07 Januari 2012

MB: Tiada permohonan projek rumah di Felda Gedangsa

Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di Felda tersebut seperti yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.

“Kerajaan negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk perdana menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu,” kata Khalid dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan perdana menteri yang menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di kawasan Felda di Hulu Selangor.

Khalid juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa.

Bagaimanapun, tambahnya, ia ditolak oleh kerajaan negeri BN ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya.

Menteri besar kecewa kerana perdana menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan Umno-BN menunaikan janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

“Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik kerajaan negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak menerima bayaran satu sen pun,” katanya.

Oleh itu, tegas Khalid, perdana menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana kerajaan negeri melakukan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

901; MAHASISWA TETAP TURUN

BEBAS Anwar 901 : Polis Sudah Benarkan, Apa Respon Universiti?


Kuala Lumpur, 7 Dis : Sebahagian besar mahasiswa yang mengikuti perkembangan semasa luar universiti kini kian bersemangat setelah mengetahui pihak polis telah memberi kebenaran untuk rakyat berhimpun di perkarangan Mahkamah Jalan Duta Isnin ini.Perhimpunan yang dianjur pimpinan Pakatan Rakyat itu adalah bertujuan untuk menyatakan solidariti terhadap keputusan perbicaraan kes graduan Universiti Malaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari ini.

Namun tumpuan terarah kepada golongan mahasiswa yang diberitakan telah dilarang untuk menyertai himpunan terbabit oleh pihak universiti atas alasan perhimpunan itu masih tiada permit daripada polis.Antara universiti yang dikenalpasti telah mengeluarkan notis amaran berkenaan adalah Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, UIAM, UMT, UPM, UiTM dan beberapa lagi universiti.Mereka menggunakan alasan yang sama iaitu perhimpunan masih ‘haram’ dan notis mula dikeluarkan sejak beberapa hari lalu.
Mahasiswa akan turun tetapi…

Tinjauan di laman sosial facebook dan twitter mendapati rata-rata golongan muda terutama mahasiswa bersemangat untuk turun bersama rakyat pada 9 Januari ini.
“Polis sudah beri kebenaran, walaupun ada syarat-syarat tertentu, ianya saya anggap kurang mengganggu mood peserta untuk berhimpun.
“Bagi saya, pihak universiti yang keluarkan amaran perlu tarik balik amaran tersebut kerana alasan mereka untuk ambil tindakan ke atas stuent sudah tidak boleh dipakai.”, tulis seorang siswa UPM.

Manakala Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq pula menyatakan mahasiswa tetap akan turun 9 Januari ini tetapi bukan atas kapasiti seorang mahasiswa.“Ya, saya dapat maklumat ramai akan turun terutama sekitar Lembah Klang. Saya nak beritahu pihak universiti, kami semua warganegara Malaysia, malah sudah melepasi umur untuk mengundi (21 tahun).“Jadi, hak kami untuk hadir adalah perlu sebagai suara warganegara Malaysia dan kami tidak akan turun atas ‘stand’ mahasiswa tetapi sebagai rakyat.”

“Jadi, alasan melanggar AUKU yang diberikan universiti memang tidak releven lagi. Lebih-lebih lagi pihak polis sudah memberi permit semalam.”, ujarnya dalam satu kenyataan. – GZDaily

901: KENYATAAN HASAN MENGHINA PRESIDEN PAS- MAHFUZ OMAR


KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan “melawan arus” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan (gambar) yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.

“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.

“Beliau juga mengatakan pergi ke mahkamah adalah perbuatan yang sia-sia, ini adalah satu penghinaan kepada presiden PAS dan satu perkara yang amat memilukan apabila seorang presiden dihina oleh seorang pemimpin yang kononnya menyanjung tinggi ulama namun tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang menghina presiden sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 an menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Semalam Abdul Hadi berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah ”untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”

Ekoran kenyataan Dr Hasan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.

Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, PAS akan memanggil Dr Hasan untuk memberikan penjelasan dan tindakan akan diambil dengan mengikut perlembagaan parti.

Beliau menambah tindakan yang akan diambil PAS bukan disebabkan pengaruh atau desakan sesiapa.

“Tindakan PAS tidak berasaskan kepada apa orang cakap, kita buat tindakan mengikut bidang kuasa kita...tindakan ini bukan disebabkan Azmin Ali atau pemimpin lain.

“Begitu juga semasa pertemuan presiden dengan Dr Hasan Ali sebelum ini, ia bukan disuruh oleh sesiapa tetapi adalah tindakan PAS sendiri...kita mempunyai prosedur dan pendirian sendiri,” katanya.

Mahfuz berkata sebarang bentuk hukuman akan diputuskan oleh kepimpinan PAS.

“Apa yang berlaku ini sangat mendukacitakan...ahli merungut dan kecewa dengan tindakan Dr Hasan Ali yang telah merosakkan suasana dalam parti,” katanya.-TMI

PAS SELANGOR MINTA 75,000 AHLI SERTAI PERHIMPUNAN 901


KUALA LUMPUR, 7 Jan — Berikutan kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai perhimpunan 901 pada 9 Januari ini, PAS Selangor meminta semua ahli parti Islam di negeri itu untuk sama-sama hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Menurut Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, pesuruhjaya negeri Dr Abdul Rani Osman meminta semua ahli yang dianggarkan melebihi 75,000 orang untuk mengiringi Abdul Hadi, Presiden PAS ke perhimpunan aman itu di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi.

“Berikutan kesediaan Presiden PAS untuk sama-sama hadir dalam himpunan 9 Januari ini, maka Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ini meminta semua ahli-ahli PAS di Selangor yang berjumlah melebihi 75,000 orang untuk bersama-sama hadir dan mengiringi Presiden PAS ke perhimpunan aman 901, di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi telah mengesahkan diri untuk sama-sama menyertai perhimpunan menyokong Anwar menambah “untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”

Perkara itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

Tambah Mohd Khairuddin, semua ahli PAS yang akan menyertai perhimpunan aman itu perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan kepimpinan parti.

“Sepanjang perhimpuan tersebut, semua ahli PAS diminta untuk mematuhi semua bentuk arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan parti,” katanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.-TMI

Surat terbuka dari PKR Selangor kepada Hasan Ali


(MerdEka Review) - Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap Hasan Mohd.Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini. Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga senak terasa di perut! Hendak dibuang "angin bimbang berbau busuk, hendak ditahan sakit sudah melata ke dada".

Saya percaya Hasan Ali (gambar kiri) adalah seorang yang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Hasan Ali mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namun saya juga mempercayai bahawa Hasan Ali, dengan sesungguhnya tanpa ragu-ragu, mempercayai bahawa Hasan Ali sendiri terlebih-lebih istimewa. Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Hasan Ali sehingga kini, erutamanya apabila melihat isu pertelagahan "dalam kain" antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor.

Saya tidak begitu "berani" mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana "amat hormatkan saudara tua", namun apabila saya terlihat temubual Hasan Ali agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari "penultimate" Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan "perasaan menyampah sangat" dengan tindakan Hasan Ali.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Hasan Ali telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya. Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini "justice is only available to those who could afford it" dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang Syari’ah kepada kedudukan "second-tier", apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka? Sekurang-kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana "otak tanpa ruh Islam" akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Hasan Ali seolah-olah terperangkap dengan hujah "counter-intelligence" UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi. Sebenarnya Hasan Ali, isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Hasan Ali boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting. Namun tindakan Hasan Ali cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah. Apakah Hasan Ali sebegitu buta hati terhadap masalah Anwar Ibrahim (DSAI)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Hasan Ali terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Hasan Ali mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Hasan Ali menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam? Inilah padahnya jika "terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan". Saya percaya Hasan Ali tertinggal semua taklimat penting hingga Hasan Ali tenggelam punca.

Tindakan Hasan Ali seolah-olahmenyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Hasan Ali juga sebegitu pasif dan naif dalam membuat kenyataan. Hasan Ali sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Hasan Ali bahawa pertemuan Hasan Ali bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf. Apabila kes diumumkan tutup, Hasan Ali tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya. Apakah sebegitu dendam Hasan Ali sehingga sanggup membakar rumah sendiri? KEADILAN Selangor yakin Hasan Ali sudah "terkena sesuatu".

Hasan Ali, sama ada setuju atau tidak Hasan Ali kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Hasan Ali mungkin merasakan Hasan Ali berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Hasan Ali bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Hasan Ali benar-benar di pihak yang benar atau benar-benar keliru. Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Hasan Ali yang terkini, seolah-olah Hasan Ali menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar. Apakah Hasan Ali sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Hasan Ali? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam. Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa di luar Negara kini.

Saya menyeru agar Hasan Ali jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Hasan Ali untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang "untuk berjiwa besar" dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Hasan Ali sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Hasan Ali lebih mengerti dengan maksud "kura kura dalam perahu".

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Hasan Ali. Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Hasan Ali telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Anwar dan keluarganya. Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

*Surat terbuka ini ditulis oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, merangkap ADUN Sri Muda.

06 Januari 2012

901: Azmin gesa Pas ambil tindakan terhadap Hasan Ali

PETALING JAYA 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan ke atas bekas pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali ekoran kenyataan menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini Azmin membidas kenyataan Hasan kerana menganggap tuduhan Fitnah yang dihadapi Anwar sebagai isu peribadi.

“Pendirian KEADILAN dan Pakatan bersatu dalam menyokong Anwar dan (kes) itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional.
“Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan Umno dan BN,” soalnya.
Katanya lagi, Hasan tidak wajar membuat kenyataan sedemikian dan ia juga bukan mencerminkan pendirian Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata, tiada halangan jika Hasan tidak mahu hadir himpunan itu, namun mempersoalkan kehadiran Hasan dalam himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan Perkasa sebelum ini.
“Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN (Sejuta Ummat) dia hadir,” kata Azmin.

Tambah beliau, ketika Hasan membuat kenyataan tersebut, pada masa sama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula bersama Anwar di Kelantan untuk menyatakan sokongan dalam ceramah yang dihadirinya. “Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Jadi, siapa Hasan yang berkata sebaliknya?” soalnya.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, Pas perlu mengkaji untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Hasan.“Saya berharap Pas supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25240

901 ; POLIS PANGGIL PEKIDA-PERKASA


KUALA LUMPUR, 6 JAN : PEKIDA dan Perkasa memberi amaran kepada penyokong pembangkang tidàk menimbulkan kekecohan di persekitaran Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin depan.

Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA, Mohd Syahril Abdul Aziz berkata pihaknya bersama Perkasa telah mengatur program agama di masjid berkenaan dan berharap penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menimbulkan sebarang provokasi.

Pimpinan Pekida dipanggil oleh Polis Kuala Lumpur untuk menjelaskan program agama di masjid itu yang berhampiran dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya berharap penyokong-penyokong. yang turun ke mahkamah nanti pada Isnin. depàn janganlah buat kekecohan di masjid ini, boleh berhimpun tetapi jangan menganggu program kami.

"Kami mengadakan program agama ini. yang telah dirancang awal lagi daripada Shah Alàm dan sekarang program ini bergerak ke Masjid Wilayah pula,"katanya.

Beliau selain itu berkata program tersebut bermula jam 1 tengah hari Ahad dan habis pada pagi Isnin 9 Januari ini.

"Mereka semua boleh solat di sini tetapi jangan buat kekecohan di masjid ini," katanya.

Dalam pérkembangan yang sama, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abd. Rahman Abu Bakar turut dipanggil oleh Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Beliau turut menegaskan agar penyokong Datuk Serí. Anwar tidak menganggu ketenteraman pada program Solat Hajat anjuran dua badan itu.

"Jangan ada gangguan, kami dah merancang solat hajat ini lama untuk keselamatan negara," katanya.

Pakatan Rakyat bercadang mengumpulkan ribuan penyokong sebagai tanda sokongan terhadap Anwar apabila Mahkahman Tinggi Kuala Lumpur memberi keputusan bersabit kes liwatnya Isnin ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pihak polis mencapai persetujuan untuk memastikan tunjuk perasaan berlangsung secara aman.- Antarapos.com

901: Polis benar himpun, PKR jamin kerjasama

KUALA LUMPUR, 6 Jan: PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan beberapa wakil penganjur dan pegawai tertinggi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini.

"Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang telah membenarkan himpunan tersebut.

"Pada 9 Januari nanti kita akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi memastikan himpunan tersebut berlangsung dengan amam tanpa ada sebarang provokasi yang tidak diingini," jelasnya kepada media selepas pertemuan tersebut.

Sidang media khas

Bagaimanapun ujarnya, maklumat berkaitan tempat berhimpun dan perkara teknikal lain hanya akan dinyatakan pada sidang media khas jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat PKR.

"Secara rasmi kita akan nyatakan pada petang ini mengenai tempat himpunan dan segala maklumat teknikal.
"Secara ringkas pihak polis membenarkan himpunan tersebut," jelasnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Tedahulu, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah beberapa pimpinan PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden PKR N.Surendran yang sebelum ini dipanggil pihak polis berhubung himopunan yang akan dianjurkan itu.

Pertemuan hari ini dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan

TAKUTKAN 'FELDA SPRING' TERPAKSA BATALKAN MESYUARAT AGUNG KHAS KPF

Peneroka Felda tunjuk jalan keluar buat Isa

Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan beberapa anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk menghalang mesyuarat agung KPF diadakan melalui kuasa mahkamah menunjukkan seakan ada sesuatu yang tidak kena pada KPF atau pada bakal pengerusinya Tan Sri Isa Samad.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor merasa hairan kerana selama ini KPF tidak pernah bermasalah dan tiada suara-suara anggota KPF itu dibawa keluar.

Katanya, dunia Felda seperti senyap dengan keadaan yang tenang dan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang memalukan.

“Namun demikian, dengan kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang dilantik oleh tangan-tangan hitam tanpa restu ahli-ahli dan anggota Felda, Felda berkecamuk dengan begitu kuat sekali. Sehinggakan pemimpin Felda yang lain seperti sepakat bahawa yang menjadi duri dalam daging kepada Felda dan KPF adalah Tan Sri Isa Samad,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Lebih dari itu, ujarnya usaha menyingkirkan beberapa orang kanan Felda termasuk mencutikan Pengerusi KPF sebelum ini iaitu Datuk Dzulkifli Abdul Wahab secara paksa memarakkan lagi kemarahan warga Felda.

Kemuncaknya, kata beliau tindakan Tan Sri Isa untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia telah mendapat tentangan banyak pihak yang merasa terancam dengan masa depan KPF yang tidak menentu hasil penyenaraian tersebut.

Menurutnya, ramai beranggapan bahawa Tan Sri Isa Samad tidak layak memimpin KPF kerana beliau bukan ahli KPF, malah, beliau juga bukan berlatarbelakangkan Felda.

Tambahan pula, katanya Isa gagal memikat hati peneroka Felda daripada terus menyokongnya.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai menunjukkan kebencian terhadap beliau sehingga ada yang sanggup ke mahkamah demi memastikan beliau tidak mengemudi KPF,” ujarnya.

Justeru, katanya lagi Isa sewajarnya sedar diri sekiranya ada ahli bawahan membantah setiap tindakan beliau.

Ini, ujarnya menunjukkan kepemimpinan Isa tidak disenangi oleh warga Felda sendiri.

Sepatutnya, kata Riduan langkah awal yang perlu dibuat oleh Tan Sri Isa Samad adalah dengan mengundur diri bagi mengelak lebih ramai mempertikaikan kehadiran beliau di situ.

“Dibimbangkan sekiranya beliau terus berdegil untuk memimpin Felda dan KPF, warga Felda keseluruhannya memberontak dan boleh menyebabkan berlakunya ‘Felda Springs’ pula melanda sebagaimana berlaku di negara Arab ketika ini,” ujarnya.

05 Januari 2012

TAHU DAN JANGAN BUAT TAK TAHU

By Hishamuddin Rais | Yahoo! Malaysia Newsroom – Wed, Jan 4, 2012


Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald H.Rumsfeld telah ditanya oleh wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik ' There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu.

Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.

Pilihanraya ke 12 - Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua par tiga di Parlimen. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini diketahui dan kita semua tahu.

Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.
Pada 1 Julai 2008 Balasubramaniam anak lelaki Perumal telah mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah dimana secara terang dan jelas dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak. Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya. Fakta ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit - fasal 25 pecahan 2 - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam. Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan buat-buat tidak tahu.

Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan tuduhan Saiful terhadap Anwar. Ini pekara diketahui oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang ramai warga buat-buat tidak tahu. Banyak juga pekara diketahui umum tetapi ada warga sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga warga yang tahu duduk perkara tetapi sengaja buat tidak tahu.

Ramai yang tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah Superman Christopher Reeve.

Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis. Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri.

Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE. Ramai yang hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya mendapat ijazah doktor. Masih ramai pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful Bukhari.

Ramai warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit tentang kedudukan ekonomi negara dengan 5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu.

Ramai yang tidak mahu tahu bahawa kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes liwat Anwar Ibrahim ini ialah kes politik. Kes politik - pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.

Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu. Garis politik ini telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu dalam negara ini. Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu.

Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat. Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik terutama dikalangan jenerasi muda. Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu.
Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum pemodal dan kapitalis yang besar. Najib juga dibantu juga oleh para cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan peniaga-peniaga dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu sokongan kerajaan. Ini semua orang tahu.

Manakala Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai atau dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar. Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu.

Justeru - Najib dan Anwar ini memiliki sokongan yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang dari latar belakang kelas yang berasingan. Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila membaca ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu. Selama ini mereka hanya menganalisa watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin tahu siapa yang wajib disokong.

Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada hari Isnin depan. Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan Anwar Ibrahim akan didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun.

Ada sesiapa lagi yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib? Ini namanya perang bioloji. Kalau Najib tidak memenjarakan Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus politik perang bioloji Najib Razak.
Berhenti sebentar! Sebelum hari Isnin ini sampai ada satu pekara lagi yang tidak diketahui tetapi masanya telah sampai untuk di ketahui. Pekara tahu yang wajib diketahui oleh seluruh warga Malaysia ini ialah peranan Amerika, United Kingdom, Turkey dan Indonesia. Atau lebih senang lagi apakah peranan Barak Obama, David Cameron, Recep Tayyip Erdogan dan Susilo Bambang Yudhoyono dalam menentukan keputusan kes Anwar liwat Saiful ini.

Apakah pembaca terperanjat apabila tahu ada kuasa luar yang masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful ini? Jangan terperanjat kerana seperti kata Donald H. Rumsfeld "...there are also uknown unknowns..." atau ada pekara tidak tahu dan kita sendiri tidak tahu yang kita tidak tahu.

Anwar Ibrahim Nationwide Tour: Seremban 04/01/2012 (Pt 1/5)

Anwar Ibrahim Nationwide Tour: Seremban 04/01/2012 (Pt 2/5)

BERHIMPUN KERANA HAK, BUKAN UNTUK PENGARUHI MAHKAMAH

KUALA LUMPUR, 5 JAN – Perhimpunan aman Bebas Anwar 9 Januari ini sama sekali tidak bermaksud untuk mempengaruhi keputusan mahkamah, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Sebaliknya, beliau berkata, selain tanda sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga dijamin akan diadakan secara aman dan bersurai sebaik keputusan mahkamah diumumkan.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, adalah hak rakyat untuk berhimpun untuk mendengar sendiri keputusan mahkamah dan kebebasan berhimpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mengapa harus berhimpun? Persoalannya mengapa tidak boleh berhimpun? Kerana perhimpunan aman adalah merupakan sesuatu yang dijamin dalam Perlembagaan.

“Selesai keputusan, walau apa pun keputusan yang dibuat (mahkamah) kita akan bersurai secara aman,” katanya kepada Roketkini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kesediaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman Isnin ini yang dikenali dengan singkatan perhimpunan 901.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan menghormati sebarang keputusan mahkamah, sama ada yang baik mahu pun yang buruk.

“Begitu pun, kita tunggu perbicaraan sehingga selesai dahulu dan dalam masa sama sudah tentu rakyat Malaysia akan berhimpun (Isnin) atas dasar kebebasan berhimpun dan mendengar (keputusan) itu.

“Adalah hak mahkamah untuk membuat keputusan, tetapi hak rakyat juga harus dihormati untuk menuntut satu keadilan diberikan kepada Anwar,” katanya.

Azmin turut menjelaskan bahawa Anwar tetap relevan bukan sahaja kerana beliau sebagai Ketua Pembangkang yang berjaya menggabungkan tiga parti pembangkang terbesar iaitu DAP, PAS dan PKR dalam sebuah pakatan, tetapi juga simbol perpaduan kaum.

ABU - CUKUPLAH SUDAH

901 : TUJUH ' KALAU ' KADIR JASIN


KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Ketua Pengarang kumpulan NSTP, Datuk Kadir Jasin memberikan tujuh kalau menjelang 9 Januari ini dan yang menarik semuanya menyukarkan kedudukan Umno.

"Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

"Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin: Banyak Kalau Dalam Keputusan 9.

Kadir yang terkenal dengan sikap 'loyal'nya kepada Umno khasnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menulis, Pakatan Rakyat telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.” tulis Kadir.

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga, tulisnya lagi.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

Berikut adalah kalau-kalau yang terlintas di fikiran Kadir.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri MohdNajib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.


Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.- HD

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ANJUR KRUSUS POLITIK

KBS ‘cuci’ minda anak muda

Program Penggerak Muda bertujuan mendoktrinasi generasi muda dan meracuni pemikiran mereka supaya membenci PAS, PKR dan DAP.



SEREMBAN: Jika Program Penggerak Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dijadikan rujukan, maka bolehlah dirumuskan bahawa jabatan tersebut di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah menjadi salah sebuah komponen Barisan Nasional (BN) atau mungkin lebih tepat ahli bersekutu Umno.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek membuat pendedahan ini kepada FMT selepas beberapa anak muda Melayu sekitar Seremban yang menghadiri program tersebut membuat aduan kepada beliau kerana tidak puas hati dengan pengisian program tersebut.
Program tersebut berlangsung di A’Famosa Resort, Melaka pada 27 dan 28 Disember 2011 dan seterusnya di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 29 Disember 2011.

“Beberapa hari yang lepas saya didatangi beberapa pemuda dan mengadu kepada saya bahawa program tersebut sebenarnya adalah sebuah program mendoktrin generasi muda dan diadakan bertujuan untuk meracuni pemikiran anak muda untuk membenci PAS, PKR dan DAP.“Saya juga diberitahu oleh pemuda-pemuda ini bahawa dalam salah sebuah sesi penerangan yang bertajuk ‘Senario Politik Semasa
Setempat’, penceramah tersebut dalam usaha untuk cuba menegakkan benang yang basah, menghina Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat”, ulas Mohamad Rafie yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban.

Penceramah terbabit dikatakan berkata: “Nik Aziz cakap orang bukan Islam boleh guna perkataan ALLAH tapi jangan salah guna. Senang sahaja lepas ni jumpa Nik Aziz bagi tahu dia, “Tok Guru saya nak pinjam anak dara Tok Guru semalam sahaja, Insya Allah saya tak salah guna”.
“Ini satu penghinaan yang melampau yang merentasi adat susila Melayu dan hukum Islam. Malah saya yakin mana-mana bangsa dan agama di dalam dunia tidak membenarkan penganutnya melafazkan kata-kata lucah seperti ini,” jelas Mohamad Rafie.


Saya dimaklumkan program selama tiga hari itu langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk atau nama program itu. Sebaliknya ianya program berunsur mendoktrin peserta.“Persoalannya sejak bila JBSNS di bawah KBS menjadi tukang kempen dan mencuci otak dan minda anak muda untuk menyokong kerajaan BN? Saya mempunyai beberapa bukti bahawa program ini telah disalah guna untuk kepentingan parti pemerintah.

“Anda boleh baca sendiri kandungan di dalam buku program yang jelas menunjukkan KBS ini bekerja seolah-olah untuk Umno-BN.“Saya minta Menteri KBS, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menjelaskan isu yang saya anggap amat besar kerana ia membabitkan wang rakyat yang digunakan untuk agenda politik Umno-BN.“Saya juga dimaklumkan pada hari pertama dan pada sesi pertama program dimulakan, penceramah tersebut bertanya adakah mana- mana peserta yang berbangsa Cina dan India. Didapati peserta dalam lingkungan seratus orang itu seratus peratus adalah Melayu.
Apatah lagi difahamkan antara pengisian program ini juga ada unsur seperti memecah belahkan orang Melayu dengan Cina dan India.“Kenapa program ini diadakan untuk anak muda Melayu sahaja. Kenapa tidak dibuka kepada anak muda Cina dan India? Apa agenda sebenar KBS dalam penganjuran program ini?,” tanya Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie mendesak Ahmad Shabery menjelaskan berapakah kos penganjuran setiap siri program ini yang mana program yang dihadiri oleh pemuda-pemuda ini adalah siri yang kedua.
“Saya percaya program sedemikian mungkin juga diadakan di negeri-negeri lain. Berapa banyak lagi siri program ini akan diadakan untuk pemuda-pemudi Negeri Sembilan?
“Tidak mungkin Ahmad Shabery tidak tahu pengisian program ini adalah untuk mendoktrin anak muda agar menyokong kerajaan Umno- BN. Ahmad Shabery harus bertanggungjawab untuk menjawab semua persoalan ini.

“Seharusnya dana kementerian digunakan untuk pengisian program membina jati diri generasi muda menjadi produktif, berdisiplin, menggerakkan ekonomi dan membentuk keperibadian sahsiah yang baik”, kata Mohamad Rafie.Cerita politik, fitnah memfitnah, Sementara itu dalam pertemuan dengan FMT, Mohamad Rafie memperkenalkan salah seorang pemuda yang menyertai program tersebut.
Enggan nama beliau dicatat dan imej beliau dirakam, pemuda tersebut berkata beliau menyertai program itu dengan harapan mungkin akan ditawarkan program atau peluang berniaga atas program khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan atau sekurang -kurangnya program motivasi untuk mempertingkat kerjaya atau menambah sumber pendapatan.

“Malangnya apa yang disajikan ialah cerita politik dan fitnah menfitnah dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.“Penceramah juga meminta kami harus pastikan Umno-BN kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang,” kata pemuda itu lagi.

Mohamad Rafie juga menunjukkan buku program kepada FMT dan meminta FMT menyiarkan tiga perenggan dalam buku program itu yang menurut Mohamad Rafie terang-terang membuktikan KBS sudah menjadi alat Umno-BN.Menurut beliau, kandungan ulasan dalam buku program itu, di antara lain menyebut:

Berasaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), satu analisa terhadap sokongan generasi muda terhadap kerajaan telah menunjukkan tanda aras penurunan yang ketara iaitu sebanyak 36% berbanding dengan PRU 11 pada 2004.

Sehubungan dengan itu, KBS telah mengambil tindakan proaktif, iaitu dengan merangka strategi-strategi mendekati generasi muda secara terus di peringkat akar umbi dalam usaha mengenalpasti kehendak dan keperluan serta trend dan pola sokongan pengundi muda dalam usaha mencapai matlamat kelangsungan kerajaan.

Penglibatan ini dijayakan melalui beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti di Manik Urai (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Sibu (Sarawak), Batu Sapi (Sabah) dan Galas (Kelantan).-FMT

MAHB ‘sembunyikan’ kenaikan kos tambahan perpindahan KLIA2, kata Pua


KUALA LUMPUR, 4 Jan — Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) gagal memaklumkan kepada pegawai kerajaan mengenai kos KLIA2 yang mencecah RM3.9 bilion, meningkat hampir dua kali ganda apabila berpindah ke terminal baru dari lokasi asal, kata Tony Pua hari ini.
Ketua Publisiti DAP berkata MAHB tidak memaklumkan maklumat penting itu pada satu mesyuarat yang diadakan pada 15 April 2008, apabila mengendali lapangan terbang itu mula menjalankan kerja-kerja di tapak KLIA Barat untuk mengambil pegawai dari Kementerian Kewangan dan pegawai dari Kementerian Dalam Negeri.

Walaupun pelan asal KLIA Master Plan 1992 menyatakan keadaan tanah di bahagian barat tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa mengambil langkah-langkah penting yang dicadangkan jurutera,” kata Pua.

“Isu ini yang dinyatakan dalam rancangan induk tidak diambil untuk dimasukkan dalam rancangan induk yang baru,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini.

“Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa MAHB dengan sengaja memilih untuk tidak mendedahkan maklumat penting ini kepada pegawai kementerian berkaitan.”

Tindakan itu menyebabkan kekurangan bantahan untuk memindahkan KLIA Utara ke KLIA Barat yang menyebabkan kos terminal pengangkutan tambang murah boleh melambung dari RM2 bilion kepada RM3.9 bilion, katanya.

Pua juga mempersoalkan keputusan MAHB untuk berpindah ke lokasi baru, mengatakan pengendali lapangan terbang itu telah mengesahkan tapak asal sebagai lokasi pilihan terbaik dalam satu pembentangan kepada Kementerian Kewangan pada 6 Julai 2007.

Bulan lalu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini menganggarkan kerja-kerja di tapak baru itu akan menelan kos RM1.2 bilion daripada 1.9 bilion kos tambahan untuk membina KLIA2.

Beliau menegaskan langkah untuk memindahkan KLIA Barat bermakna satu landasan kapal terbang ketiga perlu dibina yang menelan kos RM270 juta serta satu menara kawalan kedua berharga RM500 juta.

Pua juga mengambil tugas Kementerian Pengangkutan dengan mengatakan keputusan MAHB itu dibuat tanpa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengambil tindakan terhadap pegawai kementerian itu yang terlibat dalam perbincangan KLIA2.

Beliau menambah tindakan juga mesti diambil terhadap pengurusan atasan MAHB kerana menyembunyikan perkara sebenar.

MAHB berkata kenaikan kos KLIA2 itu berlaku disebabkan keputusan untuk meningkatkan keupayaan kapasiti terminal kepada 45 juta penumpang setiap tahun berbanding 30 juta sebelum ini.

Ia dilakukan untuk menampung unjuran penerbangan tambang murah AirAsia yang mempunyai penumpang seramai 45.3 juta orang yang akan menggunakan terminal pengangkutan tambang murah baru menjelang 2020, katanya.

Pengendali kapal terbang itu turut menyalahkan kelewatan enam bulan untuk perubahan dalam sistem pengendalian bagasi (BHS), yang diminta AirAsia.

Tetapi AirAsia menafikan meminta BHS supaya memberikan perkhidmatan lebih baik atau terminal lebih besar dengan mengatakan hanya meminta MAHB memperluaskan KLIA2 jika diperlukan.

KLIA2 akan menjadi terminal tambang murah terbesar di dunia apabila siap dibina pada April 2013.-tmi

04 Januari 2012

ABU: Harga sebuah perubahan

Oleh: MSK


Ada orang komen…kalau tolak Umno, Pakatan naik pun bukan boleh harap. Aku setuju.
Kalau tumbangkan Umno pasai depa rasuah…Pakatan naik pun bila dah dapat kuasa pun rasuah jugak. Aku juga setuju.

Kalau tak ada Umno…tak adalah pembangkang. Bila tak ada pembangkang…lagi la Pakatan bermaharajalela. Yang ni aku lagi setuju.
Habih pasai apa nak buang Umno?
Seluruh kehidupan kita dikuasai oleh ketakutan. Fear. Kita takut Pakatan tak akan mampu mentadbir kerajaan kalau Umno tak ada. Kita takut Pakatan juga rasuah kalau berkuasa. Kita takut Pakatan juga akan menjadi diktator apabila mendapat kuasa.
Kita lebih takut kepada Pakatan yang belum mendapat kuasa, daripada Umno yang sedang berkuasa dan sedang menghancurkan sistem ekonomi dan sosial sekarang. Kita lebih takut Pakatan akan melakukan rasuah, daripada umno yang sememangnya sudah rasuah. Kita lebih takut kepada Pakatan yang akan bermaharajalela, daripada Umno yang sedang menghancurkan negara. Kita lebih takut kepada perkara yang belum berlaku daripada perkara yang sedang berlaku.

Fear got the best of you.
Aku akan cuba tulis sebanyak mana yang aku mampu, tapi seperti yang aku sebut sebelum ini, ABU bukan milik aku. Apa yang aku cakap bukan menggambarkan falsafah ABU. bukan dasar ABU. Aku menyokong ABU sebab aku mahukan perubahan.Aku tau, hangpa akan tanya..apakah perubahan akan menjanjikan kebaikan? Yang tu juga aku tak boleh nak janji. Malah aku berani kata, perubahan akan berpotensi membawa keburukan dan kehancuran lebih tinggi dari kebaikan.
Habih…pasai apa nak ubah? Yang ni kita bincang selepas ini. Sekarang aku nak kongsi tentang harga sebuah perubahan.

Satu masa dulu, coklat Van Houten cukup popular. Sapa yang kerja dengan Chocolate Products, memang seronok sebab gaji tinggi dan dapat bonus. Walaupun gaji pekerja masa tu cuma lebih kurang RM350.00 sebulan, tapi dengan overtime dan pelbagai elaun, boleh bawa balik lebih kurang RM800.00. Tapi lama kelamaan, kos pengeluaran semakin meningkat manakala pulangan jualan tidak siring dengan kos pengeluaran. Pengurusan cuba membuat perubahan dengan menghentikan pengeluaran coklat Van Houten dan digantikan dengan Vochelle.

Ramai yang membantah. Pasai apa nak buang benda yang sudah popular dan digantikan dengan yang baru? Ramai pekerja dan pengurusan tidak mahukan perubahan.Tahun pertama, hasil jualan merudum. Orang tak tau Vochelle. Orang cuma tahu Van Houten. Syarikat rugi, ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Mereka yang telah bekerja bertahun-tahun, berkorban untuk syarikat terpaksa dikorbankan demi memastikan syarikat terus hidup.

Tahun kedua, jualan meningkat dan terus meningkat ditahun-tahun seterusnya. Sekarang, kalau tiba musim Christmas, Tahun Baru…malah orang Melayu kahwin pun beli coklat Vochelle. Van Houten semakin hilang.Siapakah yang menikmati kejayaan Vochelle? bukan mereka yang berkorban dengan gaji RM350.00 dulu. Bukan mereka yang taat kepada syarikat..tapi orang-orang lain.
Itu dalam bisnis. Dalam politik juga macam tu.

Indonesia menggulingkan Suharto. Apakah kehidupan rakyat Indonesia semakin baik selepas Suharto digulingkan? Tidak.Gus Dur gagal memimpin Indonesia dan hanya mampu bertahan dua tahun. Megawati juga gagal membangunkan Indonesia selepas Gus Dur. Cuma bila SBY menjadi Presiden, barulah Indonesia menampakkan kemajuan. Dan Indonesia sudah semakin jauh meninggalkan Malaysia dalam segenap sudut. Tetapi apakah mahasiswa Trisakti yang berperang dengan polis sehingga terbunuh itu yang mendapat ganjaran? Tidak.

Apakah kalau Umno dan BN tumbang, Pakatan akan secara otomatik akan membawa kesejahteraan? Tidak.Perkara pertama yang akan berlaku selepas Pakatan menang ialah berebut siapa Perdana Menteri, siapa nak jadi Menteri dan siapa nak jadi senator. Macam apa yang berlaku di Perak selepas mendapat kemenangan 2008. Ini berlaku kerana kemenangan itu tidak diduga dan Pakatan tidak bersedia untuk menang.

Apakah hangpa yang turun kejalanraya dan bermandi darah kerana melakukan perubahan akan mendapat pembalasan seribu dinar seorang? Jangan harap. Hangpa hanya lah daun kari yang hanya diperlukan semasa memasak. Bila kari dah siap..hangpa pun kena kuis ketepi. Yang akan berebut nanti ialah ahli politik. Yang menonjol sebagai hero nanti ialah ahli politik.
Revolusioner tidak mendapat apa-apa. Malah nama mereka juga hanya segelintir yang mengingatinya. Tapi mereka terkorban untuk kesejahteraan orang lain.

Apakah Buoazizi di Tunisia mendapat layanan pahlawan bila dia mati? Apakah penjual roti yang terkorban sebelum Revolusi Jasmin di Mesir mendapat ganjaran selepas kejatuhan Hosni Mubarak? Tidak. Mereka adalah pencetus perubahan demi kesejahteraan orang lain.
Mau atau tidak…perubahan sudah pasti tercetus di Malaysia. Ia bukan kerana perancangan rakyat…tetapi kerana evolusi politik yang terjadi apabila pemimpin politik sudah mula menyalahgunakan kuasa.Dan revolusi akan berlaku apabila rakyat sudah dapat menahan kemarahan.
Bagi sapa-sapa yang tak mahu berubah…tak mengapa. Aku bukan nak paksa. Aku cuma nak bagi tau, mereka yang melakukan perubahan akan terkorban dan mereka yang tidak mahu berubah juga akan terkorban. Yang terselamat adalah opportunis. Mereka yang bijak menggunakan keadaan.

Semua ini akan berlaku sekiranya sistem itu tidak kita runtuhkan. Umno/BN menjadi rosak kerana sistem yang sudah rosak. Perdana Menteri sudah menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Pemimpin-pemimpin lebih rela mengampu Perdana Menteri daripada menjaga rakyat..kerana Perdana Menterilah yang menentukan sama ada perutnya boroi atau kempis.

Kalau setakat Umno ditumbangkan manakala sistem tersebut masih lagi digunapakai, sapa saja yang memerintah akan serupa saja. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri pun, kalau sistem yang ada sekarang tidak diubah, Anwar pun akan jadi macam Najib atau Mahathir.

Setiap perubahan memerlukan masa transisi. Dalam masa transisi inilah, pelbagai perkara yang karut akan berlaku. Opportunis akan mengambil kesempatan. Conmen lebih ramai dari consultant. Yang bodoh akan berlagak pandai. Yang berkuasa juga akan lupa diri.

Masa transisi adalah masa pembersihan. Dan dalam masa ini jugalah kita perlu memperbetulkan sistem. Semua orang perlu terlibat…bukan dengan mewakafkan kuasa tersebut kepada orang lain. Hancur nanti.
Habis..apa kah keuntungan dari perubahan yang cuba dilakukan ini?
Keuntungan paling besar ialah setiap orang sudah berjaya menghapuskan perasaan takut untuk melakukan perubahan. Kalau Umno yang dikatakan kuat pun boleh diruntuhkan…apatahlagi Pakatan yang rapuh.

Revolution will teach us not to fear anyone.
Cukup mudah untuk menjatuhkan Pakatan daripada menjatuhkan BN. Kalau BN pun boleh diruntuhkan..kita hanya perlu menjentik Pakatan.

Tapi kalau hangpa ada anak kecik yang masih bersekolah, ada bini yang baru mengandung, Ada hutang kereta yang perlu dilangsaikan…hangpa takut nak berubah pun takpa. Aku tak marah…tapi jangan lemahkan semangat orang lain yang nak berubah.
Kalau hangpa takut..takpa. Tapi jangan takutkan orang lain. Hangpa tak mau buat takpa…tapi jangan perlekehkan orang lain yang buat. Sebab hasil dari perubahan ini bukan akan dinikmati oleh mereka yang berkorban dan terkorban…tapi hangpa yang tak buat apa-apa. Hangpa yang hanya pandai menjual air liur.

Revolusi bukan digerakkan oleh orang-orang tua. Revolusi bukan digerakkan oleh orang-orang yang banyak keluarga. Tapi revolusi digerakkan oleh anak-anak muda. Dunia akan digoncangkan oleh anak-anak muda.

bersambung…..

MAHKAMAH BENAR SEKAT MESYUARAT AP KHAS KOPERASI PEMODALAN FELDA

Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF


KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok.

Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu.

Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik.

Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan.

“Bagaimanapun jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung KPF, kami akan memfailkan injunksi lagi," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Harris, dalam perbicaraan hari ini pihak Felda gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak peneroka.

Rabu lalu, beliau telah mengemukakan interim injunction di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari.

Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

SPRM: PATUT DAKWA KETUA NFC ATAS CUBAAN SOGOK POLIS

'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis, SPRM'
Abdul Rahim Sabri
1:44PM Jan 4, 2012


Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.

Pada sidang akhbarnya di ibu pejaabt PKr di Petang Jaya, hari ini Rafizi juga mendedahkan sebanyak RM1.755 juta dibayar kepada pegawai penyiasat bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.

Katanya, sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Rafizi juga mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail menjadi "orang tengah" menyampaikan wang tersebut kepada pegawai penyiasat SPRM dan PDRM.

Rafizi berkata dakwaan itu yang dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis yang dibuat oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, berdasarkan Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apa bila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.

"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," katanya dalam sidang media hari ini..


Sumber: Malaysiakini

Desakan tahan Taib: Interpol serah kepada polis M'sia

Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Menurut kenyataan akhbar oleh BMF, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".

"Sekiranya anda ingin memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang dinamakan itu, anda dinasihati supaya menghubungi polis negara berkenaan dan / atau badan kehakimannya."

Menurut BMF, maklumat laman web Interpol, menyebut NCB bagi Malaysia secara langsung terletak

di bawah kuasa Ketua Polis Negara.

Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain yang berpangkalan di enam negara menggesa Malaysia untuk menangkap Taib dan 13 ahli keluarganya atas dakwaan "salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah".

Sepucuk surat 10 halaman memperincikan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia melalui pos berdaftar, tetapi menurut BMF, pihak berkuasa gagal memberikan jawapan.

Siasatan BMF menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di 25 negara dengan nilai yang dianggarkan ratusan bilion dolar Amerika.-MK

Demo UPSI - Ada Bukti Video Kekerasan Polis, Kata Mahasiswa

Madrasah Salihiah - Tempat dok bising tu MADRASAH ka PEJABAT TAKAFUL..???



oleh AnakKedah007

Gua dok hairan nie.. mana dianya surau yang depa kata Kerajaan Negeri nak robohkan tuuu.. yang gua nampak kat sini signboard TAKAFUL IKHLAS ada laa.. Jika kata surau mana dia signboard MADRASAH SALIHIAH terpampang besaqnya.. nampak sangat kariah surau nie utamakan nama TAKAFUL dari nama surau....

Pada gua yang paling dok bising tentu tokey takaful nie bukan apa skrg depakata dia sewa bangunan tu... pesoalannya dia bayar kepada siapa sedangkan kawasan itu ialah tanah wakaf... jika tanah wakaf urusan penjagaan dia di Kedah nie di jaga oleh MAIK....

Duduk cemey paaa...??? Itu yang hingaq sangat tuuu....bukan apa bila dibuat yang baru kompom yg lama akan di roboh... bila di roboh maka sekali2 dengan TAKAFUL IKHLAS laaa akan berkubur...jadi kena pie cari tapak sewa baru....dimana kadar sewaan akan meningkat berkali ganda.... dari dok cemey murah sewanya skrg nie dgn adanya projek Aman Central nie maka dengan dia sekali hauuuu.....

Haramkan arak di Kulim: Cubaan sabotaj Kedah?

SHAH ALAM, 3 JAN : Adun Kulim, Lim Soo Nee mendakwa tindakan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan penjualan minuman keras mulai Jun tahun ini di negeri itu sebagai satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah.

Beliau juga mendakwa keputusan tersebut dibuat tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri itu.

Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun.

"Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka.

"Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim.

Memetik laporan akhbar The Star hari ini, pemilik kedai minuman keras di daerah berkenaan telah menerima surat bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun.

Malah pemberhentian penjualan minuman keras itu akan mengakibatkan kira-kira 100 pengusaha terjejas dengan arahan baru yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu.

Adalah difahamkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulim tahun lalu.

http://antarapos.com

03 Januari 2012

HUTANG UMNO PADA BUDI ORANG MELAYU - DATUK MOHD ARIFF (AK47)

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider

3 JAN — Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan oleh The Malaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya TMI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.

Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan Umno, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu? Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2.

Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden Umno yang paling lama mengetuai Umno iaitu Dr Mahathir yang menyatakan Umno is rotten to the core dan kerajaan Umno korap dari atas hingga ke bawah. Izinkan saya membawa perhatian orang Melayu kepada suatu perkara yang sangat tidak betul pada Umno. Seringkali kita di banjiri dengan nasihat supaya orang Melayu mengenang budi Umno. Tapi bagaimana pula dengan Umno yang tidak mengenang budi orang Melayu? Bukankah Umno itu hidup atas budi orang Melayu dan amanah yang di pertanggungjawabkan?

Biarkan saya menyimpul pendekatan Umno hari ini. Pimpinan Umno hari ini meniru apa yang John Kennedy ucapkan dalam pidato sulung ketika menerima perlantikan sebagai Presiden USA. Kita dapat membayangkan mana2 pemimpin Umno hari ini menyatakan: jangan tanya apa Umno boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada Umno.

Inlah titik tolak penentangan kami kepada Umno kerana sikap seperti ini merosakkan orang Melayu. Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam. Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini kepada orang Melayu.

Bahagian pertama ungkapan tersebut jangan tanya apa Umno boleh lakukan kepada kamu memberi pengertian bahawa Umno itu tuan dan ahlinya adalah hamba. Umno itu penaung dan rakyat adalah yang bergantung kepada mereka. Umno itu bersifat ketuhanan yang mesti disembah kerana ianya pemberi segala rezeki kepada orang Melayu.

Bahagian kedua ungkapan tersebut tanya apa kamu boleh lakukan kepada Umno membawa erti bahawa Umno itu sesuatu yang perlu ditaati dan di takuti serta punca segala kesenangan untuk orang Melayu.

Kedua2 bahagaian ungkapan tersebut merosakkan orang Melayu dan bertentangan dengan piagam orang yang berjiwa merdeka. Orang Melayu yang berjiwa merdeka akan melihat Umno sebagai suatu wadah dengan dan melalui nya, mencapai obejektif 2 besar dalam masyarakat. Umno bukan sesuatu yang mesti disembah atau dalam bahasa yang selalu di sebut oleh pimpinan Umno — mesti mengenang budi Umno.

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Anwar Bebas 901 Reformasi

Pendedahan seorang ikon palsu: RPK akan pulang!

Written by Mathias Gomes, Stan Lee,


Akhirnya, Raja Petra Kamarudin sudah mendapat tiket beliau untuk kembali ke tahan air! Kita fikir, berapa lamakah anda boleh dibung negara dan berpura-pura untuk berjuang untuk demokrasi di Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom? Kita semua ada perut untuk diisi.

Saya masih ingat lagi pendedahan yang dibuat oleh RPK melalui Malaysia Today yang membuatkan orang seperti saya memulaukan Barisan Nasional dan menginginkan Malaysia yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak tanpa kerajaan yang dipimpin UMNO. RPK yang membuatkan kita ketagih dengan blog, dia membuat kita meng-emel pendedahannya kepada rakan-rakan kita dan yang paling penting, dia telah mengembalikan minat kita kepada penulisan. Memang benar, saya tidak pernah menulis untuk topik politik sehinggalah saya menjadi peminat RPK dan tagged beliau.

Setiap pagi saya akan mulakan dengan Malaysia Today kemudian barulah saya membaca surat khabar lain. Dia juga telah menyebabkan saya memulaukan New Straits Time yang saya sudah pun baca selama 10 tahun dan saya hanylah membaca berita domestik dan antarabangsa secara online. Memang saya dapat berjimat wang dan kini hampir 5 tahun saya tidak membeli suratkhabar mainstream. Jumlah orang yang saya telah yakinkan untuk tidak membeli suratkhabar juga semakin meningkat. Tidak syak lgi RPK telah memberikan kepada kita sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti. Dia juga sering merujuk kepada manuskrip, undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu kelihatan seolah-olah dialah pakar dalam undang-undang terhandal di negara.

Kali pertama rakyat Malaysia dapat akses untuk hentam UMNO!

RPK telah membuat kita melihat perkara dari perspektif beliau tetapi kutukannya terhadap Umno lah yang menjadi perkara utama. Terutamanya kes pembunuhan Altantuya dan penglibatan Rosmah Mansor begitu juga dengan akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat peribadi P Balasubramaniam. Dengan pendedahan kejahatan Najib dan Rosmah, beliau telah pun di angkat menjadi wira. Ia juga menunjukkan untuk pertama kali, betapa teruknya imej Najib dan Rosmah.

Dengan pendedahan RPK, Umno dan BN dilihat tidak lebih daripada penyangak murahan. Kita juga menjadi obses dan menginginkan berakhirnya rejim jahat ini. Akhirnya kita makan, tidur dan bernafas politik Malaysia menentang BN. Sememangnya hampir semua yang dia katakana mengenai Umno dan BN adalah benar ataupun menjadi kenyataan walaupun Menteri dalam negeri, Hishamuddin mengatakan bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia Today hanyalah 40% fakta.

Kemuncaknya adalah pada pilihanraya 2008, di mana RPK membuat ceramah di Kampong Raja Uda dan ia pasti akan diingati untuk satu jangkamasa yang lama bersama dengan penceramah lain, Kit Siang dan Anwar Ibrahim dan ceramah mereka yang mengutuk UMNO terutama yang ada di Selangor telah membuatkan semua terkedu. Mungkin inilah yang cuba dicipta Umno menggunakan RPK- tetapi pastinya dalam mode yang bertentangan.

Tetapi, mampukan RPK mempengaruhi rakyat Selangor bahawa Anwar itu jahat dan Najib itu wira? Sangat menyedihkan yang kehidupan RPK sudak berputar sebegitu. Dia seharusnya menjadi orang yang disanjung bukanlah alat UMNO.

2008, penangkapan dan buang negara

Keputusan pilihan raya 2008 adalah titik paling tinggi buat RPK. Pembankang mengambil 5 negeri termasuk Selangor yang merupakan harta paling berharga mereka. IA juga telah menurunkan jumlah wakil BN dalam Parlimen untuk BN. Saya tidak pasti dengan anda tetapi dia telah membuatkan kami bekerja keras ketika itu. Saya dan rakan-rakan berkempen menentang Samy Vellu di Sungai Siput.Kami benar-benar mahu Samy kalah pada ketika itu jadi kami telah berbelanja RM7 ribu untuk kempen di sana termasuk menghantar sms kepada ramai orang yang tidak dikenali.

Kemudian, beliau ditangkap dibawah ISA dan perbicaraan dijangka berlaku. Beliau menjadi wira kami dan beliau juga mmepunyai pembaca blog dan peminat yang berjumlah lebih daripada 50 000. Saya masih ingat ketika kami membawa lilin di seluruh bandar termasuk yang paling puopular di Amcorp Mall di mana kami bersama isetri beliau Marina. Kami juga berdiri di luar mahkamah untuk berjam-jam lamanya untuk perbicaraan dan kami tidak pedulikan panas ataupun penat. Ada juga diantara kami yang ditangkap tetapi kami tidak peduli. Kami bersama RPK yang telah menunjukkan kepada kami Malaysia yang lebih baik.

Kemudian, dia melarikan diri di luar negara. Kami juga gembira untuk dia dan mengharapkan yang terbaik untuk dia dan Marina, kerana sekurang-kurangnya dia masih boleh menulis di luar negara dengan aman dan selamat. Kami juga menangis mengenangkan anaknya yang di tangkap dan dipukul dan kami rasakan ia adalah pembalasan dendam dari pihak Umno kepadanya. Kami doakan keselamatan dia dan anaknya sehinggalah pada hari dia memberi temuramah pertama dengan The STAR.

Kejutan The STAR

Kami rasakan bahawa dia telah mengecewakan kami dalam temuramah tersebut. Bagaimana setelah sekian lama mengutuk Rosmah dia dengan tiba-tiba menjadi jinak dan mengutarakan sokongan kepada Rosmah dan Najib dalam temuramah itu. Pada ketika itu, pembaca blognya sudah merasa syak. Pembaca terus memulaukan dia. Dia sudah menjadi orang suruhan. Sungguhpun begitu, ada yang masih belum berputus asa terhadap dia kerana sedar mungkin dia dipaksa berbuat demikian.

Ayah yang mana akan membenarkan anaknya di sakiti kerana dia dan kerjanya? Kami syak mereka yang bekuasa sedang mengambil langka-langkah ekstrim untuk menjinakkannya. Mungkin ada betulnya. Anaknya kemudian dibebaskan tidak lama selepas temuramah itu. Kini saya ingin beranya kepad RPK mengenai hubungannya dengan Anwar- sememangnya selama ini hubungan itu kadang-kadang panas, kadangkala sejuk dengan Anwar dan juga parti Keadilan. RPK masuk dan keluar parti itu bila saja dia mahu.

Sedari mula, memang dia tidak begitu suka kepada Anwar dan orang keadilan. Ini kerana mereka berasal dari Umno. Disebabkan ini, RPK merasakan mereka sudah biasa dengan rasuah dan sikap berat sebelah. Semasa dalam Umno, Anwar sering cari pasal dengan orang India. Orang India tidak digemari oleh Anwar.

Semasa era Reformasi, ramai yang bersimpati dengan Wan Azizah, kemudian Nurul Izzah dan barulah Anwar tetapi, menerusi Kempen Bebaskan Anwar oleh RPK, dia telah menjadikan kita percaya kepada Anwar semula.

Putaran terakhir?

Rakanku RPK, hari ini kamu telah memilih untuk menghentam Anwar. Kami tidak kisah kerana itu pandangan kamu atau apa yang kamu rasa salah dahulu sudah menjadi betul sekarang. Untuk kamu, kami sudahpun menerima Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang benar Anwar bukanlah malaikat dan samalah juga dengan Najib dan Rosmah kesayangan kamu itu.

Anwar seorang yang berkarisma dan oleh sebab itulah beliau dapat menjadi penghubung kepada perikatan Pakatan dan mengaharungi rintangan yang dilemparkan Umno dan BN. Walau macam mana benci pun kamu kepada Anwar, Anwar tetap menjadi katalis kepada Pakatan- satu-satunya pambangkang yang boleh melawan BN.

Kami rakyat Malaysia perlukan Pakatan untuk mengimbangi BN. Pakatan telah mendapat kekuatan selama 3 tahun ini. Memang ada kelemahan. Mungkin betul atau tidak menurut RPK bahawa Pakatan tidak akan menang PRU 13. Kami tidak kisah itu semua. Kami cuma mahu menghentikan 54 tahun penyalahgunaan kuasa Umno dan BN.

Tidak kisahlah apa yang kamu mahu katakan, tidak lama lagi kita aka nada pembangkang dalam kerajaan dan mereka sudah pun matang pada waktu itu. Kamu katakana bahawa kita akan kehilangan Selangor, tetapi saya yakin ini tidak akan berlaku.

Apapun pandangan anda terhadap Anwar, kami tidak kisah. Walaupun Anwar telah liwat Saiful atau melanggan pelacur Thai itu, kami tidak kisah. Itu adalah masalah peribadi sehinggalah ia dibuktikan benar. Kami hanya kisahkan Pakatan dan Anwar adalah katalis mereka.

Pakatan lebih kuat daripada kamu dan blogger Umno juga lebih baik daripada kamu

Jika Anwar tidak penting mengapa Najib bayar kamu begitu banyak atau berusaha gigih untuk dapatkan kamu bercakap dipihaknya? Mengapa masih peduli untuk hentam Anwar? Apa yang bagus sangat mengenai Anwar jika dia tidak bagus?

Dan, amat menyedihkan walaupun temuramah sensasi dalam suratkhabar Melayu, saya tidak yakin ramai rakyat akan lupa dengan skandal NFC dan kekejaman polis terhadap pelajar UPSI dan protes Adam Adli dan juga keputusan kes Liwat II pada 9 Januari. Keputusannya akan sama. Rakyat akan membenci Umno kerana Najib dan Rosmah. Akhirnya, bukan Anwar yang kalah disebabkan temuramah kamu itu. Kamu sendirilah yang kalah dan kalah teruk.

Tidak RPK. Hari ini kamu telah membeli kebebasan kamu dan akan kembali tidak lama lagi. Saya rasa ada udang disebalik batu dalam kes kamu dan saya rasa kamu tidak benar-benar percaya dengan apa yang kamu cakapkan bahawa kamu tidak kisah kepada pengkritik kamu seperti saya.

Yang sedihnya, mereka yang seperti Big Dog Zakhir Mohamad, Rocky’s Bru Ahhrrudin Attan dan Parapu Kari atau Papagomo adalah jauh lebih baik daripada kamu kini. Sekurang-kurangnya mereka kekal dengan pendirian mereka.

Saya ucapkan selamat maju jaya untuk kamu dan selamat tinggal kepada kamu dan Malaysia Today.


Malaysia Chronicle

http://ariffaspan.dap


Yahoo!!
Semalam hari kedua 2012 dan suasana semakin panas dan mengharubirukan. I love it!!
Kisah Raja Petra semakin panas dan diikuti dengan perletakan jawatan Haris Ibrahim sebagai Presiden MCLM untuk menumpukan sepenuh masa kepada ABU. Kemudian ditambah pula dengan kemasukan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias kedalam DAP. Cantik!!

Aku bukan nak puji sapa dan dan nak kutuk sapa. Aku dah puas kutuk orang…tapi tak bermakna aku akan berhenti mengutuk orang selepas ini.
Apa cuma nak imbas kembali apa yang aku tulis dalam tahun 2011.Seronok membaca kembali tulisan-tulisan lama yang berbentuk ramalan semakin menjadi realiti dari hari kehari.
Pada 27 April 2011, aku tulis satu artikel tentang PRU 13: Senario. Masa tu aku kata, “Apa yang berlaku adalah anarki. Pesta katak akan berlangsung. Ada yang dari BN akn melompat kedalam Pakatan dan ada yang dari Pakatan akan melompat kedalam BN. Tapi jangan takut..kerana ia hanyalah sebahagian daripada evolusi. ”

Kemudian pada 29 September2011, aku tulis begini: Jangan terkejut kalau lawan yang kita maki hamun sekarang akan dipeluk dan didakap oleh pemimpin Pakatan dan Barisan. Jangan terkejut, kalau “pejuang” akan dipinggirkan manakala “pengkhianat” akan menjadi pemimpin kita.
Masa menentukan kebenaran. Kalau dulu, Raja Petra dianggap pejuang, sekarang dia dianggap pengkhianat. Malah sudah ada yang memberikan label sebagai anjing kurap Umno!! Jangan risau, kalau dulu siapa saja yang didalam Umno dianggap pengkhianat…termasuk Ariff Sabri dan Aspan, sekarang mereka sudah jadi hero Pakatan.

Hangpa mungkin tidak begitu terkejut kalau Sakmongkol dan Aspan menyertai Pas atau PKR..tapi menyertai DAP? Orang Umno menyertai DAP? PRU 13 masih belum nampak bayang-bayang tapi senario keharubiruan sudah mula terbayang.Kemasukan Ariff Sabri dan Aspan kedalam DAP belum cukup surprise. Ada lagi surprise yang lebih besar.

Aku tak pernah tulis tentang Aspan nak masuk DAP walaupun aku dah tau sejak lama dulu. Hanya member-member yang selalu pekena kopi O dengan aku yang tau. Dan mereka tau apa surprise yang lebih besar yang aku maksudkan.Dalam sidang media pelancaran ABU di Perak, aku ada kata…” ABU akan merubah landskap politik negara.” Mungkin ada yang gelak bila aku cakap macam tu..tapi tunggu dalam masa terdekat ini.

Pada 28 December 2011, United Borneo Alliance (UBA) bersetuju untuk menyokong Asalkan Bukan Umno (ABU) tetapi dalam masa yang sama, mereka menegaskan bahawa tidak semestinya mereka menyokong Pakatan Rakyat!While ABU organisors in the peninsular are set to back Pakatan Rakyat, state opposition leaders in East Malaysia, especially Sabah, are however backing state-based parties.

Macam mana ni? Apakah Pakatan Rakyat akan berdepan dengan UBA dan BN di Sabah? Ini lagi interesting. Apakah UBA juga akan dianggap anjing kurap Umno oleh penyokong Pakatan?
Itu cuma harubiru diantara BN dan PR. Macam mana pula sesama BN?Ketua Pemuda MCA Penang telahpun bertindak keluar parti bersama hampir 500 penyokongnya. Seebnarnya, aku pun sangsi sama ada MCA Pulau Pinang masih mempunyai ahli seramai itu sebab apa yang aku nampak, dalam setiap majlis kerajaan negeri, yang ramai adalah muka-muka bekas ahli MCA dan Gerakan. MCA dan Gerakan boleh la dianggap sudah mati di Pulau Pinang.

Macam mana pula di Perak? Zambry Kadir sudah mula tak senang duduk. Bukan pasal Pakatan Rakyat Perak kuat…tapi kerana nasibnya sudah dihujung tanduk.Aku pernah tulis, dalam pilihanraya akan datang ini, musuh yang paling ditakuti ialah rakan sendiri. Baik dari BN ataupun Pakatan.
Sharizat akan jatuh disebabkan rakannya sendiri dari Umno. Jangan terkejut kalau ada calon Pas di Selangor akan tewas kerana tikaman dari belakang oleh pemimpin Pas sendiri. Dan mungkin juga ada dikalangan calon PKR di Selangor akan sabotaj oleh ahli PKR sendiri.

Di Perak, sudah ada usaha untuk menjatuhkan Zambry. Hanya menunggu masa untuk membongkar apakah yang telah dilakukan oleh Zambry sejak dia menjadi Menteri Besar.
Ini lagi best.-MSK

TANPA KEBEBASAN MEDIA, PILIHAN RAYA TIDAK BERMAKNA

Pilihan raya dalam sebuah sistem demokrasi merupakan suatu 'permainan' berbentuk persepsi dan persepsi dicorak oleh media.


Gesaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua pihak diberi ruang untuk mendapat liputan berita yang adil dan bebas membuktikan terdapat kepincangan yang jelas dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini.

Peluang bagi mendapat liputan berita yang saksama adalah sangat mustahak memandangkan pilihan raya yang dijalankan dalam sebuah sistem demokrasi merupakan suatu ‘permainan’ berbentuk persepsi dan persepsi dicorak oleh media.

Oleh yang demikian, pertandingan di antara pihak yang memonopoli media dengan pihak yang dinafikan sepenuhnya ruang media seumpama pertandingan debat di mana seorang pemidato dibenarkan menggunakan mikrofon manakala seorang lagi tidak dibenarkan menggunakan mikrofon untuk berhujah.

Memandangkan media di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah dalam membuat laporan maka Barisan Nasional (BN) tidak segan-segan lagi mengeksploitasi sepenuhnya media untuk kepentingan mereka.Maka tidak hairanlah jika BN mencengkam dengan kukuh segala bentuk media massa (kecuali Internet) demi mempertahankan masa depan politik mereka.Cengkaman dan kawalan sepenuhnya terhadap media menjadi lebih mudah apabila mereka memiliki syarikat-syarikat media dan dibantu pula dengan undang-undang yang zalim.

Ini kerana kerajaan BN memiliki kuasa penuh untuk sama ada memberi atau membatalkan lesen media (cetak dan elektronik) dengan menafikan hak pihak lawan mendapat perlindungan dari sudut undang-undang.Media awam seperti radio dan televisyen sepatutnya bersikap non-partisan bila berdepan dengan isu-isu politik, telah lama dirosakkan
BN bagi mencapai agenda politik sempit mereka, walaupun ini merupakan suatu amalan yang bercanggah dengan Perlembagaan.

Goliath lawan David

Memandangkan cengkaman sepenuhnya terhadap media secara eksklusif ini dengan kuasa yang mereka miliki, kita dapat bayangkan bagaimana senario yang boleh dilihat pada pilihan raya umum nanti.
Sudah pasti pilihan raya seperti ini bukannya bercorak demokrasi. Dalam perang media ini, ia lebih kepada situasi seperti gergasi ‘Goliath’ menentang si kerdil ‘David’. Masakan tidak, medialah yang mempengaruhi fikiran dan fikiran inilah yang mempengaruhi undi.

Memandangkan teknologi terkini Internet sedikit sebanyak dapat mengimbangi padang permainan media yang tidak sama ratanya ini, tapi tahap penggunaannya tidaklah dapat memberi saingan yang berkesan bagi menangkis segala bentuk serangan BN yang disebarkan melalui media arus perdana.
Televisyen, radio dan akhbar masih berperanan sebagai penyampai maklumat yang regular yang menjadi tempat pergantungan majoriti masyarakat di kawasan luar bandar.

Kelemahan serius yang dihadapi Pakatan Rakyat dari sudut penyebaran maklumat diburukkan lagi dengan syarat hanya lapan sehingga 10 hari sahaja sebagai tempoh berkempen (walaupun tempoh masa yang boleh dibenarkan ialah 60 hari).Keadaan tidak seimbang ini wujud sejak berdekad-dekad lamanya dengan dimanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi memihak kepada BN.

Dengan tempoh masa kempen yang pendek ini, agak mustahil bagi Pakatan menyampaikan mesejnya, apatah lagi untuk menyanggah propaganda palsu BN, dalam usaha mereka untuk menembusi daerah-daerah pedalaman lagi terpencil melangkaui Laut Cina Selatan.Eksploitasi dan penyalahgunaan media serta monopoli BN ke atas media massa sebeginilah, termasuk tempoh masa kempen yang singkat telah membawa kejayaan BN dalam setiap pilihan raya umum yang lalu.

Lanskap politik telah berubah
Meninjau senario dewasa ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, apa yang kita dapat lihat ialah landskap politik yang telah diubah.Di satu pihak, dalam pertempuran (pilihan raya), kita melihat gabungan parti politik yang semakin tua dan terhakis pengaruhnya dengan dasar-dasarnya yang usang, hanya dapat terus berkuasa dengan mencengkam kukuh aparatus kerajaan.
Di satu pihak lagi, sebuah gabungan parti politik yang bangkit yang kaya dengan idea-idea pembaharuan untuk merangsang semula pembangunan negara, membawa bersama rekod cemerlang mereka mentadbir negeri-negeri.

Berdasarkan keadaan ini, boleh dikatakan BN tidak dapat menandingi Pakatan dalam pertandingan yang bebas dan adil, lebih-lebih lagi dalam trend sekarang ini di mana rakyat mula bangkit menentang kerajaan masing-masing di seluruh dunia, termasuk di rantau ini.
Ketahuilah bahawa kita tidak pernah mengecapi keadilan dalam mengharungi pertandingan pilihan raya selama ini malah pertandingan semakin berat sebelah dan keadaan sekarang ini bertukar menjadi lebih buruk.

Kita sedar bahawa kita sekali lagi akan ditipu dalam proses pemilihan kerajaan yang adil memandangkan BN sedar bahawa jumlah pengundi yang teguh pendiriannya semakin meningkat seperti mana dibuktikan dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.Makanya tidak sukar untuk membuat kesimpulan bahawa memandangkan pilihan raya di Malaysia adalah berat sebelah, sama ada rakyat diberi kebebasan untuk memilih dengan bebas dalam PRU-13, bergantung kepada sejauh mana keberkesanan usaha-usaha penambaikan sistem pilihan raya yang sedang diusahakan.

Dari satu segi, fokus Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dan SPR bagi memperkenal dakwat kekal dan pengundian lebih awal melalui undi pos adalah sesuatu yang dialu-alukan.

Namun kita harus berhati-hati supaya fokus tentang perkara ini tidak mengabui keutamaan kita, iaitu untuk mendapat liputan media yang bebas dan adil untuk semua calon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...