12 April 2014

UNTUNG RAKYAT SELANGOR DAPAT PULAK RM1.30 BILION KALAU BN CUMA DAPAT RM22.20 JUTA LEBIH MASUK POKET....TU ADA YANG TERLIOQ NAK JADI MB !!



MB: Beza keuntungan Pembangunan Canal City RM1 bilion

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri akan beroleh keuntungan sekurang-kurangnya RM1.3 bilion melalui pembangunan Canal City berbanding hanya RM22.2 juta ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri memberi nilai tertinggi kepada aset dengan cara menjual tanah berserta pelan pembangunan bukan sekadar sekeping tanah kosong.

Katanya, hal itu dilakukan dengan menggunakan tenaga pakar yang dimiliki dalam bidang perancangan pembangunan dan kuasa kelulusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Pejabat Tanah Dan Galian Selangor serta pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Kini, kita berpeluang memperoleh sekurang-kurangnya RM1.3 bilion dalam tempoh 20 tahun melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai pengurus.

“Kita juga akan mendapat pembangunan infrastruktur dan prasarana seperti jalan raya, sekolah, kawasan perkuburan, masjid dan pelbagai kemudahan lain di atas tanah seluas 424 ekar,” katanya, di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ketika ucapan penggulungan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pendekatan seumpama itu adalah kali pertama dilakukan bagi negeri yang ada di Malaysia.

“Ini adalah pendekatan yang dilakukan untuk mewujudkan satu perkongsian pintar antara syarikat penuh milik Kerajaan Negeri dan pemaju.


“Jadi, kalau pemaju berhasrat mempercepatkan proses pembangunan, maka Kerajaan Negeri akan memperoleh keuntungan dalam tempoh dan jangka masa diambil mereka,” katanya.

Pada 2003, perancangan asal pembangunan Canal City membabitkan kos keseluruhan RM1.345 bilion dengan keuntungan keseluruhan RM74 juta bagi tempoh 20 tahun dengan PNSB hanya memperoleh RM22.2 juta.

Pada 1 Jun 2009, mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB memutuskan membatalkan perjanjian dipersetujui BN sebelum itu dan mewujudkan ‘task force’ bagi mengkaji keseluruhan cadangan projek pembangunan terbabit.

Pada 13 Ogos 2010, PNSB menandatangani Termination Agreement antara PNSB, Radiant Pillar Sdn Bhd dan Canal City Corporation

Panas! Sah Universiti Albukhary ditutup, Puncanya BERSERABUT !!!

Universiti Albukhary bakal ditutup ekoran isu pengurusan, rasa tidak puas hati pelajar


Tiada siapa yang mengetahui kemelut yang melanda Universiti Antarabangsa Albukhary di Alor Setar, Kedah sehingga menyebabkan penutupan dan perpindahan pelajarnya. – Gambar AiU.

Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.

Pegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata kepada The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai esok.

"Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian (pendidikan) untuk tutup.

"Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya.


AiU – university yang dilengkapi penginapan dan kemudahan komprehensif di atas tanah berkeluasan 18 hektar terletak di Alor Star – dibina pada 2010 sebagai waqaf yang dibiayai Yayasan Albukhary milik Syed Mokhtar (gambar).

Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.

Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.

Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.

Malah, universiti itu juga menututp tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera "ditutup untuk penyelenggaraan." Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.

Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Kami tidak mempunyai masalah kewangan," katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.

Fokus utama institusi pendidikan itu menurutnya adalah keutamaan penuntut.

Pelajar juga menurutnya membuat rungutan berkenaan program dan pengasas universiti (Syed Mokhtar) yang mahukan para pelajar tamat pengajian dengan ijazah yang baik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

"Pelajar tidak begitu gembira. Namun bukan itu punca utama kami memindahkan mereka dan menutup universiti. "Kami berharap mereka akan menamatkan pengajian daripada universiti dengan standard yang tinggi," katanya.

Berkenaan rungutan pelajar yang ingin menamatkan pengajian di AiU sebelum institusi itu ditutup, beliau berkata, penuntut berkenaan tidak akan mendapat manfaat daripada universiti yang tidak lagi beroperasi.

"Bukan kami mahu cuci tangan dan melepaskan diri daripada tanggungjawab. Kami cuba yang terbaik bagi membantu pelajar.

"Kakitangan pentadbiran dan akademik turut kehilangan pekerjaan apabila universiti ditutup," katanya.

"Risiko kehilangan pekerjaan tetap ada dalam sektor swasta. Kami kakitangan pengajar, membantu mengedarkan resume mereka," katanya.

Beliau turut berkata, tuduhan berkenaan pelajar dipaksa menandatangani perjanjian baru untuk biasiswa adalah demi kebaikan pengajian pelajar.

"Ada klausa yang mengatakan pelajar perlu meningkatkan keputusan mereka setiap semester. Menjelang semester akhir, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.5 gred purata keseluruhan.

"Perjanjian sebelum ini hanya mengatakan mereka perlu mendapat melebihi 2.0. Kami tidak mahu biasiswa disalahguna.

"Mereka masih menerima biasiswa. Kami mahu mereka belajar untuk mendapatkan gred terbaik. Sebahagian daripada 60% penuntut kami bagus. Mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi," katanya.

Seorang profesor institusi itu menggelarkannya sebagai "serabut" dan menimbulkan keadaan tidak pasti di kalangan pelajarnya.

"Tidak ada hitam putih untuk menjelaskan perkara itu. Tiada alasan yang diberikan," katanya.

Beliau berkata kepada The Malaysian Insider, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengatakan pelajar seharusnya diberikan kalendar setahun untuk menyiapkan diri sekiranya mereka diminta berpindah disebabkan universiti ditutup.

"Di sini mereka diberi tempoh dua atau tiga bulan. Mereka risau. Mereka tidak tahu apa nak buat.

"Sekarang mereka memindahkan kredit sesuka hati, dan berkemungkinan terpaksa memanjangkan tempoh pengajian.

"Mereka juga diminta menandatangani perjanjian baru bagi biasiswa. Mereka tidak faham bahasa perundangan dan kini ada klausa mengatakan mereka perlu membayar semula biasiswa jika melanggar mana-mana syarat.

"Inikah institusi pendidikan amal jariah? Mereka datang daripada keluarga susah dan berharap beroleh ijazah," katanya.

Seorang pelajar yang enggan mendedahkan identitinya berkata, 90% pelajar sangat tertekan kerana mereka perlu menukar universiti.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar tidak pasti dengan perjanjian baru itu, namun sebahagian 230 orang daripada mereka menandatangani perjanjian baru pada Khamis.

Mereka antara kumpulan awal yang akan dipindahkan esok (Ahad) ke Universiti Asia Pasifik di Kuala Lumpur, katanya.

"Kami tidak pasti universiti mana kami akan pergi, namun jika diberi pilihan saya enggan berpindah," katanya.

Beliau berkata terdapat banyak rasa tidak puas hati antara mereka sejak mengetahui penutupan universiti berkenaan tiga bulan lalu.

"Mereka juga kata perjanjian biasiswa kami terdahulu terbatal dan perlu menandatangani perjanjian baharu.

"Perjanjian baharu itu ditulis dengan bahasa yang sukar tanpa kepala surat atau logo, dan pelajar diberitahu yayasan boleh menukar perjanjian dan menuntut pembayaran.

"Kami hanya berada di bawah belas ihsan mereka," katanya.

Menurut pelajar terbabit, setiap seorang daripada mereka menerima RM66,000 daripada yayasan bagi tujuan pelajaran, elaun dan dana membeli keperluan seperti komputer dan buku.

Sementara itu, ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, penting untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Tiada pihak mengetahui apa yang berlaku. Saya bertanyakan di Dewan Rakyat tapi tiada jawapan.

"Penting untuk kita tahu kerana ia amal jariah yang membantu pelajar miskin dan membawa nama Albukhary," katanya.

Yayasan Albukhary diasaskan pada 1996 atas prinsip taqwa dan ihsan.

Yayasan itu mula mendapat perhatian apabila membantu orang Islam dan komuniti terpinggir akibat kemiskinan, perang dan bencana alam termasuk mempromosi kebudayaan Islam dan biasiswa bagi orang Islam dan bukan Islam.

11 April 2014

MH370 : 3 MINGGU TIADA SERPIHAN DITEMUI & ISYARAT DIKESAN BUKAN DARI KOTAK HITAM...!!!

Pautan kekal imej terbenam


Isyarat dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam


PERTH - Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.




Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata beliau yakin beberapa isyarat yang dikesan ketika operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 adalah dari kotak hitam pesawat berkenaan.

PANAS! 2 POLIS CEDERA PARAH DITEMBAK...SEMALAM LATIHAN SAJA HARI INI BARU REAL !!!

Pautan kekal imej terbenam

Dua anggota polis peronda cedera parah akibat ditembak 2 lelaki di Lembah Maju, Ampang, 10 pagi tadi

Gambar dibawah yang menjadi gah dimedia sosial semalam...hanya sekadar latihan tebusan di KL sentral.....

Lakaran suspek yg menembak 2 anggota polis ketika ditahan di ampang..laporan penuh dlm Awani745 malam ini

BERITA PENUH:

Polis cedera ditembak seorang lelaki di Ampang Jaya

AMPANG JAYA: Dua anggota polis peronda cedera ditembak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Taman Lembah Maju disini pagi tadi

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dua anggota polis berpangkat koperal dan konstabel itu sedang membuat rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan seorang lelaki bermotorsikal dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki tersebut menaiki sebuah motorsikal Yamaha LC 135 dan apabila lelaki tersebut memberhentikan motorsikalnya untuk diperiksa oleh kedua-dua anggota polis tersebut datang pula seorang lagi lelaki berbaju kemeja kelabu dan berseluar jeans biru sambil memegang topi keledar.

Ternampak rakannya itu sedang diperiksa oleh polis, lelaki kedua itu kemudian bertindak cuba melarikan diri dan kedua-dua anggota polis berkenaan cuba mengejar suspek.

Anggota polis yang berpangkat lans koperal itu kemudiannya berjaya menarik belakang baju suspek namun suspek bertindak melawan dengan berpusing ke hadapan anggota polis tersebut sebelum melepaskan tembakan ke arah polis tersebut.

Tembakan tersebut mengenai bahagian perut anggota polis berpangkat lans koperal itu dan suspek sekali lagi melepaskan satu lagi das tembakan yang mengenai rakan anggota polis tersebut.

Suspek kemudian melarikan diri ke arah lorong-lorong di kawasan kedai yang terdapat dikawasan tersebut.

Suspek dipercayai memakai seluar jeans, berbaju warna kuning dan di belakang badannya terdapat tatu lambang harimau.

Senjata yang digunakan juga dipercayai adalah sejenis senjata ‘ball bearing’ laras dua inci.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor dijangka akan memberikan sidang media berkenaan kes tersebut pada jam 2.30 petang di Balai Polis Pandan Indah.

Read more at:sumber



Apa cita di puchong ioi mall? Polis kena tembak gan negro?
SUMBER


PENAFIAN KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK

Penyebaran beberapa keping gambar individu yang berpakaian seragam polis di laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan berlakunya insiden tembak menembak yang berlaku di sekitar Serdang adalah TIDAK BENAR.

Gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut yang dilihat cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang ramai.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan daripada sumber yang sahih.

PDRM SELANGOR

INDONESIA BELI PESAWAT UNTUK PRESIDEN


Ini Spesifikasi Pesawat Kepresidenan


Foto: tribunnews

Ini Spesifikasi Pesawat Kepresidenan

‘AIR Force One’ RI, berjenis Boeing Bussiness Jet 2 Green Aircraft (BBJ2), dibeli Indonesia seharga US$91,2 juta atau sekitar Rp820 miliar. Ada beberapa catatan akan pesawat yang resmi diperkenalkan pada Kamis, (10/4/2014) ini. Sejak 69 tahun merdeka, ini merupakan kali pertama Indonesia punya pesawat kepresidenan RI.

Spesifikasi pesawat kepresidenan RI ini mampu terbang jauh sekitar 10-12 jam. Pesawat ini mampu mendarat di bandara kecil, bisa memuat rombongan presiden hingga 70 orang, memiliki peralatan navigasi, komunikasi, cabin insulation, dan in-flight entertainment khusus.

Pesawat BBJ2 ini juga memiliki konfigurasi dan interior mewah didesain untuk keperluan VIP. Di dalamnya ada ruang tidur utama, toilet dilengkapi shower, ruang konferensi, ruang makan, dan ruang tamu.

Untuk bagian eksteriornya, BBJ2 memiliki panjang sekitar 39,5 meter dengan panjang sayap 35,8 meter, tinggi ekor 12,5 meter dengan diameter 3,37 meter. Sementara untuk interiornya, BBJ2 memiliki panjang 29,97 meter dengan tinggi 2,16 meter dan lebar 3,53 meter.

BBJ2 mampu terbang dengan ketinggian maksimal 41.000 feet, mampu terbang selama 10 jam, memiliki kecepatan jelajah maksimum 0,785 mach dan kecepatan maksimum 0,85 mach. Pesawat ini juga dilengkapi dengan perangkat keamanan dan tangki bahan bakar telah ditambah untuk daya jangkau sampai dengan 10.000 kilometer. [Boeing]

kakmah takmau beli jugakke?..............

10 April 2014

TERKINI MH370: LIHAT KENYATAAN DUA KUASA BESAR, PERISIKAN RUSIA DAKWA PESAWAT DIRAMPAS & DIEGO GARCIA !!!


Perisikan Rusia dakwa MH370 dirampas, dilarikan ke Afghanistan




Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.




Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia, lapor Mynewshub.



SELEPAS SEBULAN INI BARU ADA KENYATAAN DARI KUASA BESAR :



US nafi MH370 di Diego Garcia serta beritahu Malaysia tak ada minta data satelit yang di Pine Gap Australia

AS: Konspirasi Diego Garcia tidak benar

Amerika Syarikat menafikan teori konspirasi bahawa pesawat yang hilang itu berada di pangkalan tentera lautnya di Diego Garcia di Lautan Hindi.

"Spekulasi bahawa penumpang Philip Woods telah menghantar mesej foto dari Diego Garcia adalah tidak benar...

Tidak ada tanda-tanda bahawa pesawat MH370 terbang dekat Maldives atau Diego Garcia, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang tidak disebut namnya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

KEDAH DIBAWAH BN, NASIB INSTITUSI PENDIDIKAN KIAN HANCUR.....

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah
OLEH:  ZULKIFLI YAHAYA





KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.

Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.

Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.

Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud

Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.

Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.

Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.

Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.

Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

Kisah AIU

Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.

AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.

Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

Malang rakyat Kedah

Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya. Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).
Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.

Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.

Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.

Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN. ~HD

09 April 2014

PANAS! AIR SELANGOR: PUNCA TS ROZALI ISMAIL PEMEGANG SAHAM SYABAS SOKONG AKTA 114, (WSIA) 2006 TERBONGKAR !!!





Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memutuskan isu sekitar pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) oleh kerajaan Selangor.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad Tan Sri Rozali Ismail berkata, EGM itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi membentangkan tawaran pengambilalihan untuk ditimbang dan diluluskan pemegang saham.

“Saya percaya pemegang-pemegang saham majoriti dan minoriti PNHB akan meletakkan kepentingan para pengguna air domestik dan komersial di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kepentingan negara melebihi kepentingan komersial,” kata Rozali.

PNHB merupakan pemegang saham utama dalam SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB).

Keputusan itu diumumkan selepas kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan tindakan undang-undang bawah Akta Industri Pembekalan Air (WSIA) 2006 ke atas syarikat konsesi termasuk SYABAS) dan PNSB.

“Saya tidak ada sebarang halangan kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksana dan menerima penguatkuasaan Akta 114, WSIA jika ia benar-benar untuk kepentingan negara dan berlandaskan undang-undang yang sedia ada seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Rozali.





  • Shah Alam: Kami merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengenai cadangan untuk KDEB membeli 100% ekuiti Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (“PNSB”) dan 70% ekuiti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (“SYABAS”) yang kini tidak dimiliki oleh KDEB.
  • Di dalam kenyataan-kenyataan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan kepada pihak awam bahawa tawaran-tawaran berjumlah RM9.65 billion telah dibuat kepada semua pemegang-pemegang konsesi air.
  • Puncak Niaga Holdings Berhad (“Puncak”) selaku pemegang saham PNSB dan SYABAS telah membuat satu analisis terperinci ke atas tawaran-tawaran tersebut yang diterima oleh Puncak dalam dua pucuk surat bertarikh 21 November 2013 dan setelah memperolehi pengesahan dari KDEB berhubung dengan beberapa pertanyaan yang dibangkitkan oleh Puncak, pihak kami telah mengenalpasti bahawa prosid sebenar boleh dibayar (“actual proceeds payable”) kepada semua pemegang-pemegang konsesi air adalah jauh di bawah RM9.65 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  • Misalnya, dalam kes Puncak, amaun yang ditawar kepada Puncak untuk pegangan ekuitinya di dalam PNSB dan SYABAS hanya berjumlah RM1.555 bilion dan bukan RM5.594 bilion seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  • Pihak kami berpandangan bahawa cara di mana tawaran-tawaran tersebut dibentangkan kepada pihak awam oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah mengelirukan dan memudaratkan bagi semua pemegang saham Puncak Niaga Holdings Berhad (“Puncak”).
  • Pihak kami juga telah mendapati bahawa dalam beberapa Tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga ini kurang jelas dan memerlukan banyak penjelasan dan pengesahan; sedangkan pemegang-pemegang konsensi diperlukan untuk memberi maklumbalas dalam tempoh masa yang singkat. Perkara ini boleh dielakkan jika perbincangan awal telah diadakan dan maklumbalas yang jelas boleh dibuat oleh pemegang-pemegang konsensi pada kadar segera tanpa keperluan untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan.
  • Nilai tawaran dalam Tawaran terkini oleh KDEB adalah hampir sama dengan tawaran yang dibuat pada Februari 2013. Selepas mengambilkira bahawa tawaran Februari 2013 yang lepas telah tidak diterima oleh pemegang-pemegang konsensi pada waktu itu dan hampir setahun sudah berlepas, maka Tawaran terkini oleh KDEB didapati tidak mengambil kira nilai masa wang (“time value of money”) dan juga peningkatan nilai bersih syarikat-syarikat konsensi.
  • Setelah mengambil kira keadaan di atas, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Puncak telah mempertimbangkan Tawaran dari KDEB di dalam dua Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah berasingan yang diadakan pada 28 November 2013 dan 3 Disember 2013 dan selepas mengambil kira pandangan Penasihat yang dilantik, Hong Leong Investment Bank Berhad, mengenai kaedah penilaian mereka, Puncak, di dalam waktu muktamad jam 5.00 petang pada 4 Disember 2013 seperti yang ditetapkan didalam surat-surat KDEB kepada Puncak bertarikh 21 November 2013, telah mengeluarkan sepucuk surat kepada KDEB pada 4 Disember 2013 untuk mengakui penerimaan umum secara prinsip (“general acceptance in principle”) Tawaran dari KDEB dengan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma berikut untuk dipersetujui oleh KDEB supaya Tawaran tersebut boleh dilaksanakan, iaitu:
  • i) Bahawa jumlah sumbangan ekuiti yang akan dibayar kepada Puncak hendaklah berdasarkan pulangan terkompaun (“compounded return”) sebanyak 15% setahun sebagai pampasan kepada Puncak atas kehilangan pendapatan masa depan akibat jualan perniagaan konsesi airnya kepada Kerajaan Negeri Selangor sebelum tarikh tamat setiap konsesi;
  • ii) Jumlah hutang yang belum diterima dan belum dibayar oleh SYABAS kepada PNSB pada tarikh kuat kuasa berkaitan dengan bekalan dan jualan air kepada SYABAS hendaklah dibayar kepada Puncak kerana perkhidmatan telah pun diberi;
  • iii) Mana-mana dan semua baki tunai (“residual cash”) di PNSB (termasuk perkara (ii) di atas) dan SYABAS hendaklah dibayar kepada Puncak kerana ini mewakili keuntungan yang berkaitan (“profits attributable”) kepada Puncak;
  • iv) Penyingkiran untuk keperluan tanya siasat teliti selepas penerimaan Tawaran (“due diligence post acceptance of the Offers”) untuk membolehkan Tawaran tersebut disiapkan secepat mungkin; dan
  • v) Pengenepian keperluan (“waiver of the requirement”) untuk pemerolehan aset air oleh PAAB dilaksanakan serentak dengan pemerolehan ekuiti oleh KDEB. Ini adalah kerana KDEB yang akan memperolehi ekuiti syarikat-syarikat konsesi air, harus membayar pemegang-pemegang konsesi terlebih dahulu atas harga yang dipersetujui oleh KDEB, dan KDEB kemudiannya boleh secara berasingan berbincang untuk mencapai persefahaman dengan PAAB untuk PAAB mengambil alih aset air dan pinjaman.
  • Dalam surat penerimaan Tawaran secara prinsip, Puncak telah meminta KDEB untuk memberi maklumbalas kepada Puncak dalam tempoh masa tujuh hari. Pihak Lembaga Puncak amat berharap yang KDEB akan bersetuju menerima secara baik terma-terma dan syarat-syarat Puncak supaya penggabungan Industri Air Selangor seperti yang dibayangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor yang mana disokong oleh pemain-pemain air seperti Kumpulan Puncak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
  • Sebagai sebuah badan korporat yang tertanggungjawab secara sosial, pihak kami tidak ingin melihat kemelut penggabungan terus berlanjutan sejak tawaran pertama oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2009.
  • Isu air ini telah membabit semua pihak termasuk para pengguna dan pemaju perumahan dan ianya boleh memberi kesan kepada pelaburan terus asing dan pembangunan ekonomi negeri. -- Tan Bee Lian (PNHB).

PILIHANRAYA INDONESIA TIADA ISU POLITIK SEKS DAN LIWAT SERTA DAKWAT KEKAL MEMANG KEKAL SEMINGGU!!!


PILIHANRAYA INDONESIA DARI KACA MATA  PROF AGUS .... TIADA ISU POLITIK SEKS DAN LIWAT SERTA DAKWAT KEKAL MEMANG KEKAL SUNGGUH!!!

PILIHANRAYA INDONESIA DARI KACA MATA DAN HATI PROF AGUS .... TIADA ISU POLITIK SEKS DAN LIWAT SERTA DAKWAT KEKAL MEMANG KEKAL 

INDONESIA MEMILIH

Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal 7 pagi. Jam 1 petang, tempat mengundi ditutup.

Mengundi menggunakan dakwat kekal. Saya cuba dakwat tersebut. Saya balik bilik, cuba cucikan dan memang kekal untuk seminggu.


Jam 1 petang nanti, pengiraan undi dibuat di tempat mengundi. Saya akan ke situ sekejap lagi. Satu tempat mengundi mempunyai 300-380 pengundi.

Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya ialah kesejahteraan hidup rakyat dan masa depan negara. Kata mereka lagi, di sini tidak ada isu seks dan politik liwat.
Dengan perlahan, saya keluar baris. Aduh!

KERAJAAN UMNO/BN PATUT RASA MALU DAN BELAJAR DENGAN PEMERINTAH INDONESIA CARA MANA MAU BERPOLITIK DAN MENGURUS PILIHAN RAYA UMUM.

PANAS! PELAJAR PROTES UNIVERSITI MALAYA TIDAK BERLAKU ADIL, AMBIGA TAK BOLEH TUN MAHATIR BOLEH....PATUTLAH RANGKING MERUDUM !!!


Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan


Selepas dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar.

Institusi pengajian tinggi Malaysia sepatutnya berkelakuan sebagai universiti bertaraf dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, selepas keengganan Universiti Malaya (UM) membenarkan peguam terkemuka itu bercakap di konvensyen undang-undangnya minggu lepas.

Bekas pengerusi Bersih itu mendakwa tindakan tersebut tidak masuk akal bagi universiti tersebut yang hanya menunjukkan contoh tidak baik dengan menyekat hak pelajar dan menghalang kebebasan akademik.

"Ini perlu berhenti. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang sempit fikiran memberitahu kita semua ini. Institusi pengajian awam patut mula berkelakuan seperti universiti bertaraf dunia," katanya kepada The Malaysian Insider.


Ambiga dijadualkan untuk bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac.

Seorang wakil pelajar mengatakan sepucuk surat rasmi sudah pun dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk mendapat kebenaran bagi Ambiga untuk menyampaikan ceramahnya pada 25 Mac.

Pada mulanya universiti itu bersetuju dengan syarat adanya penceramah pro-kerajaan di konvensyen tersebut untuk memastikan adanya keseimbangan.

Bagaimanapun, persetujuan itu ditarik balik dengan alasan ceramah Ambiga bukan sebahagian daripada program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang UM.

Sekumpulan pelajar UM menghantar memorandum kepada MP Pakatan Rakyat (PR) semalam untuk membantah keputusan universiti tersebut yang cuba menghalang hak mereka.

Presiden persatuan pelajar Progressive University Malaya, Richtyne Yusuf mengatakan universiti tersebut seperti mengamalkan 'double standard' dengan penceramah yang dibenarkan menyampaikan ceramah.

"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk memberikan ceramah, tiada sebarang isu yang timbul. Tetapi apabila Ambiga yang dijemput, seminar itu dibatalkan. Ini tidak adil," katanya.


Ambiga memuji pelajar yang menentang tindakan universiti itu dengan mengatakan ia menunjukkan masih ada lagi harapan untuk negara.

"Saya cukup kagum dengan para pelajar yang tidak mahu lepas tangan dengan isu ini. Saya berasa bersemangat dengan tingkah laku mereka yang tidak membenarkan kebebasan akademik mereka dirampas.

Tambahnya, beliau gembira para pelajar sedar mereka boleh melakukan pelbagai perkara dalam hak mereka.

Ambiga berkata dia belum pernah lagi berdepan dengan situasi sebegini sebelum ini, tetapi diberitahu bahawa para pelajar takut untuk menjemputnya kerana mungkin mengalami kesulitan dengan pihak berkuasa universiti.

"Saya dapat tahu sebelum ini, para pelajar mahu menjemput saya untuk berceramah tetapi tidak menjadi kerana mereka tahu mungkin akan bermasalah dengan universiti.

"Ini menunjukkan mereka mengamalkan 'self-censorship' dan ianya salah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Promosi Hak Asasi (Proham), Datuk Kuthubul Zaman juga menyelar UM dengan mengatakan universiti tersebut sepatutnya mempertimbangkan pengalaman Ambiga sebagai peguam terkemuka berbanding daripada 'kecenderungan politik beliau'.

"Proham menyeru Universiti Malaya untuk memikirkan semula keputusan mereka untuk membenarkan Datuk Ambiga Sreenevasan untuk bercakap kepada pelajar undang-undang tentang Litigasi Awam. Ia jelas merupakan pelanggaran hak pelajar dan halangan kepada hak asasi manusia sejagat untuk bebas bersuara.

"Ambiga sendiri sudah pun tampil sebagai peguam di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam isu berkaitan dengan kepentingan rakyat. Pengalamannya yang berharga adalah sebuah aset untuk dikongsi bersama pelajar undang-undang. Dalam situasi ini, di mana universiti enggan memberikannya peluang untuk bercakap kepada pelajar adalah tidak masuk akal," tambahnya dalam satu kenyataan.

The Malaysian Insider menghantar beberapa emel dan membuat panggilan telefon kepada Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakuti Undang-Undang, Profesor Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, tetapi mereka belum lagi memberikan respons.

HANGAT! HARGA GETAH " MASUK MAKMAL " DULU...KAJI..HARITU HANGPA PILIH BN NASIB BADANLAH.....

Kerajaan kaji harga lantai getah selepas demonstrasi Baling



Sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Baling Sabtu lepas. Pihak penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.

Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil.

"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Dalam soalannya, Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan yang sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka.

Uggah berkata kerajaan turut mengkaji pilihan yang sesuai, termasuk menggalakkan aktiviti sampingan bagi menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah untuk menangani kesan negatif daripada penurunan harga dan pendapatan.

Di Baling Sabtu lepas, puluhan ribu penduduk Baling serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk menuntut harga getah yang lebih baik ekoran kejatuhan bahan komoditi itu yang merudum sejak kebelakangan ini.

Ia diadakan bagi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.

Pihak penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung.

08 April 2014

PANAS! MP BN PUN SURUH TIM. MENTERI BANGANG LETAK JAWATAN !!!

MP Pakatan, BN selar timbalan menteri



MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.



Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Sebelum itu, Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) turut membuka perbahasan dengan menyelar kenyataan kontroversi Wan Junaidi yang menjadi pertikaian itu.

"Kerajaan perlu mengakui masalah yang berlaku dan berbincang usaha untuk memperbaiki keselamatan demi membina semula imej pelancongan di Sabah

"(Ini kerana sudah) 50 tahun Sabah menyertai Malaysia. Sabah berasa bimbang dengan ancaman luar, maka ia adalah faktor kita sertai Malaysia," katanya.

Wong juga membangkitkan isu masalah kad pengenalan di Sabah yang turut berkait dengan faktor keselamatan di negeri itu.

Katanya, mencadangkan laporan dan syor suruhajaya siasatan diraja (RCI) berkaitan pendatang asing Sabah diumumkan segera memandangkan pengumumannya ditangguhkan beberapa kali.

Perkara itu disokong oleh Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) yang turut mengambil bahagian membahaskan usul penambahbaikan Esscom.

Bos Esscom tiada kuasa

Mengulas langsung mengenai Esscom, Ghapur berkata, masalahnya bermula apabila ditubuh dan diketuai orang awam yang tidak boleh memberi arahan kepada anggotanya daripada polis, tentera dan pasukan maritim.

“Dia (pengarah Esscom) tidak ada kuasa. Orang Sabah perlukan siapa sahaja, asalkan dia ada kuasa," katanya.


MP Bintulu kemudian mencelah dan mencadangkan satu akta diwujudkan supaya Esscom bawah satu komander dan diletakkan bawah pengawasan perdana menteri.



Ghapur kemudian mencadangkan supaya Esscom dibubar, diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pula tidak bersetuju Esscom ditutup sebaliknya mencadangkan penambahan aset untuk membuat rondaan laut di pulau-pulau di sekitar Semporna.

"Aset itu mampu membuat rondaan dan memintas puak-puak (penjenayah) ini," katanya.

Beliau juga menjelaskan kerajaan dengan kerjasama anggota Esscom melancarkan gerakan menyemak taraf kewarganegaraan pengusaha dan pekerja resort.

Selain itu, Shahidan (atas) yang juga bekas menteri besar Perlis berkata semua cadangan yang dibangkitkan oleh MP akan diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan.

KERANA AIR ASIA KOS KLIA2 MENINGKAT RM2 BILION KATA MAHB....BETUL KE NIE....

MAHB banyak salahkan AirAsia, kata PAC



Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan hari ini bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) banyak menyalahkan syarikat penerbangan AirAsia bagi peningkatan kos untuk projek KLIA2.

Pengerusnya PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan hari ini bahawa jawatankuasa itu akan mendapatkan maklum balas AirAsia berhubung tuduhan berkenaan.

“MAHB berkata AirAsia merupakan sebab utama dari segi peningkatan kos, jadi kita mahu tanya AirAsia mengapa (ia) minta lapangan terbang dan landasan lebih besar dan sebagainya.

“MAHB berkata ia boleh membinanya dengan kos RM2 bilion tatapi ia tidak akan menjadi sebesar sekarang,” kata Nur Jazlan.

Katanya AirAsia akan memberi keterangan kepada PAC pada 28 April untuk membolehkan jawatankuasa itu mengemukakan laporan seimbang berhubung isu KLIA2.

Nur Jazlan berkata, AirAsia perlu berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei apabila LCCT ditutup.

“MAHB berkata mereka sudah menerima sijil pematuhan... Kami juga diberitahu oleh MAHB bahawa keretakan (di landasan) sudah diperbaiki,” katanya lagi.

07 April 2014

TERKINI! AIR SELANGOR PUTRAJAYA AKHIRNYA MENGALAH !!!

Kabinet Setuju Kuatkuasa Seksyen 114 WSIA 2006

Kerajaan Selangor dimaklumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili melalui surat bertarikh 4 April lalu bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menguatkuasa Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006) bagi memastikan bekalan air yang berterusan kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Persekutuan melalui surat itu juga memohon supaya Kerajaaan Negeri mempercepatkan kelulusan yang masih tertangguh bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan projek-projek mitigasi.

Saya juga dalam mesyuarat ringkas bersama Menteri pada 4 April lalu telah diberitahu bahawa proses untuk mewartakan Seksyen 114 telah dilakukan. Saya juga telah dibekalkan satu deraf perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berhubung Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu bagi menyelesaikan penstrukturan semula air.

Kerajaan Negeri akan meneliti secara terperinci deraf perjanjian itu sebelum bersetuju untuk menandatanganinya dan meletakkan kepentingan rakyat serta negeri sebagai keutamaan.

Kerajaan Negeri yakin bahawa kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan ini akan memastikan penstrukturan semula industri air berjaya. Pada masa yang sama, kami amat berharap rakyat terus bersabar dan berjimat cermat menggunakan air sementara menanti perkhidmatan air dipertingkatkan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
7 APRIL 2014





SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang menteri besar yang cekap dan berjaya memacu ekonomi negeri itu selama enam tahun berturut-turut.

BENDERA ISRAEL DIKIBARKAN DI SABAH...APA CERITA NIE


PAS Sabah kecam kibar bendera Israel

APR 07, 2014 HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara ‘World Stewardess Contest’.

“Perkara ini sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

“Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

“PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut,” tegasnya.~ HD


GAMBAR DIBAWAH DIPERCAYAI TENTERA US BERADA DI KLIA ...SUMBER


PANAS! TENTERA RED BEAN ARMY ...TELAH DICEKUP?....KAH..KAH....

OPERASI SYED SAIFULLAH DI RUMAH IBUBAPANYA & ASET-ASET RBA YANG DIRAMPAS ?




Emak Saifullah terkejut apabila didatangi pihak polis dan memberitahu anaknya, Syed Saifullah pergi makan dengan ayahnya di luar. Emaknya menelefon anak dan suaminya suruh balik. 20 minit kemudian Syed Saifullah datang dengan wajah ketakutan. 

1. Kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
2. Set speker jenama vinnfier warna hitam
3. Empat kabel komputer warna hitan
4. Penyambung soket warna putih
5. Multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
6. Thumb drive jenama kongston warna hitam
7. Mesin cetak jenama canon warna hitam
8. Kabel internet warna putih
9. Satu Handphone jenama Sony X Peria
10. Moniter komputer jenama Acer warna hitam
11. CPU jenama power logic warna hitam
12. Key board jenama power logic warna hitam
13. Tetikus jenama power logic warna hitam
14. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
15. Thumb drive tp-link warna putih/hitam
16. Broadband jenama celcom 
~DARI blog pro-amno.......

Status Syed Saifullah diragui

Pemilik akaun Facebook ‘Syed Saifullah’ ditahan polis tengah malam tadi


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

ULASAN GB

Dihebohkan melalui media sosial terutama blog-blog pro-UMNO bahawa pemuda berkenaan ialah seorang penyokong Pakatan Rakyat. Namun ada beberapa keraguan mengenai status pemuda berkenaan, apakah benar beliau penyokognPR?

Dan di dalam sebuah blog, dinyatakan bahawa Syed Saifullah telah mengaku dirinya ahli Red Bean Army.

Bagi GB di sini terdedahnya "kepalsuan" bahawa pemuda ini penyokong PR. Kerana apa? Benarkah beliau ahli Read Bean Army (RBA), sedangkan pertubuhan yang bernama RBA itu diragui kewujudannya dan umum mengetahui bahawa RBA hanyalah fantasi liar dan rekaan UMNO, rekaan Awang Selamat dan Utusan bagi menutup kewujudan Unit Media Baru kepunyaan UMNO yang sememangnya menerima pembiayaan besar dari parti tersebut.

Setakat ini BELUM ada sabarang bukti kewujudan Red Bean Army.

Berita mengenai pemuda ini menyusul selepas satu kenyataan dari sebuah NGO yang mendakwa kononnya beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat. Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Kebenaran akan tetap terbongkar. GB yakin pemuda tersebut akan dilepaskan dengan jawapan klise yang ada sebelum ini... "tulisan saya di media sosial itu hanya main-main dan bergurau..." dan yang demikian ternyata beliau bukan penyokong PR!

PANAS! TIM. MENTERI BANGANG....BUAT KENYATAAN MEMALUKAN DALAM ISU KESELAMATAN DALAM NEGERI...!!!


Matta: Wan Junaidi hina rakyat Malaysia


Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sabah mengesyorkan agar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menarik balik saranan agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Pengerusi Matta Sabah Robet Chong berkata cadangan tersebut amat mengecewakan dan menghina rakyat Malaysian kerana timbalan menteri itu tidak dapat menjamin keselamatan di kawasan terbabit.

"Ia akan memberi kebaikan kepada semua pihak sekiranya timbalan menteri dalam negeri dapat menarik kembali kenyataan beliau kerana kenyataan negatif itu memberi akibat serius ke atas keyakinan perniagaan, pelaburan dan pembangunan di Semporna," katanya.

Beliau turut menggesa agar industri pelancongan terus bersatu dan tabah menghadapi cabaran yang akan timbul ekoran kenyataan timbalan menteri itu.

Sementara itu naib presiden Matta (kemasukan pelancong) KL Tan pula menyatakan kekecewaan ke atas keengganan Wan Junaidi untuk menjamin keselamatan di resort terpencil di perairan Sabah itu.

"Cadangan timbalan menteri dalam negeri menutup resort ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," kata Tan.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan membelanjakan RM 286 juta untuk membina Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan tambahan RM 75 juta dalam bajet tahun lalu.

Tan berkata keselamatan pulau-pulau di perairan Semporna lemah berikutan kehadiran kampung air yang didiami pendatang tanpa izin yang menyukarkan pasukan keselamatan mencari dan mengenalpasti penjenayah.

Beliau menambah Wan Junaidi sepatutnya melawat Semporna sendiri dan tidak cuba 'melarikan diri' dari isu ini.

"Untuk maklumat timbalan menteri dalam negeri, penculikan itu berlaku di sebuah resort yang terletak kira-kira lima minit dari Bandar Semporna dan bukannya di pulau terpencil.

"Dia (Wan Junaidi) ditugaskan untuk mempertahankan setiap rakyat Malaysia termasuk pelancong dan bukannya hanya menyerahkan tugas kepada orang lain dan melarikan diri dari tanggungjawab," kata beliau.


Mereka mengulas kenyataan Wan Junaidi bahawa Esscom tidak mampu menjamin keselamatan resort terpencil itu dan meminta mereka meningkatkan keselamatan sendiri.

Rabu lalu, pelancong dari China Gao Huayun,29 dan seorang pekerja resort dari Filipina Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik tujuh lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

SETELAH Esscom berdepan kritikan keras kerana tidak mampu menghalang tindakan keganasan dalam kawasan operasinya,barulah  nak kelam kabut.......


Esscom: Kapal peronda tumpu perairan Semporna

Ketua Pengarah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata kapal peronda yang bertugas dalam kawasan operasinya akan ditumpukan ke kawasan yang sering menjadi sasaran penculik seperti perairan Semporna.

Ia bagi menambah kekuatan aset di kawasan tersebut sebanyak 30 peratus, katanya seperti dipetik dalam dalam satu laporan Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, langkah itu dijalankan tanpa mengabaikan keselamatan di kawasan lain termasuk Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone), katanya.

Tambahnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama beberapa pegawai kanan Esscom semalam, lapor akhbar tersebut.

Kenyataan itu timbul ketika Esscom berdepan kritikan keras kerana tidak mampu menghalang tindakan keganasan dalam kawasan operasinya, seperti kes penculikan seorang pelancong China dan seorang pekerja warga Filipina oleh satu kumpulan lelaki bersenjata pada 2 April.

Dalam laporan sama, beliau turut memaklumkan bahawa Esscom berjaya mengesan lokasi persembunyian dan identiti suspek yang melarikan dua wanita tersebut.

Bagaimanapun, maklumat itu tidak boleh didedahkan kerana membahayakan keselamatan mangsa, katanya.

"Kita juga tidak boleh melaksanakan sebarang tangkapan kerana ia terletak di selatan Filipina tetapi telah bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara untuk mengejak suspek," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

06 April 2014

PANAS! KEHILANGAN MH370...UTUSAN DAH BUAT U-TURN TUDUH KERJA CIA !!!? DULA DEPA KATA SPEKULASI

Utusan Malaysia: Tidak mustahil kehilangan MH370 berkait dengan CIA




Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu. 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu.

“Marilah kita berfikir di luar kotak mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China?

“Konspirasi peringkat tertinggi melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baru. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan dibentangkan. Banyak pihak menerima hakikat 11 September adalah rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Misi pencarian MH370 hari ini memasuki hari ke-29 dan semalam kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.

Agensi berita China, Xinhua, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Ku Seman berkata Malaysia perlu menaruh rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya, bertujuan mengeruhkan hubungan dua hala dengan negara China.

Katanya, konspirasi 11 September yang dianggap karut kini menjadi satu fakta dan pihak berkuasa perlu melihatnya daripada perspektif berbeza.

“CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugat hubungan Malaysia - China.

“Tidak semua pandangan yang dianggap karut hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.” katanya.

Mengambil contoh insiden 11 September, Ku Seman mempersoalkan bagaimana CNN berjaya merakam WTC runtuh dalam tempoh beberapa saat.

Katanya, dalam satu undian menjelang Pilihan Raya AS 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh George W Bush dan peringkat tertinggi CIA.

“CNN antara alat perang psikologi bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot daripada pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat?

Serangan itu berlaku dalam masa "hanya beberapa saat", tetapi CNN sempat merakamkannya daripada pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.

Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu serangan itu akan berlaku?” katanya. – TMI

TEMBELANG US DALAM KRISIS MH370 KIAN TERBONGKAR??

Pautan kekal imej terbenam

Mana pergi satelit, radar AS?


Amerika mempunyai sistem radar tercanggih di dunia.

 Sejak kehilangan pesawat MAS MH370 8 Mac lalu, beberapa negara telah mendedahkan penemuan satelit mereka yang menunjukkan objek berpotensi dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Negara-negara tersebut ialah Australia, Perancis, Thailand, Japan dan tidak ketinggalan United Kingdom melalui satelit Inmarsat.

Namun, agak menghairankan apabila negara yang mempunyai rangkaian satelit tercanggih di dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) langsung tidak berkongsi penemuan satelit mereka.

Seperti diketahui juga, AS merupakan negara yang paling mendahului dalam bidang penguasaan teknologi, termasuklah peralatan dan pesawat canggih yang pastinya mempunyai keupayaan untuk mengesan di mana sesebuah pesawat berada.

Sebagai contoh, AS memiliki dan melancarkan satelit reconnaissance (pemantauan) paling banyak dengan kemampuan yang boleh menjangkau luas seluruh pelosok dunia.

Pernah digunakan sewaktu perang di Iraq dan Afghanistan, satelit yang sering kali dirujuk sebagai satelit perisikan ini bukan saja berfungsi mengambil gambar.

Malah, ia juga digunakan sebagai pengendali peluru berpandu nuklear dan membantu sistem komunikasi antara markas tentera dengan sistem keselamatan yang tidak mudah ditembusi.

Dalam kes membabitkan pesawat komersial, satelit dengan teknologi infra-red ini pernah mengesan letupan TWA Flight 800 pada 1996 di Lautan Atlantik.

Bukan saja satelit, AS juga memiliki kecanggihan radar yang boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.


Perkara itu turut diakui pakar kejuruteraan penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir yang dalam satu laporan Sinar Harian berkata, radar ketenteraan milik AS di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Menurutnya, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu boleh mengesan pesawat atau kapal yang berada ribuan meter di atas udara mahupun laut berserta jenis, kelajuan dan sebagainya.

Katanya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat di pangkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung di dasar Lautan Hindi.

Tidak cukup itu, USS 7th Fleet Navy yang dihantar dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut dilengkapi radar paling canggih.

Dengan kepakaran dan kecanggihan aset dimiliki AS ini, sememangnya menimbulkan persoalan besar mengapa MH370 masih tidak dapat dikesan oleh negara berkenaan.

Untuk menganggap kehebatan teknologi AS sebagai cerita yang direka-reka mungkin agak mustahil. Atau mungkin juga kita boleh menganggap AS tidak mendedahkan segala maklumat kepada umum kerana diklasifikasikan sebagai rahsia ‘besar’.

Namun, apa yang lebih dikhuatiri ialah AS sebenarnya mempunyai agenda tertentu di sebalik ‘persembunyian’ teknologinya yang tidak diketahui oleh Malaysia. ~SH

Keupayaan aset AS dipertikai




Tentera Amerika Syarikat berkeupayaan beroperasi dalam apa jua situasi terutamanya peperangan elektronik.

 Senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.

Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri. AS dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itu, jauh lebih tinggi berbanding negara kuasa besar lain.

Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat serta 6,665 helikopter.

Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.

Bagaimanapun, setelah 12 hari misi pencarian ditumpukan di Lautan Hindi, AS masih belum menghantar mana-mana kapal selam miliknya yang berpotensi mengesan pesawat MH370.

Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan yakin penggunaan alat pengesan sonar milik AS mampu mengesan pesawat MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi itu.

Katanya, hanya AS memiliki peralatan itu di mana ianya “boleh menjunam ke dalam laut antara 4,000 sehingga 6,000 meter” untuk mengesan sebarang objek yang terbenam.

“Contohnya, apabila alat itu terkena satu objek, katakanlah kapal terbang, bunyi akan dibalikkan kembali dan dengan cara itu, kalau ada kapal terbang berdekatan dengan keadaan bunyi yang dikeluarkan, sonar itu dapat mengesannya; hantaran isyarat yang diterima itu berbeza bergantung kepada objek yang dikesan.

“Itu sajalah peralatan yang boleh diguna kalau ianya jauh di dalam (laut) tanpa ada isyarat kecemasan dikeluarkan (dari kotak hitam)” katanya.

Minggu lalu, Pemangku Menteri Pertahanan Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menelefon Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel bagi mohon bantuan negara itu untuk menggunakan aset mereka yang berkeupayaan mencari di laut.

Menurut laporan Reuters, Tentera Laut AS mempunyai pelbagai sistem sonar yang aktif dan pasif, antaranya berupaya mengesan objek di laut dalam dengan mengeluarkan bunyi ‘ping’ dan memantau bunyi bergema serta berupaya mendengar bunyi seperti mikrofon di bawah laut.

Kelmarin di Perth, Australia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal selam robotik atau dron pemukaan bawah air berkedalaman tinggi diperlukan dalam misi pencarian MH370.
Najib berkata, teknologi itu diperlukan memandangkan jangka hayat bateri pada kotak hitam berbaki dua hari sahaja lagi.

Dron permukaan air bergantung kepada denyutan sonar untuk mencari di dasar laut dan ia pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009.

Pentagon, dalam kenyataannya pada 25 Mac lalu memberitahu akan menghantar sebuah dron penyelam milik tentera laut negara itu yang berkeupayaan menyelam sehingga hampir 4,572 meter di dasar laut bagi bantu mengesan serpihan pesawat MH370.

Pengumuman pengerahan kenderaan dasar laut yang dilengkapi sonar dikenali sebagai Bluefin-21, dibuat beberapa jam selepas kerajaan Malaysia mengesahkan pesawat tersebut hilang di Laut Hindi.

Jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby dalam kenyataannya berkata, dron Bluefin mempunyai panjang lima meter dan berat 800 kilogram itu boleh beroperasi lebih daripada sehari dengan kelajuan rendah.

Selain itu, katanya, Bluefin mampu beroperasi pada kedalaman 4,500 meter dan berkeupayaan membezakan objek bertaburan di dasar laut.

Ramai yang melihat AS punya kemampuan untuk membantu secara terus dalam misi pencarian ini.

Bagaimanapun, selepas 28 hari misi pencarian pesawat MH370 itu digerakkan, masih belum ada perkongsian maklumat yang lebih positif diberikan oleh pihak AS.

Misi pencarian MH370 di Lautan Hindi masih belum menampakkan tanda untuk berakhir memandangkan tiada sebarang bukti kukuh dapat dikeluarkan mana-mana pihak.

Justeru itu, ramai yang mempertikaikan keupayaan negara yang turun membantu terutamanya AS.


Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?


Mohamad Abu Bakar

SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...