! Musa Hassan Dedah Skandal Kontrek Komunikasi PDRM Dengan APCO ( Syarikat Israel)

Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO



PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.



“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40971

10 Disember 2012

Panas! 'POTONG TELINGA' Adnan di HKR mengatasi Kehangatan Harimau Malaya



Melihat suasana semalam kehadiran lebih 20,000 orang, walaupun hujan lebat sebelah petang dan kebetulan  ada live bola pula di tv Malaysiaa melawan thailand malam tadi, lihatlah keadaan di dataran darul hikmah, Kerdau, Temerloh  di himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Pahang. Mungkin ada yangg dah terasa telinganya bakal dipotong nanti, ....syabassss rakyat Pahang


Kenyataan ‘potong telinga’ Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah.
Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.

“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong.

Namun selepas itu, beliau mendakwa kenyataan itu hanya kiasan sahaja yang menyebabkan tekanan kepada beliau semakin meningkat, seolah-olah beliau bimbang terpaksa memotong telinganya apabila kalah di Bentung nanti.

Selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan peluru dengan menyatakan BN sebagai syaitan yang dikenali, Adnan menjadi pemimpin Umno terbaru dengan kiasan potong telinga dan terjun Sungai Pahang.

Sudah pasti, keangkuhan Adnan akan digemakan di seluruh pelosok negeri Pahang dalam kempen PRU-13 nanti.




Pulak Dah ! Ahli Parlimen Jerantut Buat U-Turn ?


Sejak malam tadi beberapa rakan termasuk pemimpin parti politik menelefon saya mahukan pengesahan apakah ahli Parlimen Jerantut Tengku Azlan Sultan Abu Bakar telah mengumumkan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. Saya sebenar tidak mengetahui maklumat itu dan tidak pun dibayangkan sesiapa sebelum ini yang Tengku Azlan akan meninggalkan Umno.

Apa yang pernah dibisikkan kepada saya Tengku Azlan tidak akan mengekalkan kerusi parlimen Jerantut, itu saja. Beliau dikatakan tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menjelang raya puasa baru-baru ini terdengar desas desus mengatakan beliau menarik balik hasrat itu ada sebab-sebab tertentu di mana beliau akan mengekalkan kerusi Jerantut.

Saya telah cuba mendapat pengesahan dengan Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Tuan Ibrahim dia juga ada dengar begitu; pada mulanya Tengku Azlan dah nak lepas kerusi Jerantut tetapi kini terdengar pula desas desus dia akan bertanding kembali.

Sejak pagi pagi tadi saya menghubungi beberapa orang rakan Tengku Azlan termasuk Mazlan Datuk Harun. Menurut Mazlan apa yang beliau ketahui, Tengku Azlan tidak keluar dari Umno tetapi dia mengumumkan akan bersara dari politik.

Kata Mazlan kekeliruan mengenai status Tengku Azlan ini ekoran salah lapor akhbar berbahasa Tamil yang melaporkan Tengku Azlan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat.


"Tidak Tengku Azlan tidak keluar Umno, dia hanya mengumumkan - memberi tahu wartawan akhbar itu yang beliau akan bersara dalam politik, bukan keluar Umno," jelas Mazlan. Penjelasan Mazlan itu menyapu tanda tanya mengenai kedudukan Tengku Azlan. ~mso


Tengku Azlan tidak keluar Umno tapi sertai Amanah - Laporan FMT

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog.

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.

“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.

“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.

Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.

Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno.

TERHOT ! RUMAH MAMPU MILIK NAJIB BARU JANJI...LIM GUAN ENG DAH LULUS...BERITA NIE TAKKAN MASUK TV3 & UTUSAN...!!!!

Hari ini Ketua Menteri  Lim Guan Eng  mengumumkan bahawa, "Kerajaan negeri  memutuskan untuk membina lebih 300 unit perumahan yang mampu dimiliki untuk bumiputera Melayu dengan menggunakan Tabung Bumiputera Pulau Pinang."

Ahli exco Wong Hon Wai juga menegaskan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menawarkan tapak kawasan  Perdana seluas 2  ekar di Jalan SP Chelliah kepada kerajaan Persekutuan dan bebas untuk membina PPR pada awal bulan Ogos tahun ini tetapi tidak menerima sambutan.



Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama-sama dengan ahli exco, ahli majlis dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Jait telah melawat sebidang tanah seluas 11 ekar di Jalan SP Chelliah.

Baki tanah 9 ekar juga untuk  rumah-rumah harga yang berpatutan. Lagi gambar sekitar lawatan tapak tanah di Jalan SP Chelliah 



Kedahkini

TERKINI ! AHLI PARLIMEN BN PAHANG KELUAR UMNO !!!

 Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!


Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.



Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.

Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.

Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.

Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.

Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.

Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.

Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian.

Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.

Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.

Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009.

Sumber Berita  SINI

Panas ! Gambar Yang Buat BN Selangor ' SAKIT HATI ' ...!!!



LUAS Sahkan Kapasiti Air Di Tujuh Empangan Memuaskan

SHAH ALAM, 9 DIS : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi ketujuh-tujuh empangan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Pengarahnya, Md Khairi Selamat berkata, kapasiti bagi lima empangan iaitu Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu berada pada tahap 100 peratus sehingga semalam.

Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh sama berada pada tahap 90.03 peratus, sementara Empangan Sungai Selangor meningkat kepada 83.44 peratus, iaitu sebanyak 191.91 juta meter padu pada ketinggian 214.00 meter.

“Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter.

“Limpahan air juga dilaporkan berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat dan Empangan Klang Gates,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, menurutnya, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 8 Disember adalah sebanyak 14,737 juta liter sehari (JLH) dengan peningkatan sebanyak 5416 JLH berbanding bacaan sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah aliran air sungai juga mampu membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.

Katanya lagi, bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.

Beliau turut menjangkakan kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monsun Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.

“Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...