01 Ogos 2009

DOK KL DAN BALIK KEDAH...PANAS

TUN kempen politik dalam majlis SAHOCA suruh RAMPAS Kembali KEDAH kpd BN

Dr. Mahathir harap BN dapat rampas kembali Kedah
KUALA LUMPUR 31 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap, Kedah yang kini di bawah pimpinan pakatan pembangkang akan dapat dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mengharapkan anak-anak Kedah terutama bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid dapat membawa kembali Kedah ke pangkuan BN.
``Saya kini merasa sedih sudahlah duduk di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang, tetapi bila balik ke Kedah pun, ia dipimpin oleh pakatan pembangkang."
``Saya harapkan pada pilihan raya umum akan datang dapatlah dibuat sesuatu agar Kedah ni dapat dirampas kembali dan ditadbir oleh BN,’’ katanya.
Dr. Mahathir merupakan bekas pelajar kolej tersebut berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) yang turut dihadiri oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di sini malam ini.
Beliau juga menyentuh mengenai kekurangan anak-anak Kedah mengetuai jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan.
Ujarnya, keadaan ini berlainan sama sekali semasa awal-awal negara mencapai kemerdekaan dulu kerana kebanyakan ketua-ketua jabatan terdiri daripada mereka yang datang dari kedah.
``Keadaan ini berlaku mungkin pelajar-pelajar Kedah dulu mendapat pendidikan baik seperti belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid yang membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan sekali gus mempunyai kelulusan untuk mengetuai jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan,’’ katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, sesuatu akan dapat dilakukan bagi mengatasi perkara tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...