22 Januari 2012

ADAM ADLI...TURUNKAN BENDERA PM LAGI....!!!!

Kumpulan bertopeng selamatkan Adam dari 'pembuli UPSI'
Aidila Razak


Sudah digantung pengajian selama tiga semester dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim hari ini berdepan dengan 'bahaya' apabila sekali lagi menurunkan 'bendera' yang memaparkan wajah perdana menteri.

Ketika keluar dari stesen monorel di Bukit Bintang petang ini, pelajar kontroversi itu tidak dapat tahan melihat 'bendera' tersebut dan menggantikannya dengan sepanduk kebebasan akademik.

Tetapi tidak lama kemudiannya, tindakan itu dilihat oleh panel disiplin UPSI. Adakah dia akan terlepas kali ini?

Itulah adegan yang membuat pembeli dan orang ramai di Dataran Maybank, di kawasan membeli-belah di Kuala Lumpur itu, berdebar-debar, sewaktu flashmob mengenai kebebasan akademik dipentaskan hari ini.

Menurut penyelarasnya, Fahmi Reza, kira-kira 50 orang, kebanyakannya pelajar, mengambil bahagian dalam flashmob/teater jalanan untuk kebebasan akademik.

Ketika dihubungi, beliau berkata flashmob itu mementaskan semula apa yang telah berlaku kepada Adam selepas dia menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC bulan lalu.

Dalam flashmob tersebut, yang bermula jam 3.30 petang dan berlangsung kurang dari 10 minit, lima individu yang memakai topeng karikatur lima panel disipllin UPSI menangkap Adam, yang memakai topeng karikatur dirinya.

"Terdapat naib canselor, dua dekan, pendaftar dan (ketua panel) Profesor Zainal Kling.

"Mereka membuli (Adam) dan menolaknya ke tanah. Mereka melakukan tarian kemenangan, iaitu tarian ayam, dua kali menendang dan menumbuk Adam," katanya ketika menggambarkan senario pementasan tersebut.

Tetapi kemenangan mereka tidak bertahan lama.

Ketika mereka mengepakkan tangan merayakan kemenangan itu, seseorang meminta mereka menoleh kebelakang, di mana terdapat sekumpulan besar individu yang memakai topeng Fawkes Guy.

Kumpulan yang memakai topeng itu - yang digunakan oleh protagonis pro-demokrasi untuk menyembunyikan identiti mereka dalam filem popular V untuk Vendetta - bergerak menuju ke arah lima wakil UPSI itu.

Mereka membawa sepanduk yang berbunyi "UPSI, y u jadi lan si?" (UPSI, mengapa kamu begitu angkuh?). Frasa ini dicipta menggunakan tek mesej popular 'Y U NO'.

Kehadirin mereka menyebabkan wakil UPSI itu lari lintang pukang dan Adam diselamatkan oleh kumpulan individu bertopeng itu.

Menurut Fahmi, terdapat beberapa anggota polis "memerhatikan" flashmob tersebut tetapi mereka meneruskan persembahan.

"Mereka sebenarnya sangat baik (kepada kami), walaupun saya rasa mereka tak tahu apa yang sedang berlaku kerana ia tak nampak seperti protes," katanya
.-MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...