25 Januari 2014

UNDI TIDAK PERCAYA UNTUK NAJIB, UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA !!!




Undi tidak percaya Najib, BN perlu fikirkan rakyat

 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diharapkan tidak memikirkan soal politik semata-mata, sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat dan negara untuk bersama-sama mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad Shah, yang menyokong penuh gesaan untuk mengemukakan undi tidak percaya itu, berkata terlalu banyak isu kritikal yang melanda negara, namun tidak dapat diselesaikan sebaiknya oleh Najib.


"Kalau PM tidak sanggup memainkan peranan dalam menyelesaikan segala isu kritikal di negara ini, termsuk isu kalimah Allah, kenaikan harga barang dan pelbagai krisis lain, eloklah jika kita mencari ganti Perdana Menteri bagi memastikan kapal kita memiliki nakhoda yang benar-benar ada hala tujunya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya Ahli Parlimen BN perlu sedar dan berani untuk bersama-sama menyokong usaha untuk mengemukakan undi tidak percaya ini demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Kelmarin, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengajak ahli parlimen BN bersama-sama mengemukakan undi tidak percaya atas kegagalan Najib mentadbir negara ini dengan lebih baik.

Mahfuz, dalam kenyataannya semalam berkata usul tidak percaya itu wajar dilakukan demi kepentingan negara dan rakyat, di mana negara tidak 
mampu lagi mempunyai PM 'kangkung'.

TERHANGAT ! MUKRIZ BUAT U-TURN ISU KRITIK KANGKUNG NAJIB....!!!



Mukhriz: Kenyataan diputar belit


Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.

“Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu,” katanya.

Mukhriz berkata, beliau menerima dengan hati terbuka teguran daripada Tengku Adnan terhadap dirinya, selain turut menjelaskan mengenai kenyataan sebenar yang diputar belit.

“Umno adalah sebuah parti yang bersifat terbuka dan tidak tertutup kepada kritikan yang mampu membina atau mengukuhkan parti.

"Saya tak lihat kenyataan saya itu sebagai satu kritikan melulu, saya lakukannya secara berhemah kerana rasa hormat kepada pucuk pimpinan dan atas dasar sayang pada parti,” katanya.

Menurutnya, diharap kenyataan beliau itu tidak lagi disalah erti berikutan penjelasan sudah dibuat dan jelas menunjukkan ia bukan diucapkan sedemikian rupa.

Pada Ahad lalu, Mukhriz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada dasar kerajaan betul tetapi tidak popular menyebabkan timbul persepsi kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak, berikutan banyak kawasan BN hanya menang dengan majoriti kecil.

Selain Mukhriz, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegur pentadbiran perdana menteri dengan mengatakan Najib sewajarnya mengurangkan perbelanjaan dan bukannya memotong subsidi.

Isu terbabit turut mendapat reaksi Ibu Pejabat Umno, apabila Tengku Adnan memberi teguran kepada Mukhriz supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan pandangan, dan bukannya secara terbuka.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, Mukhriz seharusnya menggunakan pendekatan perbincangan dalaman bersama pimpinan tertinggi kerajaan terlebih dahulu, kerana tindakannya itu boleh menjejaskan nama parti.

KANKUNG TERUS POPULAR....DIJANGKA HARGANYA AKAN NAIK MELONJAK.....NAJIB KATA SATU LONJAKAN....

Pautan kekal imej terbenam

Bantah BN barang naik! Restoran di Taiping hari ini masak kangkung &kari bantah harga naik.Masa utk berubah!

Pautan kekal imej terbenam

PUNCA KADAR JENAYAH TINGGI , PEGAWAI POLIS MUDAH DIRASUAH !!!


Pegawai kanan polis salur maklumat kepada SPRM


Seorang pegawai kanan polis yang merupakan di antara 60 pegawai sedang disiasat atas tuduhan rasuah merupakan sebilangan anggota menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan lebih banyak anggota tidak terlepas daripada pendakwaan.

Sumber penyiasatan rasmi SPRM berkata, pegawai kanan polis dan beberapa anggota lain bersedia menamakan beberapa pegawai kanan lain demi kebebasan mereka.

“Penyiasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai kanan polis hidup mewah melebihi pendapatan mereka.

“Kebanyakan pegawai kanan polis ini bertugas di seluruh negara dan didapati memiliki sekurang-kurangnya RM1 juta atau lebih dalam akaun bank mereka.

“Pegawai ini tidak berselindung atau cuba menyembunyikan kemewahan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, penyiasat menghabiskan banyak masa mencari dari sumber mana pegawai polis berkenaan mengumpulkan kemewahan.

“Bagi memastikan siasatan kali ini berhasil, SPRM mengadakan kerjasama dengan anggota polis,” katanya.

Awal bulan ini, The Malaysian Insider melaporkan anggota polis yang tidak berpuas hati mengadu kepada SPRM menyebabkan satu siasatan dijalankan membabitkan siasatan terhadap 60 anggota polis.

Usaha pencegahan rasuah itu merupakan satu usaha sama di antara SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Anggota polis berkenaan disyaki meminta rasuah kepada pemilik perniagaan haram di ibu kota.

Perniagaan itu meliputi perjudian mesin kuda sehinggalah ke sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pemilik perniagaan menyumbang RM10,000 hingga RM50,000 kepada anggota polis bagi mengelak premis mereka daripada diserbu dan perniagaan diganggu,” katanya.

Berdasarkan siasatan SPRM, seorang pegawai kanan polis berpangkat "Datuk" baru-baru ini ditukarkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

“Datuk” itu disiasat SPRM setelah ditemukan RM6 juta dalam pelbagai akaun miliknya.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat “Datuk” itu.

Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis berkenaan.

"Akaun bank mereka sudah diteliti, termasuk urus niaga ditahun kebelakangan ini, semua hartanah yang mempunyai nama mereka atau ahli keluarga mereka, pinjaman, lawatan ke luar negara, perbelanjaan bulanan dan tahunan mereka dan kawan-kawan rapat mereka semuanya disiasat." katanya. ~ TMI

24 Januari 2014

Najib " Bagai Tikus Membaiki Labu "


Sayangnya Najib membaiki labu



TIDAK pasti berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang percaya tentang apa juga penjelasan Perdana Menteri Najib Razak mengenai apa jua perkara. Beberapa hari lalu, dengan wajah selamba yang sudah hilang seri dan komersialnya, Najib muncul di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan.

Bercakap kepada kakitangan kementerian berkenaan seolah-olah bercakap kepada seluruh negara, Najib tidak ketinggalan menyelitkan perihal ejekan dan cemuhan ‘kangkung’ yang diterimanya dari rakyat Malaysia pelbagai lapisan. Namun, seseorang boleh membayangkan berapa ramai percaya atau yakin dengan penjelasan beliau.

Untuk menekankan kononnya beliau sememangnya faham konsep penawaran dan bekalan dalam pengurusan ekonomi makro (ekononi negara), menurut Najib tujuan beliau (dibaca, menarik dan mengurangkan subsidi; membiarkan kenaikan barangan dan perkhidmatan tanpa apa juga bentuk mekanisme kawalan; membiarkan matawang ringgit berada pada paras terendah di tukaran wang asing akibat simpanan luar yang terlalu berlebihan, iaitu bernilai sembilan bulan import tertahan berbanding tiga bulan import tertahan sebagaimana diamalkan oleh kebanyakan negara termasuk negara kaya dan maju; membiarkan hutang negara menghampiri had dibenarkan undang-undang sehingga pengkadaran kredit antarabangsa mengalami penurunan gred; dan macam-macam lagi), "bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa lonjakan ekonomi."

obses perkataan

Tidak dapat dinafikan kebanyakan ahli politik Umno terkena penyakit ‘obses perkataan’ apabila menjadi pemimpin dan apatah lagi apabila menduduki jawatan kerajaan. Perkataan kegemaran Najib ialah ‘transformasi’. Sikit-sikit transformasi seolah-olah dengan jentik jari eknomi Malaysia boleh menjalani proses perubahan struktur semalaman.

Tujuannya sudah tentulah bagi menceritakan kepada rakyat Malaysia dan dunia, dia tahu apa yang dilakukannya dan dia memiliki resepi yang tidak ada pada sesiapapun termasuk pakar ekonomi terulung sekalipun.

Kini Najib bercakap tentang ‘lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi’. Apakah Najib secara serius yakin, Malaysia akan menjadi negara maju dan rakyatnya akan berpendapatan tinggi’ hanya dengan satu ‘lonjakan’? Apakah usaha menyusun semula struktur ekonomi sesebuah negara seperti melonjakkan diri untuk melangkah longkang?

Barangkali filem Hollywood ‘The Transformer’ memberikan inspirasi untuk Najib menggunakan perkataan ‘transformasi’. Kepada minda Najib jika sebuah robot boleh ditukarkan sekelip mata menjadi sebuah trak gempur, maka perihal sama boleh digunakan untuk meyakinkan rakyat Malaysia.

Justeru jika adapun sesuatu yang menyerlah tentang Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ialah betapa beliau gemar mencipta atau memperkenalkan istilah baru yang bunyinya cukup ‘bombastik’ kepada rakyat kampung dan mereka yang kurang faham tentang ekonomi.

Kini perkataan ‘lonjakan’ kian menjadi perkataan ‘favourite’ Najib. Walaupun tidaklah sebombastik ‘transformasi’ namun ia memberikan semacam ‘ummph’ kepada resipi ekonomi di awang-awangan beliau.

bukan sekadar lonjakan

Begitupun, setiap pakar ekonomi arif betapa untuk menjadikan sebuah negara miskin atau membangun kepada sebuah negara maju bukanlah boleh dibuat dengan hanya sekadar lonjakan. Malah jika terdapat usaha gigih ke arah lonjakan sekalipun, ia akan membawa padah.

Contoh paling jelas adalah apabila China ketika dipimpin oleh Mao Zedong (yang tak arif tentang ekonomi) melancarkan kempen ‘Lonjakan Besar Kehadapan’ (The Great Leap Forward) di antara 1958 sehingga 1961 bagi mentransformasikan negara tersebut dari berasaskan ekonomi tani kepada ekonomi berasaskan industri.

Akhirnya bukan sahaja kempen tersebut gagal, ‘lonjakan’ yang cuba dipaksakan oleh Mao ke atas rakyatnya mengakibatkan malapetaka berskala besar dalam apa yang dinamakan sebagai ‘Great Chinese Famine’ (Kebuluran Besar China) dan mengakibatkan sebanyak di antara 18 hingga 45 juta nyawa rakyat terkorban.

Sejarahwan terkemuka Belanda Frank Dikotter dalam bukunya, Mao’s Great Famine merumuskan Lonjakan Besar Kehadapan China bukan menghasilkan motivasi ekonomi tetapi sebaliknya "memotivasikan satu daripada penyembelihan beramai-ramai manusia terbesar dalam sejarah manusia".

Lonjakan tajaan Najib bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia belum sampai ke peringkat sebagaimana dialami dalam The Great Chinese Famine. Tetapi dengan kadar inflasi pasca-bajet meningkat pada angka 3.2 peratus Disember lalu (sebagaimana dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan) berbanding 1.2 peratus setahun lalu; kenaikan harga minyak sebanyak 10 peratus; tarif elektrik 15 peratus; pelbagai barangan dan perkhidmatan pelbagai peratus.

Matawang ringgit yang terus melemah dengan penurunan 1.5 peratus lagi sejak awal tahun; dan cukai GST serta kenaikan tol lebuhraya yang bakal dikuatkuasakan; dan macam-macam lagi, tidak mustahil Malaysia dan rakyatnya sedang bergerak deras ke arah mala petaka ekonomi.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”

Dalam sebutan masyarakat Melayu pula: "Bagai tikus membaiki labu." 

PEMBALAKAN DI KEDAH KIAN RAKUS, PENDUDUK GESA KERAJAAN HENTI PEMBALAKAN !!!



Bagi pengguna jalanraya di sekitar Kedah anda dapat melihat lori-lori balak bertali arus membawa balak ada yang saiz besar dan ada saiz dahan dan ranting balak ......lepa punggah habis-habisan....

Nahhhh...baru hang pa kenai sapa itu BN. Dahulu kata Kerajaan PAS curi balak, sekarang apa dah jadi...takan nak tengok saja..buat la demo macam dulu

Amno/Bn memang yang terbaik kerana rakyat undi dalam PRU ke-13...  ingat nak berenti keluar balak ...lagi sakan depa gasak ...!!!

Penduduk rayu k'jaan Kedah henti pembalakan

Kerajaan negeri Kedah dirayu agar menghentikan segera kerja-kerja pembalakkan di kawasan berdekataan Kampung KEDA Kemangi, Kupang dekat Baling yang dikhuatiri akan menyebabkan hakisan dan masalah bekalan air.

Desakan itu dibuat sekumpulan lebih 200 penduduk dari enam buah kampung yang berdepan masalah pencemaran air terutama pada musim hujan, selain kekeringan air ketika musim kemarau jika projek pembalakkan itu diteruskan.

Seorang wakil penduduk, Nasir Awang, 50, berkata penduduk meminta kerajaan negeri agar tidak bertolak-ansur dengan pihak pemegang konsesi yang mendapat kelulusan membalak sewaktu kerajaan PAS mentadbir negeri Kedah sebelum pilihan raya umum yang lalu.

"Kami mahu menteri besar tegas tidak membenarkan kerja-kerja pembalakan diteruskan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang hanya satu kilometer dari perkampungan KEDA Kemangi," katanya ketika ditemui di Kampung Keda Kemangi di Baling petang semalam.

Kampung terlibat ialah kampung KEDA Kemangi, Kemangi, Bendang Baru, Padang Lengkuas, Kuala Kuang dan Padang Dan yang menempatkan sebanyak 350 keluarga dengan lebih 2,000 penduduk.




HOT ! VIDEO INDONESIA TURUN SALJI KALI PERTAMA TERSEBAR !!!


VIDEO: Indonesia Turun Salji Kali Pertama?



Hujung tahun lalu, Vietnam dan Mesir mencatat sejarah iklim luar biasa apabila salji tiba-tiba turun di kawasan tertentu negara berkenaan.

Tup-tup semalam, tersebar pula video menunjukkan fenomena serupa berlaku di negara jiran kita, Indonesia yang beriklim tropika.

Dalam video yang dimuatnaik di YouTube itu, pembaca berita Chelms Ford News melaporkan tentang kejadian luarbiasa apabila bahagian Utara di Kepulauan Indonesia dikatakan dihujani salji buat kali pertama.

Bagaimanapun pemeriksaan ADMIN di web-web di Indonesia tiada langsung  mengenai berita ini , berita ini kemungkinan palsu dan boleh dipertikaikan kerana ia tidak menampilkan saksi dan memberitahu lokasi yang benar-benar jelas. Apa yang dipaparkan cuma deraian salju yang mungkin dirakam di negara lain.

Pemeriksaan di laman web chelmsfordweeklynews juga tidak menemukan sebarang berita tentang perkara ini.

Apa pun, jika benar ini laporan berita palsu memang rajin sungguh pihak yang melakukannya buat kerja-kerja suntingan.


Published on Jan 22, 2014
Salji turun pertama kali di Indonesia dilaporkan di bahagian utara kepulauan Indonesia.


PENGAKUAN YANG JUJUR " ISU KANKUNG " MENTERI-MENTERI NAJIB AMBIL JALAN SELAMAT


Menteri perlu pertahankan kerajaan, elak dimanipulasi pembangkang



Pemimpin kerajaan dan menteri perlu bersuara dan mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang dibangkitkan rakyat daripada mengambil pendekatan lebih selamat, kata Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Beliau berkata, kini adalah masa untuk mereka berganding bahu dalam mempertahankan kerajaan dalam isu-isu melibatkan rakyat yang sedang dimanipulasi oleh pembangkang dan membawa negara menghampiri krisis.

"Cari jalan mengenai bagaimana untuk mempertahankan kerajaan, sebagai contoh (bagaimana menteri-menteri dapat menghentikan) isu kangkung, saya tidak nampak sesiapa tampil untuk membantu dan menyokong beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), ini tidak sepatutnya berlaku, (mereka tidak sepatut) 'ambil pendekatan selamat'," kata Abdul Rahman.

"Masanya sudah tiba untuk anggota Kabinet mempertahankan perdana menteri, jika tidak jangan jadi anggota Kabinet," katanya kepada Bernama pada majlis penghargaan tenaga pengajar dalaman program Bernama School of Journalism (BSJ) di sini, hari ini
.

Beliau berkata, dalam barisan kepimpinan perdana menteri sebelum ini, kerajaan mempunyai jurucakapnya sendiri untuk mengendalikan isu-isu, lebih-lebih lagi sekarang apabila media sosial digunakan secara meluas untuk mencetuskan salah faham dan melemparkan tohmahan.

23 Januari 2014

KOLEKSI MENTERI & AHLI PARLIMEN BERTARAF KANGKUNG BERCAKAP.....






Ewaahh...si bahlol ni beri teka teki plak.....aku pun nak beri teka teki juga. " Di dalam seluruh dunia ini, selain di malaysia, cuba tunjukkan pada aku seorang saja menteri bodoh macam dia ni? ". kecuali malaysia ok.....sbb kat malaysia ni melambak boleh timbang kilo yg bodo...


PENGERUSI SPAD TERLEBIH MAKAN KANGKONG...bekas menteri lagi sakan.....

Kali ini ibubapa pulak dipersalahkan kerana kenaikan tambang bas sekolah. Punca sebenar kenaikan minyak disorokan disebaik daun Kangkong.


JaNGAN SAMPAI ada menteri cadang tanaman kankong diharamkan kerana menyebabkan punca penyakit GILA BABI    sudah laa.................



Nak tanya menteri-menteri kangkung yang bijak pandai......negara mana paling takut dengan KATUN ??

PERKASA DAN UMNO DALANG DISEBALIK KES PUKUL PEGAWAI KERAJAAN - DAKWA TKM1 -SAKSIKAN VIDEO TERPANAS

Video diatas Penolong Pengawai Daerah dibelasah ..!! Saksikan..



Sebelum itu.. baca dulu laporan dari BERNAMA yang mendedahkan siapakah gerangan yang membelasah Ketua Penolong Pengawai Daerah dalam satu operasi merobohkan binaan haram di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

GEORGETOWN: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara jam 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.

"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.





LAGI GAMBAR-GAMBAR INSIDEN KEGANASAN TERSEBUT


EKORAN DARI KEJADIAN TERSEBUT :

Kes pukul pegawai kerajaan, mesyuarat tergempar esok


GEORGE TOWN - Suatu mesyuarat tergempar membabitkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bakal diadakan pada jam 3 petang esok di Pejabat Ketua Menteri, Y.A.B.Tuan Lim Guan Eng berhubung insiden Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan Omar dipukul individu tertentu di Teluk Bahang, dua hari lepas.

"Siapa lagi akan selamat kalau seorang pegawai kanan boleh dipukul secara terbuka di depan anggota polis...tak pernah berlaku di Malaysia," ujarnya pada sidang media di Komtar di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) turut hadir pada sidang media itu.

Justeru, Guan Eng menasihatkan semua pihak supaya tidak terperangkap oleh tindakan agresif kumpulan itu.
"Jangan terperangkap dengan jerat mereka dengan mengadakan tindakan provokasi lain pula seperti mereka," tegasnya.

Sebelum itu, Mohd. Rashid berkata, Kerajaan Negeri mengecam berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab di mana ahli-ahli pertubuhan seperti PERKASA dan UMNO berada di kawasan kejadian.

Kecaman itu turut dipanjangkan dalam Majlis Perundingan dan Keselamatan Negeri yang membabitkan semua ketua pasukan keselamatan, pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) pada pagi tadi.

"Kerajaan Negeri menghargai jaminan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam mesyuarat pagi ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memukul Encik Abu Hassan (Abu Hassan)," ujar Mohd.Rashid.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri meminta tindakan diambil di bawah Seksyen 186 dan 332 Kanun Keseksaan ke atas individu terbabit.

Pada hari kejadian, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis.

Ekoran insiden itu, Mohd. Rashid berkata, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.

Walhal, jelas beliau, aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.
"Kerajaan Negeri tidak akan tunduk kepada kumpulan jenayah jahat ini, tetapi juga akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab rasmi kerajaan kami untuk memelihara serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam," ujar Mohd. Rashid. ~ Sumber Berita


TERPANAS ! MUKRIZ BAKAL DIPANCUNG DULU DARI KEDUDUKAN MB...?



Berikutan teguran mukriz BN akan kalah pada pru14.....sebelum ini Mukhriz membuat kenyataan sekiranya kerajaan Umno BN terus mengamalkan dasar yang tidak popular, mereka bakal menyaksikan parti itu rebah.

Kemarahan rakyat sudah tiada boleh dibendung lagi berikutan kenaikan harga barang ini jelas apabila isu kankung najib bermula....isu kankung juga menengelamkan isu Kalimah. Kemarahan rakyat diluahkan di media sosial yang menjadi trending hingga dilaporkan di BBC......


Memang sah kepimpinan Najib tidak boleh ditegur..........tambahan Tun Daim dan Tun M telah mengkritik dasar Najib yang tidak melakukan sesuatu seperti saranan mereka agar kerajaan najib agar berjimat  dengan tidak mengurangkan subsidi yang menjadi punca utama kenaikan harga barang. 

Dengan teguran Kem Tun ini kedudukan Mukriz tidak selamat lagi kem najib mesti mencari jalan untuk memancung  mukriz depan-depan.......dalam haraki politik beliau....

Umno minta Mukhriz tegur parti ikut saluran betul, kata Ku Nan




Kata Tengku Seri Adnan Mansur, Mukhriz seharusnya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan pandangan, kerana tindakannya itu menjejaskan nama parti. 

Tengku Seri Adnan Mansur hari ini berkata Umno sudah memberi teguran kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan pandangan, dan bukannya secara terbuka.

Setiausaha Agung Umong itu berkata, Mukhriz seharusnya menggunakan pendekatan perbincangan dalaman bersama pimpinan tertinggi kerajaan terlebih dahulu, kerana tindakannya itu menjejaskan nama parti.

"Itu yang kita persoalkan, beliau boleh berjumpa sendiri presiden pimpinan kerajaan kita, dengan adanya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, tidak ada masalah untuk hadir dan berbincang.


"Saya sendiri bercakap dengan beliau (Mukhriz), menasihatinya agar menggunakan saluran yang betul dalam parti sendiri daripada membuat kenyataan terbuka begitu," katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat tawaran kepada pemohon sewa perumahan Awam di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ahad lalu, Mukhriz membuat kenyataan sekiranya kerajaan Umno BN terus mengamalkan dasar yang tidak popular, mereka bakal menyaksikan parti itu rebah.

Mukhriz merupakan anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KEDUDUKAN MP TIAN CHUA TERGUGAT KERANA HUKUMAN PENJARA SEBULAN !!!


Nasib Tian Chua diketahui selepas pertemuan dengan Anwar - Saifuddin

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau akan bertemu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kedudukan Tian Chua.

"Saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Tian Chua pagi ini. Saya akan jumpa Anwar untuk membincangkan perkara ini.

"Sebagai Ahli Parlimen Batu, kedudukan Tian Chua mungkin berubah kerana ia membabitkan kesalahan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, sebentar tadi.


BH Online hari ini melaporkan bahawa Tian Chua dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu. ~ BH

PANAS ! KHABAR ANGIN BERITA PENYINGKIRAN TS KHALID BERTIUP KENCANG?

Pautan kekal imej terbenam

Exco-exco selangor terus mantap membuat kerja bagi rakyat selangor...sedangkan media pro umno terus memainkan isu peletakan jawatan beliau....

  1. Sekitar perbincangan untuk membina ekonomi mampan dgn mengambil kira isu2 alam sekitar serta peluang pekerjaan pada anak tempatan.
  2. Sekarang sedang brainstorming bersama saf EXCO, Ketua-Ketua Jabatan, YDP-YDP PBT & Datuk-Datuk Bandar.
  3. Brainstorming session for Sgor EXCOs and HODs continues today at SimeDarby Plantation Acadmy


Selangor Dapat MB Baru? – MPP PKR Putuskan Khalid Diganti Dengan Azmin

Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan beliau mengantikan akan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri berkenaan.

Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.

Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilakporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebelum itu Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.

Keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor sangat nyata dan jelas terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR apabila tidak dilantik ke jawatan impiannya itu.

22 Januari 2014

TERPANAS ! PENDEDAHAN DOKUMEN ISU PEMECATAN LEMBAGA PENGARAH PKNS

Menteri Besar Dedah Dokumen Isu Ahli Perbadanan PKNS

Dato’ Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen-dokumen mengikut kronologi yang berkaitan isu Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.

Dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab dimana rakyat berhak diberitahu kedudukan sebenar tentang sesuatu isu.


DIKELUARKAN OLEH

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
22 JANUARI 2014

Dokumen-dokumen yang terlibat:

ANAK MENTERI-MENTERI BN SAPU BILION-BILION RAKYAT SURUH MAKAN KANKUNG...?


Anak Taib Mahmud pegang saham 49 syarikat bernilai RM1 bilion



Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz Majid tuntut penyelesaian perceraian sebanyak RM400 juta. Gambar fail.Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki saham dalam 49 syarikat yang bernilai lebih daripada RM1 bilion, kata akauntan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Andrew Heng memberitahu mahkamah tiada maklumat mengenai 18 daripada 49 syarikat tersebut kerana entiti tersebut dikecualikan daripada menghantar penyata kewangan yang diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebelum ini, bekas isteri Mahmud Abu Bekir, Shahnaz Majid, 50, memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu mempunyai aset lebih daripada RM1 bilion di Malaysia.


Heng yang dibayar oleh Shahnaz untuk menyiasat status kewangan Mahmud Abu Bekir memberi kenyataan dalam perbicaraan tuntutan penyelesaian perceraian Shahnaz sebanyak RM400 juta termasuk harta sepencarian dan mutaah.

Shahnaz juga menuntut aset yang dimiliki Mahmud Abu Bekir termasuk tujuh kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak, beberapa rumah di luar negara dan saham daripada 15 syarikat.

Ketika disoal oleh peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, Heng berkata daripada siasatannya mengenai salah satu daripada 18 syarikat tersebut, syarikat itu sedang membangunkan rumah banglo di dua kawasan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang bernilai RM18 juta.

"Oleh kerana defendan memiliki saham 50% daripada syarikat tersebut, saham beliau bernilai RM9 juta" kata Heng.

GM & SU KERJA PKNS SALAH GUNA KUASA , KES PEMECATAN AZMIN DIRUJUK KEPADA SPRM [ VIDEO ]



MB undang SPRM siasat isu penamatan Azmin dari PKNS

KLANG, 21 JAN : Kerajaan Selangor mengajak tiga badan profesional menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berikutan penamatan khidmat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata badan itu ialah Transparensi Antarabangsa Malaysia (TIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak Integriti Korporat.



Beliau berkata hasil siasatan akan didedah kepada umum secepat mungkin bagi menyelesaikan kemelut PKNS yang menimbulkan pelbagai kontroversi kebelakangan ini.

“Kes ini melibatkan isu integriti yang berlaku pertikaian berhubung surat yang dikeluarkan. Saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk memanggil pihak integriti, TIM dan SPRM meneliti dokumen yang dikeluarkan kerajaan negeri dan PKNS.

“Dalam masa terdekat selepas membuat kajian itu, beliau (SUK) boleh membuat pengumuman apa yang berlaku.

“Disebabkan kes ini mempunyai kaitan politik maka saya minta Datuk Mohammed Khusrin untuk mengendalikan perkara berkenaan supaya memberi keadilan kepada semua,” katanya pada sidang media selepas melawat kilang sarung tangan, Top Glove di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata hanya Menteri Besar sahaja yang berhak melakukan pemecatan atau pelantikan jawatan seseorang sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Beliau berkata, minit mesyuarat Exco pada 13 November sehingga 4 Disember tahun lalu juga akan didedahkan hari ini atau selewat-lewatnya petang esok melalui kenyataan media.

“Saya akan dedahkan malah pagi tadi saya sudah minta setiausaha kerja untuk menyenaraikan dokumen untuk disebarkan,” katanya lagi.

Kerajaan Negeri semalam memindahkan Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek serta-merta ke SUK sehingga siasatan selesai.

21 Januari 2014

Bekas Sultanah Gagal Ketepi Arahan Mahkamah, Majlis Fatwa Negeri didakwa Menyalahguna Kuasa, mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.


Bekas Sultanah gagal ketepi arahan mahkamah kerana Mahkamah Syariah terikat dengan fatwa



Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad  hari ini gagal untuk mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan beliau diceraikan oleh bekas suami, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Hakim Muhammad Khaldun Mohd Sharif berkata Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara itu.

Tuanku Zanariah memfailkan tuntutan untuk mengenepikan arahan mahkamah tersebut di Mahkamah Syariah pada 1 Januari.

Ketika sidang mahkamah hari ini, tiada satu pun wakil daripada Sultan Iskandar yang hadir.

Selepas keputusan diumumkan, anak bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Sultan Iskandar serta adik beradik mula menangis teresak-esak.

"Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.

Pagi ini, peguam bekas Sultanah tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan Almarhum Sultan itu tidak sah dari segi undang-undang Islam
.

Peguam Afshah Arifin mendakwa bahawa Majlis Fatwa Negeri telah menyalahguna kuasa mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.

"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya.

Afshah turut mempersoalkan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar di Wad Diraja Hospital Pakar Puteri pada 23 Januari, 2009 seperti yang tertulis dalam afidavitnya.

"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?

"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.

Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.

Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak dua pada 23 Januari, 2009.

Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.

Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.

Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari, 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.

Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.

Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.

Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu

TERHOT: PROJEK GULINGKAN NAJIB OLEH KEM PERUBAHAN....KEM ROSMAH DIBELASAH DARI DALAM OLEH KEM TUN MAHATHIR...

Tegur Najib 'kangkung', giliran Daim sahabat Mahathir goncang kerusi PM?

KEPEMIMPINAN Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipertikai oleh veteran Umno Tun Daim Zainuddin, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri itu sedang digoncang dari luar dan dalam parti perkauman berkenaan.

Zainuddin, bekas Menteri Kewangan era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri itu berkata demikian dalam satu taklimat tertutup peringkat Umno Bahagian Merbok di Dewan KISMEC, Sungai Petani.

"Kekalahan adalah kemungkinan sebenar jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dengan dasar sekarang daripada keputusan yang betul, tetapi tidak popular, terutamanya isu-isu berkaitan kos sara hidup meningkat," ujar Daim baru-baru ini, dipetik dari The Malaysian Insider.

Lebih seminggu, Najib menjadi bahan tawa rakyat Malaysia serta media antarabangsa disebabkan kontroversi isu kangkung.

Ekoran itu, cakap-cakap politik dalam Umno sendiri khabarnya mula dingin dengan kewibawaan Najib.

Itu, menurut satu sumber lain, termasuk ketirisan informasi mengenai mesyuarat tertutup sekumpulan tim perubahan dalam Umno di Janda Baik atau Genting, kelmarin yang nekad mahu 'menurunkan' Najib.

"Najib mungkin lepas jawatan PM sebelum 31 Ogos, bergantung pada mood akar umbi (parti) berhimpun di PWTC menjelang 1 Mei depan. #MalaysiaNext," kata sumber sama menerusi WhatsApp, yang kemudiannya diconteng di dinding laman sosial Facebook.

Terdahulu, anak bongsu Mahathir bernama Mukhriz turut menegur Najib, sekaligus dikatakan menggoncang kerusi perdana menteri itu.

Seorang lagi kenalan Mahathir bernama Datuk A. Kadir Jasin lebih awal mencuit peribadi Datin Seri Rosmah Mansor (isteri PM), sekaligus dibayangkan sebagai'peluru mula' ke kepada Najib?

Mampukah tim perubahan dalam Umno menggulingkan Najib sebelum 31 Ogos depan sebagaimana kejayaan tim Mahathir dulu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepas jawapan sebagai perdana menteri?



KES BOO KEJADIAN TERBARU INI BAKAL MENYEMARAKAN  DESAKAN NAJIB RAZAK BERUNDUR DARI LUAR DAN DALAM UMNO..... MEMBERI KELEBIHAN DAN MASA YANG TERBAIK  UNTUK MENYINGKIR  PM !!!



Kes boo dan tidak tepuk tangan: Najib kena berundur

PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Terbuka Malaysia malam tadi.

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak dan mengejek (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam , Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

“Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan,” katanya lagi.

PENJELASAN KEMELUT LEMBAGA PENGARAH PKNS SIAPA MELAKUKAN SABOTAJ TERBONGKAR


BERITA DIKEMASKINI 12.26PM
SUK: Tak benar penamatan tugas Azmin dibatal

Selangor tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menarik balik surat penamatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah syarikat negeri itu pada 8 Januari lalu.

Justeru, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, butiran dalam surat daripada pengurus besarnya ketika itu Datuk Othman Omar tidak benar sama sekali.

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan pengurus besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar.

Menurut Khusrin, surat itu antaranya menyatakan, surat penamatan tugas Azmin ditarik semula dan dianggap batal.

Dalam kenyataannya hari ini, Khusrin berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco esok dan PKNS diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, katanya lagi, siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS Norita Mohd Sidek bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu itu.

“Saya meminta kepada semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak sahih berkenaan isu ini sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, Khusrin juga menegur banyak laporan media yang membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu itu sejak kebelakangan ini.

MB: Dua pegawai PKNS ditukar sementara untuk siasatan dalaman

SHAH ALAM 20 JAN: Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hanya ditukar sementara ke ibu pejabat kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat.

“Mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam,” katanya pada kenyataan media petang ini.

Dua pegawai itu ialah Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek. Isu itu berkait rapat dengan pengguguran Mohamed Azmin Ali dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS.


Abdul Khalid berkata, antara yang disiasat ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.

“Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan.

“Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi,” katanya.

Abdul Khalid berkata, surat kuasa itu membolehkan Khusrin melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang.

“Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika kedua-duanya masih bertugas di PKNS,” katanya.

Kenyataan itu, kata Abdul Khalid, dibuat berikutan laporan meluas media mengenai kedudukan Ahli Lembaga PKNS yang memberi gambaran seolah-olah ia melibatkan kepentingan awam yang mendesak.

Beliau menyifatkan ia sebagai perkembangan tidak sihat berikutan spekulasi pelbagai pihak tanpa merujuk fakta sahih.

“Saya berbincang dan menyerahkan surat kuasa kepada Mohamed Khusrin untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS,” katanya.

Pada kenyataan media sama, Abdul Khalid berkata, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kekal seperti yang diarah Pengurus Besar PKNS pada 8 Januari lalu bagi mengelak sebarang komplikasi perundangan.


Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar


Keputusan pemecatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sementara menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu, kata menteri besar.


Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, siasatan itu dibuat kerana surat pemecatan Azmin yang dikeluarkan oleh Othman dibuat pada 8 Januari lalu tanpa pengetahuan beliau.

"Sementara itu kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan," katanya.

Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara itu dan menyerahkan surat kuasa kepada SUK Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan medianya petang ini.
Khalid sebelum itu bermesyuarat panjang kira-kira empat jam sehingga jam 7 petang bersama PKNS hari ini.

Sementara itu, dalam reaksi segera di laman Twiternya, Azmin, timbalan presiden PKR dan ahli parlimen Gombak berkata:

"#PKNS Board; Jangan buat spekulasi. Saya masih terkeluar."

20 Januari 2014

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," - Peguam


Talak tidak sah, Majlis Fatwa Negeri salah guna kuasa, kata peguam bekas Sultanah Johor



Peguam bekas Sultanah Johor memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah hari ini pengumuman talak yang dilafazkan oleh bekas suami beliau, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, adalah tidak sah dari segi undang-undang Islam.

Afshah Arifin, peguam yang mewakili Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar), juga berkata Majlis Fatwa Negeri menyalahguna kuasa mereka kerana mencerobohi penghakiman Mahkamah Syariah Johor.

"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya


Afshah mempersoalkan kesahihan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Sultan Iskandar di Wad Diraja, Hospital Pakar Puteri, pada 23 Januari 2009 seperti yang terkandung dalam afidavit.

"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?

"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.

Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.

Mahkamah akan bersidang semula petang ini.

Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak tiga pada 23 Januari 2009.

Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.

Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.

Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.

Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.

Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.

Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu.

HAB KERETA MALAYSIA KETINGGALAN JAUH DENGAN THAILAND & INDONESIA APA PUNCANYA

FAKTA YANG KITA KURANG TAHU : THAILAND KELUAR 2.5 JUTA KERETA SETAHUN, MALAYSIA HANYA 500K, DIMANA SILAPNYA MUNGKIN ATAS DASAR PERLINDUNGAN KEPADA PROTON...

Industri Automotif Thailand Bernilai RM86 Bilion VS Automotif Malaysia, Di Mana Silapnya


Kadang-kadang tiba masa, kita akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?

Ianya  berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama. BACA SINI Untuk mendapat fakta lebih lanjut.

CUBA BACA PENDAPAT DIBAWAH DARI ORANG KUAT PEKEMA:

Malaysia perlu jadi hab kereta



Wan Zaid Wan Abdullah

KAJIAN semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang dijadual diumumkan, esok, diharap dapat membantu meningkatkan industri automotif negara supaya menjadi lebih berdaya saing.

Timbalan Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah berkata, NAP baharu itu harus menumpu kepada satu dasar yang boleh menjadikan Malaysia hab industri automotif dalam bidang khusus.

“Kita perlu mewujudkan hab di Malaysia supaya tidak ketinggalan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia kerana kita mempunyai pertumbuhan ekonomi stabil.

“Dasar baharu ini perlu menumpukan lebih banyak kepada pembaharuan industri automotif bagi segmen kenderaan elektrik, kenderaan jimat tenaga serta hibrid, supaya kita boleh menjadi hab pengeluar segmen kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui di Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2014 anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu di Port Dickson, semalam.

Mengenai keyakinan pelabur luar untuk melabur dalam industri automotif bagi segmen kenderaan tersebut, Wan Zaid berkata, Malaysia mampu meyakinkan pelabur kerana dasar pasaran automotif yang sangat kukuh.

“Ianya tidak menjadi masalah kerana iklim pelaburan di negara kita juga baik selain serta kewujudan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan teknologi yang lengkap.

“Jika dibandingkan negara kita dengan negara jiran, keadaan politik kita lebih stabil, begitu juga kewangan yang dilihat semakin kukuh tanpa ada masalah ekonomi serius,” katanya.

Sementara itu, Wan Zaid tidak bersetuju dengan pemansuhan sistem Lesen Import (AP) Terbuka bagi kenderaan terpakai bermula 31 Disember 2015.

“Sistem AP terbuka ini ada matlamat berlainan dan tidak boleh dilihat sebagai persaingan kepada pertumbuhan industri automotif sebaliknya pelengkap kepada pertumbuhan industri ini dan harus dikekalkan.

“Selain faedah ekonomi secara langsung kepada negara dan khususnya Bumiputera, ia juga mewujudkan satu tanda aras kepada industri ini dari segi paras harga kereta dan sebagainya,” katanya.


BENARKAH Harga kereta turun hingga 30% menjelang 2018

Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harianhari ini.

Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

"Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.

" Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

" Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar," kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.

Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Produa Alza (12%).

BERAS SUBSIDI GRED ST15, KURANG DIPASARAN ADAKAH KERAJAAN KURANGKAN KUATANYA?


Rakyat Makin Terhimpit, Tambah stok beras ST15 di pasaran , semenjak barang-barang keperluan harian naik harga rakyat sudah tidak mampu lagi membeli beras premium maka terpaksa makan beras hancur..........



BERAS ST15 sering habis di pasaran kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai. 


KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah di ibu negara meminta kerajaan supaya menambah bekalan beras subsidi standard tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) di pasaran kerana mereka menghadapi kesukaran untuk membeli beras tersebut.

Menurut mereka, beras yang berharga RM17.50 bagi kampit 10 kilogram itu sukar untuk dibeli kerana stok baharu yang tiba di kedai-kedai runcit akan habis hanya dalam masa yang singkat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta kedai runcit sekitar ibu negara semalam mendapati, rak yang sepatutnya menempatkan beras ST15 di kedai tersebut kosong kerana kehabisan stok.

Seorang suri rumah, Adlina Nadia Abu Bakar, 32, memberitahu, beras ST15 sukar untuk diperoleh bukan sahaja di kedai runcit biasa, malah juga di KR1M kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

19 Januari 2014

GEMPAR ! JEPUN KENA VIRUS KANKUNG? ANWAR DILARANG MEMASUKI JEPUN PAGI INI.....

Anwar dilarang memasuki Jepun melalui Lapangan Terbang Narita, kali pertama dalam sejarah moden negara itu.

Padahal kali terakhir dia memasuki negara itu dua tahun lalu langsung tiada masalah.

Alasan imigresen adalah kerana isu berbangkit pada 1999, tetapi mengapa baru sekarang timbul padahal sudah selesai pun.

Apakah menteri luar dan Wisma Putra dalang di sebalik isu ini??


Anwar dilarang masuki Jepun -lapuran malaysiakini



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun hari ini, ekoran sesuatu yang berlaku tahun lalu, walaupun sudah memasuki negara itu tanpa halangan sebelum itu – pada 2006, 2009 dan 2012.

Ketua umum PKR itu berkata, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.

“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada 2013,” katanya.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Anwar berlepas ke negara matahari terbit itu untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.

Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

PANAS ! HIMPUNAN PRO KANGKUNG NAJIB BELASAH CINA MCA ???


Betul ke cina pakatan hangpa belasah...macam drama je......nanti kita lihat kebenarannya.....


Pemuda Umno kantoi dan kantoi apabila buat fitnah kununnya keramaian kangkung di Penang Sabtu 18 Jan lalu cecah 25,000 org. Untuk mengkangkungkan rakyat, mereka ceduk gambar demontrasi bantahan profesional "Red Shirt" rakyat Thailand, kemudian dikatakan itulah keramaian kangkung di Penang. Sendiri kaji, sendiri pikir kekangkungan mereka. Amacam?

Demo semalam pun penuh cerita tokok tambahnya....

LIHAT BERITA DIBAWAH SATU PROTES KANGKUNG + REMPAH KARI SIRI 2........

[VIDEO] CINA PAKATAN KENA BELASAH HINA MELAYU DI PENANG. -Dari blog pro amno


Lagi himpunan oleh orang-orang Melayu Pulau Pinang diadakan hari ini bertempat di hadapan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk.

Hampir 500 orang hadir dalam himpunan untuk menyatakan bantahan terhadap Lee Khai Loon ADUN PKR yang biadap dan telah menghina kepimpinan negera.

Himpunan anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Lee dan 15 penyokongnya yang dengan sengaja telah menyumbat kangkung ke mulut replika patung yang di buat seperti YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan siri kedua selepas himpunan di Sebarang Jaya semalam dan jelas kelihatan rata-rata yang hadir hari ini begitu marah dengan sikap dan tindakan yang di tunjukkan oleh pemimpin PKR itu yang langsung tidak pernah menghargai sikap toleransi dan sabar orang-orang Melayu sebelum ini.










Ternyata kehadiran orang-orang Melayu yang berhimpun di depan Pusat Khidmat ADUN PKR ini amat tidak di senangi oleh penyokong-penyokong pembangkang dan berlaku satu insiden apabila salah seorang penyokong pembangkang telah mengeluarkan perkataan "UMNO BODOH" yang di hamburkan kepada peserta.







Berikutan itu beliau telah di kerumi oleh peserta perhimpunan dan berlaku sedikit kekasaran , walau bagaimanapun ianya dapat di kawal oleh pihak Polis dan lelaki tersebut di bawa ke balai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...