Muhammad Taufik menunjukkan poster yang ditampal ah long pada tiang telefon tertera perkataan “pinjaman takaful”.
BUKIT PALAH - Menggunakan perkataan “Takaful” dikenal pasti sebagai taktik terbaru sindiket pemberi pinjaman wang haram (ah long) menarik perhatian orang ramai yang kononnya ia berkonsepkan Islam.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Melaka mendapati keadaan itu sudah menjadi trend sindiket terbabit dengan meletakkan poster-poster mereka di merata tempat.
Menurut seorang penduduk, Muhammad Taufik Khalil, 30, sindiket terbabit tidak sepatutnya menggunakan istilah Islam semata-mata bagi menarik perhatian orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan mereka.
Jelasnya, pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) harus memantau keadaan ini bagi mengelakkan orang ramai terkeliru dengan tawaran dijanjikan atas nama Islam kononnya.
“Saya terkejut apabila menemui poster yang ditampal menggunakan perkataan 'Pinjaman Takaful'. Mengikut tafsiran syarak, takaful bermaksud satu kumpulan pakatan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa musibah.
“Perkataan takaful sering digunakan oleh syarikat insurans berasaskan muamalat Islam atau perkataan takaful itu sendiri dalam bahasa Arab berasal dari perkataan 'kafala' yang bermaksud saling menjamin. Jelas sekali, sindiket ah long ini menggunakan perkataan ini yang kononnya pinjaman mereka berlandaskan syarak,” katanya.
Muhammad Taufik yang juga seorang Imam di Masjid Al-Abrar, Semabok berkata, paling dikesali apabila poster-poster terbabit ditampal sesuka hati sehingga mencemarkan pemandangan sekitar.
“Poster-poster ini juga sukar ditanggalkan dan menyulitkan anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan untuk membersihkannya,” katanya.