25 Januari 2012

CEMBURUKAN ROSMAH? ANDREW HORNEY GAY KAKI GOSSIP...ALAHAI..RM

Ratu Gossip Gay Australia Cemburukan Rosmah?

Oleh: Melinda Mazhar

Tidak serik menggunakan khidmat saksi Mat Salleh yang tiada kredibiliti ketika bergelut dengan kes liwat Anwar di mahkamah, pembangkang sekali lagi menggunakan ‘khidmat’ wartawan Mat Salleh yang tiada kredibiliti juga. Kali ini untuk memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri.

Andrew Hornery, wartawan Sydney Morning Herald menulis kononnya Datin Seri Rosmah telah menghabiskan RM325,000 untuk membeli belah di Sydney, Australia.

Motif tulisan tersebut tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti ianya bertepatan dengan strategi pembangkang untuk menonjolkan Datin Rosmah sebagai wanita yang gemar bermewah dan membazir bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap beliau, sekali gus Datuk Seri Najib.

Oleh itu, kita cenderung mempunyai persepsi bahawa si Andrew ini sekadar membantu memperjuangkan agenda pembangkang di Malaysia.

Atau mungkin juga beliau bertindak demikian semata-mata kerana tugas kerana Andrew ini sebenarnya ialah wartawan bahagian gossip.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga didapati antara calon wartawan gossip yang paling teruk mengikut satu kajiselidik di Australia sendiri.

Dalam komen yang ditulis mengenainya pada 9 October 2009, melalui laman web yang memaparkan wartawan paling teruk Australia iaitu http://www.australiasworstjournalist.com.au/ media/newspaper/sydney-morning-herald/1-andrew-hornery, kritikan mengenai beliau tertulis,“terlalu banyak kesalahan fakta. Andrew Hornery, tidak mampu menjelaskan fakta secara tepat atau dengan sengaja telah terlibat menyiarkan berita yang salah untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan kemarahan mereka. Sesiapa yang dihubungi oleh wartawan ini tidak harus memberikan peluang wawancara kepadanya kerana kata-kata anda akan diubah agar selaras dengan agenda wartawan ini. Sebarang koresponden dengan editor yang bertanggungjawab, iaitu Peter Kerr, gagal mendapat respon yang memuaskan.”

Untuk pengetahuan semua,Andrew juga digelar Ratu Gossip di Australia akibat tulisannya yang tidak matang walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk menulis isu-isu berat seperti pembunuhan,korupsi dan sebagainya.

Tetapi kenapa beliau digelar Ratu dan bukan Dewa gossip sedangkan beliau seorang lelaki? Ini kerana Andrew juga adalah seorang homoseksual atau gay. Ini diakui sendiri oleh Andrew melalui twitternya. Malah,jika anda melayari internet mengenai Andrew, anda akan mendapati beliau banyak menulis artikel-artikel berkenaan membela hak asasi gay dan mencemuh golongan yang menghina gay.

Maka tidak hairanlah, Andrew begitu ‘dekat’ dengan agenda pembangkang di Malaysia yang juga diketuai oleh seorang gay.

Dan tidak hairanlah juga Datin Seri Rosmah telah awal-awal lagi menafikan perihal membeli-belah tersebut kerana ternyata ia tidak benar dan sekadar gossip yang disiarkan oleh Andrew Hornery semata-mata.

http://mynewshub.my/2012/01/25/ratu-gossip-gay-australia-cemburukan-datin-seri-rosmah/
Komen: Saman sajalah...Kak Ros...baru ada berani...


PANAS!! Pereka Fesyen Australia sahkan Rosmah telah berbelanja di Butik miliknya..


Apabila journalist dari Sydney Morning Herald mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah Mansor telah membelanjakan RM325,000 di sebuah Butik yang terletak di Sydney, seperti biasa pencacai-pencacai UMNO yang merupakan Blogger pro UMNO akan bermati-matian mempertahankan Rosmah dengan menyerang kredibiliti journalist tersebut.


Ada antara Blogger UMNO tersebut mendakwa Andrew Hornery, Journalist tersebut adalah seorang gay, oleh itu mereka mengaitkannya dengan DS Anwar Ibrahim yang difitnah mereka sebagai seorang ‘pemimpin gay’ dengan mengatakan wartawan gay mestilah menyokong ‘Pemimpin Gay’.

Mereka juga menyerang Andrew Hornery dengan mendakwa journalist Sydney Morning Herald (SMH) itu seorang wartawan yang tidak mempunyai kredibiliti dan pernah disenaraikan antara "Australian Worst Journalist".


Hari ini.. dalam satu jawapan kepada Malaysiakini, Pereka Fashion dari Sydney, Carl Kapp pula telah mengesahkan memang Rosmah telah membeli-belah di butik miliknya tetapi enggan menyatakan jumlah sebenar pembelian Rosmah itu..

Adakah Pereka Fashion ini juga akan dilabel sebagai gay dan pereka fashion yang tak punya kredebiliti oleh Blogger UMNO? Sama-samalah kita nantikannya…

Rosmah Mansor sebelum ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya cuba meraih simpati..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...