Semalam saya telah ceritakan bagaimana Muhyiddin sedang membuat perancangan bagaimana hendak menyingkirkan bosnya, Najib Altantuya melalui gerakan terancang di seluruh negara.
Hari ini saya akan memfokuskan bagaimana Najib Altantuya mahu melantik Zahid Hamidi sebagai timbalannya yang baru menggantikan Muhyiddin.
Ikut perancangan, kem Muhyiddin sudah mendesak supaya pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini tetapi Najib Altantuya tidak mahu ia berlaku kerana melihatkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kekal lemah walaupun boleh menang dengan majoriti mudah.
Kem Muhyiddin boleh dikatakan gelojoh kurang cermat dalam mengatur strategi hingga Najib Altantuya sudah menghidu gerakan menjatuhkannya sejak awal September.
Masih ingatkah lagi poster Muhyiddin mendesak Najib Altantuya berundur di Johor?
Ini bukannya rekaan tetapi benar-benar dilakukan oleh sesetengah juak-juaknya yang setia di Johor termasuk beberapa ketua bahagian Umno yang tidak sehaluan dengan Najib Altantuya.
Najib Altantuya tahu Muhyiddin membisu seribu bahasa dalam skandal Scorpene dan dianggap petanda besar sokongan kem Muhyiddin terhadapnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Seorang ahli dalam kem Muhyiddin mendakwa bahawa Najib Altantuya sudah hilang sokongan akar umbi terutamanya wanita secaraberansur-ansur sejak jawatan menteri pembangunan kaum itu tidak diganti oleh pemimpin wanita yang berkaliber.
Hasil risikan tentera juga mengesahkan perkara itu dan ternyata undi wanita sangat penting dalam menentukan kemenangan BN.
Kesilapan Najib Altantuya adalah dia tidak mempercayai seorang pun pemimpin wanita BN termasuk timbalan ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim kerana dia condong terhadap Muhyiddin setelah Shahrizat Jalil tidak disambung perkhidmatan senatornya 8 April lalu.
Baiklah, mengenai Zahid pula, perkembangan terbaru mengesahkan Najib Altantuya mahu melantiknya tetapi Mahathir tidak setuju kerana telah Najib Altantuya berjanji secara lisan akan melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri.
Mukhriz yang kecewa kemudiannya dikatakan beralih kem dan dalam masa yang sama masih lagi mengharapkan agar Najib Altantuya melakukan apa yang dilakukan bapanya ketika menjadi perdana menteri.
Muhyiddin kemudian berbincang dengan Mahathir secara senyap bagaimana strategi Mukhriz boleh diatur bagi memastikan parlimen Jerlun kekal di tangannya.
Setelah mendapat sokongan yang cukup barulah Muhyiddin menggerakkan gabungan kedua-duanya menjadi satu gerakan kuat bagi menyingkirkan kem Najib Altantuya-Zahid Hamidi kelak.
Perancangan asal Mahathir cuma mahu meletakkan anaknya menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lubuk yang lebih besar sedang menunggu di peringkat persekutuan.
Mahathir juga kecewa dengan Najib Altantuya kerana daya kepimpinannya dianggap terlalu lemah kerana terlalu dikawal oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor.
Dalam keyakinan Najib Altantuya mahu menyingkirkan Muhyiddin, rupanya Zahid sedang dipantau pergerakannya kerana ahli parlimen Bagan Datoh ini merupakan bekas pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang setia.
Zahid yang juga dilihat gelojoh mula membuat kesilapan satu demi satu apabila di parlimennya sendiri, gerakan menyingkirkannya sudah mula bergerak aktif ke seluruh negeri Perak.
Pendedahan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Zahid sebenarnya didedahkan kem Muhyiddin bagi memberi amaran terhadap menteri pertahanan itu supaya jangan bertindak di luar kemampuannya atau hadapi mimpi ngeri jika skandalnya bakal terbongkar!
Bersambung lagi. - JALAN PULANG