02 April 2011

RM1.2Billion Wang Haram dirampas dari Pengarah dan Pegawai Kastam.

62 pegawai Kastam ditahan setakat ini: SPRM
2011/04/02

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang.

Katanya, pelabuhan lain ialah Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang.

"Antara penemuan daripada operasi itu ialah simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 di dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.
"Semalam, tiga beg dijumpai di rumah pegawai yang mengandungi wang tunai berjumlah RM625,250, lima ketul jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 dan dua pucuk pistol tiruan bersama 241 butir peluru," katanya.

Mustafar juga mendedahkan terdapat pegawai yang mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan Kastam sejak lima bulan lalu.

"Kita juga mengesan sejumlah RM10,000 setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun dan terdapat tujuh transaksi sudah dijalankan.

"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan berjenama mewah daripada emas," katanya.

Katanya, di rumah Pengarah Kastam yang ditahan dan masih direman ketika ini, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.

"Kita masih menyiasat harta yang dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgit, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, itu masih dalam siasatan," katanya.

Mustafar berkata, fokus utama pelaksanaan operasi itu ialah bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan dan membersihkan amalan rasuah pada kalangan warga Kastam.

Katanya, siasatan pasukan petugas khas yang diketuai SPRM itu juga mendapati secara keseluruhannya lebih RM10 bilion telah diseludup keluar menerusi penghantaran wang secara tidak sah. - BERNAMA

Memiliki,melihat Video LUCAH dah tak salah?

Jika Dah Tulen Kenapa Tak Tangkap & Dakwa Datuk T atas Tuduhan Memiliki & Menyebar Video Lucah...!!
Banyak yang tak betoi ni...

Kalau kita ikut undang undang negara yang dijunjung sangat sangat oleh Umno tu, Datuk T bertiga tu dah boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang video lucah kepada umum. Datuk Trio patut dikenakan tindakan kerana ia melibatkan penayangan dan mereka juga memiliki bahan lucah yang jelas terlarang.

Ini yang peliknya dengan Malaysia yang jelas mengamalkan undang undang double standard. Satu khusus untuk rakyat marhaen lain dan satu lagi khas untuk ahli Umno dan Barisan Nasional.

Sepatutnya siasatan terhadap video fitnah tersebut harus tertumpu kepada motif tayangan itu dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan. Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar turut menafikan beliau terlibat. Pihak Polis perlu menangkap Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah serta Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek utama dan bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien si akai pendek.

Mereka sepatutnya ditangkap segera dan lakukan soal siasat terhadap mereka, bukannya mengambil kenyataan sahaja. Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail supaya meletak jawatan dalam parti.

Banyak sangat benda yang tak betul nih dan polis perlu tegas mengambil tindakan dan hukum mereka mereka yang didapati bersalah. Bukannya menurut kata nista pemfitnah dengan menekan lagi Anwar yang jelas menafikannya.

JANGAN DISIASAT KETULENAN VIDEO SEKS TU SAJA, TAPI SIASAT SIAPA YANG MENYERUPAI ANWAR YANG SEDAP SEDAP MEMBAHAM CHINA DOLL TUH!!!!

http://shalehudin.blogspot.com/2011/04/banyak-yang-tak-betoi-ni.html

Siapa ‘Faiz’ dalam imej kamera intip? -MB Selangor

Siapa ‘Faiz’ dalam imej kamera intip?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Faiz’ yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Khalid selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir hari ini.

Namun Khalid enggan mendedahkan secara teliti siapa individu bernama ‘Faiz’ itu, sebaliknya berkata siasatan terperinci masih dibuat bagi mendapat jawapan sebenar siapa dalang dalam hal itu.

Menurut Khalid, selain ‘Faiz”, wujud satu lagi imej yang tidak bernama. Malah beliau mengakui tidak melihat imej itu.

Beliau turut mendakwa bahawa kemungkinan pihak keselamatan dan polis terlibat dalam hal tersebut.

“Bateri dan cip kamera itu perlu ditukar sentiasa… bukan selalu tapi jika tidak tukar ia akan membuat bunyi. Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.

“Saya tidak lihat imej itu. Hanya penyiasat persendirian kami dan staf yang lihat. Tetapi kami suspek ada beberapa kerjasama… namun belum ada individu yang bersalah hanya suspek sahaja.

“Tetapi kami dah lihat senarai nama, ada dua ke tiga orang bernama Faiz tetapi ia akan menjadi masalah kerana kami tidak mahu suspek sesiapa sebab kami mencari dalang sebenar. Buat masa ini kita tunggu sehingga siasatan sepenuhnya selesai, tapi berdasarkan imej itu ia lebih amatur,” katanya dalam sidang media selepas sidang DUN lewat petang ini.

Ketika diasak pemberita mengenai ‘Faiz’ Khalid berkata beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya ada perancangan efektif untuk mengetahui dalang itu.

Pada Ogos tahun lalu sebuah kamera tersembunyi ditemui di pejabatnya di tingkat 21, Bangunan SUK, yang dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis dikemukakan oleh Khalid mahupun pihak kerajaan negeri.

Rombakan dalam PKNS

Sementara itu, menyentuh mengenai salah urus tadbir yang berlaku dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid berkata kemungkinan wujud rombakan dalam perbadanan tersebut.

Penyelewengan itu berkait rapat dengan pelantikan tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama dalam penubuhan Telemarketings PKNS.

Malah Khalid menganggarkan RM30 juta telah diagihkan kepada tiga syarikat Telemarketings PKNS tersebut.

“Pihak jawatankuasa yang meneliti audit telah buat beberapa keputusan dan ia akan dibawa dalam mesyuarat exco sama ada minggu depan atau minggu seterusnya.

“Cadangan banyak dan rombakan dalam PKNS itu ada. PKNS dan Pengurus Besar Othman Omar gagal dalam disiplin mengawal keewangan perbadanan itu. Biasanya dibawah RM500 ribu pengurusan boleh membuat keputusan, tetapi lebih RM500 ribu, lembaga pengarah yang buat keputusan.

“Disebabkan hal itu, Othman yang sepatutnya disahkan jawatan Februari tahun ini hanya akan diperbaharui kontraknya setiap bulan,” katanya yang juga Adun Ijok.-FMT

Selangor lulus enakmen kebebasan maklumat

Selangor lulus enakmen kebebasan maklumat

DUN Selangor mencatat sejarah hari ini sebagai dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (2010).

Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor Elizabeth Wong.

Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Dalam ucapannya, Elizabeth antara lainnya berkata enakmen baru itu merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Katanya lagi, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan.

malaysiakini

01 April 2011

NUJ mahu SPRM tidak ugut wartawan

Tidak ada sesiapa, tanpa mengira kedudukan mereka seharusnya dibenarkan mengugut wartawan. Jika ada pihak yang tidak selesa dengan mana-mana soalan yang dikemukan oleh media, mereka seharus berkata tiada ulasan.

Demikian kod yang perlu diikuti jika tidak ingin bercakap kepada media, tanpa mengira apa isu dan bukannya dengan mengugut wartawan kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini.

Kesatuan itu merujuk kenyataan pengerusi jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nor Abdullah, semalam yang menuduh wartawan cuba “memancing undi” apabila disoal berhubung siasatan dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Wartawan hanya menjalankan tugas mengumpul maklumat untuk tatapan umum.

“Mereka tidak mensasarakan sesiapa secara khusus atau cuba mensensaikan sesuatu situasai,” kata presiden NUJ, Hata Wahari.

Pada kejadian semalam, Mohd Nor yang berang dengan asakan soalan berhubung siasatan Taib pada sidang medianya berkata wartawan menghadapi kemungkinan padah mengikut Akta Penerbitan dan Percetakan.

Beliau yang juga adalah bekas hakim Mahkamah Rayuan yang mengetuai panel lima anggota jawatankuasa aduan SPRM.

-malaysiakini

Imej satelit buktikan hutan Sarawak ditebang


Imej satelit buktikan hutan Sarawak ditebang

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.

“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik.

Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.
-malaysiakini

31 Mac 2011

EKSPOT THAILAND TERUS BERKEMBANG PESAT

Eksport hit tinggi baru pada bulan Februari
Sumber : Bangkok post.com

Ekspot Thailand mencapai rekod tertinggi pada bulan Februari dan membantu memacu ekonomi, Bank of Thailand (MWA) mengatakan dalam laporan terbaru ekonomi bulanan pada hari Khamis.

Jabatan Ekonomi Domestik pengarah senior Mathee Supapongse mengatakan, eksport mencapai US $ 18.4 bilion( RM50 billion), naik 29 peratus , didorong oleh harga tinggi untuk getah, tapioka dan kelapa sawit dan untuk barang perkilangan teknologi tinggi. Harga pertanian yang tinggi membantu memacu jualan otomotif pada bulan Februari.

Pelaburan swasta meningkat rekonstruksi setelah banjir akhir tahun lalu, katanya.

"Ekonomi terus berkembang dengan nilai pelaburan terus meningkat, serta permintaan luaran yang lebih baik untuk ekspot barangan dan sektor pelancongan," katanya.

Mr Mathee mengatakan ekspot akan mencapai US $ 1,7200,000,000, dijangka meningkat 22 peratus, tidak termasuk ekspot emas.

Sektor import didorong oleh permintaan mesin dan bahan baku, tumbuh 18.6 peratus daripada tahun lalu-menjadi US $ 16.4 bilion.

Ekonomi surplus perdagangan $ 2 bilion pada bulan Februari. Pendapatan dari perdagangan barang ditambah bahawa perkhidmatan mencatat surplus sebesar $ 3.8 bilion. Baki keseluruhan bayaran mencatat keuntungan bersih bernilai US$ 4.2 bilion pada bulan Februari.

Kesan dari pergolakan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara tidak memberi kesan kepada eksport bulan lepas. Bank sentral diharapkan banjir di wilayah selatan tidak mempengaruhi industri perikanan dan pelancongan, tetapi belum membuat kesimpulan bagaimana hal ini akan memberi kesansecara keseluruhan pertumbuhan ekonomi negara, kata Mr.Mathee .

PAS ragu JPN beroperasi luar waktu, pejabat

harakah- Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) hari ini mahu kerajaan menjelaskan berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjalankan kerja-kerja pendaftaran di luar waktu pejabat dan bukan di pejabat mereka. Beliau merujuk satu laporan polis yang dibuat di Salak Tinggi yang mendakwa JPN beroperasi luar waktu pejabat di balai orang ramai untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka diragui. Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, ianya dibimbangi berlaku penyelewengan lebih-lebih lagi keadaan negara dalam fasa menjelang pilihan raya umum ke 13.

"Adakah menjadi satu amalan biasa pejabat atau kakitangan JPN bekerja di luar waktu pejabat di tempat tertentu untuk mengeluarkan kad pengenalan, ataupun ia satu operasi khas menjelang pilihan raya yang ke 13 nanti," soalnya di Dewan Rakyat hari ini. Perkara sama turut dibangkitkan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang mendakwa turut berlaku di kawasan parlimen beliau. Katanya, beliau mendapat maklumat terdapat usaha menukar alamat warga Sabah yang tinggal di tempatnya ke beberapa kawasan di Shah Alam.

Tambahnya lagi, operasi penukaran itu dibuat pada waktu malam di Bangunan Umno Shah Alam dengan borang pertukaran itu telah siap diisi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan itu bagaimanapun berkata, JPN sememangnya mempunyai operasi luar waktu pejabat iaitu sebahagian program outreach jabatan itu. Namun katanya, program itu hanya dalam ruang lingkup menerima permohonan dan memberi khidmat nasihat kepada orang ramai bukan mengeluarkan kad pengenalan.

"Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kad pengenalan juga tidak pernah diberi kepada individu semasa operasi luar pejabat," maklumnya kepada Dewan Rakyat. Berhubung kes di Salak Tinggi yang dibangkitkan Salahudin katanya, beliau memuji tindakan membuat laporan polis itu dan akan memastikan perkara itu disiasat.

30 Mac 2011

SPRM GAGAL BERTINDAK RASUAH BERBILION RM OLEH TAIB

TERLALU TUA LAGI NYANYUK? – TAIB LUPA PADA PERNIAGAANNYA!

Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara.

Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah. Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai ‘perang cyber’, adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR). Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat.

Lebih baik mendiamkan diri?
Namun si atuk ini sering kelihatan tidak selesa dengan peranannya semasa menjawab soalan-soalan yang ‘sukar yang menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dielakkannya seperti penghutanan semula, kekayaannya dan masalahnya dengan pemilik-pemilik tanah orang-orang peribumi – dan apa yang kita dapati akhirnya, adalah suatu kesilapan yang amat memalukan.

Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik. Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk:

“Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. [Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara”

Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak. Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang ‘diswastakan’ dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan ‘dilaksanakan’ oleh perniagaan keluarga beliau!

Bermula dengan CMS, dan kini ke Titanium Management!

Penemubual yang ‘jinak’, yang diterbangkan khas dari UK itu, bukan diupah untuk bertanyakan soalan-soalan susulan, jika tidak, maka dia akan bertanya, “Bagaimana pula dengan CMS dan Titanium Management?!”

Cahya Mata Sarawak kini merupakan syarikat terbesar di Sarawak dan merupakan perniagaan utama di Malaysia – terlibat dalam urusniaga dari pembinaan bangunan hingga ke perbankan. Siapakah pemegang utama saham-saham mereka? Mereka sebenarnya, adalah, ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. Sebenarnya menurut Laporan Tahunan bagi tahun 2009 yang diterbitkan secara on-line, pemegang terbesar ke atas saham-saham dalam CMS yang telahpun meninggal dunia – adalah mendiang isterinya, Laila! Laila memegang 11.23% saham-saham di syarikat itu yang bernilai RM94 juta.

Dua orang lagi pemegang saham-saham terbesar adalah anak-anak lelakinya, Abu Bekir dan Sulaiman, diikuti anak-anak perempuannya, Jamilah dan Hanifah, yang sama-sama memiliki syarikat Majaharta. Apakah maksud Taib dengan menyatakan bahawa beliau dan anak-anaknya hanya berniaga di luar negara sahaja? Dan adakah beliau mengharapkan bahawa para pengundinya menganggap arwah isterinya yang pernah memegang saham terbanyak dalam CMS dahulu itu hanya dongeng atau fitnah semata-mata?

Taib telah ‘menswastakan’ banyak perniagaan milik negeri ini kepada CMS miliknya itu sebaik sahaja beliau memerintah.

Begitu juga, beliau telah menswastakan suatu monopoli perniagaan kerajaan negeri yang melibatkan pengeluaran lesen-lesen perkapalan kepada sebuah lagi syarikat keluarganya, Achi Jaya (yang dikendalikan oleh adiknya, dan juga selaku rakan-niaganya, Onn Mahmud). Salahguna kuasa beginilah merupakan sebahagian dari asas kekayaan keluarganya disamping kegiatannya mencari kenalan niaga yang berlumba-lumba mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan dan perladangan.

Taib telah menyalagunakan kuasanya untuk menambahkan kekayaan CMS

Jauh dari mengelakkan konflik kepentingan terhadap tugas dan tanggunjawabnya sebagai seorang menteri atau penjawat awam, para pembaca hanya perlu membaca secara imbasan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 yang diterbit secara on-line untuk mengetahui bagaimana Taib telah mengeksploitasi kedudukan-kedudukan tingginya sebagai Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber bagi mempastikan wang negeri dimasukkan ke dalam syarikat keluarganya.

Taib telah mempersembahkan video on-line yang berjudul “Financial Transparency in Sarawak” [Ketelusan Kewangan di Sarawak], tetapi beliau telah sebenarnya ‘merundingkan’ semua kontrak-kontrak mewah secara tertutup dan penuh rahsia. Sekali lagi, ini kerana, sebagai mana yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan bagi tahun 2009 syarikat CMS, Taib telah merundingkan semuanya pada dirinya sendiri!

Dalam masa setahun sahaja, kontrak-kontrak besar dari negeri Sarawak telah diberikan kepada CMS, termasuk pembinaan Bangunan Parlimen Negeri yang baru, bernilai RM296.5 juta; Pusat Konsvensyen Borneo (BCCK) yang baru, bernilai RM195 juta; Ibupejabat Sarawak Energy Berhad yang baru, bernilai RM232 juta dan sebuah jambatan yang merentasi laluan Batang Strap, bernilai RM20 juta. Macam mana Taib boleh lupa semua ini apabila beliau mengaku di hadapan penemubual (pemberita) dari luar negara bahawa beliau sentiasa mempastikan untuk tidak berniaga di dalam negeri Sarawak bagi mengelakkan konflik kepentingannya?!

Seorang anaknya ahli perniagaan terkemuka di Sarawak!
Sehingga Taib bercadang untuk mencalonkan anaknya, Abu Bekir, bertanding dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini, dia tetap mempastikan bahawa anak sulungnya itu terlalu sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa berpolitik. Tetapi, di manakah perniagaannya dijalankan? Sila biarkan salinan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 itu yang diterbitkan secara on-line untuk mengesan. Abu Bekir mungkin memiliki perniagaan di luar Sarawak, tetapi kepentingan-kepentingannya di dalam negeri Sarawak juga amat menakjubkan. Bekir bukan sahaja berada di dalam Lembaga Pengarah CMS, malah dia memiliki banyak perniagaan, kesemuanya menikmati habuan dari ayahandanya, Taib, sebagai Ketua Menteri.

Abu Bekir bukan sahaja Timbalan Pengerusi Kumpulan bagi CMS (Pengerusi adalah iparnya, iaitu suami kepada Hanifah), malah Bekir juga Pengerusi dan juga pemegang saham terbesar dalam syarikat Sarawak Cable. Dia juga Pengarah dan pemegang saham terbesar dalam syarikat persendiriannya Titanium Management, iaitu sebuah syarikat yang pernah menimbulkan kemarahan kerana menerima kontrak-kontrak besar daripada bapanya, Ketua Menteri Abdul Taib bin Mahmud, sebaik sahaja dikorporatkan, walaupun tanpa memiliki apa-apa rekod.

Skandal terbesar adalah kontrak biayaan negeri untuk membina 384 buah jambatan dengan kos sebanyak RM551 juta. Titanium Management bukan sahaja gagal menyiapkan kesemua jambatan itu, malah ianya juga telah terjerumus dalam 76% lebihan perbelanjaan berjumlah RM947.8 juta, di mana bapanya Taib telah dengan baik hatinya bersetuju agar kerugian itu ditanggung oleh Negeri Sarawak!

Rampasan tanah juga

Titanium Management dan anak-anak syarikatnya juga merupakan peraih tanah-tanah yang dirampas kerajaan BN pimpinan ayahandanya Taib Mahmud. Abu Bekir telah menerima tanah-tanah itu (kebanyakannya tanah NCR) yang jumlah kesemuanya sebesar kepulauan Singapura, berdasarkan siasatan kami ke atas rekod-rekod yang kami perolehi dari pejabat pendaftar tanah.

Keputusan-keputusan untuk menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat-syarikat milik Abu Bekir dilaksanakan secara tertutup dan bukannya secara tender terbuka, dan kesemuanya dilakukan oleh Taib Mahmud. Si anakanda Abu Bekir pula tidak dipaksa menjelaskan apa-apa premium tanah itu, kerana dia menerimanya sebagai ‘payment in kind’.

Maka, apakah yang telah difikirkan oleh orang tua itu, apabila beliau mengaku bahawa tidak berlaku sebarang konflik kepentingan ketika beliau dan keluarganya berurusniaga di Sarawak? Setiap orang di seluruh negeri Sarawak tidak mengetahui hakikat ini!

Pengharap habuan, seperti Awang Tengah

Sementara itu, terdapat juga skandal-skandal lain yang berterusan yang melibatkan penganugerahan-penganugerahan ladang untuk mendapatkan sokongan dari kalangan menteri-menteri (pilihannya) dan juga para kroninya. Berdasarkan kajian terkini kami, konflik kepentingan yang melibatkan rakan-rakan politik Taib adalah merupakan kawasan tanah yang luas yang diserahkannya kepada Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Ke-duanya, Awang Tengah.

Awang Tengah, yang telah mengeluarkan banyak kenyataan tegas mengenai hak-hak Kerajaan Negeri untuk ‘menyukat dan membahagikan’ tanah-tanah NCR pada minggu-minggu yang lalu, merupakan peraih yang bertuah ke atas 6,000 hektar tanah di kawasan balai Ringin. Orang yang didaftarkan selaku penerima tanah tersebut seperti yang terdapat dalam rekod pejabat pendaftar tanah adalah timbalannya, Awang Matusin Awang Drahman.
Sarawak Report

Polis dipenjara 3 tahun sorok kes rogol

Harakahdaily
JOHOR BAHRU, 30 Mac: Dua pegawai polis telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM25,000 atas kesalahan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibacakan bersama Seksyen 107 Kanun Keseksaan pada pagi ini, menurut kenyataan SPRM.
Erawan Said, 29, dan Mat Rawi Rudin, 52, kedua-duanya berpangkat Lans Koperal semasa kesalahan dilakukan didapati bersalah atas satu pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 4 Johor Bahru atas kesalahan menerima rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang orang awam sebagai dorongan untuk tidak membuat repot polis ke atas satu kes rogol.

Kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut pada 1 Januari 2004 di sebuah Restoran Makanan Laut dan Tomyam yang terletak di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru pada kira-kira jam 6.05 petang.

Erawan yang diwakili oleh peguam Lokman Yacob dan Mat Rawi diwakili oleh peguam Mohd Faridz Mohd Dahlan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut, dan mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga waktu yang akan ditetapkan kelak.

Jumlah jaminan mahkamah juga telah ditambah daripada RM3,500 kepada RM10,000 seorang.

Kedua-dua tertuduh kini telah ditahan kerja oleh jabatan.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Noorfazlin Hamdan di hadapan Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz.

Hakim tarik diri dengar saman SYABAS terhadap Selangor

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Anantham Kasinather, hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman RM471.64 juta yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung kadar tarif air.

Sehubungan itu, kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 April untuk pengurusan kes.
Peguam Fahda Nur yang mewakili Selangor memberitahu pemberita perkara itu dimaklumkan Hakim Anantham kepada pihak terbabit selepas menjelaskan sebab beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Bagaimanapun, Fahda dan peguam Datuk Harpal Singh yang mewakili SYABAS, enggan mengulas lanjut berhubung sebab hakim berkenaan menarik diri.

Pada 10 November lalu, SYABAS memfailkan saman pemula menuntut satu deklarasi bahawa berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, Selangor telah berhutang dengannya sebanyak RM471,642,916 bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

SYABAS mendakwa menerusi perjanjian itu yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia, Selangor dan syarikat itu, ia telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma yang tertera dalam perjanjian berkenaan.
Katanya, melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, SYABAS telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada, iaitu RM1.39/m3 kepada tarif dipersetujui iaitu RM1.89/m3, bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Syarikat itu mendakwa defendan telah gagal untuk memaklumkan kepadanya sama ada ia bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif dipersetujui.

Kerajaan negeri Selangor juga didakwa gagal memberikan maklum balas yang memuaskan berhubung tuntutan pampasan oleh Syabas selaras dengan perjanjian konsesi tersebut.

Sehubungan itu, SYABAS menuntut kerajaan negeri Selangor membayar jumlah itu serta-merta.

Sementara itu, afidavit balasan kerajaan negeri Selangor yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ramli Mahmud, pula mendakwa permohonan SYABAS adalah penyalahgunaan proses mahkamah, kerana industri air sedang melalui satu proses penstrukturan semula menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Ramli mendakwa perjanjian konsesi tidak memberikan hak automatik kepada SYABAS untuk mendapatkan pengubahsuaian kepada tarif yang diwartakan pada setiap tarikh semakan seperti didakwa plaintif.

Katanya, semakan tarif perlu dibuat selaras dengan terma dan syarat di dalam perjanjian, antaranya, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor perlu bersetuju dengan semakan itu.

Ramli turut mendakwa dokumen semakan yang diserahkan oleh SYABAS tidak memenuhi keperluan perjanjian konsesi dan tidak ada tarif yang telah dipersetujui.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu bahawa kerajaan negeri Selangor bercadang mengenakan tarif lebih rendah daripada tarif dipersetujui seperti yang termaktub dalam perjanjian. - BERNAMA

MENTERI SELALU PENING?

Akta perlindungan: Nazri mengaku silap beri kenyataan

(Harakah) - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.

"Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya.

Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind.

"Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri.

Semalam, media melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Kenyataan awal Nazri itu turut dikecam ahli parlimen PKR yang mengadakan sidang parlimen siang tadi bagi mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang itu.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu

Air empangan Timah Tasoh dilepaskan

Air empangan Timah Tasoh dilepaskan
29/03/2011 4:07pm

KANGAR - Empangan Timah Tasoh mula memlepaskan air berikutan parasnya yang naik berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd. Shaffy berkata, paras air di empangan itu meningkat ke paras 29.34 meter tengah hari tadi berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi.

Beliau berkata, empat pintu empangan telah dibuka setakat ini bagi mengawal paras air dalam empangan itu.

"Air dari empangan itu mengalir ke Sungai Perlis seterusnya ke laut,” katanya.

Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok. - Bernama

29 Mac 2011

Skandal Wang Haram: 150 akaun bank disita

SPRM: Dua pegawai kanan kastam ditahan, 150 akaun bank disita

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Dua pegawai kanan kastam dan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita ekoran operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi aktiviti haram membabitkan berbilion ringgit.

Operasi pasukan petugas khas itu diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara serentak hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata pihaknya dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan dibantu lima agensi lain secara serentak telah membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis Kastam Diraja Malaysia di seluruh negara.

SPRM berkata, operasi itu adalah salah satu yang terbesar dilaksanakan secara bersama oleh agensi-agensi penguatkuasaan.

"Dalam operasi ini dua pegawai kanan kastam telah ditangkap bagi membantu dalam siasatan dan pasukan petugas ini juga telah menyita lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan," kata kenyataan itu.

SPRM berkata, tindakan menyita dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Kata kenyataan itu, kesemua entiti berkaitan telah diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengistiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi bilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya, operasi yang dijalankan adalah mengenai aktiviti haram yang telah menyebabkan kerugian hasil kerajaan mencakupi amaun yang melibatkan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengistiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Pasukan tindakan khas berkenaan akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat yang terlibat kerana aktiviti-aktiviti berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi negara, keselamatan dan reputasi negara," katanya lagi.

Lapan terbunuh, banjir selatan Thailand

Lapan terbunuh, banjir selatan Thailand
Diterbitkan pada: 28/03/2011 pada 05:18
Online berita: Berita Tempatan

Banjir besar disebabkan oleh hujan lebat monsun di Thailand selatan telah membunuh 7 orang disahkan terbunuh Nakhon Si Thammarat dan satu di Surat Thani,kata Menteri Kesihatan Awam Jurin Laksanavisit, Isnin.
Menteri mengatakan yang terkorban telah disahkan oleh Relief Banjir Nasional Penyelarasan Pusat.

Mr Jurin mengatakan dia telah mengarahkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) untuk mempersiapkan 100,000 paket kecemasan perubatan persediaan untuk masyarakat di kawasan-kawasan terkena banjir.

FDA telah menghantar 20,000 paket untuk Nakhon Si Thammarat, yang paling teruk diantara lapan wilayah selatan terjejas.

"Dua belas rumah sakit kerajaan dan pejabat kesihatan masyarakat di daerah Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani telah dihancurkan oleh banjir," kata Mr Jurin.

Namun, Tha Sala Hospital di Nakhon Si Thammarat daerah Sala Tha, yang kurang dari satu meter air terakhir, mampu memberikan perkhidmatan lapangan untuk pesakit luar, hari ini setelah air mulai surut.

Enam wilayah lain dilanda banjir adalah Chumphon, Ranong, Trang, Songkhla, dan Satun Phatthalung.

Nasional Banjir Bantuan Pusat Penyelarasan wakil pengarah Vittayen Muttamara mengatakan setiap daerah boleh meminta bantuan kecemasan untuk membantu masyarakat di daerah yang dilanda banjir.

Lebih dari 268,000 orang di 42 Daerah di Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Surat Thani, Trang dan Chumphon dipengaruhi oleh banjir, katanya.

Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana telah menghantar perahu flat-bottomed ke daerah terlibat. Orang-orang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi hotline 1111 24jam jam, katanya.

Mr Vittayen mengatakan mungkin ada hujan lebat di Selatan lagi malam ini tapi situasi jangkaan bantuan sehingga akhir minggu.

Nakhon Si Thammarat Gabenor Thira Mintrasak mengatakan banjir di Nakhon Si Thammarat belum meningkatkan dan hujan lebat terus turun di sebahagian besar wilayah wilayah ini.

Rescue pasukan, termasuk tentera dari Angkatan Darat Keempat Daerah dan sukarelawan, bekerja di kawasan banjir untuk menyediakan makanan dan ubat-ubatan kepada orang-orang yang memerlukan - orang khususnya tua dan sakit, orang kurang upaya, anak-anak dan wanita hamil, Bapak Thira kata.

Laporan-laporan mengatakan wilayah Chumphon terus membimbangkan oleh angin kencang dan gelombang besar.

Sebuah pasukan penyelamat telah dihantar untuk membantu enam pelajar terdampar di Chumphon's Koh Klaep.
Dan ada sebuah tragedi disahkan di Phatthalung wilayah, di mana seorang anak lapan tahun itu dilaporkan telah tenggelam di air banjir.

PR Sarawak: MAFREL diberi peluang kedua

Pelantikan badan ini untuk memantau pilihan raya akan ditarik balik jika gagal mematuhi syarat ditetapkan SPR

KUCHING: Pelantikan Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL) sebagai pemantau pilihan raya akan ditarik balik sekiranya mereka gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata MAFREL dilantik pada beberapa pilihan raya yang lalu bagi membantu memantau situasi sepanjang tempoh rasmi kempen pilihan raya di peringkat kecil, negeri dan umum.

Justeru katanya, MAFREL perlu mematuhi dan meme-nuhi 18 syarat yang ditetapkan oleh SPR sekiranya ingin terus membantu dalam pilihan raya negeri Sarawak April depan.

“Berdasarkan kepada peng-alaman lepas, kami mendapati MAFREL gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh SPR iaitu menghantar laporan bertulis kepada SPR selepas berakhirnya tempoh pilihan raya.

“Bagaimanapun selepas dipertimbangkan, SPR sedia memberi peluang kedua kepada MAFREL untuk membantu semula memantau sehingga selesainya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak April depan.

“Tetapi, jika mereka gagal menghantar laporan bertulis selepas berakhirnya pilihan raya kali ini SPR tidak teragak-agak untuk menarik balik pelantikan mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum menghadiri sesi Taklimat Penguatkuasaan Pilihan Raya bagi Zon Kuching di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Jelas beliau lagi, sebagai pemantau bebas, MAFREL tidak boleh terlibat dalam pilihan raya dan dilarang sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan media.

Jika mereka didapati berbuat demikian, pihak SPR akan menghentikan serta-merta peranan mereka badan pemantau pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa satu perjumpaan akan diadakan antara SPR dan MAFREL pada 29 Mac ini bagi membincangkan perkara ini.

“Kami telah menghentikan peranan MAFREL setelah mereka gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan namun mereka telah mengemukakan permohonan untuk membantu semula.

“Oleh itu, pihak SPR telah membenarkan MAFREL membantu semula memantau sehingga berakhirnya pilihan raya negeri kali ini,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai sudah ada pihak tertentu yang berkempen secara senyap, beliau memberitahu itu adalah bidang kuasa polis.

“Kuasa SPR hanya bermula apabila pencalonan diumumkan oleh pegawai pengurusan sehingga calon menang di-umumkan.

“Sebarang aktiviti kempen yang dijalankan secara senyap pada ketika ini adalah di luar bidang kuasa SPR dan menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Mereka tidak bicara soal seks, bulu, perut, password dan seluar dalam.

oleh: Hanief

Kerajaan Singapura lebih fokus pada menjana duit untuk ekonomi negara mereka. Di mana ada ruang untuk memperkasakan ekonomi di situ mereka perkuatkan. Mereka tidak bicara soal seks, bulu, perut, password dan seluar dalam.

Kerajaan kita tak ada modal dalam membangunkan negara. Mereka tidak rela bekerja sama sebaliknya suka untuk berlawan dengan pembangkang walaupun pembangkang berjaya mentadbir dengan baik. Inilah pemimpin yang gila kuasa. Jelas sekali gila kuasa yang amat sangat. Mereka takut jenayah mereka juga dibongkar barangkali. Jika Hanief berani berkelana di Singapura dengan kerja rendah, mengapa tidak menteri yang bermasalah itu. Marilah ke Little India cari rezeki halal.

Umum tahu bahawa belanjawan negara kita ada defisit. Semua barang jadi mahal di Malaysia, kerana sikap menteri yang tak ada idea dalam membangunkan Malaysia.

Saya cadangkan menteri di Malaysia tidur di Singapura bersama rakyat terbawah dan rasai bagaimana ada makna dalam kehidupan mereka. Di Singapura paling kopak pun kita tak kurus dan dapat makan makanan berkualiti yang murah.

Di Malaysia? Ada yang terpaksa langkau sarapan pagi akibat waktu kerja yang panjang demi mengejar gaji yang kecil. Makan burger yang mengandungi MSG yang tentu mengundang barah.

Pada saya, kerajaan kita memang tak ada hati perut. Apa yang mereka tahu ialah mencukai. Bibit-bibitnya boleh dilihat pada rampasan subsidi, lambakan pondok tol, saman ekor yang memburu rakyat miskin, cukai kereta import yang tinggi dan banyak lagi.

Soal saman ekor, wujudkan dahulu sistem pengangkutan awam semantap Singapura. Baru laksanakan saman berekor atau bertanduk sekali pun.

Sebab itu ramai para pelabur lari. Ramai pelabur di Singapura mengaku bahawa wujudnya ketelusan dalam berurusan di Singapura.

Anda semua tahu bahawa saya sekarang kerja sebagai waiter di sebuah restoran vegetarian yang bermutu. Para pelanggannya ada yang terdiri daripada orang Yahudi, Amerika, Belanda, Jerman, India, Jepun dan banyak lagi. Setiap hari ada saja bualan yang menyentuh hal-hal ekonomi dan peribadi mereka. Dalam jam bekerja itu takkanlah kita tak terdengar langsung? Tak?

Di Singapura pun ada cukai juga yang dilaksanakan. Di sini ada GST. Contohnya anda makan ais krim $7.00, lepas dicampur cukai kerajaan dan cukai GST, ia akan menjadi $8.19. Tapi sedarlah, Singapura mengembalikan duit cukai itu pada rakyat mereka. Ia diterjemahkan dalam bentuk bandar yang sangat bersih dan mantap prasarananya serta makanan berkualiti yang murah. Bila rakyat cukup makan maka takkan ada secebis protes pun. Penulis blog politik pun boleh cerita bab leisure.

Bayangkan sebuah negara yang kecil mampu memperoleh makanan berkualiti yang murah dan menjamin bekalan makanan penduduknya. Di Malaysia? Pernah terjadi gangguan beras pun. Minyak masak dan lain-lain.

Sudahlah minyak petrol mahal, kereta berkualiti mahal. Jauh sekali nak dibandingkan dengan Singapura. Di sini satu tiket SMRT itu boleh membawa anda ke landasan mana sekali pun.

Tak perlu beli tiket yang mengelirukan. Semua bandar dihubungkan dengan mantap sekali dengan sistem pengangkutan awam. Terasa di hati sejak saya menjejakkan kaki di sini, saya rasa tak perlu ada kereta untuk hidup di Singapura. Blog Paultan.org pun tak laku jika begini. Hahaha!

Jangan terkejut jika suatu hari nanti, tak kira BN atau pun Pakatan Rakyat, mahu pun yang ada di atas pagar semua terpaksa bekerja di Singapura atau pun di negara maju yang lain.

Rakan sekerja saya dari Filipina dahulunya bekerja di Jepun, katanya kereta Suzuki Swift terpakai di sana berharga $1,000. Kalau di'RM'kan maka ia berharga RM2,400. Mat Rempit pun boleh pakai kereta. Hahaha!

Di Singapura, motor cub hanya dipakai oleh orang Johor. Orang Singapura main motor berkuasa tinggi. Paling teruk pun skuter.

Tentang kenderaan ini kalau kita fikir dengan waras, kehidupan seorang lelaki atau mana-mana warganegara pun, bukan bergantung pada kereta. Pengangkutan awam yang mantap adalah jawapannya. Kalau semua nak pakai kereta, jawapannya ada pada Kuala Lumpur jam 3 petang hingga jam 10 malam. Berkudis duduk dalam kesesakan jalanraya.

p/s: Saya baru duduk di Singapura selama 9 hari. Mungkin ada banyak lagi benda yang saya belum jumpa. Sama-sama kita nantikan.

BAGAIMANA TAIB MEMBALAS BUDI RAKAN-RAKAN POLITIKNYA!

Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan?

Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan. Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama! Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti!

Naroden Majais

Contohnya Naroden Majais. Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka! Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007.

Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram.

Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta. Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!

Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu. Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching.

Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden. Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong!

Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd! Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!

Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah ‘dirundingkan’ oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam ‘usahasama’, di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya.

Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama. Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu.

Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat ‘dividen’ sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu? Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?

WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd. WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd.

Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing! Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations. Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu! Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais.

Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri. Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak!

Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?!

Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu. Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!

Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri? Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya?

Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib. Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini (sila lihat entri bahasa Inggeris).

28 Mac 2011

PR Sarawak: Agihan kerusi Pakatan: 23 kerusi masih buntu


Agihan kerusi Pakatan: 23 kerusi masih buntu

Pakatan Rakyat Sarajak telah berjaya mengagihkan 48 daripada 71 kerusi dewan undangan negeri Sarawak.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi, sementara PAS diberi lima kerusi pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.
"Kita berjaya memberikan keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi pilihanraya ini di antara Pas, DAP dan PKR. DAP bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina, 15 kerusi. PAS, lima dan yang lain itu PKR tetapi ada rundingan, pagi tadi antara pimpinan Snap dengan YB Azmin, petangnya disambung pula oleh YB Tian Chua," katanya.

Anwar juga berkata rundingan antara PKR dan Snap pula tidak akan melibatkan kerusi yang telah diperuntukkan kepada PAS dan DAP, dan PKR juga tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Menurutnya lagi, semua keputusan kerusi dan pembahagiannya dilakukan oleh pimpinan negeri tersebut dan tugas jawatankuasa pusat parti hanya mengesahkan maklumat yang diterima dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak.

Tambah beliau, memandangkan keputusan dibuat oleh pimpinan parti maka pengumuman serta penetapan calon dan kerusi juga akan dibuat oleh parti masing- masing dan akan diumumkan di Sarawak nanti.

"Kita di sini hanya mengesahkan perundingan di peringkat negeri, pandangan dari DAP negeri, PAS negeri dan PKR negeri. Maka pengumuman itu wajar dilakukan di peringkat negeri," kata Anwar.

Timbalannya, Azmin Ali pula mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala rundingan masih berlangsung berhubung tuntutan bertindih di 23 kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Daripada jumlah berkenaan, katanya, tiada pertikaian bagi empat kerusi yang dituntut oleh Snap itu.

Adalah dipercayai rundingan juga berlangsung antara DAP dan PKR berhubung kemungkinan pertukaran kerusi.
sumber: malaysiakini

Kalau benar cerita nie: Kita minta Exco berkenan letak jawatan atau digugurkan?

sumber: Malaysia waves

Hasan Ali Memberi Kontrak Kelas F Kepada Kontraktor2 UMNO

Ini adalah maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat dari beberpa orang pegawai2 kerajaan negeri yang berkedudukan di Wisma SUK.

Rupa-rupanya, di dalam beberapa bulan ini, Menteri Besar Selangor sering mendapat aduan dan komplen dari akar umbi PAS seluruh Malaysia. Komplen mereka adalah :
Hasan Ali beri kontrak secara terus kepada kontraktor2 UMNO
Malahan, bukan setakat akar-akar umbi PAS yang komplen, juga akar-akar umbi PKR dan DAP juga membuat komplen yang sama kepada MB Selangor.

Pada mulanya MB Selangor tidak mengendahkan aduan2 ini kerana MB Selangor bersangka baik dengan exco beliau. Namun, apabila aduan yang datang dari akar-akar umbi PAS itu menjadi terlampau banyak, MB Selangor telah memanggil pegawai kerajaan untuk memberi laporan statistik berkenaan projek2 yang diberikan di bawah pejabat Exco Dato' Hasan Ali.

Maka, laporan tersebut telah siap sedia untuk dibentangkan di dalam mesyuarat MTES yang baru ini. Sebelum laporan itu dibentangkan, Hasan Ali telah mengamuk dan menyatakan sekiranya laporan tersebut hendak dibentangkan, beliau akan meninggalkan mesyuarat MTES tersebut.

Maka, MB telah mengizinkan Hasan Ali untuk meninggalkan mesyuarat tersebut dan Hasan Ali telah meluru keluar dari mesyuarat MTES tersebut.

Hasil laporan pegawai-pegawai kerajaan terhadap kontrak2 MARRIS yang bertaraf Kelas F itu adalah:

1.0 90% kontrak itu diberikan secara TERUS (tanpa mengikut prosedur) kepada kontraktor2

2.0 Nama kontraktor2 tersebut diberikan secara terus oleh Exco yang berkenaan (yakni Hasan Ali).

3.0 Kemungkinan besar, kontraktor2 yang dipilih secara terus oleh Hasan Ali ini adalah kontraktor2 UMNO ataupun kroni2 Hasan Ali.

Patutlah Roslan SMS boleh tukar kereta baru dan beli rumah baru. Pada waktu yang sama, Tulang Besi mendapat laporan dari jentera2 PAS bahawa mereka kekurangan wang untuk menggerakkan aktiviti2 PAS. Patutlah Suwardi suka sangat menempek dengan Hasan Ali ni.

Semua orang tahu kontraktor2 UMNO memang suka memberi wang kepada orang yang memberi mereka projek dan kontrak. Tak heranlah ada orang yang suka beri kontrak dan projek pada kontraktor2 UMNO ini.

Seharusnya Hasan Ali mesti menjelaskan kepada semua ahli di mana wang yang dihasilkan dari kontrak2 ini pergi. Dan mengapa timbul rungutuan dan bantahan dari akar2 umbi PAS, PKR dan DAP bahwa kontrak2 ini diberikan seara terus kepada kontraktor2 UMNO.

Kontraktor2 UMNO ini kelak akan menggunakan wang ini untuk menjana program2 UMNO bagi membunuh Pakatan Rakyat di Selangor.

Patutlah Hasan Ali mengamuk dan meluru keluar dari mesyuarat MTES tersebut. Rupanya, lobang dia dah pecah.

Bagi saya, Hasan Ali ni adalah pengkhianat kepada PAS dan sepatutnya dah lama kena tendang dari PAS. Tapi nak buat macamana, dia ni kesyangan kepimpinan PAS Pusat.

Patutlah juga Hasan Ali bersemangat membuang Khalid Samad dan Saari Sungip dari Dewan Harian Negeri Selangor sebab kalau tidak rahsia macam ni susah nak pertahan.

Tulang Besi

ps KONTRAK YANG DIBERI HASAN ALI ADALAH KONTRAK KELAS F di Bawah MARRIS

Sebelum saya sambung kesah benar ini, suka saya jelaskan kontrak jenis apa yang diberikan Hasan Ali secara terus kepada kontraktor-kontraktor pilihan beliau.

Kontrak tersebut adalah kontrak MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia) yang berada di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR). (Untuk maklumat lanjut berkenaan MARRIS, sila kilk di sini dan di sini)

Projek2 ini adalah bertaraf Kelas F dan ianya diserahkan kepada Kerajaan2 Tempatan untuk dilaksanakan. Read more!(Selanjutnya)

Komen ; Kita minta pejabat Menteri Besar mengeluarkan kenyatan atas kebenaran dakwan ini.

Peruntukan RM13 juta untuk pertanian, tak ramai ambil peluang

Peruntukan RM13 juta untuk pertanian, tak ramai ambil peluang

WANG TUNAI RM21 JUTA – HASIL RAMPASAN TANAH TERBARU UNTUK SAUDARA TAIB!

WANG TUNAI RM21 JUTA – HASIL RAMPASAN TANAH TERBARU UNTUK SAUDARA TAIB!

Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.

Pada 18hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh Taib Mahmud. Berdasarkan siasatan dan kajian yang kami jalankan, kami mendapati saham mewah itu telah dibayar dengan wang tunai untuk saudaranya, Ibrahim Mahmud!

Ibrahim yang miskin?

Ibrahim sering dikatakan sebagai saudara Taib yang paling miskin, kerana dia melakukan kerja seperti kebanyakan orang dan memasuki pasukan polis. Menurut sumber dalaman dari kalangan keluarga Mahmud, bahawa mereka bersimpati dengan hidup Ibrahim kerana dia tidak kaya seperti saudara-saudaranya yang lain yang bergantung hidup pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.

Namun, kami telah mendapati bahawa Ibrahim kini menjadi semakin kaya menerusi syarikat Masretus Plantation, iaitu dari Tanah Negeri yang diserahkan oleh Taib kepadanya, dan kini Ibrahim sudah lebih dari selesa!
Beramal, tetapi selebihnya tinggal untuk keluarganya!

Kawasan seluas 5,000 hektar itu telah diserahkan kepada Amgreen Plantations di Baram, merupakan sebuah kawasan yang diancam kemusnahan akibat pembalakan, perladangan kelapa sawit, dan kini pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik, terima kasih kepada dasar-dasar Taib Mahmud. Amgreen, yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sarawak Plantation, menurut rekod-rekod yang kami perolehi, adalah sebahagian dari Yayasan Sarawak, yang bertanggungjawab untuk mencari wang untuk membiayai biasiswa-biasiswa pelajaran (jurucakapnya, Adenan Satem, adalah ipar Taib Mahmud), dan juga sebahagian dari Yayasan Kebudayaan Melayu.

Namun, pemegang saham yang utama dalam Amgreen bukannya kedua-dua yayasan itu, tetapi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Victoria Square Plantation Sdn Bhd, yang memegang 65% saham-sahamnya. Sudah tentunya Adenan Satem tidak hirau sangat untuk mempersoalkan pemegang saham utama dalam Victoria Plantation iaitu Ibrahim Mahmud, yang jelas bertindak sebagai orang yang dihubungi pada 2007 dalam dokumen-dokumen Pendaftar Tanah, bagi sebuah lagi syarikat, Victoria Square Development.

Hanya sekadar alamat-alamat sahaja

Urusan jual-beli dan penyerahan tanah, yang seharusnya untuk kepentingan kedua-dua yayasan pelajaran itu, telah dilaksanakan di dalam pejabat Ibrahim Mahmud. Perhatikan persamaan pada alamat-alamat pejabat dan nombor-nombor telefon mereka (dalam entri berbahasa Inggeris artikel ini)!

Kini, setelah dua-tiga tahun berlalu, Ibrahim telah bercadang untuk mendapatkan wang tunai. Jual-beli yang dilakukan pada 18hb Februari itu telah diumumkan pada Bursa Saham Malaysia. Pengumuman itu menjelaskan bahawa 80% saham dalam Victoria Square Plantations telah dijual, dan dokumen-dokumen itu telah memaparkan butir-butir jual-beli itu, menunjukkan siapa memiliki apa. Justeru itu, kita mendapati begitu mudah untuk mengesan berapa banyak wang yang diperolehi oleh Ibrahim!

Dokumen-dokumen awam itu menunjukkan bahawa pada 18hb Februari, sebuah syarikat awam, Firma Berhad telah membeli 126,000 saham Victoria Square Plantations dari sebuah syarikat yang bernama Network Jaya Sdn Bhd. Syarikat Network Jaya adalah pemilik mutlak Victoria Square Plantation. Perhatikan juga – alamat Network Jaya Sdn Bhd yang kelihatan biasa pada kita!

Ibrahim Mahmud juga adalah pemegang utama saham-saham dalam Network Jaya. Victoria Square Plantation yang disebut dalam buku prospectus pemegang-pemegang saham dalam Firma sebagai syarikat ‘dormant’. Aset-aset utama (suatu sebab kenapa Firma Bhd membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan 80% saham) adalah, sememangnya, 65% saham-saham Amgreen Plantation – iaitu tanah seluas 5,000 hektar yang diserahkan kepada ‘usahasama’ di antara Yayasan Sarawak, Yayasan Kebudayaan Melayu dan syarikat milik Ibrahim sejak 2007 lagi, oleh saudaranya, Taib Mahmud.

Pembelian itu, yang kita tahu telah dilakukan sebulan lalu, telah berjaya mendatangkan keuntungan sebanyak RM21 juta untuk syarikat Network jaya, dan memandangkan mereka hanya menjual 80% saham-saham, Ibrahim dan rakan-rakannya telah menyimpan suatu saham dalam perladangan lebih sedikit dari keuntungan yang besar yang telah mereka perolehi.

Sementara Ibrahim memiliki lebih dari separuh saham-saham dalam Network Jaya dia diandaikan telah mendapat lebih dari RM11 juta dari urusan jual-beli itu. Diandaikan juga, ada pokok-pokok untuk ditebang, di mana keuntungan yang besar telah terjana dari urusan jual beli ini bagi menambahkan pendapatan yang tidak dimasukkan bersama keuntungan dari penyerahan hak-hak berladang itu. Baik juga, walaupun mereka belum lagi mendapatkan penyodok. Pernahkah Ibrahim pergi ke tempat itu?

Berapakah keuntungan sebenarnya?
Jumlah ini amat besar kontranya dengan premium yang diterima oleh Negeri Sarawak untuk tanah yang bernilai tinggi ini yang telah didaftarkan dalam bulan Ogos 2009 (sila lihat butir-butirnya pada entri asal bahasa Inggeris).

Caj sebanyak RM3.7 juta telah dikenakan ke atas urusan penyerahan tanah seluas 5,000 hektar itu. Syarikat milik Ibrahim telah memperolehi 65% dari saham-sahamnya. Maka perkiraan yang kami buat menunjukkan bayaran premium itu adalah sekecil RM2.5 juta sahaja. Ini bermakna keuntungan RM18 juta telah terjana untuk Ibrahim dan rakan-rakannya dari urusan jual-beli itu – dan mereka masih mengekalkan 20% saham di dalam syarikat tersebut!

Dengan ketelusan yang baik dalam kerajaan mungkin telah membenarkan butir-butir sepenuhnya diperiksa oleh orang awam dan ketua-ketua pembangkang, yang tentu akan memaksa Taib untuk berusaha membenarkan kenapakah dia menyerahkan tanah yang bernilai tinggi itu kepada saudaranya dengan harga yang amat murah.

Namun, sekarang kami tahu kenapa Taib mengelak daripada mengamalkan ketelusan dan lebih gemar mengadakan ‘rundingan’ secara tertutup!

Segelintir orang akan percaya bahawa Ibrahim sendiri telah mengeluarkan wang untuk membiayai urusan jual-beli dan penyerahan tanah itu, kerana pada lazimnya, keluarga Mahmud membiarkan rakan-rakan niaga mereka untuk mengeluarkan bayaran untuk mereka, sementara itu mereka hanya akan mendapatkan keuntungan dari saham-saham induk. Sarawak kini adalah terlalu korup di mana tidak seorang pun boleh berniaga tanpa membayar ‘potongan’ kepada Taib dan keluarganya. Maka ahli-ahli keluarga itu sering menganggap diri mereka sebagai orang-orang yang bertanggunjawab untuk mewujudkan peluang berniaga, menerusi akses-akses mereka pada Ketua Menteri, bukannya berkongsi risiko-risiko kewangan. Nampaknya ia merupakan suatu kerja keras yang sering mereka lakukan!

Tidak terlalu miskin!
Taib tidak perlu terlalu risau apabila beliau hendak mengagihkan tanah kepada Ibrahim. Siasatan dan kajian terkini yang kami jalankan telah membuktikan bahawa beliau ada banyak wang untuk dilaburkan. Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan sebelum Frontken Corporation Sdn Bhd dibuka kepada awam dalam tahun 2006, Ibrahim Mahmud sudah mampu membeli sehingga 34% saham-saham di syarikat itu, kesemuanya berjumlah 125,125,000. Laporan Tahunan syarikat itu bagi tahun 2007 menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan 118,750,000 saham baru yang mendatangkan keuntungan RM31.4 juta kepada kumpulan itu. Suatu lagi habuan yang amat lumayan buat Ibrahim! Pada kemuncak pasaran saham FCB, saham-saham mereka bernilai sekitar setengah ringgit tiap-tiap satunya, menjadikan saham-saham Ibrahim melebihi RM60 juta.

Ibrahim seharusnya telah mendapat secukup-cukupnya pada usianya yang lanjut itu.

27 Mac 2011

GEMPAR : RUMAH KETUA MENTERI CURI ELEKTRIK?

TAIB MENCURI ELEKTRIK!

Pada ketika kebanyakan orang sedang berjimat untuk mengatur perbelanjaan bagi menghadapi kenaikan bayaran bil elektrik, Sarawak Report mendapati Ketua Menteri sedang mengguna bekalan elektrik yang dicurinya untuk berjimat!

Maklumat yang mengejutkan ini datangnya dari seorang sumber dalaman yang mengetahui segala-galanya dalam rumahtangga Taib Mahmud. Kami juga telah mendapat tahu mengenai perkara ini daripada ketua juruteknik yang dilantiknya untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kediamannya di Demak Jaya.

Kami diberitahu bahawa Ketua Menteri telah memasang kabel bawah tanah secara rahsia, yang melewati meter elektrik di luar rumahnya. Kabel bawah tanah itu dihubungkan terus ke wayar-wayar dalam rumahnya. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya separuh dari arus elektrik masih melalui meter bagi membolehkan beliau menjimatkan bayaran elektriknya!

Ketamakan yang keterlaluan?

Taib telah menunjukkan bahawa beliau tidak biasa membelanjakan wangnya. Semua urusan keluarganya dibiayai oleh orang lain. Memandangkan keluarga Taib sudah terbiasa mengambil, bukannya memberi, mereka harus mempastikan bahawa bil-bil mereka adalah serupa dengan kadar yang dikenakan kepada kita

Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Taib sememangnya membayar bil elektrik yang lebih. Beberapa tahun lalu kita telah diberitahu mengenai Dewan Undangan Negeri Sarawak telah sebulat suara bersetuju membawa elaun tahunan yang amat lumayan perlu diadakan untuk Ketua Menteri bagi membantunya membayar bil-bil elektriknya, yang kita faham bahawa beliau banyak mengadakan hiburan dan melayan tetamunya di kediaman mewahnya itu.

Secara kontranya, Sarawak Report berasa simpati dengan kebanyakan rakyat Sarawak yang menjadi mangsa dasar keras syarikat Sesco milik kerajaan, yang sering memotong bekalan pelanggannya yang tidak mampu membayar kos elektrik yang kian meningkat.

Pada dasar berkenaan, khasnya yang berhubung dengan keluarga yang telah ditempatkan semula untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik. Salah satu dari insentif yang dijanjikan agar masyarakat-masyarakat Batang Ai (Lubok Antu) dan Bakun (Belaga) berpindah ke penempatan yang baru, adalah mereka akan mendapat bekalan elektrik secara percuma. Namun, kedua-dua komuniti itu telah dikehendaki membayar bil eletrik mereka sepenuhnya, dan ramai di kalangan orang-orang itu telah dipotong bekalan elektrik mereka kerana mereka tidak mampu menjelaskan bil kepada Sesco.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sesco Bhd adalah sepupu mewah Taib, iaitu Hamid Sepawi. Turut menggotai Lembaga Pengarah Sesco juga adalah anak lelaki Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu. Kedua-dua Hamid dan Jabu sama-sama menikmati banyak pekerjaan dan konsesi dari Ketua Menteri justeru itu mereka tidak perlu bimbang akan bil-bil mereka itu. Ketika dia bertegas terhadap pelanggan-pelangggannya yang kebanyakannya miskin, Sepawi dikatakan boleh berlembut terhadap bosnya yang mewah itu!

Apa yang disahkan oleh pengurus juruteknik

Bagi mengesahkan maklumat yang sukar dipercayai itu, kami mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang yang telah memasang sistem untuk melewati meter itu untuk Ketua Menteri.

Orang tersebut merupakan ketua juruteknik yang menguruskan kerja-kerja teknikal di kediaman Taib di Demak Jaya, Jong Ka Ching. Kami juga mendapat tahu bahawa adik Taib yang tinggal bersebelahan dengan Taib, iaitu Raziah Mahmud, yang mendengar mengenai sistem tersebut dan menunjukkan minatnya juga! Raziah juga kaya-raya, tetapi kenapa dia enggan membayar bil-bil elektrik seperti kebanyakan pengguna biasa yang lain.

Maka kami telah menghubungi Jong Ka Ching sama ada dia boleh memasang sistem yang serupa untuk anak lelaki Taib, Abu Bekir. Kami pasti Abu Bekir amat memerlukan sistem yang serupa memandangkan dia baharu saja bercerai dengan isterinya dengan tuntutan cerai berjumlah RM400 juta, maka Bekir sudah tentunya ingin menjimatkan wangnya! Kami menghubungi ketua juruteknik, Jong Ka Ching, pada telefon bimbitnya di mana kami telah menyamar sebagai setiausaha Abu Bekir dan menyuruhnya datang dan membincangkan perkara berkenaan dengan Datuk itu.

Berdasarkan perbualan melalui telefon itu maka sahlah Encik Jong Ka Ching itu yang melakukan kerja-kerja tersebut untuk kediaman Taib di Demak Jaya. Dalam perbualan itu, Jong telah berkali-kali mengakui dialah yang telah memasang sistem itu untuk rumah Pehin Sri.

Apabila kami menceritakan keadaan itu kepada pengurus senior dalam Sesco, reaksinya adalah “jadi, kamu tahu mengenai perkara itu, kan?!” Tidak lama dahulu Sesco pernah dikritik mengenai urusan mereka mengambil penguru-pengurus luar negeri yang dibayar gaji yang tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif yang baru mereka, Torstein Dale Sjotveit, dibayar RM4 juta setahun dan dibiayai 10 tiket penerbangan balik ke Norway setiap tahun. Terdapat 20 orang jurutera dari luar negera yang berkhidmat di bawah Sjotveit, kesemuanya dibayar gaji melebihi kadar gaji normal di Sarawak.

Baru-baru ini YB Chong wakil DAP Kuching telah mengadu kepada parlimen mengenai bayaran pemasangan meter yang diwajibkan oleh Sesco terhadap pelanggan-pelanggannya.

Para pelanggan mereka dikehendaki membayar RM650 untuk pemasangan meter yang dikatakan yang terkini, dan sesiapa di kalangan pelanggan mereka yang tidak mampu menjelaskannya, maka mereka terpaksalah bergelap!

Namun, aduan terhadap Sesco yang paling mengejutkan adalah majoriti penduduk Sarawak, sebuah negeri yang terkaya di Malaysia, 80% rakyatnya yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman tiada bekalan elektrik sama sekali!

Bagi pihak Encik Jong, Sarawak Report ingin mengesahkan bahawa apabila kami memanggilnya semula untuk bertanyakan progress kerjanya, dia menjawab dengan mengatakan dia belum bercakap dengan Abu Bekir, dan dia juga menyatakan bahawa Abu Bekir tidak berada di Kuching atau tidak memerlukan sebarang perkhidmatan pemasangan sistem yang dibincangkan itu. Dia, kemudiannya, menafikan bahawa dia pernah memasang sistem tersebut. Mungkin Taib Mahmud ingin menjelaskan keadaan dan mengesahkan atau menafikan maklumat yang tersangat sahih pernah kami terima itu?

SUMBER: Sarawakreport

PR SARAWAK: KESALAHAN TAIB MEMALUKAN SAUDARANYA!



Para penasihat kepada Taib seharusnya berwaspada dengan keghairahannya dengan temuramah-temuramah media. Beliau bukannya baik sangat apabila berhadapan dengan media!

Pada awal minggu ini beliau telah bercanggah dengan kenyataan menantunya, Hisham (Sean) Murray yang menafikan beliau terlibat dalam empayar harta keluarganya di luar negara, dengan mengakui beliau telah memulakannya dengan wangnya sendiri. Kini, beliau telah menekankan bahawa sepupunya, Hamid Sepawi, telah mengelirukan banyak pihak mengenai permohonan-permohonan untuk lesen-lesen Penghutanan Semula!

Kesilapan itu timbul di sebuah artikel muka hadapan akhbar lidah BN, the Borneo Post yang pernah disarankan oleh Taib supaya bekerja lebih keras dalam mencari berita-berita untuk membidas berita-berita rampasan tanah oleh beliau dan BN.

Dalam temuramah untuk akhbar di bawah tajuk “State Open To Forest Verification” [Negeri Terbuka Kepada Kerja-kerja Pengesahan Hutan] itu, Ketua Menteri telah mengeluarkan penerangan yang menakjubkan bahawa “70% hutan dara di Negeri Sarawak masih tidak terusik”. Ketua Menteri itu, yang telah dan sering dikritik dan dikutuk oleh masyarkat seluruh dunia atas ketamakannya yang telah meranapkan Hutan-hujan Borneo, telah mencabar badan-badan NGO untuk datang ke Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sebenar!

Kini, siapakah yang berbohong, Taib atau sepupunya Hamid Sepawi?

Bersempena rasa geram dan marah para penunjuk perasaan dan pencinta alam sekitar, mereka berusaha membersihkan nama mereka untuk mereka-reka jawapan untuk menangkis tohmahan terhadap mereka , kami ingin menarik perhatian anda terhadap apakah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sepupunya, Abdul Hamid Sepawi.

Syarikat milik Hamid Sepawi, Ta Ann (yang terkenal dengan kegiatan pembalakan dan perladangan) telah memohon mendapatkan lesen-lesen untuk mengusahakan Hutan Tanam Semula. Kenyataan-kenyataan dalam permohonan rasmi yang mereka keluarkan itu amat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan Ketua Menteri.

Dengan mendakwa bahawa 70% dari hutan dara Sarawak yang masih belum dieksploitasi, Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIS) yang diterbitkan oleh Ta Ann telah memberikan gambaran yang berbeza, di mana hutan semula jadi di negeri itu amat kecil saiznya dan penghutanan semula amatlah diperlukan!

Pada tahun 2006 semasa syarikat itu mengemukakan permohonannya untuk menghutankan semula kawasan yang luasnya 200,000 hektar di Kapit, situasi yang dipersembahkan itu mungkin tidak jauh berbeza dengan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Menteri. EIS Ta Ann seterusnya menghuraikan:

“kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali”

Jika begitulah keadaan alam sekitar pada tahun 2006, bagaimana pula rupanya 5 tahun kemudian, seandainya pembalakan diteruskan tanpa belas kasihan pada kadar yang sama di seluruh bumi Sarawak?

Kecualilah, sepupu Taib, yang merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemegang 35% saham dalam Ta-Ann itu, telah berbohong semasa memohon lesen? Namun, dalam 2008 pihak Auditor General Malaysia telah meneliti kenyataan syarikat itu, dan mengkritik dengan mengatakan bahawa Sarawak merupakan sebuah dari 4 negeri di Malaysia yang “gagal menguruskan hutan-hutannya, menyebabkan berlakunya pencemaran sungai, hakisan, tanah runduh dan pemusnahan flora dan fauna”, menurut agensi berita kebangsaan, Bernama.

Sekarang, jawablah soalan ini!
Pada awal minggu ini Taib telah bercakap kepada para pemberita mengenai integritinya:
“Lihatlah pada tabiat saya sejak 30 atau 40 tahun lalu. Saya tak pernah berbohong kepada orang, saya tak pernah bermain politik kotor – Taib Mahmud, akhbar The Star 22/03/2011

Maka, bolehkah Ketua menteri menjawab soalan sama ada sepupunya telah berbohong dengan menyebut “kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali”?

Nampaknya para pengawalnya harus memantau mulutnya di masa-masa akan datang semasa dia ditemubual oleh media!

PR Sarawak: PKR nafi tidak sehaluan dengan DAP

KUCHING:Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam menafikan parti itu dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak sehaluan seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar semalam (Jumaat).

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata pertindihan tuntutan ke atas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak bermakna kedua-dua parti itu sudah tidak bekerjasama sebaliknya ketika ini rundingan mengenai pembahagian kerusi masih diadakan.

“Saya baru sahaja berbual dengan presiden (Azmin Ali), rundingan masih berlangsung… saya tidak mahu mengulas atau menambah apa yang telah dikatakan oleh YB Chong Chieng Jen (Setiausaha DAP Negeri). Rundingan belum berakhir, itu yang sangat penting.

“Apa jua yang berlaku, pendirian kami ialah apabila tiba masanya, iaitu pada hari penamaan calon, kami sangat yakin bahawa semua masalah atau isu akan dapat diselesaikan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Negeri di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu, penasihat PKR Negeri Datuk Hafsah Harun.

Baru berkata biarpun PKR dan DAP ada pendirian sendiri terhadap kerusi tertentu tetapi apabila tiba masanya tidak bermakna mereka tidak bekerjasama kerana hasrat serta sentimen kedua-dua parti adalah sama yakni berganding bahu dan bersatu menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April nanti.

“Masalah ini akan selesai… saya percaya saudara Lim Kit Siang (penasihat DAP) dan Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kebijaksanaan yang ada pada mereka) akan menyelesaikan semua masalah ini, demi kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak khasnya dan negara amnya,” ujar beliau.

Beliau menambah dalam apa jua keadaan perbalahan terhadap pembahagian kerusi harus dielakkan biarpun hanya membabitkan dua atau tiga kerusi.

“Bagi saya dan PKR malah satu kerusi itu sangat penting,” ujarnya.

Menurutnya antara kerusi yang menjadi rebutan PKR dan DAP ialah Bukit Kota sambil memberitahu PKR mahukan kerusi itu kerana yakin boleh menang dengan baik ekoran sokongan padu daripada penduduk akar umbi di situ.

Dalam pada itu beliau memberitahu bahawa keputusan muktamad mengenai calon-calon PKR yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri nanti, akan diketahui hujung bulan ini dan pengumuman akan dilakukan sendiri oleh Anwar yang dijadual datang ke Sarawak pada 29 Mac ini.

“Beliau (Anwar) sepatutnya berada di sini pada hujung bulan ini, maknanya sebelum tarikh atau hari pengumuman calon, masalah pembahagian kerusi antara PKR, DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) akan selesai,” katanya.

Sementara itu, Chong pada sidang media pada Khamis berkata beliau telah diamanah oleh Pengerusi DAP Negeri Richard Wong Ho Leng untuk memaklumkan bahawa mesyuarat membincangkan pembahagian kerusi antara PKR dan DAP di Kuala Lumpur Khamis lepas gagal mencapai kata sepakat.

Chong memberitahu bahawa dalam mesyuarat itu DAP berpendirian tegas untuk bertanding di 18 kerusi DUN selepas keputusan DAP menawarkan Padungan dan Senadin kepada PKR tidak menggembirakan parti itu.

“Dalam cubaan terakhir agar kedua-dua parti dapat bersama dalam semangat Pakatan Rakyat, DAP bersetuju memberi laluan kepada PKR bertanding di Padungan dan Senadin. Bagaimanapun PKR meminta untuk bertanding di Balai Ringin, Batu Kawah dan Dudong.

“Kami beri betis, mereka (PKR) mahukan paha,” katanya.

Baru bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu apabila diaju soalan berhubung perkara itu.

PKR baru miliki 19 calon, dikatakan hanya bertanding 35 kerusi bukan 52

sumber: Borneo post online

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menguar-uarkan diri untuk bertanding di 52 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri ke-10 April depan bagaimanapun dikatakan baru mempunyai 19 calon sehingga kini.

Sumber itu berkata, parti itu sebelum ini yang mengesahkan untuk bertanding di 52 kerusi kini telah membatalkan hasratnya itu dan hanya akan bertanding di 35 kerusi.

Begitupun parti itu masih memerlukan 16 kerusi untuk mencapai cita-citanya itu, katanya.

Beliau berkata, antara 19 kerusi yang telah ditetapkan adalah di Tanjung Datu, Pantai Damai, Samariang, Satok, Demak Laut, Asajaya, Sadong Jaya, Lingga, Saribas, Kelaka, Lambir, Batu Danau dan Bukit Kota.

Enam lagi ialah Bekenu, Ba’kelalan, Padungan, Bengoh, Tarat dan Baleh.

Sehubungan itu nama-nama calon yang sudah ada di tangan parti itu ialah Reduan Tuah, Wan Zainal Wan Sanusi, Zulrusdi Hol, Ahmad Nazib Johari, Ali Hossen Abang, Arip Ameran, Piee Ling, Sulaiman Kadir, Abang Zulkipli, Jaini Salini, Zuhaidah Suboh, Dr Lau dan Munir Karim.

Enam yang lain ialah Nurhanim, Baru Bian, Dominique Ng, Willie Mongin, Peter Ato dan Frankie Bendindang.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon parti itu.

Beliau sebaliknya berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggumumkan calon parti itu pada 29 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hanya akan bertanding di kerusi DUN Sebuyau dan Beting Maro.

Sebuyau dan Beting Maro adalah kerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...