04 Januari 2014

HOT ! KERANA ISU BERTIMPA-TIMPA MACAI UMNO UBAH LOGO DAP....

Pautan kekal imej terbenam


SPRM dipersilakan siasat pembelian Mercedes


GEORGE TOWN, 4 JANUARI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dialu-alukan menyiasat pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengulas laporan portal berita FZ.com bahawa terdapat kemungkinan pembelian kereta rasmi Ketua Menteri itu disiasat SPRM.

“Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

“Kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” ujarnya.

Beliau turut berkata bahawa hanya di negara ini badan penyiasatan rasuahnya akan merasa seakan harus menyiasat kenapa kereta yang dibeli dengan nilai diskaun dan menjimatkan wang rakyat.

“Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah “bersih” kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah,” katanya lagi.

Beliau juga katanya tidak terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 namun membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara.





GAMUDA BUKTIKAN PERNIAGAAN LEBUHRAYA MEMBUAT UNTUNG YANG LUMAYAN...DARI KERINGAT RAKYAT !!!


GAMUDA pemegang konsensi bukan mejoriti kini membeli saham dari GLC  PNB dan Amcorp untuk menguasi sepenuhnya bagi mengaut keuntungan berulang dan juga untuk menaikkan kadar tol walaupun di bantah rakyat.

MUNGKIN SETAKAT INI SELAMAT LAGI KERANA PKNS MENOLAK TAWARAN LUMAYAN DARI MENJUAL SAHAM 30% MILIKNYA....JADI SEKIRANYA SELANGOR DIKUASI OLEH BN SUDAH PASTI PERKARA INI DISENYAPKAN.....DAN KADAR TOL DINAIKAN TANPA BANTAHAN.........FIKIRLAH MAINAN UMNO DAN KRONINYA HANYA MEMBELA MELAYU DARI MULUT SAHAJA......


PKNS tolak tawaran RM420 juta

MINGGU ini menyaksikan Gamuda Bhd berjaya menaikkan pegangan saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA), Kesas Holdings Bhd (Kesas) kepada 70 peratus apabila Permodalan Nasional Bhd (PNB) setuju menjual 20 peratus saham miliknya dalam Kesas.

Namun, seperti dijangkakan pemerhati industri, Gamuda tidak dapat memiliki 100 peratus saham Kesas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menolak tawaran terbaru Gamuda sebanyak RM420 juta untuk membeli 30 peratus pegangan PKNS dalam Kesas.

Gamuda yang asalnya memiliki 30 peratus saham Kesas membuat tawaran baru itu kepada PKNS dan PNB pada 23 Disember lalu.

Gamuda dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, minggu ini, memaklumkan tawaran itu telah pun tamat pada 30 Disember lalu, dan tiada tempoh lanjutan diberikan.

"Pada tarikh tutup tersebut, Gamuda menerima persetujuan PNB berhubung tawaran baru ini. Maklumat penuh transaksi akan diumum sebaik perjanjian jual beli ditandatangani," menurut Gamuda.

Pada 4 November lalu, Gamuda membuat tawaran pertama sebanyak RM250 juta kepada PNB dan Amcorp Properties Bhd yang masing-masing memegang 20 peratus saham dalam Kesas, dan sebanyak RM375 juta kepada PKNS namun tawaran itu ditolak PNB dan PKNS.

Amcorp Properties bersetuju menjual pegangannya pada nilai RM250 juta namun nilai itu kemudian dinaikkan kepada RM280 juta oleh Gamuda, selari dengan tawaran baru dibuat kepada PNB dan PKNS.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank sebelum ini menjangkakan PKNS tidak akan menjual pegangannya dalam Kesas kepada Gamuda berikutan iklim politik yang sensitif berhubung isu tol dan lebuh raya yang sedang menjadi perhatian rakyat.

Keuntungan Gamuda dijangka naik

Persetujuan PNB menerima tawaran baru itu menyebabkan penganalisis menjangka pendapatan Gamuda akan meningkat antara lima hingga enam peratus bagi tahun kewangan 2014 sehingga 2016.

"Kesas menyumbang antara RM30 juta hingga RM40 juta pendapatan bersih kepada kumpulan Gamuda mengikut anggaran kami dan pembelian ini berpotensi meningkatkan pendapatan berulang Gamuda," menurut penganalisis Public Investment Bank dalam satu nota, Selasa lalu.

Sementara itu, penganalisis Kenanga Research berkata, pemilikan penuh Kesas oleh Gamuda akan membolehkan syarikat itu tambah pendapatannya dengan ketara.

"Kesas adalah syarikat yang sangat menguntungkan dan jika Gamuda memiliki 100 peratus pegangan saham, Kesas dengan mudah boleh menambah RM100 juta kepada pendapatan Gamuda sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebelum konsesi itu tamat pada 2024.

"Menurut pengurusan (Gamuda), untung bersih Kesas adalah kira-kira RM120 juta setahun jadi jika (pembelian semua saham) ini berjaya, kami akan menaikkan jangkaan pendapatan Gamuda sebanyak 12.9 peratus dan 11.3 peratus bagi 2014 dan 2015," menurut Kenanga Research dalam nota yang dikeluarkan pada 23 Disember lalu.

Kesas ditubuhkan pada 1993 untuk membina dan mengendalikan LSA serta mengutip tol bagi tempoh 28 tahun dan sembilan bulan.

Selain Kesas, Gamuda turut mempunyai pegangan dalam Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint dan Lebuh Raya Smart.

GADIS TRUMA " DITUDUH MENGANDUNG" KERANA KECUAIAN PIHAK HOSPITAL


Gadis trauma dituduh hamil


Siti Nor Hidayah menunjukkan notis yang dikeluarkan Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi dan dokumen keluar wad daripada Hospital Langkawi, semalam.Langkawi: Seorang gadis trauma dan menanggung malu susulan tindakan Hospital Langkawi (HL) di sini, yang didakwa cuai mengendalikan pemeriksaan ke atasnya sehingga menyebabkan dirinya dituduh mengandung anak luar nikah.

Siti Nor Hidayah Abdul Rahman, 23, berkata dia kecewa dengan tindakan doktor yang merawatnya ketika itu yang menuduhnya mengandung anak luar nikah sedangkan berlaku kesilapan pada ujian dijalankan.

Justeru, Hidayah yang bekerja di sebuah hotel di sini, menuntut HL memohon maaf atas kecuaian dilakukan sehingga menyebabkan maruahnya tercemar dan dia tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

Mengulas kejadian itu, beliau berkata, pada 24 Disember lalu, dia ke Klinik Kesihatan Kuah, di sini, bagi merawat kesakitan dialami pada bahagian kanan perut, sebelum dirujuk kepada seorang doktor.

Katanya, hasil pemeriksaan, doktor terbabit memaklumkan ada sedikit masalah pada ovari kanannya yang dikesan lebih besar berbanding saiz di sebelah kiri dan doktor berkenaan mengesyaki mungkin disebabkan bengkak, sebelum dia diberikan ubat.

Pada masa sama, doktor terbabit turut mengambil sampel darahnya, sebelum dia dibenarkan pulang tetapi selepas seminggu, kesakitan itu masih dirasai.

Rujuk pakar sakit puan

“Pada 31 Disember, saya sekali lagi ke klinik sama, sebelum dirujuk kepada pakar sakit puan di HL.

“Saya menjalani ujian imbasan pada perut dan ujian air kencing di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, sebelum doktor memberitahu ada masalah pada saluran kencing, namun puncanya tidak dapat dikenal pasti.

“Saya dimasukkan ke wad dan keesokan harinya jam 10 pagi, tiga pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PAIDL) datang menemui dan bertanyakan pelbagai soalan tidak masuk akal.

“Paling mengejutkan, pegawai terbabit menuduh saya mengandung anak luar nikah. Ketika itu, jiwa saya luluh dan dunia rasa gelap, apatah lagi kata-kata pegawai terbabit turut didengar pesakit lain dalam wad sama,” katanya.

Hidayah berkata, ketika soal siasat dilakukan, beliau beberapa kali cuba meminta penjelasan jururawat dan doktor mengenai status ujian air kencingnya yang dikatakan positif mengandung, tetapi tidak dilayan kakitangan terbabit.

Perlu siasatan lanjut

“Saya tertekan apabila pegawai agama itu menyerahkan notis supaya hadir di PAIDL untuk siasatan lanjut dan meminta saya berdiam diri.

“Saya hanya menangis dan kemudian meminta ujian air kencing kali kedua dilakukan,” katanya.

Hidayah berkata, hasil ujian kedua itu menunjukkan beliau tidak mengandung dan dibenarkan pulang selepas tiga hari berada di wad.

“Saya rasa difitnah dan dianiaya secara melulu sehingga menjatuhkan maruah sebagai gadis yang belum berkahwin. Saya mahu mereka memohon maaf dan kini berbincang dengan keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Langkawi, Dr Mansor Ismail, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan berjanji mengambil tindakan sewajarnya jika aduan itu benar.

PANAS ! RAKYAT SUDAH MULA MOGOK...APABILA GAJI MINIMUN DICAPATI...

Pak Guard mogok, RELA ambil tugas jaga Hospital Sbrg. Jaya

Datuk Seri Najib Razak sahaja yang mengeluarkan kenyataan 'syok sendiri' di facebook semasa rakyat kian marah dengan kos sara hidup yang kian melambung, laporan bloggers

Kalau datang di Hospital Seberang Jaya hari ini, jangan terkejut jika melihat abang-abang keselamatan (Pak Guard) sejak dua hari lepas turut melancarkan mogok macam TURUN 31 Dis. lalu.

Pak Guard bantah kenaikan kos sara hidup, tetapi, gaji mereka tetap  rendah seperti dulu.

Responden memberitahu, RELA sejak tengah hari tadi telah mengambil peranan menjaga keselamatan Hospital Seberang Jaya kerana majoriti Pak Guard terus mogok sehingga gaji mereka dinaikkan pada jumlah sepatutnya demi menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

"2014 adalah tahun guling pentadbiran Najib Razak," itu saja yang Pak Guard tak sebut semasa mogok kerja di Hospital Seberang Jaya, tadi. ~faqar



Mengejutkan. Ketika rakyat dilaporkan terus marah akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersyukur kononnya langkah kerajaan diterima rakyat.

"Langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat 

maklum balas yang baik daripada rakyat," kata Najib dalam Facebooknya hari ini.

Namun, kenyataan Najib itu dibantah terus oleh pengikut beliau dalam Facebook itu sebaik ia disiarkan.
Ketika berita ini ditulis, 246 orang berkongsi penyataan itu manakala 2,433 membuat komen terhadapnya 

yang kebanyakannya adalah negatif dan menolak penyataan itu.

Azaraie Ghazi berkata, "Anda boleh berbuat lebih dari sekadar itu."

hoi Fock Cheong pula berkata, "Pergi selesaikan masalah sita al Kitab oleh Jais"

 manakala Azizul Hasan pula berkata, "Dah masanya tukar PM" yang membayangkan respons 



negatif ke atas penyataan Najib itu.
Dalam posting hari ini, Najib juga berkata, selepas ini, kerajaan akan mengurangkan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan.

Beliau juga mengulangi komitmen untuk mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis.

Selain itu, menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan ~ The Malaysian Insider

03 Januari 2014

TERPANAS ! PERKASA TIBAI KP GERAKAN KEN LIANG RASIS, BELIAU JUGA MENGHENTAM TERUK PR MELALUI AKAUN TWITTERNYA!!!

Wira Perkasa: Ken Liang jangan rasis!

Dalam masa 15 tahun ini apa yang Gerakan dah buat. Kata ada beratus ribu ahli tapi apa yang mereka buat, soal Irwan Fahmi Ideris.


PETALING JAYA: Wirawan Perkasa mengkritik kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang kecewa melihat anak muda Melayu ‘cukup mudah’ diperalatkan pihak tertentu bagi menjayakan perhimpunan haram.

Menurut ketuanya Irwan Fahmi Ideris, kenyataan Keng Liang itu berbaur rasis dan dilihat seperti cuba menyatakan bahawa anak Melayu sudah tidak bersama Barisan Nasional (BN) lagi.

“Dalam Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) dahulu BN mencatatkan sejarah paling kurang mendapat undi orang Cina apabila hanya 3% daripada keseluruhan 87% orang Cina yang keluar mengundi memilih BN.

“Dalam masa 15 tahun ini apa yang Gerakan dah buat. Kata ada beratus ribu ahli tapi apa yang mereka buat,” soalnya lagi. Menurutnya lagi, ramai anak muda Melayu turun ke jalan raya kerana pembahagian kek ekonomi yang tidak sama rata di Malaysia.

“Memang kita lihat khususnya dalam perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) lalu lebih ramai anak Muda Melayu berbanding Cina.

“Ini kerana kek ekonomi itu lebih dinikmati oleh kaum Tiong Hwa berbanding Melayu sebab itu anak muda mereka lebih senang,” tegas beliau.

Irwan turut menggesa Gerakan untuk mengembalikan kegemilangan parti itu dari bercakap mengenai bangsa lain.

“Gerakan perlekeh orang Melayu, sepatutnya dia lebih cakap mengenai bangsa dia. Yang rasa tertekan ni orang Melayu,” katanya lagi sambil menambah Gerakan boleh keluar dari BN kerana dilihat tidak membantu kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan memilih jalan raya untuk menyuarakan pendapat.

“Perkasa sendiri ada desak kerajaan tetapi dengan menggunakan saluran yang betul sebab berdemo ini bertentangan dengan budaya kita.

“Kita sedar anak muda menghadapi pelbagai isu seperti graduan yang tidak mendapat pekerjaan tapi ada salurannya untuk bersuara. Adakah saluran itu sudah digunakan sebelum memilih untuk turun ke jalan raya,” soal beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Irwan turut mempertahankan fatwa yang dikeluarkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta himpunan Turun sebagai ‘bugha’ ataupun pemberontak dan halal darah mereka.

“Ahli-ahli politik tolong hormat mufti, beliau bukan ahli politik dan keluarkan fatwa berdasarkan Al-Quran dan hadis,” kata Irwan.

Irwan turut menyeru rakyat Selangor untuk menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyatakan perkataan Allah milik ekslusif orang Islam.


KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH HINA MELAYU!!!






Jangan pula ada Pemuda UMNO atau PERKASA atau kumpulan silat yang berkira-kira hendak membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Keng Liang menerusi TWITTERnya malam tadi.

 Jangan pula Pemuda PAS atau AMK yang beratur berbaris di hadapan balai polis atau mengatur satu lagi demonstrasi dalam tempoh terdekat kerana sakit hati dengan kenyataan Tang Keng Liang.

Tan Keng Liang dalam beberapa kenyataan di Twitternya malam tadi, bertanyakan di mana anak-anak muda Cina dan India berbanding anak-anak muda Melayu yang berjaya menawan pentas Dataran Merdeka tengah malam tadi. Kemudian membuat bandingan - anak Melayu sedang berdemo, anak Cina dan India sedang berseronok di kelab hiburan, tempat makan dan sebagainya.

Apakah benar seperti yang dikatakan oleh Tan Keng Liang?

Atau sebenarnya Tan Keng Liang sedang menghidupkan api perkauman?

Tapi ya jugak... beria-ia budak-budak Melayu berdemonstrasi malam tadi sebab protes kenaikan harga, tapi kelab-kelab hiburan dan cafe-cafe berharga mahal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi, penuh sesak. Tidak pula ada sebarang tanda kelab-kelab hiburan dan cafe-cafe tersebut kurang orang sehingga perlu mengurangkan harga.

Mengapa hanya Melayu sahaja yang berdemonstrasi dan kalau ada anak Cina dan India, jumlahnya bagaikan mencari jarum di dalam jerami? Apakah Melayu yang digambarkan menerusi anak-anak muda yang sangat bersemangat dengan demonstrasi jalanan itu, sedang mengalami krisis harga diri tetapi lebih gemar menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri?

BLOGGERS PRO UMNO HENTAM NAJIB & ROSMAH TERBANG DENGAN JET MEWAH...SEDANGKAN MENYURUH RAKYAT BERJIMAT !!!



Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

KERANA KEPANASAN PEJABAT PERDANA MENTERI TERPAKSA MEMBERI PENJELASAN...

Dakwaan Pesawat Khas PM, Kenyataan Khas Pejabat PM

January 3,

Kenyataan Akhbar
Penggunaan Pesawat Khas

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari – 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya

BELI KERETA MURAH PUN SALAH...PENJELASAN DARI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI


Pautan kekal imej terbenam
Kerana dibantah-bantah, kereta Mercedes LGE dah jadi sepopular kereta Batman

Penjelasan Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Untuk YAB. Ketua Menteri Oleh Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang

Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan Negeri ingin menggariskan 5 fakta berkaitan dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertama, kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00. Perlu ditegaskan kereta Toyota Camry 2.5 yang dipakai Ketua Menteri telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Ustaz Maktar Shapee.

Kedua, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah datang daripada Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping adalah satu fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukan oleh “dealer” Mercedes-Benz dan tawaran ini diberikan kepada semua yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012.

Ketiga, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli EXCO (termasuk Ketua Menteri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta. Ini tidak tercapai kerana kos cukai (sales tax & excise duti) yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperolehi.

Tambah pula pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak dapat diperolehi. YAB. Ketua Menteri dan Ahli-ahli EXCO enggan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa “fleet discount” sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri-negeri lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai adalah pemohon mesti membeli kereta dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh Kerajaan Negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan. Pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 buah kereta.

Oleh itu, pembelian 15 buah kereta Toyota Camry diteruskan untuk Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO dan Speaker. Hanya selepas 15 buah kereta Toyota Camry diserahkan pada 31.10.2013, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz memberikan surat jaminan yang diperlukan tetapi hanya untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L. Selepas itu, barulah Mesyuarat EXCO Pulau Pinang memutuskan secara sebulat suara untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L pada 20 November 2013.

Keempat, berdasarkan pengecualian cukai yang diperolehi dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai dan diskaun RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 56%, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 04 September 1995 iaitu sebanyak RM271,331.22.

Tambah pula kereta jenama Mercedes-Benz sememangnya diketahui umum dan terkenal dengan daya tahan lama dan penggunaan kereta Mercedes-Benz S320L yang lama boleh diguna dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk 9 tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan Kerajaan Negeri.

Bagi Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 04 September 1995 dengan harga RM271,331.22, kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM110,000 untuk tempoh 9 tahun pertama. Tambahan pula, kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik.

Kelima, kereta baru Mercedes-Benz S300L ini dibeli semata-mata adalah kerana pengecualian cukai serta diskaun sebanyak 56% yang diperolehi. Tanpa diskaun 56% ini, pembelian tidak akan dibuat. Kereta baru Mercedes-Benz S300L akan menjadi milikan Kerajaan Negeri selama-lamanya dan mempunyai “economic value for money” dari segi jangka masa panjang. Ini adalah kerana YAB. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyatakan tidak akan membeli untuk sendirinya selepas bersara.

Dato' Haji Mokhtar bin Mohd. Jait
Pegawai kewangan Negeri
Pulau Pinang
DIBAWAH DAKWAAN DARI BLOGGER PRO UMNO :

HOT!!! MERCEDES GUAN ENG DIBURU OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.

POSTED BY MPP ON JUMAAT, 3 JANUARI 2014 0 COMMENTS


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap pembelian sebuah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan Lim Guan Eng yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini berikutan terdapatnya kaitan diantara syarikat pembekal kereta terbabit iaitu Lowe Motor Sdn Bhd dengan "taikun" Tan Sri Tan Kok Ping yang difahamkan mempunyai saham didalam syarikat tersebut.

Tan Kok Ping juga difahamkan mempunyai "hubungan istimewa" dengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang terutamanya hubungan Tan dengan Lim Guan Eng berikutan faedah-faedah yang diberikan oleh Ketua Menteri tersebut pada Taikun terbabit.

Lim Guan Eng sebelum ini telah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 termasuklah untuk Lim sendiri. Bagaimanapun kereta untuk kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang setelah pembelian Mercedes Benz dilakukan.

Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes tersebut yang harga sebenarnya ialah RM 657'218. Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.

PANAS ! HARGA HONDA JAZZ CKD HANYA RM36,800 DI LANGKAWI ...??

Berapakah harga terkini Honda Jazz CKD di Pulau Langkawi?

Sekitar bulan Julai 2013 yang lalu heboh di Pulau Langkawi apabila Honda Jazz CKDditawarkan pada harga serendah hanya RM36,800.00 (atas jalan termasuk insuran), sehinggakan ramai yang berpusu-pusu menempahnya.

Malangnya selepas itu pihak Honda Malaysia telah menarik balik harga yang ditetapkan itu dengan alasan berlakunya kesilapan dalam pengiraan. Laman sesawang Honda Malaysia juga sehingga kini tidak lagi menyiarkan harga Jazz CKD untuk pasaran di Pulau Langkawi.

Situasi di luar jangkaan tersebut sangat mengecewakan para pembeli yang telah membuat tempahan awal, sedangkan pada hakikatnya harga kenderaan di Pulau Langkawi sememangnya rendah disebabkan statusnya sebagai pulau bebas cukai.

Jadi, saya tertanya-tanya jika harga RM36,800.00 yang ditetapkan pada awalnya adalah suatu kesilapan, berapakah pula harga baru bagi model kompak popular tersebut? Adakah ianya hampir sama dengan harga di Semenanjung Malaysia?
p/s : Mengikut maklumat yang saya perolehi, harga terkini Honda Jazz CKD di Pulau Langkawi sekarang dikatakan sekitar RM55K. SUMBER

BERATUS PEMBELI KERETA DI LANGKAWI KECEWA...HARGA HONDA JAZZ BUKAN RM36K

BERITA BERKAITAN SINI

Di Kedah, Ikan Kembung Pun Dah RM12.00 Sekilo...



Hadiah tahun baru, Harga ikan kembung di Kedah naik 50 peratus


Harga ikan kembung di Kedah meningkat sehingga 50 peratus akibat perubahan iklim menyebabkan tangkapan merosot dan bekalan kurang di pasaran sejak tiga minggu lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bandaraya ini dan Kuala Kedah mendapati ikan kembung yang biasa dijual di bawah RM8 sekilogram kini dijual antara RM10 hingga RM12 satu kilogram.

Peniaga ikan Sahilan Mustafa, 45, berkata sebelum ini dia menjual ikan kembung antara RM5 hingga RM7 sekilogram tetapi kekurangan bekalan menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.

"Bekalan yang kami dapat sekarang tidak banyak, purata seorang boleh dapat 20 kilogram," katanya yang ditemui berniaga di Jeti Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah, dekat Alor Setar hari ini.

Seorang lagi peniaga ikan di pasar sama, Normi Abd Ghani, 39, berkata dia tidak berniaga ikan hari ini kerana tidak mendapat bekalan berikutan ramai nelayan pulang dari laut tanpa hasil mencukupi.

Seorang suri rumah Rosma Harun, 43, dari Kampung Pelam, Mergong berkata dia terpaksa pergi ke Pasar Nelayan Seberang Kota kerana harga ikan di pasar Mergong agak mahal manakala di pasar Kampung Berjaya tiada bekalan.

Peniaga kedai makanan, Tan Guich Lam, 55, pula berkata dia masih mengekalkan harga biasa iaitu RM1 untuk seekor ikan kembung kepada pelanggannya walaupun harga ikan itu kini lebih mahal.


Sementara itu, Bendahari Persatuan Penduduk Kampung Seberang Kota dan Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Ahmad Hashim berkata para peniaga dan nelayan telah diminta menetapkan harga yang berpatutan untuk hasil tangkapan mereka.

Beliau berkata mereka diminta menjual ikan kembung tidak melebihi RM11 sekilogram.

"Tidak ada alasan menaikkan harga. Kita yang berniaga bertanggungjawab dalam mengawal harga ikan," kata Ahmad sambil menambah bahawa bekalan ikan dijangka pulih seperti biasa pada hujung bulan ini.

02 Januari 2014

Harussani harus dipecat sebagai Mufti...Pandangan Beliau Seperti Yahudi ...




Inilah Harussani Zakaria.

Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.

Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?

Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.

Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam.

Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.

Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.

Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.

Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.

Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.

Ia sungguh menyesalkan. Celaka sungguh.

Aplikasi Waktu Solat Dikemaskini Dengan Data Untuk Tahun 2014


Aplikasi Waktu Solat Dikemaskini Dengan Data Untuk Tahun 2014

Salah satu aplikasi popular daripada pembangun tempatan untuk pengguna Android adalah Waktu Solat daripada AwisLabs. Hari ini, mereka telah mengeluarkan kemaskini kecil pada aplikasi berkenaan, membawakan sokongan data untuk tahun 2014 bersama-sama dengannya.


Bagi yang tidak pernah menggunakan aplikasi Waktu Solat ini, ia membolehkan pengguna mengetahui waktu solat berdasarkan kepada data daripada e-Solat. Selain daripada itu, ia turut menyertakan sokongan melihat arah kiblat dan juga masjid berdekatan (berdasarkan kepada FourSquare).

Aplikasi ini membawakan antaramuka selari dengan elemen Android, dan menyokong peranti Android 2.1 dan terkini.

Mereka yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini dari Google Play Store.

LANGKAH-LANGKAH BERJIMAT YANG DIGALAKAN DAN DIPUJI KEPADA PENGGUNDI BN !!!!

Pautan kekal imej terbenam

KES GULING ! TERKINI....16 DITANGKAP

Pautan kekal imej terbenam

16 individu ditahan khalwat....ini kira kes main guling-guling......

Penguatkuasa JHEAINS menahan sepasang kekasih dalam serbuan disalah sebuah hotel di sekitar Port Dickson, semalam.

SEREMBAN – Seramai 18 individu ditahan dalam Operasi Tahun Baharu 2014 yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar Seremban dan Port Dikson, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Ahmad Husaini Mustafa berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 7 pagi itu dianggotai kira-kira 12 penguatkuasa.

Menurutnya, kebanyakan pesalah syariah yang ditahan terdiri daripada pelajar universiti dan beberapa pekerja swasta yang datang luar dari negeri ini.

“Dalam operasi yang dilakukan semalam, kita berjaya menahan dua individu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai, manakala selebihnya melakukan kesalahan berkhalwat.

“Kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat ini menginap di hotel bajet sekitar Seremban dan juga Port Dickson, setelah penat berhibur menyambut tahun baharu di sekitar daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Husaini berkata, kesemua pasangan yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan ketika serbuan dilakukan mereka sedang nyenyak tidur.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS di Rahang Seremban, untuk disoal siasat.

“Mereka yang ditahan atas kesalahan berkhalwat akan disiasat di bawah Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

"Manakala dua remaja yang ditahan kerana minum minuman keras akan disiasat di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, terdapat dua individu yang cuba meloloskan diri dengan melarikan diri melalui tingkap, namun berjaya ditahan.

PENJELASAN GUAN ENG - KERETA MILIK KERAJAAN NEGERI BUKAN MILIK PERIBADI

IMG-20131231-WA025


Kereta milik Kerajaan Negeri, bukan saya punya – Guan Eng


GEORGE TOWN, 2 JAN – Cemuhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian kereta Mercedes baru berpunca daripada kurang faham isu sebenar.

Penjelasan Guan Eng kepada Roketkini sedikit sebanyak memberikan sedikit rasa lega dan memperlihatkan ketelusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Dalam temu ramah eksklusif bersama beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, Guan Eng memberitahu bahawa jelas sekali kereta tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menyifatkan penggunaan kereta tersebut sebagai sekadar sementara, beliau menambah bahawa kereta tersebut juga tidak akan dibeli sebagai faedah tambahan dengan harga diskaun apabila beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri.

“(Barisan) EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan sebulat suara untuk membeli Mercedes Benz S300L tersebut atas dua sebab, pertamanya kerana nilai untuk wang memandangkan ia dibeli dengan harga RM298 ribu berbanding harga asal RM676 ribu,”

“Kedua ialah kos penyelenggaraan jangka panjang. Anda pasti terkejut dengan perbandingan kos penyelenggaraan untuk kereta Perdana adalah lebih tinggi berbanding kereta Mercedes dalam jangka panjang,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, penjual kereta tersebut juga turut mematuhi kesemua syarat, termasuklah jaminan untuk mengambil semula kereta tersebut dengan kos ditanggung oleh mereka sendiri sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan.

“Di bawah peraturan semasa, anda perlu membeli kereta tersebut terlebih dahulu kemudian baru lah memohon untuk dikecualikan cukai. Jika pengecualian tidak diberikan, maka mesti bayar cukai kepada kerajaan dan ambil kereta tersebut sebagai milikan sendiri,” jelas beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut prihatin dengan kerisauan penyokong akar umbi yang sentiasa mahu pimpinan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang cacat cela.

“Kereta ini bukan milik saya, ia milik Kerajaan Negeri,” kata beliau.

“Pastilah para penyokong mahu kita menjadi ‘lebih putih dari putih’ dan saya memahami perkara itu. Namun barisan EXCO berpendapat bahawa Kerajaan Negeri tidak wajar menolak tawaran sedemikian dengan pengecualian cukai penuh beserta diskaun yang tidak pernah diberikan sebelum ini kepada mana-mana negeri,” tambah beliau lagi sambil menambah bahawa beliau harus berpegang kepada keputusan sebulat suara barisan EXCO.

Sekitar Julai 2008, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mempertahankan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Beliau dilaporkan berkata bahawa keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

Pembelian kesemua 14 buah Mercedes tersebut adalah pada harga penuh, tanpa sebarang diskaun. – Roketkini.com


IMG-20131231-WA001

01 Januari 2014

KES KANTOI ! PDRM MOHON MAAF SELEPAS MEMUAT NAIKKAN GAMBAR PALSU DI HIMPUNAN TURUN !!!!




RALAT: KESILAPAN MEMUATNAIK GAMBAR ANGGOTA POLIS CEDERA

Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baharu.

PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan.

Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekali lagi, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.

Terima kasih.


Selepas teruk dihentam oleh orang ramai  dalam page PDRM  dan media sosial  hari ini   , admin page FB PDRM  akhirnya mengaku sebagai kesilapan kerana muat naikkan gambar yang tiada kaitan langsung dengan anggota polis yang dikatakan cedera semasa Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dataran Merdeka Malam tadi.

BEKAS SULTANAH JOHOR FAIL PERMOHONAN MENGENEPIKAN PERINTAH MAHKAMAH !!!

Bekas Sultanah Johor fail permohonan ketepi cerai daripada bekas sultan


Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar) memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah hari ini untuk mengenepikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikannya.

Beliau memohon keputusan mahkamah bahawa beliau telah diceraikan pada 23 Januari 2009 dan rujuk seminggu kemudian adalah tidak sah.

Dalam afidavit menyokong permohonan yang difailkan hari ini, dia mendakwa jabatan kerajaan Johor khasnya pejabat agama telah disalahgunakan untuk memalukan beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zanariah berkata, bekas sultan tidak pernah membuat permohonan penceraian itu, dan beliau bersama bekas sultan hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dalam keadaan aman dan harmoni sehinggalah sultan mangkat pada 22 Januari 2010.

Dalam kes asal, Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif manakala Tuanku Zanariah sebagai responden yang bermakna bekas sultan itu yang mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Bagaimanapun, Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan atau diserahkan sebarang surat prosiding mahkamah itu dan hanya mengetahui mengenainya pada 30 September 2013 melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin.

"Daripada surat mufti, ia menunjukkan Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menyalahgunakan kuasa pada 6 Ogos 2010 bahawa Sultan Iskandar dan Tuanku Zanariah telah bercerai, dan rujuk oleh almarhum adalah tidak sah," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Tuanku Zanariah.


Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014.Ekoran keputusan mahkamah itu, Tuanku Zanariah berkata, bekas Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010 telah menulis surat kepadanya dan menarik gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah".

Beliau juga berkata, dia tidak pernah dimaklumkan mengenainya dan hanya tahu melalui surat mufti, tiga tahun kemudian.

"Ketidakadilan yang jelas telah dilakukan oleh pelbagai organisasi kerajaan negeri khasnya pihak berkuasa agama," katanya dengan menambah saman ini dibuat untuk membersihkan nama baiknya serta Almarhum Sultan Iskandar, dimana reputasinya telah turut tercemar "tetapi telah tiada untuk mempertahankan diri."

Permohonan difailkan kira-kira jam 10.30 pagi hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Tuanku Zanariah tidak hadir tetapi diwakili oleh peguamnya, peguam syarie Afshah Arifin dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Kes telah ditetapkan pada 20 Januari untuk sebutan.

Di luar mahkamah, anak perempuan bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Iskandar berkata, dia sangat kesal dengan cara bondanya dilayan seolah-olah menggambarkan keluarganya "hidup dalam berdosa".

"Ibu saya bukan wanita jenis itu dan saya berharap kami akan mendapat keadilan," katanya kepada wartawan.

LAPORAN HIMPUNAN #TURUN 311213 : KEJADIAN DATARAN MERDEKA DIRAMPAS & TIADA SEBARANG PROVOKASI BERLAKU -SAKSIKAN VIDEO

Himpunan TURUN 31.12.13: Video Saat Dataran Merdeka Dirampas
.

Ini adalah rakaman LIVE detik-detik para peserta Himpunan TURUN memasuki Padang Merdeka, Dataran Merdeka. Ketika ini acara Sambutan Tahun Baru Anjuran DBKL yang berjumlah RM 15 juta sedang berlangsung. Najwa Latiff baru sahaja selesai menyanyi dan telah di “booo” oleh lebih 50 ribu peserta demonstran.

TIADA SEBARANG PROVOKASI DIBUAT dan TIADA SEBARANG KES RABA DILAPORKAN !!! Tweet Najwa adalah TUDUHAN DAN FITNAH kepada peserta demonstran.
Post by Pencuri Movie.

DIBAWAH LAPORAN TWETTER UTUSAN:


Himpunan TURUN 31.12.13 – Ucapan Dato Bandar Kuala Lumpur & CheguBard

Manakala ini adalah Video ucapan Dato Bandar Kuala Lumpur setelah berlakunya ‘rampasan kuasa’ di Dataran Merdeka pada malam ambang Tahun Baru. Kelihatan Dato Bandar naik ke pentas memulakan ucapan dengan memberi Salam 1 Malaysia lantas di booo oleh seluruh peserta Himpunan TURUN.

Ucapan Dato Bandar dibuat setelah MC Acara Sambutan Tahun Baru Dataran Merdeka menghentikan sambutan serta siaran langsung RTM setelah peserta Himpunan TURUN memenuhi Padang Merdeka, Dataran Merdeka.

Selepas selesai ucapan Dato Bandar, Komrad Che’GuBard telah mengambil alih pentas dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat sempena kejayaan himpunan kali ini. Sambutan Tahun baru 2014 disambut dengan bacaan doa oleh para Mahasiswa.


PANAS ! CERAMAH UAI DI P.PINANG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN - SAKSIKAN VIDEO-VIDEO


SUASANA HADIRAN KETIKA KULIAH AGAMA



Ustaz Azhar Idrus - Hukum putihkan kulit & sedut lemak 31/12/2013


CUBA KITA LIHAT PERBEZAAN MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 ANTARA KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG DENGAN KERAJAAN UMNO/BN KEDAH....

Gambar sebagai bukti berbicara dengan faka dan bukan auta sempena menyambut ambang tahun baru 2014 antara negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP/PR dengan Ketua Menterinya bernama Lim Guan Eng dengan Negeri Kedah Darul Aman yang diperintah oleh UMNO/BN dengan Menteri Besarnya Dato' Mukhriz anak kepada mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad.

DAP yang siang malam pagi petang tanpa henti dan rehat di tuduh oleh macai-macai, balaci-balaci dan juak-juak UMNO termasuk PERKASA,JATI,PEKIDA sebagai parti yang tindas Melayu dan anti Islam telah mengadakan sambutan Menyambut Tahun Baru 2014 dengan ceramah Agama Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus sedangkan Kedah yang dipimpin oleh UMNO .. parti yang sering mendabik dada memperjuangkan Islam sampai di hormati dan dikagumi seantaro dunia telah mengadakan Sambutan Menyambut Tahun Baru 2014 dengan acara hiburan dan tarian gelek.

Gambar diatas konsert artis masih diteruskan di Langkawi

PANAS! LAMAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIGODAM...

Pautan kekal imej terbenam

Laman Kementerian Pendidikan Malaysia Menjadi Mangsa Godam

Hari ini, tahun baru dilihat dimulakan dengan sebuah laman Malaysia, iaitu laman Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi mangsa godam oleh sekumpulan pengodam daripada kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai EvilSha0w Team.

Tiada sebarang mesej yang ditinggalkan pada laman berkenaan, selain daripada hanya memaparkan nama pengodam serta ucapan Selamat Hari Tahun Baru.

Seperti biasa, masalah sekuriti seperti CMS yang tidak dikemaskini, dan mungkin beberapa kerentanan lain menjadi penyebab utama untuk laman tersebut digodam pada ambang tahun baru 2014 ini.


CAPAIAN KE WEB KPM PADA PAGI INI SINI

31 Disember 2013

LAPORAN HIMPUNAN TURUN : LINTASAN LANSUNG DARI LOKASI - KEMASKINI + VIDEO



Pautan kekal imej terbenam


#TURUN - Rakyat terus bantah dan duduk di Dataran Merdeka


Pautan kekal imej terbenam
utusan, tv3 lapor hanya 300 orang ...




Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam
Terima kasih pasukan Polis atas kerjasama. Mr V is here becoz of all Malaysian


Pautan kekal imej terbenam

TERKINI 11.11 MLM
Tiada lagi halangan polis. Semua peserta dibenar ke Dataran Merdeka.

Pautan kekal imej terbenam


: 10.45 malam: Kira-kira 2,000 peserta perhimpunan haram mulai berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka

Helikopter polis belegar-legar di udara bagi meninjau kawasan Dataran Merdeka.

Pautan kekal imej terbenam
SUASANA HIMPUNAN #TURUN MASIH AMAN, KAWALAN POLIS TIDAK KETAT

Pautan kekal imej terbenam
SEKITAR PERSISIRAN DATARAN MERDEKA
10.50 mlm
Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja

Pautan kekal imej terbenam

Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan.

LENSA: # TURUN - Polis Benarkan Peserta Perhimpunan Masuk Ke Dataran Merdeka?





Pautan kekal imej terbenam
Sms palsu yg berniat jahat telah disebarkan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab.


LAPORAN KEMAS KINI -10.20 malam

Pautan kekal imej terbenam
Suasana di Jalan Tuanku Abd. Rahman

Pautan kekal imej terbenam

There is easily 3,000 people now on the march from Sogo to Dataran Merdeka, along Jalan Raja Laut.

Pautan kekal imej terbenam

Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL

Kumpulan dari Masjid Jamek bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam



Kawalan Polis di dataran Merdeka
 Peserta perhimpunan berdiri di sepanjang laluan menghala ke Dataran Merdeka.  #AMBANG2014 #TURUN #RPDM31D
SEKITAR 9.30 MALAM

Suaram & NGO undang2 sedia pasukan ‘urgent arrest’
KUALA LUMPUR 31 DIS: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan kerjasama Lawyers for Liberty (LFL), Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat (Juham) dan sukarelawan undang-undang bersedia dalam pasukan ‘urgent arrest’ sempena himpunan membantah kenaikan harga barang malam ini.

Sekiranya berlaku tangkapan, berikut adalah tindakan yang perlu dibuat.

Sekiranya anda ditahan atau mendapat maklum seseorang telah ditahan, sila SMS maklumat berikut :

1. Nama orang ditahan
2. No kad pengenalan orang ditahan
3. Lokasi ditahan
4. Balai tempat dibawa
5. No telefeon orang ditahan

Nombor Hotline Suaram:

019 8013 149, 013 3845 740,019 9855 412 ,019 2490 167, 017 3855 403, 013 5013 001, 016 6341 133
016 6345 544, 016 6346 633


Sekiranya ditahan, anda hanya perlu memberitahu polis, “Kami ada peguam, dan kami mahu bertemu dengan peguam kami segera”.Pasukan peguam akan membantu anda.


SUASANA SEKITAR LRT MASJID JAMEK


Pautan kekal imej terbenam
      SEKITAR SOGO

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam



POSTER mengandungi perkataan Republik Jatuhkan Kerajaan yang berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan ditampal di beberapa lokasi di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Penampalan beberapa pelekat dengan kata-kata berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan di sekitar ibu kota petang ini.

Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan itu memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Antara lokasi penampalan pelekat itu adalah di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini. - UTUSAN ONLINE

Pautan kekal imej terbenam

Peserta perhimpunan mendakwa terdapat pihak cuba mensabotaj dgn edar tshirt berbaur hasutan.

Pautan kekal imej terbenam
Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad baru sahaja ditutup pukul 6.30 petang oleh anggota Polis Trafik.

Pautan kekal imej terbenam
Bantuan polis dari Seremban memasuki KL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...