25 Mei 2013

LIVE HIMPUNAN #SUARARAKYAT 505 DARI PADANG AMCORP MALL P.J

LINK :   MOBTV









LINTAS LANSUNG : SUARARAKYAT505 - PADANG AMCORP MALL ( UPDATED )

MENYUSUL LAGI......DARI LOKASI  
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
terkini 10.00 mlm
UPDATED 8.30 MLM
TERKINI 7.20 MLM




6.30 PTG - Suasana di Padang Timur Amcorp Mall ketika Aktivis R, Aduka Taruna berceramah.
Laungan "ROYALTI kami dinafikan krn SPR BlackOut, Kami Rakyat Malaysia, Hidup Demokrasi" bergema disini dgn SEMUA HADIRIN berdiri bersama2 laungkan bersama.





Bawani speaking at Black 505 rally at Padang Timur
UPDATED 6.15 PM - LEBIH 40,000 KEHADIRAN


UPDATED 5.40 PTG.
5.00 PM -Terkini:Rakyat Sudah Membanjiri di sekitar Padang Amcorp Mall.








Pautan kekal imej terbenam

TERHOT ! TANPA UNDI 'CIMB' UNDI POPULAR BN CUMA 30%?

Foto
Tanpa "CIMB", undi popular BN mungkin hanya 30%
PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat menolak 'CIMB'.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'.

"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan 'CIMB' ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.

Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.

"BN sedang menghadapi barah tahap keempat dimana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan," katanya.

Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia.

"Kita banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak kita akan gulingkan kerajaan BN,"
katanya yang sekali lagi membuatkan para perwakilan ketawa.



TERKINI ! PKR LULUS TANGGUH PEMILIHAN PARTI


PKR meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti selepas majoriti delegasi bersetuju dengan cadangan tersebut.

 PKR meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan parti selepas majoriti delegasi bersetuju dengan cadangan tersebut yang dibentangkan hari ini oleh Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail semasa Kongres Nasional Ke-9. 

Saifuddin semasa membentangkan usul tersebut berkata penangguhan tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan tarikh pemilihan parti akan diumumkan kemudiaan.

“Usul ini dicadangkan agar tempoh khidmat di Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dilanjutkan tidak melebihi 6 bulan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti sehinggalah pemilihan dibuat,” kata Saifuddin semasa membentangkan usul penangguhan tersebut.

“Ia akan beri mandat kepada MPP untuk cadang pindaan perlembagaan hasil daripada input Cabang mengikut fasal-fasal berkaitan dengan pemilihan parti untuk dibentangkan dan diluluskan dalam satu Kongres Nasional Khas yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan,” tambahnya la
gi.



UALASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN:


Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti'
Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik.

Menurut Wan Azizah, tawaran yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rekonsiliasi politik sebelum ini dilihat tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin BN yang meminta agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya berpindah ke luar negara.


"Tawaran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar mengadakan 

rekonsiliasi terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin BN yang angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain.

"Apakah pemimpin BN tersebut mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain?

"Oleh yang demikian sebagai suara majoriti rakyat kita akan terus menuntut kerajaan minoriti BN bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian bagi hari kedua Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Petaling Jaya.

PKR, bersama-sama dengan PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat,memperolehi 51 peratus undi popular tetapi hanya menang 40 peratus kerusi Parlimen berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus undi popular tetapi menang 60 peratus kerusi.
Sebelum ini, Najib menawarkan rekonsialisasi politik selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyebelahi BN.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke negara lain.

Sementara itu, dalam ucapan sama, berikutan wujudnya dakwaan lebihan kertas undi serta pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Wan Azizah turut mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperluaskan ke seluruh negara.

"PKR dengan ini mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar diperluaskan ke seluruh negara," katanya lagi.

Wan Azizah jua menggesa kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan "kerana bukan sekadar gagal menjamin proses pilihan raya yang bersih dan adil, malah terlibat dalam jenayah penipuan bagi pihak Barisan Nasional".

Beliau berkata hanya satu daripada lapan tuntutan kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH yang dilaksanakan SPR, iaitu dakwat kekal, yang berakhir dengan kegagalan.

Wan Azizah berkata parti itu tetap komited kepada perhimpunan Black 505 di seluruh negara bagi membantah dakwaan penipuan pilihan raya.

Beliau berkata sebilangan besar orang muda menghadiri perhimpunan tersebut dan beliau menyifatkan golongan itu sebagai generasi harapan masa depan.

Wan Azizah berkata, penangkapan dan pendakwaan Adam Adli baru-baru ini menunjukkan kerajaan BN takut kepada orang muda yang berani bercakap kebenaran dan menentang penipuan pilihan raya.

TERPANAS ! BLOG UMNO PERAK DIGODAM ANOYMOUS...LINGKUP YOP...



BLOG UMNO PERAK
Monday, October 26th, 2009

alert(”Massage Kepada Umporno/Be Ending”)

Rakyat Malaysia



Suara Rakyat

Mula Adam Adli Sekarang Nie Ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim Kenapa Mahu Tangkap Orang2 Ini . ? Apa Kelsalahan Mereka ? Kenapa Nak Cari Bala . Wahai Umnporno Korang Dah Nak Pupus Dah Kan

Kenapa Membuat GST ? Orang Miskin Nak Cari Makan Pun Korang Nak GST Jugak ? . Eh Umprono/Be End . Korang Ingat Korang Yang Berkuasa Kat Bumi Nie ? Korang x ingat siapa yang berkuasa . Korang hanya ingat duit dan harta sahaja yang berkuasa..

Kepada Umporno Dan Be End . Sudah2 Lah Nak Menfitnah Orang Yang Menginginkan Kebebasan Rakyat . Sudah Lah Buat Cerita Macam Budak2 Tadika . Ingat Tuh . Dan Ingat Hanya Yang Atas Sahaja Yang Maha Berkuasa Di Bumi Ini . Bukan Nya Umnporno / Be End Zionis

Rakyat Mahu Bertanya . Polis Ini Menjaga Negara Ker ? Atau Memusnahkan Negara Dan Rakyat nya ? Umporno/Be End Sila Jawab

Sila Jangan Masukan Politik Di Dalam Sekolah . Kepada Cikgu2 Yang Tegar Umno Sila Tutup Mulut Anda . Buat Kerja Anda Seperti Biasa . Jangan menyabitkan Sekolah Dengan Politik ! UmnoPorno / Be End

Bebaskan Rakyat Dari Cengkaman Orang Yang Melakukan Kezaliman Kepada Rakyatnya

Rakyat Tidak Takut Kepada Kerajaan Yang Zalim Kepada RakyatNya . Dan Meragut . Melakukan Fitnah Menggunakan Media Television . Dan Rakyat Akan Bangkit Untuk Melawan Kerajaan Yang zalim . Say No To Racis .

Greet:-AL-,-ManSykez-,-ML-

SEMUA BLOG UMNO BAHAGIAN YANG DIGODAM....
#Black505

Punca Pencerobohan Lahad Datu Dikenal Pasti

Pendatang asing ancam keselamatan: Hamza

p/s: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahidi sila beri tumpuan terhadap ancaman pendatang asing dan ambil tindakan tegas.



KOTA KINABALU : Pencerobohan warga selatan Filipina di Lahad Datu awal Februari lepas tiada kaitan dengan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata polis membuat pertemuan dengan penceroboh dan perkara itu tidak ada kaitan dengan RCI.

"Kita telah mengenal pasti mengapa mereka mendarat di Lahad Datu. RCI bukan punca kejadian ceroboh itu," katanya menjawab soalan anggota panel Suruhanjaya bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon.


Hamza juga berkata pencerobohan itu merupakan contoh kebanjiran pendatang asing ke Sabah boleh mengancam keselamatan di negeri itu kerana mereka yang terlibat mendapat sokongan rakan senegara yang mempunyai ikatan kekeluargaan atau kenalan yang bermastautin Sabah.

Menjawab soalan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, Hamza berkata ancaman keselamatan negara bukan sahaja berpunca daripada pendatang asing malah warga tempatan.

"Penceroboh ini juga dapat masuk ke negara ini kerana mendapat sokongan daripada rakyat tempatan, tetapi yang terlibat itu tidak ramai," katanya ketika menjawab soalan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping
Hamza, yang dilantik ke jawatan tertinggi polis di Sabah pada 2010, juga menafikan penceroboh dapat masuk ke negeri ini kerana mereka memiliki kad pengenalan.

"Saya terlibat dalam kes pencerobohan Lahad Datu ini sejak dari awal lagi. Saya yakin 100 peratus bahawa penceroboh orang Suluk itu adalah pendatang tanpa izin, mereka tidak mempunyai kad pengenalan," katanya sambil menambah penceroboh sudah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) serta didakwa di mahkamah.

Menjawab soalan peguam pemerhati dari Persatuan Undang-Undang Sabah Datuk John Sikayun, Hamza berkata beliau tidak boleh memberi jawapan sama ada pencerobohan di Sabah akan berlaku lagi.

Bagaimanapun, pegawai polis itu yakin penubuhan ESSCOM mampu mencegah kemasukan pendatang tanpa izin sejajar matlamat penubuhannya bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah.

Kepada soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, Hamza berkata Indeks Jenayah melibatkan warga asing di Sabah kurang daripada 30 peratus sejak tahun 2000 hingga 2011.

Beliau berkata situasi itu pada pandangannya adalah tidak membimbangkan.

"Kalau kita lihat peratus indeks jenayah yang dilakukan pendatang tanpa izin ialah antara 20 hingga 25 peratus, ia tidak mencecah 30 peratus," katanya.

Hamza juga tidak bersetuju dengan cadangan Manoj bahawa peratusan jenayah yang dilakukan warga asing dan warga tempatan adalah sama, iaitu 50-50.

"Sebagai contoh, bagi Januari hingga Disember 2000, jumlah tangkapan ialah 1,258 dan yang melibatkan warga Filipina ialah 151 orang , Indonesia 153 orang manakala 934 warga tempatan," katanya.

Beliau berkata bagi menangani masalah pendatang tanpa izin, polis Sabah yang berkekuatan lebih 6,000 anggota menjalankan pelbagai operasi selain bekerjasama dengan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen bagi kesalahan melibatkan dokumen perjalanan.

Ditanya pengerusi Suruhanjaya itu, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak sama ada polis mempunyai logistik dan anggota yang mencukupi dalam menangani jenayah oleh pendatang tanpa izin, Hamzah mejawab 'setakat ini cukup'.

Pada peringkat ini, Manoj dengan nada bergurau berkata "jika anda ingin meminta jumlah anggota polis ditambah, inilah masanya".


Menjawab soalan John, saksi itu berkata jika polis mendapati pendatang tanpa izin yang ditahan memiliki kad pengenalan yang meragukan, mereka akan merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen. (Bernama)

Sumber gambar 

24 Mei 2013

(Newsflash) Mat Sabu: Mari Kita Ketawakan SPR...UMNO, HaHaHa! Ketawakan Najib, HaHaHa!




TERKINI! HAKIM BEBAS 3 TAHANAN AKTA HASUTAN ,TOLAK PERMOHONAN REMAN POLIS


Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.

Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini menyifatkan tangkapan sebagai sebahagian daripada tindakan keras kebangsaan mengenai pembangkang persekutuan.

Ahli-ahli politik Chua Tian Chang, Tamrin Ghafar, aktivis politik Haris Ibrahim telah ditangkap kerana hasutan semalam dan ditahan semalaman di lokap polis di Jinjang, kononnya untuk siasatan di bawah Seksyen 4 (1) © Akta Hasutan dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.


"Kami memuji seorang majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas, "kata Chua selepas berjalan keluar dari lokap dengan peguam beliau, merujuk kepada majistret Norashikin Sahat.

"Itulah sebabnya kita telah dibebaskan tanpa syarat," kata PKR naib presiden yang adalah yang terakhir untuk berjalan keluar, dengan Tamrin dan Haris berjalan keluar bersama-sama sebelum ini.

Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah diadakan mini protes di luar lokap, menjerit slogan dan memegang sehingga pelekat untuk menuntut pembebasan ketiga-tiga mereka.

Haris, peguam Gobind Singh Deo hari ini berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai yang "kenyataan menghasut" pelanggan atau dua yang lain telah ditahan atas.
Ketiga-tiga dipercayai ditahan atas penglibatan mereka dalam satu forum pada 13 Mei ke atas keputusan pilihan raya umum yang baru berakhir.

Pagi semalam, pelajar aktivis Adam Adli Abdul Halim didakwa menghasut kerana penglibatan beliau dalam forum yang sama di mana beliau dituduh rali rakyat Malaysia untuk mengambil jalan-jalan untuk menggulingkan kerajaan BN.

24 tahun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan RM5, 000 ikat jamin dengan set percubaan beliau untuk menyebut pada 2 Julai.


Walaupun pembebasan tiga hari ini, Chua mendakwa mempunyai pengetahuan yang lebih ramai orang mungkin akan ditangkap.


"Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak-hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang," kata Ahli Parlimen Batu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua








Menyusul Lagi....

TERHOT ! GAMBAR & VIDEO PENANGKAPAN TIAN CHUA, HARIS JUGA TAMRIN - SAKSIKAN






Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan semalaman di Lokap Jinjang

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini. 


 Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan sekitar tengahari tadi dimasukkan ke lokap berkenaan sekitar jam 5 petang tadi.

Ketika sidang media, peguam mewakili Haris, Gobin Singh Deo berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dimaklumkan “kenyataan menghasut” bagaimana yang telah dikeluarkan kesemua pemimpin pembangkang berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan.

“Mereka telah ditahan dan akan di bawa ke lokap untuk permohonan reman ... kita baru dimaklumkan ketiga-tiga mereka akan ditahan, untuk siasatan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Polis akan bawa mereka esok jam 11 pagi untuk permohonan reman, kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya,” katanya.
Individu pertama yang ditahan dan didakwa di bawah akta berkenaan adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu.

Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin yang merupakan bekas ahli Parlimen Batu Berendam turut ditahan ketika sedang makan di Bangsar.
Tian Chua diwakili peguam, New Sin Yew manakala Tamrin diwakili Dr Dzulqarnain Lukman.

Turut hadir di balai polis Jinjang adalah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memberikan sokongan kepada ketiga-tiga mereka.

Pihak polis turut dilihat telah mengepung kawasan sekitar balai polis berkenaan tepat jam 6 petang tadi dan melarang mana-mana pihak daripada melakukan demonstrasi pembebasan ketiga-tiga mereka dengan meletakkan kon dan tali penghadang polis.



Adam Adli telah didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.

Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam yang hadir berbaju T hitam diwakili peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor, dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.

Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
“Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam.
Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan.

Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah :”Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.

“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ...”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-duanya yang baru dilantik selepas Pilihan Raya 2013 telah memberi amaran dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.





Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

KENAPA AMOI DAN APEK SOKONG ADAM ADLI ?



Kenapa Cina sokong Adam Adli?

ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.


Waktu itu, Raja Petra (kiri) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia dibebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.

Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.

'Tsunami Cina' di Jinjang

Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.

Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

"Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.

Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.

Kesilapan keutamaan

Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

Tiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.


Tetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.


Itu saja Cina mahu?

Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak semalam juga masih mahu kepimpinan Melayu.

Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.


Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang (kanan), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya semalam dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.

Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.~ SUMBER

TERHANGAT ! PUNCA BANGUNAN DAN BINAAN ROBOH DI TERENGGANU TERBONGKAR?!!!

Kalau kita lihat Terengganu sudah macam jadi negara BANGLADESH jika kita lihat senario runtuh bangunan disana....mungkinkah projek2 di Terengganu telah di sub kepada kontraktor BANGLASIA atau kontraktor KRONI yang mana dipertikai kelayakannya....?

TAPI BANYAK ORANG KATA PUNCANYA SEBAB DIBAWAH :

Masjid Dirobohkan?

Lihatlah rakusnya manusia untuk meruntuhkan rumah Allah di Terengganu.Berlaku pada tahun 2005. Orang KG bersungguh sungguh pertahankan dari diroboh. Tetapi pihak berkuasa tetap dengan pendirian mereka.

Adakah ini yg kita mahu? lihatlah balasan dari Allah apa yg terjadi dekat terengganu sekarang. Kita dengar berita stadium runtuh dan macam2 lagi.


Jika kita jahil jangan tunjuk KEBODOHAN kita tu. sama2 perbaiki diri.

admin tak sanggup nak tengok part org yg ditugaskan untk merobohkan masjid tu

lihat  video dibawah pada minit 4:28



Sejak mereka robohkan masjid bujal,bangunan di terengganu yg dibina sumenye roboh..knape ye???

Berikut dilampirkan senarai terbaru binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008;


1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.

10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

10. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012

12.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012

13. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta


15. Malapetaka banjir terbesar  di Ulu Terengganu, Tebing Empangan Pecah
Tarikh: 25hb. Disember 2012
maklumat baca di Bawah:

SAH TEBING EMPANGAN PAYA BEDA RUNTUH ( PECAH ) - JURUTERA PROJEK


Banjir luar biasa di Besut ekoran limpahan air dari Empangan Paya Beda


BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

SAMBUNG LAGI SINI

2013 OPS RUMPUT? 1987 OPS LALANG....TRANSFORMASI APA NIE...!!!


Pakatan: Tindakan keras terhadap pembangkang menunjukkan reformasi adalah penipuan

Tambah kapsyen

PETALING JAYA, 24 Mei — Tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan pengkritik sepanjang minggu ini adalah petanda jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah jujur dalam mahukan reformasi politik sebenar, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam satu perhimpunan di sini malam tadi.

Mereka memberitahu hampir 5,000 hadirin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan sebagai langkah untuk kebebasan sivil akan tetapi penangkapan empat orang lelaki di bawah undang-undang itu bermaksud ikrar reformasi hanyalah bertujuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.

“Apa janji mereka? Oleh Barisan Nasional dan perdana menteri minoriti? Mereka tidak pernah berkata era kerajaan tahu semua sudah tamat? Demokrasi mekar dibawah tiang 1 Malaysia?

“Mereka tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan? Kita telah dijanjikan! Kita telah dijanjikan oleh kerajaan BN,” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam perhimpunan “kesyukuran” PR di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Batu dari PKR Chua Tian Chang, Tamrin Ghafar dari PAS dan aktivis politik Haris Ibrahim ditahan semalam kerana menghasut dan ditahan semalaman di lokap berpusat Balai Polis Jinjang di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Najib telah berjanji untuk memansuhkan undang-undang itu apabila mengumumkan program reformasi politiknya termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak berapa lama sebelum Pilihan Raya 2013 berlangsung.

Chua, Tamrin yang satu ketika dahulu ahli Parlimen Batu Berendam dan pemimpin Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris, ditahan secara berasingan petang semalam kerana menghasut dalam apa yang dilihat sebagai tindakan keras kebangsaan terhadap penyokong pembangkang.

Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.

Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

Mendakwa pilihan raya dicurangi, PR setakat ini enggan untuk mengiktiraf keputusan Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan BN dan Najib mempertahankan kuasa akan tetapi dengan majoriti kurang. Gabungan dipimpinnya juga hilang undi popular menyebabkan ianya menjadi kerajaan minoriti.

Bekas menteri undang-undang Umno Datuk Zaid Ibrahim mengatakan tindakan keras memberi isyarat BN takut dengan kekuatan pembangkang yang semakin berkembang, dan penahanan adalah satu-satunya cara Najib untuk memastikan gabungan dipimpinnya boleh terus mengekalkan kuasa.

Beliau juga menegaskan penahanan dibuat di bawah Akta Hasutan walaupun Najib berjanji untuk memasuhkan undang-undang itu.

“Mereka tahu PR telah menang lebih daripada 50 peratus undi popular dan mereka telah menang melalui penipuan… dan sekarang anda berhadapan dengan penangkapan ini walaupun Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari DAP Datuk Teng Chang Kim mendakwa tindakan keras dilakukan untuk menenangkan ekstrimis Umno dan mengukuhkan kedudukan beliau kerana mungkin akan dicabar pada pemilihan parti akan datang berikutan prestasi yang lemah dalam Pilihan Raya 2013.

“Beliau sedang berserabut. Beliau takut. Sebab itu beliau tunjukkan kepada ekstrimis Umno beliau boleh bersikap keras,” katanya.

Semalam penggubal undang-undang DAP mencadangkan pentadbiran Najib menunjukkan situasi ala 1987 disebalik panggilan untuk “perdamaian nasional” melalui tindakan keras kementerian dalam negeri terhadap personaliti pembangkang dan media mereka.

Menteri Dalam Negeri baru dilantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walau bagaimanapun mempertahankan tindakan polis, mengatakan mereka mempunyai asas dan bukti kukuh untuk membuat penangkapan. Sumber

23 Mei 2013

LIVE : 505BLACK DARI TERENGGANU

SIDANG DUN KEDAH TANGGUH, MB BARU NAK PI MAKAN ANGIN....BATAL MAJLIS ANGKAT SUMPAH PAKAI SMS..GASAK HANGPA...

Sidang DUN tangguh kerana MB pi bercuti kat Eropah! Mampoih aihh, macam ni punya kerajaan pun ada dalam dunia ni...



Oleh: Mat Kering

Tadi MK dapat info dari seorang ADUN BN bahawa Majlis Angkat Sumpah Sidang DUN Kedah yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun 2013 terpaksa ditangguhkan ke 23 Jun.


 Waktu makluman Sidang DUN dibuat ia melalui surat rasmi yang dihantar pada ADUN tapi bila dibatalkan ia cuma dimaklumkan melalui panggilan telefon dan sms. Cuihh apa punya koman kerajaan negeri dok ada..


Yang lebih mengejutkan MK, menurut ADUN BN tu ialah penangguhan dibuat kerana MB Mukhriz nak pi bercuti kat Eropah selama dua minggu. Nah aihh MB hangpa... pecacai bawahan pulun buat kerja dekat nak mampoih nak menangkan BN.. bila menang Mukhriz pi makan angin kat Eropah, orang bawah pi makan wap kat Danork guna duit sendiri. Nasib badan laaa..

Eh, Mukhriz pi luar negeri tu guna duit Tun Madey ka, duit rakyat? Jawab sat.


Tunggu berita panas selepas ni... MBAS akan roboh gerai peniaga di Taman Pelangi... baru menang tiga minggu dah tunjuk samseng dekat orang Melayu. Notis dah keluar, MB dok makan angin luar negeri... peniaga tunggu masa saja gerai nak kena roboh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...