24 September 2011

KITA: PARTI SDN. BERHAD

Kita: Ketuanya kehulu, ahli-ahlinya ke hilir — Aspan Alias

24 SEPT — Parti Kita sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa “consequence” kepada politik negara kita. Kita adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan “impressive” penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

Saya adalah orang yang agak “familiar” dengan wajah-wajah dan individu dalam parti ini termasuklah Presidennya sendiri Zaid Ibrahim yang saya kenali sejak 40 tahun dahulu. Dari awal lagi saya melihat Kita adalah parti yang seolah-olah kepunyaan Zaid Ibrahim sendiri dan telahan saya yang parti ini akan menghadapi masalah sekarang menjadi kenyataan.

Saya sudah mengagak yang Kita akan hanya menjadi parti Zaid Ibrahim dan perlembagaannya adalah perlembagaan Zaid Ibrahim dan cara mentadbirnya adalah cara Zaid Ibrahim. Saya pernah bertanya kepada salah seorang yang rapat dengan saya baru-baru ini sebelum berlakunya perbalahan di dalam parti ini samada Kita telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi atau apa-apa nama yang diberikan kepada barisan pimpinan parti itu.

Saya diberitahu TIDAK ADA. Dengan jawapan itu saya sudah mengagak yang parti ini belum lagi dikendalikan secara sebuah parti yang dipunyai ahli-ahlinya. Parti ini hanya bergerak mengikut kemahuan dan kehendak Presidennya sahaja iaitu Zaid Ibrahim.

Tetapi kita lupakan isu Kita tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh sebuah parti, tetapi yang lebih penting lagi Presiden dan ahli-ahlinya tidak sehaluan dalam pandangan dan arah tuju politik masing-masing.

Kita dianggotai oleh ahli yang tidak sebulu dengan parti-parti pemerintah. Ramai di antara mereka adalah bekas ahli PKR yang menyokong Zaid Ibrahim dan sekarang mempunyai ahli seramai 600 orang dan bukannya sebagaimana yang diberitakan seramai 3,000 orang oleh pejabat Kita.

Tetapi perkembangan terakhir kini Presidennya telah bermain politik apologetic terhadap BN malahan Zaid telah memohon maaf daripada Najib kerana kononnya beliau tersilap anggapan yang Najib tidak akan berani memansuhkan ISA. Pemansuhan ISA merupakan alasan yang “expedient” bagi Zaid untuk kembali rujuk terhadap kepimpinan kerajaan yang pernah beliau sertai dan ditinggalkannya dahulu.

Zaid mempunyai hak untuk mengalih dan menganjak pendirian beliau tetapi beliau tidak boleh lupa yang parti pimpinannya ada ahli-ahli dan beliau tidak pernah merujuk dan bertanya kepada ahli-ahli partinya sebelum mengalih dan menganjak pendirian dan pandangan beliau maka sekali lagi Zaid meninggalkan orang-orang yang menyokongnya dan pandangan rakan-rakan beliau sendiri percaya yang Zaid hanya main politik peribadi yang menebal.

Sekarang saya hampir percaya seperti apa yang diadukan oleh beberapa ahli senior parti itu yang beliau menganggap yang Kita itu adalah parti peribadi beliau dan betullah cerita yang saya dengar beliau pernah berkata kepada pemimpin-pemimpin parti itu, “This is my party, you do the way I ask you to do”.

Kalau benar kata-kata ini terluah dari mulut Zaid, maka kita boleh nilailah Zaid ini samada beliau ada semangat “teamwork” yang sangat diperlukan oleh parti politik lebih-lebih lagi parti yang begitu kerdil dalam politik negara ini.

Usaha ramai di antara ahli-ahli parti ini untuk mendesak beliau meletakan jawatan itu adalah isu yang tidak memeranjatkan sesiapa lagi. Bagi saya Zaid tidak mempunyai “future” lagi dalam politik kecuali orang yang melobi untuk beliau (Zaid) kembali menyertai Kabinet itu berjaya melakukannya. — aspanaliasnet.blogspot.com

PENGERUSI BERSIH: TERIMA ANUGERAH TERTINGGI PERANCIS

Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur,

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.

Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.

Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.

Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.

“Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat,” kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang-TMI

'KES SAMUN' 3 PEGAWAI SPRM DILUCUT TUGAS


TIGA pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.

Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan baru-baru ini.

Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.

SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 September lepas.

Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.

"Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut Suruhanjaya itu.

Media sebelum ini melaporkan tiga pegawai SPRM ditahan selepas dipercayai menyamun pengurup wang membabitkan wang berjumlah US$300,000 (RM938,085) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL
(KLIA). (BERNAMA)

23 September 2011

GEMPAR! SKANDAL SEKS MENTERI NAJIB DENGAN WANITA CAMBODIA!

Oleh : PAPARAZZI SK


PERDANA Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan.

Petang tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel sebagai tempat memadu kasih.

Menteri berkenaan pula sering melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk seks.

Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima, seorang berpangkat Dato’ memperkenalkan Menteri tersebut dengan Wanita Cambodia berkenaan.

Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan.
sumber: sabahkini.net

Bajet Santa Claus?

Najib dikatakan akan membentangkan bajet 2012 pada 7hb Oktober yang akan menjadi satu bajet pilihanraya. Ramai berpendapat bajet kali ini adalah bajet ‘santa claus’ dan akan memberikan hadiah yang berbentuk tunai kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Banyak lagi hadiah untuk petani-petani seperti pemberian baja percuma dan lain-lain bentuk ‘pembelian’ undi yang akan dibuang rakyat dalam pilihanraya yang tidak berapa lama lagi.

Buat pemulaannya Najib telah memberikan ‘hadiah’ kepada seratus orang ketua kampong untuk menunaikan ibadah haji dengan tanggungan 1MDB dan beliau sendiri memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada bakal-bakal jemaah haji tersebut. Bergembiralah seratus orang ketua kampong ini kerana dapat menunaikan fardhu haji secara percuma.

Kalaulah saya seorang ketua kampong sekarang ini peluang untuk mendapatkan hadiah istimewa itu mungkin saya dapati dan tentu sekarang saya sedang sibuk membuat persiapan untuk melangkah ke tanah suci itu. Agaknya jika Dato Ariff Sabri seorang ketua kampong di Pekan mungkin Ariff juga dapat peluang untuk menunaikan ibadah haji percuma itu.

Saya berharap Najib tidak menyisihkan 17,000 orang ketua kampong serta pengerusi JKKK seluruh negara untuk mendapatkan ‘naik haji percuma’ ini. Selepas ini tentu dikampong-kampong akan berlaku perebutan untuk menjadi ketua kampong untuk menunggu peluang ke tanah suci secara percuma dari 1MDB itu. Berpecah lagi masyarakat di kampong untuk meerebut jawatan ketua kampong serta pengerusi JKKK pula.

Bagaimana pula ahli-ahli jawatankuasa JKKK? Bukankah mereka juga merupakan orang-orang penting dalam menjaga kemajuan dan keselamatan kampong masing-masing? Mampukan kerajaan menaja semua orang ke tanah suci?

Selain dari itu banyak pihak telah mengandaikan yang semua rakyat akan mendapat imbuhan secara tunai mengikut saiz isi keluarga. Ada yang mengatakan yang Najib akan memberikan RM 3000 sekeluarga dan ada yang berkata RM 1500 bagi satu keluarga.

Petani-petani pula akan mendapat baja percuma dan sebagainya. Tidak tahu pula berapa kampit seorang yang akan di terima mereka dan tentulah ianya tidak akan dapat ‘hadiah’ ini berterusan.

Semua ‘hadiah-hadiah’ ini hanya diberikan semasa musim pilihanraya sahaja. Manakan mampu kerajaan untuk terus menerus memberikan subsidi sebegini sampai bila-bila. Jumlah segala gula-gula ini sebenarnya kecil jumlah billionnya kerana jumlahnya lebih kecil dari jumlah wang rakyat yang disonglap oleh pemimpin-pemimpin kita melalui projek-proek kerajaan yang dilaksanan secara runding terus dan pemberian kembali ‘hadiah’ secara ini hanya melibatkan jumlah yang terlalu kecil kerana pemberian seperti ini hanya berlaku sekali dalam tempuh 5 tahun penggal pilihanraya itu.

Jika benar pemberian secara ini dilakukan tentulah tidak lari dari andaian yang pimpinan kita melakukan penyelesaian dengan membeli undi dengan wang ringgit sahaja. Bagi pemikiran seperti ini mereka menganggapkan yang rakyat akan memberikan sokongan kepada kerajaan apabila menerima subsidi sementara ini.

Sesungguhnya rakyat lebih memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan boleh diyakini untuk menjaga nasib negara dan bangsa-bangsa di dalamnya hidup di dalam sebuah negara yang bersih dan aman.

Jumlah seribu dua yang mereka dapat itu boleh mereka dapatkan melalui usaha sendiri yang mampu dilakukan jika kerajaan itu bersih dari isu rasuah dan salah guna kuasa. Pemberian cara ini bolehlah memberikan kelegaan sedikit kepada rakyat sebulan dua, tetapi sampai bila sebuah kerajaan itu boleh kekal jika rakyat hanya disogokan dengan tunai seribu dua dalam pilihanraya sahaja?.

Sekampit dua baja yang diberikan kepada petani-petani tidak mungkin boleh menjamin petani-petani kita untuk hidup sempurna selama-lamanya. Cara memberikan imbuhan tunai ini tidak akan membantu negara kerana wang rakyat tadi tidak terurus secara optima dan baik dan akan berlaku ketirisan dimana-mana.

Elakan kita dari memberi ikan kepada rakyat tetapi lebih baik diberikan pancing dan umpan untuk mereka memancing sendiri. Sampai bila kerajaan hendak memberikan ikan itu. Najib perlu ingat yang wang yang diberikan secara salah ini merupakan wang yang di cukai dari semua rakyat. Rakyat memerhatikan perilaku kita sentiasa. Rakyat akan marah jika Najib berbangga memberikan subsidi sementara ini dengan membelanjakan berbillion wang mereka yang mengisi kantung perbendaharaan kita.

Janganlah dipergunakan wang rakyat untuk kepentingan politik kepartian dan peribadi semasa pilihanraya kerana itu menyakitkan hati orang yang membayar cukai itu. Mungkin PM tidak tahu berapa ribu rakyat yang di hadapkan ke Mahkamah kerana tidak mampu membayar cukai pendapatan dan tentulah mereka terpaksa bersusuh payah untuk mencari jalan untuk melunaskan pembayaran cukai kepada jabatan cukai negara.

Setelah bersusah payah membayar cukai tentulah mereka akan merasa benci kepada pemimpin-pemimpin kita yang senang-senang menggunakan wang mereka untuk kepentingan politik kepartian

Rakyat tahu parti mana pun yang mentadbir negara jabatan yang mengutip cukai itu adalah jabatan yang sama. Pegawai pegawai jabatan kerajaan tahu yang mereka menyumbang dan berkhidmat kepada ‘government of the day’, tidak kiralah jika UMNO atau PAS yang memerintah.

Jika Najib memaparkan bajet ‘santa claus’ maka rakyat hanyalah mendapat seperti ‘ang pow’ yang hanya diperolehi semasa hari natal setiap tahun. Tetapi ‘santa claus‘ ini hanya membahagi-bahagikan duit raya hanya lima tahun sekali. Jika setiap rakyat mendapat ‘ang pow’ RM 1000 dalam pilihanraya ini maka jika dinilai rakyat hanya mendapat RM1000 dibahagikan dengan 5 tahun, maka rakyat dapat RM200 sahaja setahun untuk menyerahkan negara kepada mereka yang akan membinasakan negara. Pada penilaian pemimpin kita hanya bernilai RM250 sahaja setahun dan jika dibahagikan dengan 12 bulan kita dinilai hanya sebanyak RM21 sahaja sebulan atau 0.80 sen sehari.

Oleh itu rakyat kali ini akan memilih pihak mana yang boleh diharapkan untuk menjaga wang ringgit rakyat yang dimasukan kedalam kantung perbendaharaan kerajaan itu. Mungkin rakyat mahu mencuba pihak lain pula untuk menjaga harta benda negara kita. Jangan dibahaskan kredibiliti pihak lain kerana belum dicuba lagi, tetapi yang pasti kerajaan pada hari ini telah terbukti menjahanamkan harta benda rakyat tanpa henti-henti, serta segan dan silu.-AAN

PRU 13: Melaka akan buat kejutan – Anwar

MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.
“Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah,” katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.
Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.
Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.
Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

“Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?”
“Boleh!” sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.
Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.
“Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis ‘berkawal’di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.

22 September 2011

Umno sebagai "United Myanmar & Nepal Organization"

Kartun Zunar kaitkan Umno sebagai "United Myanmar & Nepal Organization"

KUALA LUMPUR - Karya terbaru Zunar yang mengkritik dasar kerajaan BN yang memberi kerakyatan sebagai warga asing bagi tujuan politik hangat diperkatakan di ruang maya.

Dalam kartun paling terus terang dan berani itu, Zunar melukis logo parti-parti komponen BN dan mengaitkan dengan dasar tersebut antara lain menafsirkan Umno sebagai "United Myanmar and Nepal Organization."

Tinjaun dalam laman facebook kelab peminat Zunar menunjukkan sambutan yang begitu hangat, malah ada yang memberi komen sebagai kartun terbaik untuk tahun ini.

"Seperti biasa saya menafsir isu-isu politik dari otak kartun saya dan tekanan berterusan dari kerajaan mungkin membangkitkan idea yang lebih baik," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tekanan kerajaan membolehkan Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett.

Selain itu, mulai Oktober ini dia akan berada di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun di sana.

Kerana itu, Zunar akan mengadakan satu majlis bersama peminat pada hari Sabtu, 24 Sept di padang depan Amcorp Mall, Petaling Jaya dari jam 5 hingga 7 petang. Turut diadakan jualan buku-buku koleksi beliau.

"Saya berharap peminat-peminat akan datang ke majlis ini kerana ini adalah program terakhir saya sebelum keluar negara untuk tempoh yang lama," kata beliau. -HD

BERSIH MELANCARKAN TINDAKAN

BERSIH MELANCARKAN TINDAKAN

bersih tidak memberi amaran apa apa
bersih bertindak
bersih bukan nato

kempen : TUNAIKAN 8 TUNTUTAN BARULAH PRU13

kempen ini akan dilancar pada 30 september
jam 8 malam
di dewan perhimpuan china
kuala lumpur

semua dijemput hadir
JEMPUTAN KEMPEN BERSIH



UNTUK ANAK ANAK MUDA

nota:
untuk anak muda dimuka buku
untuk anak muda di blog
untuk anak muda di laman

sila gunakan butang ini

pada bulan mei lalu butang bersih
ada no 3 paling popular dalam dunia
sesudah butang justin beiber

kali ini mari kita jadikan butang bersih
butang pertama yang paling popular dalam dunia!

silakan!

TERBARU:

badge sudah siap..sila layari alamat dibawah;

http://www.picbadges.com/bersih3-0/2276781/?login=1#

By komunis on TUKAR TIUB

JOHOR: ABDUL GHANI AKAN DICANTAS

Siapa bakal ganti Abdul Ghani di Johor?


BN Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.

Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Abdul Ghani (kiri) bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar Cina melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka Aidilfitri Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan dari pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan ayahandanya Alrmahum Sultan Iskandar Ismail pada Januari 2010. Almarhum dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Abdul Ghani.

Johor telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno. Tetapi bukan satu rahsia lagi, bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak merancang untuk meletakkan penyokong-penyokongnya di negeri itu bagi 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.

Akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon-calon yang berpotensi

untuk menggantikan Abdul Ghani.

Selain daripada Khaled Nordin, nama ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad dan ADUN Pasir Raja Adham Baba juga berada di senarai berkenaan.-Malaysiakini

Polis Diarah Bayar Lelaki Lumpuh RM900,000


KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28 jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

Katanya, semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan tetapi plaintif enggan berhenti
hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggung jawabnya begitu sahaja malah bertindak membawa plaintif ke hospital.

“Defendan pertama telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Berat mata memandang, berat lagi memikul tanggungjawab. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan,” katanya.

Bagaimana pada masa kejadian 23 Okt, 2004, defendan telah berkata plaintif telah memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terlibat pada hari itu”, katanya.

Pada 18 Okt 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh setelah ditembak di belakang, dan mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya.

Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri, selain cuba merampas pistol defendan.

Sepanjang prosiding Johari memanggil empat orang saksi manakala defendan seramai enam orang.

Peguam V. Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan Mariam Hasanah Othman mewakli defendan. -mns

Lelaki bertopeng buang 35 mayat


BOCA DEL RIO - Sekumpulan lelaki bertopeng bersenjata menghalang lalu lintas di sebatang jalan raya di bandar ini, pesisir Teluk Mexico semasa mereka membuang 35 mayat mangsa pembunuhan kejam sambil diperhatikan pengguna jalan raya lain, kata pihak berkuasa.

Peguam Negeri Veracruz, Reynaldo Escobar Perez berkata, semua mayat itu termasuk 12 wanita, dihimpun di atas dua buah trak dan bawah jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini.

Polis mengenal pasti identiti tujuh mangsa pembunuhan itu setakat ini dengan semua mereka memiliki rekod jenayah kerana membunuh, mengedar dadah, menculik dan memeras ugut serta memiliki kaitan dengan kumpulan jenayah terancang, kata Escobar.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama kumpulan penjenayah yang dianggotai mangsa-mangsa terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan beberapa saksi menyatakan, kumpulan lelaki bersenjata memakai seragam seperti tentera.

"Namun, mereka bukan anggota tentera atau polis. Mereka mengacukan senjata api ke arah orang ramai," kata seorang saksi kejadian.

Sejak tahun lalu, dua kumpulan kartel dadah utama Mexico, kartel Gulf dan Zetas saling berbunuhan untuk menguasai pengeluaran dadah di negeri itu.

IMF: Ekonomi global 'berbahaya'


WASHINGTON - Ekonomi global telah memasuki fasa baharu yang disifatkan sebagai berbahaya berikutan pemulihan yang terlalu lemah berbanding ramalan beberapa bulan lalu, kata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kebimbangan ekonomi negara-negara barat akan mengalami kemelesetan sehingga bakal memberikan kesan serius kepada seluruh dunia, menyebabkan IMF mengurangkan unjuran pertumbuhan bagi ekonomi global kepada 4.0 peratus bagi 2011 dan 2012.

''Ekonomi global dalam kedudukan bahaya, Pemulihan terlalu lembap dan risiko (kemelesetan) telah meningkat dengan ketara,'' kata Ketua Ekonomi IMF, Olivier Blanchard.

Menurut beliau, polisi-polisi lebih kukuh perlu bagi memulihkan unjuran dan mengurangkan risiko.

Ekonomi global yang menyaksikan peningkatan pada 2010 selepas Great Recession pada 2008-2009, diheret semula akibat masalah hutang dan defisit di negara-negara maju, khususnya Amerika Syarikat dan Zon Eropah.

Ekonomi negara-negara baru muncul yang pulih dipacu oleh China dan India tidak akan terlepas daripada kelembapan ekonomi, demikian menurut pemberi pinjaman yang berpusat di Washington.

''Banyak ekonomi baru muncul perlu melakukan perubahan lebih cepat bagi memperkukuhkan fundamental fiskal sebelum faktor-faktor kitaran atau limpahan (masalah) daripada ekonomi-ekonomi negara maju 'berjangkit' kepada mereka,'' katanya.

Ketidakpastian fiskal dan kewangan pada Ogos lalu, mengganggu pasaran kewangan apabila para pelabur melihat kebuntuan politik di Washington atas hutang Amerika Syarikat (AS) dan defisit-defisit dan pengembangan krisis hutang Greece dalam zon Eropah

''Pasaran menjadi lebih skeptikal mengenai kemampuan kebanyakan negara untuk menstabilkan hutang awam,'' ujar Blanchard.

AS, adalah ekonomi terbesar dunia yang kini terjejas teruk dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan 1.5 peratus pada tahun ini dan 1.8 peratus pada 2012.

Bagi kesemua 17 negara Zon Euro, KDNK dijangka berkembang perlahan kira-kira setengah mata kepada 1.1 peratus pada 2012.

Ekonomi Jepun pula yang susut 0.5 peratus tahun ini, dijangka akan naik semula 2.3 peratus pada 2012.

Bagi ekonomi-ekonomi membangun dan baru muncul, IMF berkata, kekangan kapasiti, kawalan polisi lebih ketat dan permintaan asing yang rendah akan mengakibatkan pertumbuhan perlahan pada kadar 6.1 peratus pada 2012.

China pula akan terus menjadi peneraju ekonomi dengan pengembangan 9.0 peratus pada tahun depan.

Pemansuhan ISA: Najib sebagai pemula tren atau penipu?


Apabila seorang Perdana Menteri memberi ucapan melalui televisyen dan membuat pengumuman berani, ini merupakan sebuah publisiti besar. Seperti yang dilakukan oleh John Kennedy melalui ucapan beliau untuk meletakkan manusia di bulan menjelang akhir tahun 1960-an telah disiarkan melalui televisyen Amerika. Seorang lagi presiden, mendiang Ronald Reagan, mempersonakan pengundi atas skrin dan kekal sebagai presiden yang popular hingga ke hari ini. Kredit diberikan kepada Reagan, kerana beliau merupakan seorang pelakon sebelum menjadi presiden dan tahu bagaimana untuk memainkan watak di televisyen.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ahli-ahli politik sering menggunakan skrin televisyen untuk menyampaikan mesej dan mengumumkan kenyataan yang berani. Malaysia juga tidak terkecuali. Media massa benar-benar berada di bawah telunjuk kerajaan dan rakyat Malaysia dihidangkan setiap hari dengan propaganda bahawa kerajaan semuanya baik dan pembangkang semuanya buruk. Media massa yang dikawal ini tidak akan berfikir dua kali untuk memaparkan sesuatu isu di segenap dimensi jika ia tidak memuaskan hati tuan-tuan politik mereka.

Di dalam dunia yang palsu yang inilah Datuk Seri Najib Tun Razak telah masuk. Dipandu oleh pasukan media yang diketuai oleh Omar Mustapha, Najib kini menjadikan Malaysia sebagai satu pentas publisiti yang tragik dan boleh memberi kesan yang lebih serius untuk imej negara daripada kes FBC Media dan APCO.

Tunjuk legasi

Semasa membuat pengumuman untuk menghapuskan ISA, Najib yang mungkin mahu menjadikan ia sebagai legasi beliau, telah memastikan ia menjadi sebuah urusan yang menunjuk-nunjuk. Satu pra-pengumuman juga dibuat oleh Rais Yatim. Terdapat juga perkara biasa seperti berita 'bocor' kepada media kerajaan yang memberi bayangan apa yang mungkin berlaku.

Namun, kebanyakan rakyat Malaysia percaya bahawa Najib berkata semua perkara yang betul demi kelihatan baik. Mengapa? Kerana, pada masa yang sama, beliau melakukan semua perkara yang salah. Kata-kata dan tindakan-Nya tidak begitu serasi. Tiba-tiba, tiap-tiap kenyataan yang dia buat banyak menyebut "rakyat adalah penting" dan rakyat Malaysia diminta untuk mempercayai pentadbiran beliau yang merupakan telinga dan degupan jantung negara, bahawa mereka faham cita-cita dan keinginan rakyat.

Tetapi mengapa hanya sekarang Najib dan pentadbiran beliau sedar tentang apa yang rakyat mahu? Ia seolah-olah melahirkan satu permainan tiru -meniru di kalangan ahli-ahli politik BN, dan tiba-tiba, mereka semua bergegas untuk memujuk rakyat dan bercakap mengenai apa yang rakyat mahu. Adakah ini bermakna bahawa sebelum pengumuman itu, Najib dan kongcu-kongcunya tidak tahu apa yang rakyat benar-benar mahu?

Ia semua kelihatan terlalu baik untuk menjadi realiti dan itulah yang menyedihkan di negara ini. Setiap tindakan Najib adalah hasil daripada skrip pihak perhubungan awam beliau dan media pula cuba untuk membuatkan dia kelihatan seperti seorang lelaki yang berjiwa rakyat. Ia adalah ciri-ciri politik barat yang menekankan bahawa negarawan sentiasa terhutang budi kepada rakyat dan inilah sentimen yang dimainkan untuk meraih populariti.

Tetapi dalam kes Najib, segalanya seperti tidak serasi. Nampak gayanya Najib dan para penasihat beliau harus belajar dengan cara yang sukar bahawa setiap kenyataan yang dibuat mestilah diikuti oleh tindakan. Hanya dengan bercakap sahaja Najib akan menjadi seorang yang membosankan!

Akta Patriot Amerika Syarikat

Dengan memansuhkan ISA, kita akan berhadapan dengan dua akta baru yang akan dibentangkan di Parlimen. Tidak ada jaminan kedua-dua akta baru itu tidak akan sekeras ISA. Demi untuk legasinya, Najib boleh menipu rakyat dan partinya sendiri dengan menukar yang jahat dengan kejahatan yang lebih besar. Jika ini benar, rakyatlah yang paling rugi.

Memang benar rakyat berkata, "Tidak kepada ISA" tapi rakyat juga tidak berkata "Ya kepada undang-undang baru yang lebih ketat". Kerajaan seolah-olah tersalah dengar rintihan rakyat.

Ada yang melaporkan bahawa undang-undang baru akan berupa seperti Akta Patriot Amerika Syarikat, yang dibuat untuk mencegah tindakan pengganas di Malaysia. Akta Patriot merupakan tindak balas kepada serangan pengganas 11 September, dan ia telah secara mendadak mengurangkan sekatan ke atas keupayaan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk akses telefon, komunikasi e-mel, rekod perubatan, kewangan, dan lain-lain.

Ia juga mengurangkan sekatan pada kumpulan perisikan asing di dalam Amerika Syarikat, memperluaskan kuasa Setiausaha Perbendaharaan untuk mengawal selia urus niaga kewangan, terutamanya yang melibatkan individu asing dan entiti Perbendaharaan, dan meluaskan budi bicara penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa imigresen untuk menahan dan mengusir pendatang yang disyaki terlibat dengan perbuatan yang berkaitan dengan keganasan. Akta Patriot juga memperluaskan definisi keganasan termasuk keganasan domestik, dengan itu membesarkan bilangan aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan oleh pihak penguatkuasaan undang-undang . Pada 26 Mei 2011, Presiden Barack Obama telah menandatangani lanjutan empat tahun tiga peruntukan-peruntukan penting dalam Akta Patriot: 'wiretaps' tanpa batasan, carian rekod perniagaan ("rekod peruntukan perpustakaan"), dan menjalankan pengawasan "lone wolf" - individu yang disyaki pengganas yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Mahathir memberi amaran terhadap penggunaan acuan undang-undang AS

Tetapi kelihatan seperti Najib akan terpaksa menarik balik kata-kata beliau tentng perbalahan mengenai undang-undang baru yang dijangka berdasarkan Akta Patriot Amerika Syarikat. Hanya beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, seorang tokoh yang masih kuat dalam Umno meluahkan kesangsian terhadap idea mengikut akta Amerika Syarikat itu.

Walaupun menyokong rancangan memansuhkan ISA, Mahathir juga berkata bahawa ISA tidaklah begitu kejam. Bekas Perdana Menteri itu, yang menggunakan ISA untuk memenjarakan saingan politik beliau semasa berkuasa, menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak mengagungkan Amerika Syarikat atau United Kingdom.

"Selepas pemansuhan akta, kita boleh memulakan kempen mendapatkan kebebasan mereka yang ditahan tanpa bicara, sebagai contoh di pusat tahanan Teluk Guantanamo. Sebelum ini, mereka mengkritik Malaysia kononnya kejam kerana menahan orang tanpa perbicaraan, tetapi mereka pula yang melakukannya sekarang. "

Wira serantau atau pembohong dan penipu?

Nampaknya undang-undang baru akan dicipta mengikut acuan kita. Dan jika betul jangkaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengganti ISA seperti yang disampaikan Najib dalam mesyuarat peribadi dengan kongcu-kongcu Umno; undang-undang baru itu akan 'sekeras" ISA itu sendiri.

Lagipun sudah ada langkah oleh pihak pasukan Najib untuk mendapatkan 'pujian serantau' kerana menghapuskan undang-undang itu.Kepada mereka, Najib adalah pemula tren yang boleh mewujudkan 'kesan domino' yang mungkin memaksa Singapura dan Indonesia ke arah yang sama.

Mungkin tepat pada masanya untuk jiran-jiran kita mengambil contoh dari Malaysia, tetapi mereka mesti memastikan bahawa mereka tidak terikut rancangan Najib yang meragukan, memansuhkan ISA dan menggantinya dengan undang-undang yang memberikan kuasa budi bicara yang lebih besar kepada kerajaan!

Jika mereka berbuat demikian, ia akan mendedahkan Malaysia kepada kebencian yang lebih besar di peringkat dunia sebagai pengeksport pembohongan dan penipuan politik.

Najib nampaknya tidak mengambil pengajaran walaupun tertangkap membayar berjuta-juta ringgit kepada FBC Media untuk membuat laporan yang memuliakan dirinya kepada penyiar antarabangsa seperti CNN, CNBC dan BBC.

Tetapi jika dia tidak berhati-hati, menjadi pengeksport pembohongan dan penipuan mungkin menjadi satu-satunya legasi beliau.

- Malaysia Chronicle

21 September 2011

Mohamad Sabu didakwa, bebas dengan jaminan RM15,000

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Sebelum itu, peguam pemimpin PAS itu, Mohamed Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap dakwaan ini dan menyifatkan ianya sebagai penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berdasarkan kenyataan yang mengguriskan hati, kenyataan beberapa profesor yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah juga wajar diambil tindakan

Burhanuddin Presiden Afghan 1992 -1996 TERBUNUH

Bom dalam serban Taliban bunuh bekas presiden Afghan Burhanuddin


KABUL, 21 Sept — Bekas Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani (gambar), yang dilantik mengetuai rundingan damai dengan Taliban tahun lalu, maut dalam serangan berani mati yang dilancarkan ke atas rumahnya di Kabul semalam.

Taliban dalam kenyataannya berkata mereka telah menang dalam usaha membunuh pemimpin itu dan mencetuskan kebimbangan baru mengenai kestabilan negara itu.

Laporan Reuters memetik penganalisis berkata perkembangan itu satu lagi tamparan kepada usaha damai yang hendak dibawa di negara itu, yang dibebaskan daripada penguasaan Taliban kira-kira satu dekad lalu selepas peristiwa 11 September 2001.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata pihaknya bertanggungjawab atas kejadian itu dan pembunuh telah pergi ke rumah Burhanuddin untuk mengadakan perbincangan.

“Sebaik sahaja Burhanuddin datang dengan tiga langkah untuk memeluk Mohammad Masoom, dia meletupkan bom lalu membunuh Burhanuddin, seorang lagi militan Taliban Wahid Yar dan empat pengawal keselamatan yang berada di dalam rumah,” katanya kepada Reuters.

Ketua polis Kabul dalam satu kenyataan berkata, bahan letupan diletakkan dalam serban pengebom berani mati itu.

Burhanuddin menjadi presiden dari 1992 sehingga 1996 dan dilantik menjadi ketua Majlis Perdamaian Tertinggi oleh Presiden Hamid Karzai tahun lalu.-TMI

Mat Sabu dihadapkan ke Mahkamah Butterworth pagi ini


GEORGE TOWN 20 Sept. - Polis Pulau Pinang hari ini menahan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong, sebelum dibebaskan malam ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

"Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di pekarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam.

Ayub berkata terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu.

Mengulas lanjut, Ayub berkata pemimpin Pas itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth esok bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Ayub berkata pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Antara lain, Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya. - Bernama

BERITA KAITAN: PR GESA NAJIB GUGUR DAKWAAN

Polis tahan Mat Sabu, Pakatan gesa Najib gugur dakwaan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok.

Petang tadi, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) ditahan untuk diambil keterangan di ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub dipetik berkata, Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada pukul 7.30 petang tadi.

Mohamad dilaporkan tiba di ibu pejabat kontinjen pada 8.30 malam dan meninggalkan premis itu setengah jam kemudian.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang diperkatakan oleh Mohamad mengenai isu tersebut cuma satu pandangan sebagai pemimpin politik.

“Jika pentadbiran Najib merasakan ini satu kesalahan, maka saya fikir kerajaan kena mengambil tindakan ke atas beberapa pihak lain yang turut memberi pandangan, yang dikatakan mengguris perasaan banyak pihak.

“Ini termasuklah Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Zainal Kling dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan negara ini tidak dijajah, ia menafikan peranan pejuang-pejuang negara,” kata beliau merujuk kepada pandangan dibuat mereka sama ada negara ini tidak dijajah atau sebaliknya.

“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Terdahulu Mohamad dipetik Bernama Online berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan telah dimaklumkan oleh peguamnya Mohamad Hanipa Maidin petang tadi.

“Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagi tahu saya akan didakwa esok.

“Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan hadir,” katanya.

Ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 1950.

Selain itu, Mohamad juga dilaporkan turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Mohamad akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR N Surendran menggesa pentadbiran Najib dan Peguam Negara menggugurkan tuduhan ke atas Mohamad.

Katanya, tindakan itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan prosedural pendakwaan serta melanggar hak asasi kebebasan bersuara.

“Kami menggesa kerajaan dan Peguam Negara tidak meneruskan tuduhan ke atas Mohamad dan untuk menunaikan pendirian Perdana Menteri mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik,” katanya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi mengesahkan Mohamad menemui polis untuk mengambil waran tahanan untuk hadir di mahkamah.

“Beliau tidak ditahan, cuma hadir di IPK Pulau Pinang untuk mendapatkan waran sebab esok beliau, dimaklumkan kena hadir di mahkamah,” kata Tuan Ibrahim.

“Mohamad tidak ditahan, ia prosedur biasa sebelum dihadapkan di mahkamah,” kata Salahuddin.

- Cuba kita tengok semula ucapan video Mat Sabu di Tasek Glugor di bawah, Mat Sabu tak pernah kata pun kita sokong komunis tetapi itulah umporno spin citer kononnya kita sokong komunis.

Itulah wajah umporno sejak dulu kini dan selamanya...spin citer nombor satu....memang umporno nak jadikan negara darurat supaya mereka terus kekal berkuasa...ini semua hanya untuk modal politik murahan umporno untuk PRU 13 bulan sebelas....ayuh tumbangkan umnporno b-end dalam PRU 13...

SPR,JPN PENGKIANAT SEBENAR

170,818 pengundi guna kod negara misteri

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10).

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

"Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.

"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.

Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:

1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? -HD

BERITA BERKAITAN :

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula. -mk

20 September 2011

PROTES KENAIKAN TIKET FERI OLEH PENDUDUK LANGKAWI


Kuah, 20 september -Satu himpunan protes oleh Suara penduduk Langkawi telah berlansung pada 9.20pagi di Kawasan Jeti, tujuan protes tersebut kerana penarikan balik keistimewaan harga tiket feri untuk penduduk Langkawi pada hari cuti umum,sekolah dan cuti hujung minggu.

Protes tersebut berjalan dengan lancar dihadiri kira-kira 200 orang terdiri dari penduduk Langkawi,NGO, Parti politik PKR,PAS dan BN yang bergabung bersama demi penduduk-penduduk Langkawi. Kemudian ketua-ketua parti telah meyerahkan MEMORANDUM BANTAHAN tersebut kepada wakil Konsortium Ferry Servis. Difahamkan protes tersebut dianjurkan oleh NGO Suara Penduduk Langkawi.

Selamat berjaya usaha-usaha anda.

lapuran oleh : Yang Berkhidmat (YB)

MEMORANDOM -klik gambar untuk lebih jelas

KERAJAAN NEGERI KEDAH BELI MERC S CLASS KCX 8, BUKAN MB

MB Kedah Jawab Isu Beli Kereta KCX 8


Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. -SH

DATUK AZIZAN WAJAR LETAK JAWATAN

BAKAL CALON PARLIMEN SG.PETANI TERLIBAT SKANDAL ' INSIDER TRADING' SAHAM DI BSKL
Dalam artikel yang lalu blog ini ada membawa cerita diatas dan dibawah kita lihat komen dari Datuk Salleh Majid.

Azizan disaran lepas kedudukan bagi elak konflik - Salleh Majid


KUALA LUMPUR - Ahli korporat, Datuk Azizan Abd. Rahman perlu melepaskan kedudukannya dalam semua syarikat senaraian awam bagi mengelakkan timbulnya konflik kepentingan.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid berkata, tindakan itu wajar dilakukan oleh Azizan sebagai menghormati etika memandangkan isterinya, Tan Sri Zarinah Anwar adalah Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menurut beliau, Azizan sepatutnya sudah mengetahui perkara itu lebih awal, walaupun mungkin tidak ada peruntukan dan peraturan tertentu untuk menyekat pembabitan beliau dalam korporat.

''Pandangan ini adalah dari segi etika. Zarinah adalah Pengerusi SC, satu jawatan penting dalam badan pengawas selia kewangan yang penting.

''Pelantikan Azizan dalam mana-mana syarikat korporat pasti menimbulkan konflik,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, perkara itu perlu diberi perhatian utama untuk mengelakkan peranan SC sebagai satu badan pengawas selia utama negara terjejas.

Beliau berkata, ini kerana dalam institusi perbankan, Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memastikan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam bank-bank tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Lembaga Pengarah untuk memastikan operasi telus dan mematuhi standard tadbir urus korporat yang tinggi.

''Perkara ini adalah penting dan serius dan ia perlu dikawal secara ketat,'' jelasnya.

Azizan menjadi tumpuan berikutan transaksi pembelian saham Eastern & Oriental Bhd. (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby), baru-baru ini.

Sime Darby telah mengambil alih kepentingan sebanyak 30 peratus dalam E&O pada harga RM2.30 sesaham atau RM766 juta.

Penguasaan itu menjadikan Sime Darby sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah yang memiliki Hotel E&O di Pulau Pinang.

Isu membabitkan Azizan timbul selepas beliau yang juga Pengerusi E&O didakwa telah membeli kira-kira 450,000 saham syarikat daripada pasaran terbuka membabitkan lima transaksi berasingan sejak April dan Ogos tahun ini.

Tiga daripada transaksi dibuat antara Julai dan Ogos dan transaksi terakhir membabitkan pembelian 100,000 saham pada 12 Ogos lalu.

Ekoran isu itu, SC telah menjelaskan bahawa pihaknya sedang menilai situasi semasa berkaitan pembelian 30 peratus kepentingan E&O kepada Sime Darby.

SC berkata, langkah itu diambil berikutan terdapat banyak pertanyaan berhubung keputusan pembelian berkenaan.

Kajian itu diketuai oleh ahli Suruhanjaya paling kanan iaitu Datuk Francis Tan dan Datuk Gumuri Hussain tanpa campur tangan dari Pengerusi SC.

19 September 2011

TG Nik Aziz harap kaum India kekal bersama PR

Nik Aziz harap kaum India kekal bersama Pakatan

KOTA BHARU, 18 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian sebagai respons kepada surat permohonan Makkal Sakti untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.

Pemangku Presiden Makkal Sakti, A Vathemurthy, menyerahkan surat permohonan itu kepada beliau di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim di sini, pagi tadi.

“Semoga sokongan kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang, insya Allah,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyampaikan sijil kepada wakil pelajar cemerlang sempena Majlis Sambutan 100 tahun Peranakan India Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), semalam. -HD

BERITA BERKAITAN
Makkal Sakhti Terbelah Dua?

Makkal Sakti: Vathemurthy serah surat mahu sertai Pakatan, Muhyiddin pula rasmi AGM


KUALA LUMPUR, 18 Sept — A. Vathemurthy, pemangku presiden salah satu kumpulan yang bersaing mahu menguasai Parti Makkal Sakti, hari ini menyerahkan permohonan mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Permohonan dikemukakan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru pagi ini.

“Vathemurthy, pemangku presiden Makkal Sakti menyerahkan surat permohonan kepada YAB Tuan Guru mewakili ahli-ahli partinya untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.

“Pertemuan berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebentar tadi,” kata Nik Aziz menerusi laman sosial Facebook tengah hari ini.

Di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula merasmikan konvensyen Makkal Sakti yang diketuai oleh presiden pertamanya Datuk RS Thanenthiran.

Konvensyen itu berlangsung di PWTC.

Ia bukan komponen Barisan Nasional (BN) tetapi satu lagi kumpulan saingan telah melahirkan hasrat mahu menyertai perikatan tersebut.

Parti itu yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin Hindraf, yang telah diharamkan, dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober 2009.

Bagaimanapun hanya dua bulan selepas pelancarannya ia berhadapan dengan krisis dengan masing-masing Thanenthiran dan Vathemurthy bersaing menguasai kepimpinan parti.

Ketika itu Vathemurthy merupakan timbalannya dan membawa undi tidak percaya ke atas Thanenthiran yang didakwa menguruskan parti sebagai diktator. -TMI

ISU HASSAN ALI DAN ANWAR MENYEJUKAN ISU SPR, MAT INDERA

Santai

Oleh: MSK


Hari ni dah cukup tiga minggu laporan polis yang dibuat oleh Bekas Pengetua Sekolah, Zainal Ratin Zainal Abidin berkenaan dengan senarai nama pengundi Melayu yang bukan beragama Islam yang aku publish dalam Malaysiatimes.

Dalam kenyataanya kepada pemberita, dia mahukan pihak berkuasa menyiasat secara terperinci bagaimana namanya boleh ada dalam senarai terebut dan akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa dua minggu selepas tarikh laporan polis itu dibuat.


Zainal Ratin juga menganggap penyiaran namanya dalam laman blog sebagai seorang Melayu yang bukan beragama Islam menjatuhkan maruahnya.
Aku cukup setuju dengan laporan polis yang dibuat oleh Zainal Ratin. Malah aku cukup bersetuju kalau pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut. Tapi bila aku baca kenyataan yang dibuat oleh OCPD Brickfields, ACP Wan Bari Wan Abdul Khalid untuk menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa agama, aku dah agak benda ni tak akan kemana-mana.
Paling tinggi tindakan yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa ialah dengan pergi ke SPR dan minta SPR perbetulkan kesilapan mereka. Lepas tu tutup buku.
Ini bukan kes Zainal Ratin saja…banyak lagi kes yang melibatkan SPR dan JPN, diam begitu saja. Pas dah dedahkan berpuluh nama pengundi yang samar identiti, tapi setiap nama yang didedahkan, esoknya hilang dari pengkalan data SPR.
Walaumacam mana pun, aku ucap terima kasih kepada Zainal Ratin yang menolong mempopularkan blog aku. Aku anggap itu sebagai duit raya.

Sekarang, isu SPR dah sejuk. Yang tengah hot isu ISA, isu video Anwar dan isu Hasan Ali. Tengah sedap kita dok serang SPR dan JPN, isu lain pulak buat kacau dan ini membuatkan Pakatan menjadi defensive kembali.

Hello Pakatan…tolong la. Sejak sebelum Raya kita dok attack Umno dengan isu SPR dan Mat Indera yang menyebabkan Umno menjadi defensive…setiap kali itu la Anwar dan Hasan Ali menjadi penyelamat Umno. Seolah-olah Anwar dan Hasan Ali ini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan.

Di Sarawak, empat pemimpin PKR meletak jawatan dan keluar parti. Yang tu aku tak kisah, sebab orang keluar PKR ni dah biasa, tapi bila ianya dibuat secara serentak, kesannya tinggi. Lepas ini, politik Sarawak sudah pasti kembali hangat terutama apabila salah seorang yang keluar parti itu juga merupakan Penyelaras United Borneo Front yang di usahakan oleh Jeffrey Kitingan.
Bagaimana pakatan menanganai rebel-rebel ini menarik untuk diperhatikan untuk mengetahui sejauh mana kekuatan Pakatan untuk merampas Putrajaya.

Di Johor, PKR dan DAP terus bertelagah tentang kerusi sehingga sampai keperingkat yang agak serius.

Parti KITA juga macam nak hancur apabila orang-orang kuatnya disingkir dari parti.

Umno tak payah cakap…krisis dalaman semakin genting. Kalau Muhyididn pun merasakan terkejut dengan pengumuman Najib untuk menghapuskan ISA, bermakna Muhyiddin sendiri sudah terkeluar dari kumpulan pembuat keputusan dalam Umno.

Di Pulau Pinang, Umno terpaksa melutut meminta maaf daripada Gerakan.
So…menarik scenario politik untuk diikuti dalam masa sebulan dua akan datang.
Aku diatas jalan lagi…merayau mencari rezeki. Tak ada masa untuk melihat isu-isu ini secara serius.

Ciao

LETUPAN BOM DI GOLOK, SENDIKIT DADAH DISYAKI

Sendikit dadah terlibat dalam kes bom
Pemisah RKK dipersalahkan kerana letupan Narathiwat

Rangkaian pemisah yang dikaitkan dengan sindiket dadah utama di belakang tiga letupan Jumaat di Sungai Kolok Narathiwat, kata negara bertindak Ketua Polis Priewpan Damapong

Polis sedang bersiap-sedia untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap dua suspek yang dipercayai terlibat dalam letupan, kata Pol Gen Priewpan. Pasangan ahli-ahli pergerakan pemisah Runda Kumpulan Kecil (RKK), dengan rangkaian penyeludupan dadah utama di daerah itu.

Beliau berkata demikian semasa dalam perjalanan ke Sungai Kolok semalam untuk menyiasat kawasan letupan.Mengiringi beliau ialah Timbalan kebangsaan Ketua Polis Adul Saengsingkeow dan timbalan setiausaha tetap untuk keadilan Pol Col Thawee Sodsong.

Narathiwat Ketua Polis Pol Maj Gen Chaithat Inthanujit melaporkan kemajuan dalam siasatan Pol Gen Priewpan. Rakaman video daripada kamera litar tertutup berdekatan dengan tiga tapak serangan menangkap imej dua daripada lapan pengebom.

Kedua-dua orang telah dikenal pasti sebagai ahli kumpulan pemisah RKK itu yang aktif di Sungai Padi daerah.Polis berpakaian preman yang memantau pergerakan mereka.Pol Gen Priewpan telah meminta polis, askar dan pegawai-pegawai untuk meningkatkan keselamatan dan jelas membahagikan zon tanggungjawab mereka.

Mangsa letupan yang telah meninggal dunia akibat kecederaan itu, dengan mengambil angka kematian kepada lima. Chan Daweng, 53, seorang warga Malaysia, telah diisytiharkan mati pada malam Sabtu di Hospital Yala.

Seorang warganegara Thailand dan tiga pelancong Malaysia sebelum ini terbunuh dalam letupan, yang menyebabkan skor kecederaan.

Kementerian Luar Malaysia menasihatkan rakyat untuk menjauhkan diri dari selatan mendalam Thailand sehingga keadaan bertambah baik.

Sumber tentera berkata ketiga-tiga letupan bersepadu di kawasan perniagaan dan hiburan Sungai Kolok boleh diambil untuk perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin Islam yang melawat Arab Saudi Makkah untuk mengerjakan haji tahun ini.

Letupan boleh menarik perhatian Pertubuhan Persidangan Islam, yang mungkin untuk menyiasat sama ada serangan yang disebabkan oleh pemberontak Islam yang mahu berjuang untuk autonomi.

Lebih tujuh tahun yang lalu, pergolakan selatan telah mengorbankan kira-kira 5,000 nyawa, terutamanya pekerja-pekerja keselamatan.Dalam tempoh 3-4 tahun yang lalu, orang-orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengedaran dadah, minyak dan diberkati penyeludupan seludup telah terlibat dalam serangan-serangan tersebut, kata sumber itu.

Pol Gen Adul, caj stamping keganasan pemberontak di Selatan, dan Keempat Wilayah Tentera komander Lt Jen Udomchai Thammasarorat, berkata pegawai-pegawai keselamatan menemui bukti yang menunjukkan bahawa penyeludup minyak telah membiayai pemberontakan dan serangan di rantau ini.
Mereka telah membuat sambungan antara rangkaian pengedaran dadah dan gerakan pemberontakan, Pol Gen Adul berkata.

Tindakan keras ke atas sendikit dadah telah mencetuskan keganasan di Selatan , termasuk letupan bom hari Jumaat di Sungai Kolok.Pasukan penindasan dadah menyerbu 12 lokasi yang disyaki di Sungai Kolok pada Selasa dan Rabu.Mereka menahan tiga suspek dadah di sebuah rumah di daerah itu.

Sebanyak 14.072 heroin pil methamphetamine, dan 100,000 baht tunai dirampas.Walaupun pasukan yang lain adalah mencari rumah yang lain, penyerang menembak di pasukan itu sebelum melarikan diri.Pegawai menjumpai heroin, alat-alat yang digunakan untuk mengambil dadah dan senjata di dalam rumah.

Gambar ahli pemberontak, termasuk Samarn Arwae, yang ditemui di dalam rumah daripada tiga suspek dadah.Ketiga-tiga didakwa mengaku mereka ahli-ahli geng pengedaran dadah. Mereka juga dikaitkan Encik Samarn dalam rangkaian dadah, kata sumber keselamatan

sumber: Bangkok post

PELABURAN BESAR THAILAND, PEMBANGUNAN TENAGA HIJAU

Loxley -pelaburan besar tenaga Hijau

Loxley Plc, salah satu konglomerat perdagangan terbesar di Thailand, membelanjakan kira-kira 4 bilion baht pada pelan tenaga boleh diperbaharui lima tahun yang berakhir pada tahun 2014.

Loxley Mula menumpukan pada tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2010, menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk meningkatkan Pendapatan daripada Perniagaan Hijau 20% 1 baht kira-kira 30 bilion pada 2016, daripada bersukacita 0% 10 bilion yang dijangkakan tahun ini.

"Sektor baru ini akan menjadi Perniagaan yang menelan belanja yang datang dengan Pertumbuhan yang mampan di Thailand kerana sokongan penuh daripada kerajaan," kata Loxley presiden Dhongchai Lamsam.

Pelan Panggilan untuk 2 bilion baht yang diperuntukkan bagi pembangunan tenaga solar. Kemudahan 8,67 megawatt di lokasi 215 rai di Prachin Buri daerah sedang dibina pada kos 1 bilion baht, dengan operasi yang dijadualkan bermula pada bulan November.

Usaha kuasa solar diuruskan oleh L Solar, yang diasaskan pada tahun lepas dengan modal berdaftar 220 juta baht.

Loxley memegang 45% kepentingan dalam L Solar. Asset Management MFC memegang 24.9% melalui dana tenaga, dan pelabur swasta yang merupakan seorang Ketua Eksekutif yang Loxley memegang 14%. Leonics, Pembekal terkemuka Thai Sel solar, memiliki Baki 16.1%.

Menurut Encik Dhongchai, Loxley cari usaha baru solar-Ladang dan bersedia untuk memohon Lesen baru , Kementerian Tenaga akan membuka pusingan pembida.

Usaha baru dianggarkan sebanyak satu bilion baht, dengan Butir-Butir Struktur pegangan saham yang belum dipertimbangkan.

"Kami memilih Rakan kongsi yang sesuai dalam projek ini, mereka boleh kedua-dua Tempatan dan asing," kata Encik Dhongchai, yang Menambah bahawa Syarikat itu telah didatangi oleh beberapa pelabur untuk pembangunan projek turbin angin.

Loxley juga Merancang untuk melabur sebanyak satu bilion baht dalam membangunkan biofuel dari alga. Satu memorandum persefahaman bagi projek itu telah ditandatangani pada bulan Mac dengan Bangchak Petroleum Plc dan pengeluar tenaga swasta yang terbesar di Thailand, Ratchaburi elektrik Menjana Holding Plc.

Ladang alga perladangan akan dibina tahun depan dan Belanja komersial boleh datang dalam Talian pada tahun 2013 dengan kira-kira 30.000 liter SEHARI.

Satu lagi baht satu bilion akan Scram untuk Belanja biogas dari sisa masyarakat. Syarikat itu sedang bercakap dengan Gas Compo Switzerland berasaskan mengenai perkongsian Strategik. KeputusanKu akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Loxley juga sedang membangunkan konkrit ringan, bahan binaan yang pembuatan Menghasilkan gas rumah Hijau yang kurang daripada konkrit tradisional. Projek ini adalah di bawah Penyelidikan dan pembangunan dengan CSIRO Australia milik negara.

Menurut Encik Dhongchai, Loxley adalah menguji bahan-bahan bangunan kimia untuk pembangunan jalan raya yang akan menggantikan tanah laterit yang digunakan dalam pengasuhan jalan. Bahan-bahan baru akan bebas habuk dan lebih tahan lama daripada batu tradisional. Peperiksaan oleh Institut Teknologi Asia adalah di Peringkat akhir.

"Produk baru ini akan dipasarkan oleh Loxley, dengan teknologi yang dimiliki oleh anak syarikatnya, Teknologi L-Tag, dan Belanja yang akan dikendalikan oleh Siam Chemicals Plc," kata Encik Dhongchai.

Loxley juga Merancang untuk aktif dalam taman-taman Tegak. Syarikat itu baru-baru ini telah diupah oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok untuk membangunkan taman-taman yang tegak di atas jalan di rantau Perniagaan.

Atlantis adalah teknologi Syarikat untuk sistem Pengurusan udara di rantau-rantau taman. Projek ini bermula di Australia dan berkembang pesat, terutamanya untuk kegunaan dalam bangunan tinggi.

ISA: NAJIB SERBA SALAH

ISA: Umno label Najib tunduk desakan minoriti?

Walaupun empat hari sudah berlalu, persoalan-persoalan yang terus diketengahkan kebanyakan pihak - mengapa Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif, yang disifatkan pemimpin BN sebagai berani - mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dua tahun lalu dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri beliau meminta agar undang-undang itu dikaji semula.

Sejak itu, kebanyakan pendirian pengikut beliau khususnya pemimpin-pemimpin ialah agar undang-undang pencegahan itu dikekalkan. Ini dicerminkan menerusi satu perhimpunan menentang Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada Ogos 2009 — situasi yang sama disaksikan ketika Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai apabila kumpulan Patriot pimpinan Pemuda Umno dan Perkasa menentang gabungan yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

Dalam satu komen yang dikongsi oleh seorang penganalisis komunikasi politik berkata, “mengenai cadangan Najib mahu memansuhkan ISA, kumpulan masyarakat pertengahan dan bandar mengalu-alukan.”

“Mereka ini (kebanyakan) penyokong Pakatan. Dengan itu mereka akan dineutralkan atau akan menyokong pemansuhan ISA oleh BN. Umno tidak begitu gembira dengan langkah ini,” katanya.

Bagaimanapun pakar yang berpengalaman mengiktui perjalanan pilihan raya sejak empat perdana menteri yang lalu juga berkongsi pengalaman bahawa kumpulan pertengahan yang berpendidikan yang mengalu-alukan usaha ini tidak seharusnya akan dineutralkan.

“Mengambil kira latar belakang mereka ini golongan berpendidikan, mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Jika pemansuhan dilakukan dengan segera dan tahanan dibebaskan, mereka kemungkinan akan menyokong Najib. Tetapi jika proses itu lambat dan dilewatkan, mereka akan kehilangan sokongan sekali lagi,” katanya sambil mengemukakan persoalan siapa yang menasihat Najib dalam ini.

“Adakah ia juga idea kumpulan penasihat yang dikaitkan dengan APCO,” kata beliau yang hairan dengan keputusan ini seolah-olah tergesa-gesa selepas Perhimpunan Bersih 2.0 dan beberapa minggu selepas pengumuman kajian Merdeka Center menunjukkan populariti Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno merudum teruk sejak Mei 2010.

Bagaimana pula dengan sentimen orang Umno secara langsung. Blog-blog pro-Umno yang seringkali mencerminkan pendirian parti teras BN ini mempunyai pandangan sendiri yang berbelah bahagi, meskipun kebanyakan melahirkan pendirian negatif. Beberapa blog pro-Umno melahirkan pandangan tidak memihak kepada langkah diumumkan oleh kepimpinan Najib.

Misalnya blog gerakan-anti-pkr menyoal sama ada tindakan kerajaan menghapuskan ISA dan tiga undang-undang lain berlandaskan kepada fakta atau strategi politik meraih populariti undi.

“Lepas aku menilai hujahan dan cadangan pembentangan fakta jelas kelihatan tindakan yang dilakukan semalam (Khamis) tampak lebih cenderung menari dalam mencari populariti undi,” kata tulisan pada blog itu.

Malah katanya, selama 12 kali pilihan raya umum, dan yang terbaru pada Mac 2008 dasar kerajaan BN yang meneruskan undang-undang ISA sebenarnya telah dipersetujui oleh majoriti rakyat - sebut pengundi BN.

“Jika benarlah ISA dan tiga undang-undang itu dilihat zalim, aku berkeyakinan pensil yang digunakan oleh pengundi untuk menolak kekejaman ISA dan tiga undang-undang lain sudah lama berlaku.

“Jika ISA dan tiga itu zalim, BN sebenarnya boleh terlungkup awal terutamanya pada Ops Lalang 1987,” katanya sambil menambah, “Najib kata dia mendahulukan rakyat.

“Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, rakyat yang bagaimana yang wajar didahulukan oleh sebuah kerajaan yang mempunyi majoriti undi rakyat,” katanya.

Malah ia menulis, jelas pada pilihan raya umum 2008, rakyat tetap memilih BN walaupun pada saat itu dikandung badan BN masih aktif melaksanakan undang-undang ISA dan tiga yang lain.

“Kerajaan pada masa ini dilihat lebih fokus pada gegak gempur minoriti penyangak dalam Malaysia. ISA zalim, itu dan ini, mereka menyalak pada laman-laman web, yang semestinya anti pada kerajaan.

“Sayang kehendak minoriti lebih menjadi intipati rakyat didahulukan,” katanya lagi yang menulis bahawa “elok benar rasanya KDN dibubarkan sejajar dengan penghapusan ISA.

“Tindakan semalam adalah mencari populariti undi sahaja, tak lebih dari itu. Kasihan majoriti rakyat yang sokong BN kerana pengimplementasian ISA,” kata tulisan itu lagi.

Dalam pada itu Datuk A Kadir Jasin menulis “kesimpulannya, adakah ini “ranting zaiton” Mohd Najib kepada pemilih muda dan liberal atau sekadar penerusan liberalisasi pseudo Abdullah Ahmad Badawi yang secara langsung menyumbang kepada penghakisan sokongan terhadap BN pada PRU lalu?”

Tulisan beliau merujuk kepada bekas perdana menteri. Oleh itu sama ada ahli-ahli Umno menyokong usaha ini, ramai ingin melihat reaksi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di mana Ops Lalang 1987 yang popular dilaksanakan.

Blog menggunakan kerisputera dalam entri bertajuk “Menteri Paling Gembira Bila ISA dimansuhkan” menulis, “bersediakah Malaysia Tanpa ISA?”

Sambil menyifatkan Menteri Dalam Negeri terlalu lemah, kata entri blog itu, “bayangkan apa terjadi mulai pagi nanti bila ISA dah takde, apakah (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hisham (Hishamuddin Hussein) makin berani?”

Hishammuddin juga salah seorang naib presiden Umno.

Pun begitu, blog ruangbicarafaisal.blogspot.com berkata, “sejak malam tadi (Khamis lalu) ramai penyokong kerajaan yang resah gelisah dengan pengumuman penghapusan ISA. Bermacam-macam reaksi yang diterima. Ada yang sedih, ada yang marah dan bermacam-macam reaksi lagi yang diterima.”

“Rileks.... bawa bertenang. Pepatah ada menyebut, untuk maju 10 langkah ke depan perlu undur selangkah ke belakang. Pegang saja kata pepatah tersebut dan Insy-Allah emosi anda akan terkawal.”

“Kenapa ISA akan dimansuhkan?” soal blog itu sambil memberikan jawapan bahawa ia terpaksa dimansuhkan setelah kajian yang dilakukan didapati ia sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman. Akta yang sedia ada diwujudkan pada 1960. Contoh, mana mungkin polis masih boleh guna senjata Brengun lagi di zaman sekarang di saat penjenayah menggunakan pelbagai jenis senjata canggih. Maka sudah tentulah Brengun perlu digantikan dengan Mesingun, Sniper atau senjata-senjata lain yang lebih canggih.

“Masih sesuaikah kereta peronda polis jenis Alfa Romeo pada 1970 dan 1980-an digunakan di zaman sekarang di saat penjenayah, penjahat atau mereka yang melakukan kesalahan jalan raya menggunakan kereta-kereta yang jauh lebih hebat?” katanya.

Ia menambah, tidak timbul soal Najib tunduk kepada pembangkang atau sebagainya.

“Tak perlulah kita hendak merasa resah gelisah atau gundah gelana dengan penghapusan akta ISA 1960, kerana kehilangannya pasti akan berganti dengan yang lebih baik dan sesuai dengan peredaran zaman,” katanya.

Tulisan laman web Selangor Daily berkata diharapkan pihak kerajaan dapat menggubal rang undang-undang yang lebih komprehensif dan efektif dalam memastikan isu keselamatan negara tetap di puncak matlamatnya.

“Dan pelaksanaan akta tersebut haruslah secara konsisten dan penuh ketegasan. Tidak salah untuk terus menghargai sejarah, kerana sejarah tidak pernah menipu.

“Namun ambillah teladan dari sejarah, kerana ISA diwujudkan atas keperluan pada waktu itu, dan keperluan itu tidak sama dengan waktu sekarang,” katanya.

Ia menambah, persoalannya sejauh mana rakyat Malaysia akan menggunakan kebebasan yang diberi tanpa menyalahgunakan atau memanipulasinya sedang sensitiviti terhadap isu-isu kenegaraan dan melibatkan pengorbanan.

“Belum sampai 24 jam, (Adun) Manoharan sudah mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar... di mana penghormatan terhadap negara yang katanya mereka cintai? Kejamkah kita seandainya mengenakan ISA kepada dia kerana “menghina” Panji Kebangsaan, yang sebenarnya “initiate” untuk menghasut?” katanya.

Blog parpukari, “isu ISA ni membuatkan aku terfikir sepanjang malam, apa sebenarnya yang PM nak buktikan. Aku tak dapat nak bagi jawapan, secara peribadi aku tak setuju ISA dimansuhkan, tapi melihat kepada keadaan sekarang ni, ada ke takde ke sama je.”

Ia juga membawa mesej “memerhati dari luar, saya sering berpendapat bahawa sebarang pembahruan dan keterbukaan yang ingin di bawa oleh seorang Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sering akan terganggu oleh ‘warlords’ di dalam Umno sendiri yang primitif dalam kesungguhan mahu mempertahankan kuasa.”

Penulis buku Najib Perdana Menteri Terakhir, Shahbudin Husin ketika ditanya mengenai reaksi ahli-ahli Umno berkata, “ramai tak setuju najib mansuh ISA sebab ini bukan perjuangan Umno tapi tuntutan pembangkang.”

“Ramai macam ‘frust’ sebab Najib tunduk kepada pembangkang sedangkan ahli Umno selama ni kuat pertahan ISA dan percaya ISA masih perlu,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, “secara keseluruhannya, segala usaha tersebut membuktikan kesungguhan, komitmen dan keseriusan kerajaan menterjemahkan makna dan hasrat perubahan dalam gagasan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.”

“Ia juga membuktikan bahawa Barisan Nasional bukan sahaja wira dan peneraju politik baru berasaskan penyelesaian masalah dan keperluan rakyat tetapi juga berani menakhoda zaman dalam aspek nilai-nilai demokrasi, ketelusan serta hak asasi rakyat,” katanya.

Namun demikian katanya, “segala perubahan ini juga menuntut kepada anjakan minda dan kesediaan semua untuk kita memacu agenda transformasi ini dengan tuntas dan deras.”

Sementara Najib dikatakan tidak mendapat sokongan menyeluruh dalam Umno sendiri termasuk ke atas gagasan 1 Malaysia sebelum ini ia akan menjadi ujian susulan terhadap populariti beliau dalam menerajui Umno. Parti itu akan mengadakan pemilihan tahun depan. Minggu lalu Dr Mahathir menasihatkan Najib agar melewatkan pilihan raya umum ke-13.

Kumpulan pendesak seperti Perkasa juga memberi sokongan bersyarat. Selepas ini Gabungan NGO Malaysia akan membuat pendirian mereka. Jadi, Najib berhadapan dengan sokongan dan bangkangan dari dalam dan luar Umno-BN sendiri-tmi

18 September 2011

FITNAH UMNO TERHADAP MASJID AS-SALAM


BANTAHAN DI BALAI BUKIT SENTOSA , UMNO SANGAT TERASA

Dimulai dengan solat hajat selepas solat Jumaat dan diimamkan oleh Ustaz Wan Muhammad Shamsuddin dan dimakmumkan seramai lebih 500 jemmah selepas solat jenazah yang dimakmumkan Subhanallah seramai hampir 1,00 orang ... beruntungnya jenazah Allahyarham dari Anggerik 3 tersebut.

Doa dibacakan dengan penuh khusuk memohon Allah menolak tohmahan yang boleh mencemarkan sinar Islam di Bandar Baru Bukit Sentosa ini.

Lebih 100 orang ahli kariah hadir berkumpul memberi sokongan terhadap bantahan fitnah yang dibuat oleh NGO yang dibayangi jelas terdiri dari pemimpin UMNO DUN dan sekapal dengannya.

UMNO sanggup menganiaya seorang ustaz yang ikhlas menyampaikan ilmu Allah iaitu Ustaz Naim yang rata-rata bila dibuat temuramah orang-orang di Sg. Buaya amat merasai kehadiran sinar dan suasana kemunculan beliau yang amat baik dirasai.

Akhbar SINAR diminta pertanggungjawab membersihkan laporan sebelum ini yang ditulis oleh akhbar itu sendiri. Akhbar SINAR dinasihatkan beri laporan yang jelas bukan menokok tambah .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...