27 Mac 2015

TERKINI, 50,000 KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL DIBERHENTIKAN


Tak sambung kontrak 50,000 kakitangan beri implikasi buruk

Omar Osman

Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.

Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?

"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.

Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.

"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.

Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.

"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau. - SUMBER

SAH PILIHANRAYA PARLIMEN PERMATANG PAUH AKAN DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT?

Lembaga Pengampunan lupus petisyen Anwar


Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dilupuskan, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urusetia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin ditolak dan akan menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April ~ MK

PUTRAJAYA DIDAKWA MENIPU DALAM ISU HUDUD - MAHFUZ



Mahfuz dihalau keluar Dewan selepas desak menteri nyata pendirian hudud



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar naik berang dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan memanggilnya 'bacul' kerana enggan menyatakan pendirian Putrajaya berkenaan undang-undang Islam itu. 

Datuk Mahfuz Omar dihalau keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari perintah Speaker dan menghina Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu hudud.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu naik berang dengan Jamil dan memanggilnya "bacul" kerana enggan menyatakan pendirian Putrajaya berkenaan undang-undang Islam itu.

Ketua Penerangan PAS itu diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

"Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi," kata Jamil, merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang dijangka dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz kemudiannya gagal mengawal perasaannya apabila Jamil mendedahkan kerajaan tidak pernah membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.

Menurut Mahfuz, pindaan kepada akta tersebut, yang diperlukan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, sepatutnya dibawa kerajaan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

The Malaysian Insider melaporkan, jika Majlis Raja-raja meluluskan pindaan itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.


Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan.

Mahfuz sementara itu mendakwa Putrajaya menipu dalam isu hudud walaupun pada awalnya dikatakan menyokong undang-undang Islam tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya 24 Mac.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tetapi sehingga hari ini masih tiada pendirian rasmi dibuat selain pandangan peribadi beberapa pemimpin parti itu. ~TMI

26 Mac 2015

FERI P.PINANG : NEGERI SEDIA AMBIL ALIH ELAK TAMBANG NAIK



Kerajaan Negeri cadang ambil alih pengurusan perkhidmatan feri Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 26 MAC: Berikutan cadangan kenaikan tambang feri yang akhirnya akan memberi dampak buruk dan menjejaskan golongan kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini bercadang untuk mengambil alih pengurusan perkhidmatan pengangkutan air itu daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pengambilalihan itu perlu dilakukan untuk mengembalikan mutu perkhidmatan yang baik tanpa kerugian besar dan tanpa menaikkan tambang feri.

“Kerajaan Negeri boleh mengusahakan perkhidmatan feri sebagai entiti baru dan kami yakin berkemampuan menguruskan perkhidmatan feri dengan baik tanpa kerugian besar serta tanpa menaikkan tambangnya.

“Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan ikon pelancongan negeri ini yang telah beroperasi sejak 1894 terus bertahan dan beroperasi sebagai simbol ‘Pulau Mutiara’,” katanya seperti terkandung dalam surat kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Namun tegas Guan Eng, pengambilalihan pengurusan tersebut haruslah dibuat secara bersih sebagai entiti baru yang tidak terikat dengan sebarang kontrak atau perjanjian lama.

“Pengambilalihan pengurusan perkhidmatan feri ini perlu dibuat secara bersih tanpa dibebankan oleh sebarang tanggungan liabiliti perkhidmatan feri oleh pengurusan lama serta diberikan lesen untuk membeli dan mengusahakan 30 buah lagi feri atau kenderaan air.

“Kami bersedia untuk menanggung sebarang kerugian pengurusan selepas ini,” ujarnya.

Liow sebelum ini telah memaklumkan hasrat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan tambang feri berikutan kerugian besar dalam mengendalikan perkhidmatan feri sebanyak RM23 juta dalam tahun 2013.

Pengerusi PPSB Datuk Mohd Sidik Shaik Osman juga turut mengakui bahawa perkhidmatan feri telah mengalami kerugian secara purata setiap tahun sebanyak RM20 juta untuk beberapa tahun ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng menegaskan, pihaknya membantah keras cadangan kenaikkan tambang itu yang dilakukan bagi menampung kerugian PPSB.

Jelasnya, punca utama kerugian berlaku adalah disebabkan pengurusan lemah PPSB, ditambah mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan, walhal feri merupakan pengangkutan penting antara Pulau dan Seberang Perai.

Mengikut cadangan tambang baru, pemilik kereta akan dikenakan tambang RM9 daripada RM7.70 sekarang ini manakala tambang motorsikal pula akan dinaikkan sebanyak RM1.50 daripada RM2.00 kepada RM3.50. -Roketkini.com

JOKOWI BERAKSI SEPERTI STEVE JOBS DI JEPUN

Media Jepun Bandingkan Jokowi dengan Steve Jobs

Presiden Joko Widodo (tengah), Menteri Luar Negeri Retno Marsudi (kanan) dan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Sofyan Djalil bersulang saat makan siang di Tokyo, 24 Maret 2015.

Presiden Joko Widodo (tengah), Menteri Luar Negeri Retno Marsudi (kanan) dan Menteri Koordinator Bidang Ekonomi Sofyan Djalil bersulang masa makan tengah hari di Tokyo, 24 Mac 2015. (sumber: AFP Photo / Yoshikazu Tsuno)

Tokyo - Dalam lawatan ke Jepun awal minggu ini, Presiden Joko Widodo bertemu dengan 1,200 pimpinan syarikat dan membentangkan peluang pelaburan bagi mereka dengan gayanya yang khas: up close and personal.

Gaya Jokowi dalam pertemuan itu menjadi catatan sebuah artikel akhbar perniagaan terkemuka Jepun, Nikkei, yang menulis bagaimana presiden berusaha meyakinkan para pelabur Jepun dalam pelbagai projek total bernilai US $ 418 bilion (Rp 5.420 trilion).

"Widodo dengan cepat meninggalkan podium, dan menghabiskan sisa waktu pidato 20 minitnya dengan menyusuri pentas seperti (mendiang pengasas Apple) Steve Jobs, dan acapkali berhenti untuk bertindak balas kepada pengunjung dengan caranya yang halus," tulis Nikkei.

Projek-projek yang ditawarkan presiden termasuk loji kuasa total 35.000 Megawatt, kereta api cepat dan jalan tol.

Ketua Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Akio Mimura, memuji gaya persembahan Jokowi itu.

"Cara dia menjelaskan semuanya dengan slides dan mikrofon di tangan adalah hal yang luar biasa, untuk seorang ketua negara," kata Mimura.

Tetap Ada Standard

Nikkei juga menulis bahawa Presiden Jokowi telah banyak mendengar masukan dari para kepala eksekutif syarikat-syarikat milik Jepun di Indonesia, tentang pelbagai halangan usaha yang mereka hadapi.

Salah satunya adalah birokrasi dalam pelaburan yang boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk menjelaskannya. Namun program "one-stop service" yang bermula Januari lalu telah sangat mengurangkan proses pelesenan, yang dulu boleh melibatkan 20 pejabat kementerian dan badan.

Dalam mesyuarat di Tokyo itu, Jokowi mengatakan dia sendiri ikut campur tangan untuk mengurusi masalah pengambilan tanah dalam projek penjanaan elektrik yang melibatkan Japan s Electric Power Development, atau sering disebut J-Power.

"Presiden menggenjot program reformasi dengan kemampuan leadership-nya yang luar biasa," kata Sadayuki Sakakibara, ketua Keidanren atau kumpulan pelobi perniagaan nombor satu di Jepun, seperti dikutip Nikkei.

Pelbagai syarikat Jepun sedang meningkatkan pelaburan mereka di Indonesia sekarang ini. Syarikat dagang Mitsui & Co., misalnya, Disember lalu mengatakan akan ikut serta dalam pembangunan dan operasi terminal kontena di Pelabuhan Tanjung Priok. Saat di Tokyo, Jokowi menyempatkan diri bertemu dengan Presiden Mitsui, Masami Iijima, dan menandatangani MoU kerjasama projek di pelabuhan-pelabuhan lain.

Namun walaupun menghendaki pelaburan dari Jepun, Jokowi tetap mengajukan standard kualiti.

"Kami tak mau lagi mengeksport bahan mentah. Kami ingin mengeksport barang jadi dan setengah jadi," kata Jokowi.

Dalam forum itu, Jokowi juga minta Indonesia dijadikan asas pengeluaran automotif untuk pasaran Asia Tenggara, Timur Tengah dan pasaran-pasaran lain, apabila bercakap dengan Hiroyuki Ishige, ketua Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Japan External Trade Organization).

Hari berikutnya, Jokowi berkunjung ke Toyota, pengeluar kereta terbesar di dunia dan juga di Indonesia.

Para pemimpin perniagaan Jepun itu memberi tepuk tangan meriah usai persembahan Jokowi. Namun apakah benar mereka akan melakukan pelaburan seperti yang dikehendaki pemerintah Indonesia? Pepatah China berkata, meski pun tidur bersama satu katil, orang boleh mendapatkan mimpi yang berbeza.

Pada hari yang sama ketika Jokowi bertemu para pengusaha di Tokyo, Selasa (24/3), Mitsubishi Motors memulakan pembinaan kilang baru di pinggir Kuala Lumpur.

Pengeluar kereta asal Jepun itu ingin meletakkan asas kuat bagi pertumbuhan "45 tahun ke depan", kata Presiden Mitsubishi Osamu Masuko. Syarikat tersebut telah menjalankan perniagaan di Indonesia sejak 1970, namun sekarang ini tidak pernah mengeksport kereta dari sini.

Kehadiran kilang baru pada 2017 nanti akan menghasilkan kereta keluarga kecil untuk eksport dan pasaran Indonesia. Sasaran awal jualan adalah 60,000 unit di Indonesia dan 20,000 unit eksport, kata Masuko.

Penulis: Heru Andriyanto / HA

Sumber: Nikkei

25 Mac 2015

PESAWAT GERMANWINGS TERHEMPAS 150 TERBUNUH - VIDEO & GAMBAR



Sebuah pesawat Airbus yang dikendalikan oleh penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings dilaporkan terhempas di selatan Perancis hari ini.

Laporan memetik sumber pihak berkuasa menyebut, pesawat A320 tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf.

Pesawat Germanwings penerbangan 4U9525 tersebut dilaporkan membawa 150 orang, menurut laporan agensi antarabangsa.

Jumlah itu termasuk dua orang juruterbang dan empat anak kapal.

Laporan media ABC memetik Presiden Perancis Francois Hollande sebagai berkata, "nampaknya tiada yang terselamat" dalam kejadian tersebut.

Menurut Holande, kejadian itu berlaku di kawasan yang sukar dimasuki, di banjaran Alps, lapor Newsweek di Twitter.

Laman penjejak penerbangan Flightradar24 menyebut pesawat dengan nombor penerbangan D-AIPX hilang dari radar pada 09.39 pagi waktu tempatan.

TERKINI: Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui.

"Satu kotak hitam yang ditemui beberapa jam selepas nahas itu akan terus diperiksa untuk membantu siasatan," katanya di sini.

Beliau berkata, tapak nahas itu akan dikawal bagi memudahkan pihak berkuasa termasuk agensi menyelamat masuk ke kawasan itu. - Reuters

Beberapa hari untuk keluarkan mangsa nahas Germanwings

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata sebuah helikopter sudah mendarat dekat serpihan pesawat Germanwings yang membawa 150 orang di pergunungan Alps Perancis dan mendapati tiada yang terselamat.

Cuaca di kawasan itu semakin buruk menjelang tengah hari, hujan dan sangat sejuk, katanya.

Seorang pegawai kerajaan tempatan pula memberitahu akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar kereta.

Pesawat Airbus A320 milik Germanwings, syarikat penerbangan tambang rendah anak syarikat Lufthansa, yang membawa 144 penumpang dan enam krew terhempas di pergunungan itu selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi pada ketinggian 6,000 kaki (1,828 meter).

Pesawat itu dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Sementara itu, polis Perancis turut mengesahkan tiada yang terselamat dalam nahas itu dan menjangkakan usaha menyelamat mangsa akan mengambil masa beberapa hari kerana cerun gunung yang curam.

"Akan mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan mangsa dan kemudian bangkai pesawat," kata pegawai polis Jean-Paul Bloy.

Mengikut polis setakat ini belum ada teori mengenai punca nahas itu.

Pihak berkuasa penerbangan Perancis berkata, juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus sekali gus menokok misteri kenapa pesawat itu kemudian tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.

Dalam pada itu, Germanwings berkata, Penerbangan 4U 9525 membawa 144 penumpang termasuk dua bayi dan enam krew. Mengikut pegawai, 67 warga Jerman termasuk 16 pelajar sekolah tinggi adalah antara penumpang.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38,000 kaki (11,582 meter). Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas. 
-AP











SUMBER

24 Mac 2015

ACEH BINA MASJID BATU JED PERTAMA DI DUNIA - 20 TON BATU JED DIGUNAKAN


Aceh bakal miliki sebuah masjid batu jed pertama di dunia


Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A'la. Foto hiasan.

JAKARTA, 23 Mac:

Fenomena “demam” batu-batu permata di Indonesia kini akan menjadi lebih hebat apabila pemerintah di sebuah wilayah di Aceh membina sebuah masjid batu jed yang pertama di dunia.

Sebuah portal berita tempatan, tribunnes.com memetik Pengerusi Badan Perancangan Pembangunan Nagan Raya di Acheh Teuku Raja Keumangan sebagai berkata, kerja-kerja pembinaan tapak masjid yang berharga Rp150 bilion (RM45 juta) itu telah dimulakan sejak awal tahun.

Cerita Usman temukan batu giok 20 ton di tengah hutan Aceh

Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A’la dan seluruh bangunan masjid hingga kubahnya dilapisi dengan batu jed yang diambil dari hutan di kawasan Beutong di Nagan Raya.

Baru-baru ini para pencari batu permata telah menemui bongkah batu jed seberat kira-kira 20 tan metrik di Gampong Krueng Isep di Beutong dan kerajaan wilayah Aceh tidak membenarkan sesiapapun mengambil bongkahan batu permata itu.


Teuku Raja Keumangan berkata, kerja-kerja memunggah bongkahan batu jed dari hutan Beutong itu dijangka bermula April ini dan batu-batu itu akan dipotong sebanyak 37,000 keping dengan ukuran 60×60 sentimeter.

Katanya, masjid itu dibina sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang menjadikan tanah di Acheh dipenuhi dengan batu permata dan jika semuanya berjalan lancar, masjid itu dijangka siap akhir tahun ini.

Demam batu permata Indonesia itu merebak ke seluruh republik dari Aceh hingga ke Kalimantan dan di Jakarta pula ribuan orang mengunjungi sebuah pasar Rawa Bening pada setiap hujung minggu untuk membeli dan menjual pelbagai jenis batu-batu permata Indonesia


BERITA GEMPAR DARI JAWATANKUASA PUSAT DAP

Keputusan DAP akan kecewakan BN, kata Loke



Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, beritahu wartawan yang keputusan parti berkenaan Pakatan Rakyat akan diumum esok pagi. 

Mesyuarat tergempar DAP yang berlangsung hampir empat jam malam ini, membincangkan masa depan parti itu di dalam Pakatan Rakyat (PR), akan mengecewakan Barisan Nasional (BN) kerana hasilnya "positif", kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.

Parti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok pagi berhubung hasil mesyuarat mereka malam ini, diadakan susulan keputusan PAS bertegas meneruskan agenda hudud mereka dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen.

"Bagi saya, ia positif untuk rakyat dan mengecewakan untuk BN. Itu saja saya boleh katakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Loke berkata, semua ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu menghadiri mesyuarat malam ini dan bersetuju sebulat suara dengan keputusan yang dibuat.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua memberitahu pemberita, "semua pilihan dipertimbangkan" semasa perbincangan di dalam mesyuarat itu.

"Saya rasa mereka sangat terbuka. Saya rasa semua orang tahu isu yang terbabit.

"Adakah kita berpecah, adakah kita teruskan, adakah kita tunggu, apa isunya, bagaimana ia menjejaskan DAP, bagaimana ia menjejaskan PR, apa yang rakyat mahu – ada orang mahu kita berpecah serta merta, ada yang mahu kita terus bersama walau apa pun terjadi.

"Jadi, semua isu ini dibincangkan sebelum keputusan dibuat," kata Pua.

Jawatankuasa eksekutif pusat DAP bermesyuarat malam ini bagi membincangkan sama ada untuk kekal dalam PR atau tidak berikutan tindakan PAS itu yang dianggap satu "pengkhianatan" terhadap PR kerana membelakangi keputusan yang dipersetujui bersama sebelumnya.

DAP berkata hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama PR, dan PAS mengkhianati sekutunya dengan membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu lepas.

DAP juga menyifatkan sebagai "pengkhianatan" tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang itu yang perlu diluluskan bagi membolehkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan. – 23 Mac, 2015. ~tmi


KEPUTUSAN PENUH DAP PUSAT:

DAP tamatkan kerjasama dengan Hadi, kekal dalam Pakatan


Lim Guan Eng (paling kiri) bersama pemimpin kanan DAP lain yang bermesyuarat malam tadi. Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu memutuskan kekal dalam Pakatan Rakyat tetapi menamatkan kerjasama dengan presiden PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan.

DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.

"Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud.

"Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.

"DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

"Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud, tetapi untuk Dasar Bersama," katanya.

DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.

Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor.

"Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim.

Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR.


Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.
DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

"PR berhasrat membina Malaysia baharu berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia."

DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi berlangsung hampir empat jam dan membincangkan masa depan parti itu di dalam PR susulan keputusan PAS meneruskan agenda hudud dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen.

BELANG UMNO TENTANG HUDUD TERBONGKAR?

Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz



Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan sesiapa yang melaksanakan hudud di Malaysia adalah 'bodoh' kerana ia memerlukan pindaan dibuat ke atas Perlembagan Persekutuan. 

Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.

"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."

Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud.

- See more at: http:SINI

23 Mac 2015

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR IPD KELANA JAYA - FRU HALANG HIMPUNAN SOLIDARITI KEPADA PENDEMO BANTAH GST

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

FRU mula kepung dpn IPD Kelana Jaya halang aktivis dari himpun solidariti kpd 70 yg di tangkap kerana demo Bantah GST 


BERITA BERKAITAN:

79 peserta demonstrasi bantah GST ditangkap polis







Pautan kekal imej terbenam

Segelintir peserta demonstrasi bantah GST ditahan polis di Wisma Kastam di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Mac, 2015.

Seramai 79 peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berhimpun di Wisma Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya sejak pagi tadi ditangkap polis petang ini.

Mereka termasuk Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dan Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Jeyakumar Devarah.


Turut ditahan aktivis DAP Sefura Othman, aktivis Muhammad Safwan Anang@Talib dan Khairol Najib Hashim.

"Kesemuanya 79 yang ditahan, kami semua dalam trak sekarang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kelana Jaya oleh 3 trak polis," kata Arutchelvan ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 6.30 petang tadi.

Sebelum itu, polis mula bertindak menahan peserta demonstrasi Bantah GST anjuran PSM itu selepas mereka enggan berundur daripada kawasan itu apabila tamat waktu pejabat.

Kekecohan mula terjadi apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim menyatakan wisma itu akan ditutup.

"Kesemua kakitangan dan pegawai kastam sudah balik, dah hampir tamat waktu pejabat, jadi anda perlu beredar," katanya kepada peserta demonstrasi.

Sejurus selepas kenyataan Azmi, kekecohan mula berlaku dan pihak berkuasa mula menangkap peserta demonstrasi dan berlaku pergelutan.

Protes "duduk dan bantah" yang bermula sekitar jam 11 pagi bertujuan menuntut pihak kastam menjawab sebanyak 106 soalan mengenai GST, tetapi bertukar menjadi kecoh ekoran halangan pihak berkuasa.

Salah seorang peserta demonstrasi anti-GST cuba menenangkan pihak yang menghalang kehadiran mereka di pejabat cukai Jabatan Kastam di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu pagi ini, seorang peserta demonstrasi, Khalid Ismath, ditahan polis semasa mereka beramai-ramai masuk ke bangunan Wisma Kastam itu.

Ia disahkan Arutchelvan yang berkata aktivis itu memaklumkan kepadanya yang dia ditangkap oleh Azmi.

"Khalid ditangkap ketika mahu memasuki kaunter penerangan awam. Beliau sendiri hantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada saya," kata Arutchelvan kepada The Malaysian Insider.

Arutchelvan berkata mereka tidak tahu ke mana Khalid dibawa kerana panggilan yang dibuat ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

Selain PSM yang merupakan penggerak utama, protes turut disertai Pemuda PAS dan pertubuhan bukan kerajaan belia seperti SAMM, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Lensa Anak Muda Malaysia dan Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia. – 23 Mac, 2015.




Polis menahan peserta demonstrasi anti-GST selepas bergelut.

~TMI

DEPA KATA TUN MAHATHIR DAH " BUANG TABIAT"......

Dari blog pro-umno......


1MDB : Tun Mahathir Dah "Buang Tabiat?"


Tun Oh Tun.... Memang dirimu dikagumi. Memang Dikau telah mengangkat Malaysia ke satu tahap yang tinggi dalam ketamadunan negara. Namun, setiap manusia punya cara dan strategi masing-masing dalam memacu negara ke arah yang lebih baik, maju dan mapan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB memberi manfaat kepada negara dalam apa jua keadaan.

Dalam wawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia, bekas Perdana Menteri mendakwa kerajaan ‘memperjudikan wang dalam dana lindung nilai’.

Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya. Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.

Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada. Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.

Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International. Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada.

Mengulas mengenai wang itu, katanya, “Saya tidak fikir ia memberikan apa-apa fungsi. Itulah perbezaan (pendapat) saya dengan kerajaan. Saya tidak fikir kita memerlukan dana seperti ini.” “Kita sudah melakukan dengan cukup baik tanpa dana…pertamanya, mereka mendapat wang untuk dipinjamkan kepada orang Arab Saudi dan mereka memasukkannya ke dalam dana lindung nilai. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai,” ujar beliau.

Dalam wawancara bersama Dr. Mahathir, Brown menekankan penolakan bekas Perdana Menteri itu terhadap syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan isu-isu berkaitannya.

Wawancara itu dibuat selepas kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.

AUDIT 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengaudit akaun-akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata laporan audit itu akan diserahkan untuk diperiksa secara telus oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Jika ada sebarang salah laku, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata PMO.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib memanggil 1MDB dan firma audit mereka, Deloitte.

Firma pelaburan kerajaan itu turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan arahan Najib itu.

"Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan ketua audit negara dan berharap agar hasil daripada ini akan menamatkan segala spekulasi," kata Presiden 1MDB Arul Kanda.

Dalam kenyataannya, Arul turut menyifatkan bahawa "serangan" terhadap mereka mutakhir ini "bersifat politik" dan "berpotensi mengancam ekonomi".

"Ini adalah usaha yang diatur dengan sengaja untuk menjejaskan syarikat ini dengan menyebarkan tuduhan dan spekulasi tidak berasas yang mempunyai potensi menjejaskan ekonomi," katanya.

PAC sebelum ini mengenal pasti isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC menggesa siasatan ke atas perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan status wang yang disimpan di Cayman Islands.

Machiavellian Dan Political Animals
Dr Mahathir adalah seorang Machiavellian dan political animals dalam ertikata sebenarnya. Bijak mencari isu-isu mengenai bangsa Melayu untuk mendapat publisiti dan menonjolkan dirinya dikalangan kepimpinan bangsawan Melayu ketika itu.

Setelah tewas kerusi parlimen Kota Setar pada pilihanraya 1969, Dr Mahathir tidak menerima kekalahan itu sebagai kelemahan dirinya. Sebaliknya dia menuding jari kearah Tunku Abdul Rahman. Tunku dikatanya seorang pemimpin yang lemah dan tidak layak menjadi pemimpin Melayu. Dalam suratnya kepada Tunku, Dr Mahathir mendesak Tunku meletakkan jawatan Perdana Menteri dan presiden UMNO.

Antara kandungan suratnya, Dr Mahathir menggariskan kelemahan Tunku sebagai punca sebenar kerusi UMNO ditawan parti PAS dan kerusi MCA kalah kepada DAP sehingga Parti Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga dalam dewan rakyat.

Surat yang sepatutnya sulit, telah menjadi menjadi surat terbuka. Oleh kerana surat itu mengaibkan Tunku, UMNO telah mengambil keputusan menggantung keahlian Dr Mahathir. Mahathir kemudiannya menulis The Malay Dilemma. Buku itu telah diharamkan tetapi pengharamannya menjadi buku itu mendapat sambutan dan Mahathir menjadi seorang yang popular.

Jika Dr Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri dan yang mengkritik dan menulis surat mendesaknya letak jawatan adalah Tunku, sudah tentu Dr Mahatir akan mengarahkan polis menangkap dan memenjarakan Tunku tanpa perbicaraan dibawah ISA atau mana-mana undang-undang warisan penjajah yang ada. Tetapi Tunku bukan Dr Mahathir.

Dan..........

NAJIB RAZAK PUN BUKAN TUN MAHATHIR

Jadi....

Berilah Peluang dan Ruang Untuk DS Najib Razak memacu negara mengikut acuannya sendiri. Tegurlah secara berhemah dan bijaksana. Cukup-cukuplah Tun. Jangan sampai pengorbanan dan jasamu selama ini hilang begitu sahaja dari ingatan......

Semoga Tun Diberi Kesihatan Dan Rahmat DariNYA Untuk Terus Memacu Malaysia Ke Arah Yang Lebih Gemilang Dan Sejahtera.....

Diterbitkan Belia Bangkit 

22 Mac 2015

7 dalil mengapa Pakatan Rakyat tiada masa depan jika Hadi terus menerajui Pas


7 dalil mengapa Pakatan Rakyat tiada masa depan jika Hadi terus menerajui Pas

Persoalan masa depan Pakatan Rakyat kian menjadi perbincangan hangat berikutan tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 19 Mac lalu.

Tindakan secara unilateral itu bukan sahaja bercanggah dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah tidak menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang dihadiri Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Susulan daripada pindaan enakmen hudud yang diluluskan di Kelantan, Hadi sendiri melakukan tindakan yang lebih mengejutkan, iaitu dengan menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian yang bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membenarkan pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan.

Justeru, tindakan Presiden Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian ini boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan muafakat Pakatan Rakyat, lantas menimbulkan persoalan sama ada gabungan politik tiga parti ini boleh terus berkekalan.

Pada saya, jawapannya amat mudah. Tidak mungkin Pakatan Rakyat mempunyai masa depan sekiranya pucuk pimpinan Pas terus diterajui oleh Dato’ Seri Hadi Awang. Saya mengambil pendirian ini bukan hanya berdasarkan tindak tanduk Presiden Pas baru-baru ini, tetapi juga atas tujuh bukti atau dalil yang disenaraikan di bawah:

Parlimen Labuan
DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang)
DUN Kota Damansara (Selangor)
DUN Pantai (Johor)
DUN Kota Putera (Terengganu)
DUN Bukit Besi (Terengganu)
DUN Seberang Takir (Terengganu)


Di atas merupakan tujuh kerusi (enam DUN dan satu Parlimen) yang telah melihat pertandingan tiga-penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Dalam ketujuh-tujuh kawasan tersebut, Pas telah meletakkan calon pada saat terakhir melalui watikah yang ditandatangani oleh presidennya.

Mengikut tatacara lazim, calon-calon Pas akan menerima watikah yang ditandatangani oleh Dato’ Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung parti. Demikianlah bagi semua calon Pas yang bertanding dalam kerusi-kerusi yang telah dipersetujui dalam perbincangan dalaman Pakatan Rakyat. Oleh itu, tindakan Pas untuk bertanding di tujuh kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR itu merupakan khianat yang nyata dilakukan dengan restu Hadi sebagai presiden parti.

Akhirnya, Barisan Nasional telah memenangi kesemua tujuh kerusi tersebut. Justeru, mangsa pengkhianatan bukan sekadar PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan besar dalam politik negara.

Kemenangan undi popular dalam PRU13 jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menginginkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Saya yakin, pilihan rakyat telah dibuat setelah melihat kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor yang berjaya mencatat prestasi ekonomi yang cemerlang sambil memeliharakan kebajikan rakyat.

Saya percaya kebanyakan akar umbi Pas, sepertimana juga akar umbi DAP dan PKR, menginginkan perpaduan dan kerjasama yang berterusan di bawah payung Pakatan Rakyat. Oleh itu, saya melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh sesetengah pimpinan Pas sejak PRU13 lagi sebagai agenda rakus dan jumud oleh puak tertentu yang ingin memecahbelahkan Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Pada pendapat saya, selagi dalang-dalang pengkhianatan ini masih kekal berkuasa dalam Pas, tiadalah masa depan bagi Pakatan Rakyat.

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP

KERETA TERPAKAI KENA GST JUGAK...HIDUP BN

"Pembeli (kereta terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan keuntungan daripada jualan kereta.

Harga keseluruhan kereta lebih murah dengan GST, kata kastam


Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas GST. – Gambar Reuters, 22 Mac, 2015.

Secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan 1 April, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau menjelaskan GST hanya 6% peratus sahaja manakala cukai jualan kenderaan ketika ini ialah 10%. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan pada 1 April, katanya.

Khazali memberitahu Bernama, kesangsian berhubung sama ada harga akan naik atau turun wujud susulan terdapat kekeliruan dalam kalangan pengedar kereta berhubung bagaimana mereka hendak menjual kereta yang mereka sudah pun bayar cukai jualan kereta sebanyak 10%.

"Sebenarnya, kastam akan membayar balik cukai jualan 10%yang dibayar mereka dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti yang mereka membayar cukai itu dan masih belum menjual kereta berkenaan setakat 31 Mac," katanya.

Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor (KLSCDCCA)) Khoo Kah Jin berkata beliau tidak menjangkakan penurunan ketara harga kereta kerana perbezaannya mungkin diimbangi oleh harga komponen kereta yang diimport berikutan kadar tukaran asing lebih tinggi.

"Harga kereta memang akan turun iaitu dua hingga 3% peratus dengan GST," katanya.

"Namun, harga itu mungkin akan naik sedikit bergantung kepada kadar tukaran asing kerana kebanyakan komponen kereta adalah diimport, contohnya Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun," katanya.

Khoo berkata bagi kereta terpakai, harganya juga dikenakan GST namun dimasukkan ke dalam Skim Margin bagi mengelakkan pembayaran cukai berganda.

"Pembeli (kereta terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan keuntungan daripada jualan kereta.

"Sebagai contoh pengedar kenderaan terpakai membeli sebuah kereta dari seorang individu dengan harga RM30,000, kemudian menjualnya semula kepada individu lain dengan harga RM60,000, maka GST akan dikenakan ke atas kadar keuntungan RM30,000 itu sahaja," katanya. Bernama, 22 Mac, 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...