15 Jun 2013

Hot : Pengerusi Ulama Rantau Asia Sokong Kuat Himpunan Black 505



Sistem p’raya pincang, ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.

“Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.

“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily

Justeru,, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.

Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.

“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.

Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.

“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya.

TERKINI ! MANGSA KEDUA DISYAKI TERTIMBUS DALAM TRAGEDI MENARA UMNO !!!


Temui kereta terbenam 6 meter

GEORGETOWN - Pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat Kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini.

Menurutnya, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis.

Sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian keruntuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian.

Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini.

Sinar Harian difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ.

Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian. ~ 


Bomba temui serpihan rangka kereta bawah sisa runtuhan rod penebat menara UMNO di Georgetown. Tapi belum pasti ada mangsa atau tidak - Bomba Seorang lelaki Lim Chin Aik, 44, disyaki tertimbus dalam lopak yang dihempap rod penebat menara UMNO.

Bomba menemui rangka kereta yang jauh terperosok jauh ke dalam tanah kerana dihempap dengan rod penebat kilat yang besar dan berat. Gambar lelaki dalam kotak kecik  ialah gambar yang dipercayai mangsa yang terhempap sekali bersama2 dengan kereta tersebut.

Ketika kejadian mangsa dilaporkan sepatutnya mengambil anaknya yang akan pulang ke sekolah tapi tak sempat akibat dihempap dengan rod penebat yang jatuh dari menara umno. 



menyusul lagi......







TERKINI ! FLASHMOB BLACK505 DI SEKITAR SOGO, 15 DITAHAN POLIS

Peserta ‘flash mob’ Black 505 ditahan depan Sogo

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sekurang-kurangnya 15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.

“Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya.

Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.

Menurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman.

“Ada yang berucap secara ringkas. Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. Pamnadu kereta pun beri sokongan dengan bunyikan hon.

“Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap. Hanya runding sekejap dan mereka terus tahan untuk dibawa ke trak polis,” katanya.

Flash mob Black 505 di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini adalah siri pertama program menuju kemuncak himpunan Suara Rakyat Black 505, 22 Jun depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun)




Terkini Flashmob di depan Sogo, polis minta bersurai tapi peserta tetap akan menghasut.










Akmal Fizani 10 Tahan Yang Di Tahan Bersama Keluarganya 'Flashmob' Depan Sogo Sebentar Tadi... Kini Berada Di Balai Polis Dang Wangi...


Safwan Anang ‏@SafwanAnang3 minitHanya disebabkan flashmob #Blackout505 , polis arahkan tangkap!!! Lebih 15 ditahan, aktivis SMM,SAMM,termasuk orang ramai!

Edy Noor Reduan ‏@edyesdotcom56 saat
Saya bersama 14 yg lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turun ditahan. Hidup Rakyat! Moga temu kembali di

HOT ! ANNUAR ' BELASAH ' FAM KAW..KAW..FAM BUKAN MACAM ATM ...




Kuala Lumpur: Pencapaian bola sepak negara tidak seberapa, tetapi Sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai antara 70 dan 80 petugas, berbanding Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang bersaing di taraf dunia hanya mengambil kurang daripada 10 petugas.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar), berkata jumlah kakitangan yang terlampau ramai boleh menyebabkan pembaziran sekali gus menjejaskan pembangunan dan kualiti bola sepak tempatan.

Paling tidak masuk akal gaji sesetengah pegawai (FAM) lebih tinggi daripada gaji jeneral, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji menteri.

Kos pentadbiran dan pengurusan FAM mencecah puluhan juta ringgit tetapi anggota gabungan kekeringan wang walaupun mendapat wang tajaan berpuluh juta yang tidak sampai kepada mereka sedangkan hak pasukan seperti hak penyiaran telah dijual.

"Malaysian Super League (MSL) ditutup tetapi Urusetia FAM menambah bilangan jabatan mereka dan akhirnya FAM berada dalam ketidakcukupan wang menyebabkan ahli gabungan yang merana," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam.


Hadapi masalah lebih besar

Beliau berkata, bola sepak Malaysia sedang menghadapi masalah yang jauh lebih besar, malangnya Urusetia FAM masih tidak nampak dan Presiden FAM pula yang terpaksa memikul bebanannya. 

"Walaupun sudah tiga presiden negeri digantung kerana melanggar peraturan FAM, suara teguran akan terus berkumandang kerana FAM  bukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," katanya.



Tiga presiden berkenaan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dan Annuar sendiri.

Annuar turut mendakwa Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu merasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM ada EXCO yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.


Annuar berkata jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada EXCO FAM sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru tanggungjawab (setiausaha agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan EXCO, urusetialah yang berkuasa," katanya. 

Hot : Gosip ... Najib jumpa Anwar di Jakarta? Betulke.....


Najib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.

Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.

Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.

Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.


Twitter Anwar Ibrahim

Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah.

Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu.

Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998.

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu. ~sumber

HOT ! Sah TPPA Kerajaan Sembunyi Isu Besar

TPPA: MTEM bertindak keluar mesyuarat dengan MITI

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).

"Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".


MTEM telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada
dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.

Nizam berkata meskipun MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam rundingan tersebut, tetapi tegasnya mungkin tidak ada rundingan yang bermakna jika kerajaan enggan mendedahkan sebarang maklumat, kerana sokongan terhadapnya akan akhirnya menjejaskan pengguna dan perniagaan di Malaysia.

"MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak industri, tetapi apa yang anda maksudkan dengan perundingan? ... Jika teks (perjanjian itu) tidak didedahkan, maka perundingan tidak boleh diadakan...," kata Nizam dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, walaupun mereka tidak dapat memberi teksnya, tetapi mereka sekurang-kurangnya perlu memberitahu pihaknya perkara penting yang sedang dirundingkan.

Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

Menurutnya, semasa mesyuarat itu, para pegawai MITI mempersalahkan "NGO" yang didakwa telah mengelirukan pihak media dan pembangkang mengenai perjanjian perdagangan itu, tetapi ia tidak secara khusus menyebut MTEM. ~mk

14 Jun 2013

Hot : Projek KLIA2 MAHB Serah kepada Kontraktor Tarikh Siap...Apa Nak Jadi Nie ???

Khazanah: Penyerahan KLIA2 perlu betul

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd mahu penyerahan lapangan terbang kos rendah baharu, klia2, dilakukan dengan betul dan untuk kepentingan awam.

Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata oleh itu tarikh penyerahan klia2 tidak dispekulasi dan menyerahkan kepada syarikat yang terlibat untuk membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Beliau merujuk laporan mengenai kelewatan penyiapan klia2 mengikut jadual bulan ini.

"Kami mempunyai anggota lembaga pengarah yang memantau keadaan," katanya pada Invest Malaysia 2013 di sini hari ini.

Syarikat yang terlibat - Malaysia Airports dan UEM Group - merupakan sebahagian daripada syarikat kumpulan Khazanah Nasional yang stabil.




MAHB ikut tarikh kontraktor siapkan KLIA2

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengumumkan tarikh pembukaan baru bagi lapangan terbang tambang murah, klia2, selepas menerima tarikh daripada pembina terminal lapangan terbang itu, iaitu syarikat usaha sama UEM Group dan Bina Puri.

Lapangan terbang ini kini sudah 90 peratus siap, dan kerja-kerja yang paling banyak perlu disiapkan ialah di bangunan terminal utama.

"Ini bukan lagi tarikh MAHB. Kami mahu tahu tarikh kontraktor. Apabila tarikh diberikan, kami akan umumkannya," kata satu sumber yang rapat dengan pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama.

Usaha sama UEM-Bina Puri itu telah meminta tempoh lanjutan hingga September atau Oktober untuk menyiapkan kerja-kerja tambahan.

Sumber itu berkata landasan dan menara kawalan lapangan terbang masih belum siap. Bagaimanapun, kerja-kerja itu boleh dipercepatkan.

MAHB telah menolak dakwaan bahawa ia telah menyalahkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, bagi kelewatan terbaru ini.

"Ya. Kami menyalahkan syarikat penerbangan kerana memainkan sedikit peranan dalam kelewatan-kelewatan sebelum ini, tetapi pendirian kami mengenai kelewatan terbaru ini amat jelas. Penangguhan tarikh daripada 28 Jun itu pada asasnya disebabkan oleh kontraktor," kata sumber itu.

Semalam, AirAsia meminta kerajaan menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat pembinaan lapangan terbang tambang murah baru itu yang tarikh siapnya telah beberapa kali ditunda, dan menilai kemajuan semasa projek itu, bila ia akan siap dan berapa kos yang terlibat.

Pada Jun 2011, MAHB menyalahkan AirAsia, syarikat penerbangan utama yang akan menggunakan klia2, bagi kelewatan itu, disebabkan oleh permintaan AirAsia untuk menambah kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun daripada 30 juta pada mulanya.

Pengendali lapangan terbang itu juga berkata syarikat penerbangan tambang murah itu enggan menggunakan jambatan aero, dengan menyebut kos kendalian yang tinggi dan juga mengambil keputusan pada saat-saat akhir untuk beralih daripada sistem pengendalian bagasi separa automatik kepada yang automatik sepenuhnya.

Penyusunan semula itu telah menyebabkan penangguhan tarikh siap terminal baru itu kepada April 2013.

Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa klia2 akan dilancarkan pada 28 Jun, sama dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Bulan lepas, MAHB mengumumkan kelewatan kelima pelancaran klia2 tanpa memberikan tarikh baru.


BERITA BERKAITAN :

DAP sokong gesaan AirAsia siasat lonjakan kos KLIA2

DAP menyokong cadangan supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat secara khusus kelewatan dan kenaikan kos pembinaan terminal baru KLIA2 untuk penerbangan kos rendah.

Mempersoalkan mengapa pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammuddin Hussein "senyap seperti tikus" berhubung isu tersebut, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (kiri) menggesa menteri berkenaan supaya turut menyokong gesaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar semalam.

Aireen telah mencadangkan sebuah badan harus dibentuk, untuk menilai tiga perkara utama - kemajuan projek, tarikh siap dan jumlah kos.
"Kecuali punca sebenar kelewatan itu dikenali, AirAsia berasa mungkin terdapat lebih banyak jari yang menuding (terhadap AirAsia atau kontraktor) yang tidak akan membantu apa-apa ke arah menyiapkan projek tersebut," Aireen dilaporkan berkata.

Gesaan itu dibuat selepas Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) pada awal Mei mengakui berlaku kelewatan dalam pembinaan terminal kontroversi itu.

HOT ! ISU TAHFIZ PULAU TUBA, ALASAN KERAJAAN BN KEDAH DANGKAL!!!

Selepas KUIN, kini Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pula menjadi mangsa. 

Pengajian telah berjalan memasuki tahun ketiga. Tapak tetap maahad yang sudah pun dilakukan pecah tanah dan bajet untuknya telahpun diluluskan tahun lalu, kini ditangguhkan Kerajaan BN Kedah.

Sedangkan, projek berkaitan hiburan sangat cepat diluluskan, malah MB Mukhriz sanggup segera turun untuk mempersetujuinya...

Kenyatan Media DPPN :

UMNO akan pastikan Pulau Tuba terus gelap dari cahaya Al-Quran

1. Keputusan Kerajaan BN Negeri Kedah untuk menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi merupakan tindakan yang mundur ke belakang.

2. Malah, keputusan itu bagai membayangkan ketidaktentuan jaminan masa depan institusi pendidikan Islam di Kedah sebagaimana ura-ura sama terhadap KUIN sebelum ini. Adakah nasib sama juga bakal 'menghinggapi' Maahad Mahmud dan KAFA?

3. Cukuplah rekod Kerajaan BN yang hampir membunuh Sekolah Agama Rakyat (SAR). Jangan pula menganaktiri dan berlepas tangan terhadap institusi pendidikan yang berada di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri itu.

4. Sebagai sebuah kerajaan, alasan kos dan perbekalan elektrik yang dijadikan sandaran terhadap penangguhan itu menunjukkan dangkal dan lemahnya BN dalam mengurus kepentingan rakyat.

5. Kerajaan lalu di bawah teraju Pakatan Rakyat telahpun meluluskan kos pembinaannya, manakala perbekalan elektrik dapat disalurkan sekaligus menjadi usaha pembangunan untuk pulau tersebut.

6. Apakah Kerajaan BN Kedah mahu lihat generasi yang mendiami Pulau Tuba terus hidup tanpa bekalan elektrik dan selamanya bergantung kepada kuasa generator? Sedangkan pulau itu terletak hanya beberapa kilometer dari Langkawi.


7. Sepatutnya sebuah kerajaan memacu masa depan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Usaha memajukan Langkawi sepatutnya diluaskan di pulau-pulau berdekatan yang didiami penduduk.

8. Lebih malang, BN Kedah menolak kesempatan untuk meluaskan lagi kemakmuran dan kesejahteraan pada pelancongan ilmu yang boleh diteroka dari pembinaan Maahad Tahfiz Sains di situ.

9. Paling utama adalah kedamaian sebuah pulau yang disinari cahaya al-Quran. Tetapi dengan keputusan itu bermakna BN telah gagal untuk menyebar cahaya al-Quran ke pulau itu.

10. Pembebas Andalusia (Sepanyol), Tariq bin Ziyad biarpun telah menggapai kejayaan di bumi Eropah itu ketika mengadap lautan yang luas pernah mengungkapkan cita-cita untuk terus berjuang sebagaimana katanya, "Seandainya aku tahu dihujung lautan yang luas ini adanya pulau, nescaya aku berjuang untuk sampai menyebarkan Islam di situ."

11. Tetapi Umno yang memimpin BN Kedah begitu lemah untuk berjuang bagi melihat cahaya al-Quran tersebar di situ.

12. Ketika Umno berkata institusi pendidikan ini gagal dahulu, Pakatan Rakyat telah membuktikan usaha mengembangkannya di sebalik tuduhan itu. Oleh itu, jika Umno-BN gagal menyaingi usaha ditinggalkan Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak itu, jangan pula gagal hingga mengabaikan semua usaha mempertahankan institusi ini.

USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah


BERITA BERKAITAN ;  Sunday, November 4, 2012


Kabel Bawah Laut ke Pulau Tuba

Khabar gembira buat 5000 penduduk Pulau Tuba. Penantian bakal berakhir. Diharap projek ni cepat-cepat jalan jgn rancang tak sudah-sudah mcm jeti di Kuala Chenang
.


BERITA BERKAITAN : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/litar-lumba-bakal-dibina-untuk-belia-kedah-1.168967






TERKINI : PEMILIK DAN PUNCA TRAGEDI DI MENARA UMNO TERBONGKAR ! [ + VIDEO ]


Rasuk diturun, pembersihan Menara Umno bermula

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.




GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan mengalihkan sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan jalan di kawasan bangunan itu.

Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan menara itu di Jalan Macalister di sini runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.

Adzmi berkata bangunan 21 tingkat itu yang siap dibina pada 1997 dan dibeli daripada Amanah Capital Bhd pada 2005 itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam.

Bangunan itu yang menempatkan pejabat, syarikat dan kolej swasta dijadual beroperasi seperti biasa pada Isnin ini kerana bahagian yang terjejas hanyalah penebat kilat itu sahaja, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.





Kerja pembersihan

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerja pembersihan akan hanya dijalankan selepas kerja mengalih rasuk itu selesai dan jalan terlibat sepanjang satu kilometer masih ditutup kepada orang awam sebagai langkah keselamatan.

Beliau turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terjejas dalam kejadian ribut yang melanda 21 lokasi di seluruh negeri ini semalam.

“Kerajaan negeri akan menghulur bantuan kepada rumah terjejas akibat dipukul ribut. Beberapa batang jalan terpaksa ditutup sementara waktu kerana banyak pokok dan tiang lampu tumbang,” katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan penduduk sekitar Datuk Keramat, Kampung Jawa, Komtar dan Jalan Anson, di sini, mengalami gangguan bekalan air kerana paip bawah tanah pecah.

Petugas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Indah Water Konsortium, Majlis Perbadanan Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kerja Raya sedang memantau keadaan. ~Bernama


PEMILIK MENARA UMNO PULAU PINANG BUKAN KEPUNYAAN UMNO TETAPI MILIK SEPENUHNYA OLEH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN IAITU JKP SDN BHD.!!!!!


Rupa-rupanya menara UMNO Pulau Pinang yang antena runtuh semalam mengakibat seorang terkorban dan beberap lain cedera parah dan berpuluh kenderaan rosak bukannya milik UMNO tetapi JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman.

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.

Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat.

HOT : Ezam bakal dilantik pegawai Najib, Saifol Taknak lantik ke ?

Ezam disebut bakal dilantik pegawai Najib

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.




PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor disebut-sebut bakal dilantik menjadi pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.

Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.

Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.

Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.

Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan pegawai-pegawai Najib itu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu.

Khairun merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia, anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat iaitu Pengerusi Perbadanan Putrajaya.

Apa macam kalau lantik Saifol dia dikata lebih rapat dengan anwar sebelum ini....dan sanggup berkorban maruah demi mempertahankan najib?

BLACK505 : KEKAL DI PADANG MERBUK

Black 505: Penganjur, DBKL gagal capai kata sepakat

Penganjur perhimpunan Black505 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi penganjuran himpunan tersebut pada 22 Jun ini yang akan berlangsung di Padang Merbok.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pagi ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata buat masa ini penganjur kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya.

Dalam pertemuan lebih sejam itu bermula 8.15 pagi, Rafizi berkata perbincangan turut berkisar mengenai tawaran DBKL sebelum ini supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka atau Stadium Titiwangsa.

Bagaimanapun, Rafizi berkata pihaknya tidak mempunyai mandat membuat keputusan dan akan berbincang perkara itu dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan NGO berhubung perkara itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Pandan sebaliknya menegaskan "tidak mengharapkan banyak perubahan akan berlaku".

"Setakat ini tidak ada perubahan (lokasi). Pertemuan (hari ini) berjalan dengan mesra tetapi keputusan kedua-dua pihak adalah sama pada asal. Kita mahu berhimpun di Padang Merbok.


"Kita akan bincang (mengenai Stadium Merdeka). Masih status quo. Kita akan update. Tapi saya tidak mengharapkan banyak perubahan," kata Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan.

Turut hadir dalam perbincangan itu Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fung Kui Lun serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad.

Semalam, Ahmad Phesal meminta PKR menerima hakikat bahawa padang itu ditempah oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun lalu dan mereka memerlukannya bermula dari 22 Jun bagi persiapan acara larian yang dianjurkan oleh mereka.

Ia sekaligus menolak dakwaan PKR bahawa MOM tidak menggunakan Padang Merbok pada tarikh tersebut. -MK

13 Jun 2013

PECAH BERITA ! ATENA TELKOMUNIKASI DAN MENARA UMNO P. PINANG RUNTUH, IMPAK SEPERTI GEMPA BUMI SAKSIKAN VIDEO & GAMBAR !!!

Dipercayai bahagian bumbung Ibupejabat UMNO Pinang setinggi 25 tingkat yang tumbang dan Menara Antena . Impak dari menara besi daripada ketinggian itu semacam gempa bumi. Kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang semenjak 6.00 petang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang.





GEORGETOWN -[Dikemaskini] Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah. 


“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya.



Pemandu lori gas Jahir Hussain Sulaiman, 40, yang cedera dalam kejadian antena runtuh di Jln Macalister Georgetown telah meninggal dunia

updated 9.00  mlm:


GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Akibat dari kejadian itu,hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu. ~SH

TUJUH pengguna jalan raya cedera termasuk dua parah dalam kejadian tiang penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang tadi. Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang.

Dipercayai bahagian bumbung Ibupejabat UMNO Pinang setinggi 25 tingkat yang tumbang. Impak dari menara besi daripada ketinggian itu semacam gempa bumi. Kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang semenjak 6.00 petang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang.

menyusul lagi.....


Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh









Struktur  atas Bangunan Umno Penang runtuh



GEMPAR!! Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Padang Kota, Pulau Pinang!! Macam Penangan TSUNAMI !!!


Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,"katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

"Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.


Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.
"Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi," katanya. - BERNAMA

HOT ! KETUA PUTERI UMNO BUAT KENYATAAN BODOH TENTANG LANTIKAN KETUA PEMBANGKANG !!

Rafizi: Tak perlu layan puteri Umno


PR tidak perlu melayan cadangan ketua puteri Umno supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi peluang mengetuai pembangkang susulan tindakannya memboikot Majlis Taklimat Parlimen kelmarin.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Umno-BN tidak berhak mencampuri hal tersebut susulan pemilihan jawatan ketua pembangkang itu perlu mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat nanti.

"Saya rasa kenyataan itu kebudak-budakan yang tidak padan dengan kedudukan seorang ketua puteri Umno.

"Lagi pun dia perlu jaga soal dalaman Umno dulu, yang lagi banyak bergolak ialah soal dalaman Umno.

"Siapa yang kita lantik sebagai ketua Parlimen PR di Dewan Rakyat nanti, adalah keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga parti dan wakil rakyat kita, tidak ada kena mengena dengan dia," katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin supaya pembangkang melantik ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sebagai ketua pembangkang susulan tindakannya yang menghadiri majlis taklimat tersebut sekali gus dilihat lebih bertanggungjawab.

Teck Hwa kelmarin satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya.

Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya, DAP kerana hadir ke majlis itu dan tidak meneliti mesej dan arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukannya.

Tindakan Teck Hwa itu mendapat pujian banyak pihak.



Kenyataan Ketua Putri Umno:


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberikan peluang untuk mengetuai pembangkang di negara ini kerana telah menunjukkan sikap biadap terhadap Parlimen apabila "memulaukan" Majlis Taklimat ahli Dewan Rakyat, semalam.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.

"Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai ketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau yang tidak hadir pada hari ini (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online.

PECAH BERITA ! KU LI AKAN RAMPAS JAWATAN PM, UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB?!!!


Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. 

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.


Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.


Ku Li perlu 112 undi, PR ada 89 undi,,sekurang-kurangnya 30 undi dari umno dan BN, ,,, tak ada masalah rasanya... yang masaalahnya dari PR sendiri... boleh jadi ke... namun apa pun tak mustahil...dalam politik Malaysia...
Maka bermula semula teori RAHMAN.... mungkin selepas tu baru Anwar, kemudian Hadi Awang/Husam Musa.... setuju.. itu pun kalau seorang sepenggal sahaja.......mm

Sumber
Kedahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...