Kajang: Bakal saksi pertembungan dua wanita 'besi'
LANGSUNG Di samping tumpuan kepada usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.
DS
Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba untuk penamaan calon menaiki motor.
#PRKKajang
kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.
Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.
PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Ia ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas menerima rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, dan menjatuhka hukuman lima tahun penjara ke atasnya.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.
Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.
Daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.
LAPORAN LANGSUNG
9.30am: Penyokong BN memenuhi Balapan dan mengibarkan bendera sambil menyanyi Hidup BN secara berkumpulan.
9.25am: Luar kompleks sukan - Ketika Wan Azizah mengemukakan borang pencalonan, Anwar dan Khalid Ibrahim mengambil kesempatan bersalaman dengan penyokong Pakatan yang dipisahkan dengan penghadang dan kawat berduri.
Mereka juga turut menandatangani autograf sementara penyokong melaungkan reformasi beberapa kali.
Kedengaran juga penyokoong berteriak: "Tan Sri Khalid, buat kerja elok, elok. Jalan banyak lubang"
"Datuk Seri, Kangkung sekarang berapa kilo", yang kemudiannya diiirngi gelak ketawa hadirin.
Penyokong kemudiannya melaung beramai-ramai dengan laungan "Lawan tetap Lawan", Hidup Rakyat dan hancur BN".
9.20am: Beberapa kumpulan kecil kira-kira 10 orang penyokong Pakatan bagi setiap kumpulan sedang berjalan menuju ke pusat penamaan calon.
Ada yang kecewa apabila diberitahu bahan-bahan parti seperti topi dan topeng adalah dijual dan bukan percuma. Mereka, bagaimanapun, gembira apabila petugas parti mengedarkan karipap percuma.
Kira-kira 1,000 Pakatan dan BN penyokong berkumpul di sebelah menyebelah kompleks sukan dan melaungkan slogan masing-masing sambil dipantau oleh kira-kira 50 anggota polis rusuhan.
9.15am: Penyokong BN diminta masuk ke dalam kawasan pusat penamaan calon.
9.15am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba ke pusat penamaan dan disambut dengan laungan takbir beberapa kali.
9.05am: Wan Azizah dan Anwar serta pemimpin Pakatan memasuki pusat penamaan calon kira-kira jam 9.05 pagi.
9.00am: Hadapan Kompleks Sukan MPKJ - Kecoh seketika apabila seorang lelaki membawa bendera PKR dan memakai baju 'PAS for All' lalu di tengah-tengah penyokong BN. Hanya sorakan tanpa sebarang insiden dan dia diiring polis keluar dari kawasan itu.
9am: Satu konvoi sekurang-kurangnya 30 motosikal membawa pemuda berbaju biru gelap BN Kajang dilihat dalam perjalanan menuju ke pusat penamaan calon.
8.51am: Kompleks Sukan MPKJ - Wan Azizah dan Anwar Ibrahim tiba bersama penyokong pakatan rakyat. Beberapa minit kemudian, mereka bergerak-gerak perlahan memandangkan jurufoto bertolak-tolak untuk mengambil gamber mereka, sehingga ke kompleks sukan MPKJ.
Dalam kompleks, sekumpulan polis membuat sekatan bagi mengelakkan penyokong masuk ke pusat pengundian.
Sekali lagi berlaku tolak menolak, untuk memberi laluan kepada Wan Azizah dan Anwar memasuki ke pusat penamaan, memandangkan ramai penyokong yang berhimpun di depan sekatan itu.
Akhirnya kedua-dua tokoh PKR dan pemimpin Pakatan berjaya memasuki dan melintasi sekatan polis yang dijaga oleh FRU.
8.50am: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba dan bersalaman dengan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama, penyokong merentangkan banner bertulis:
"Kak Wan, lapkan air mata, teruskan perjuangan".
Kata-kata itu, diungkap sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat Baru-baru ini.
8.50am: Kompleks Sukan MPKJ - Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon.
8.45am: Kira-kira 1,000 penyokong BN kini berarak ke pusat penamaan calon.
8.40am: NIOSH Bangi- Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberi ucapan di luar NIOSH Bangi mngajak penyokong jangan gentar dan 'Hidup Barisan'.
8.35am: Kompleks Sukan - Dalam ulasan ringkasnya, Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali berkata: "Kalau Umno mahu menyekat kemaraan rakyat melalui keputasan mahkamah, mereka membuat kesilapan besar.
"Keputusan zalim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetus gelombang rakyat dan ia bermula di Kajang.
"Oleh itu, Pakatan Rakyat telah sepakat dan bersetuju untuk memilih Dr Wan Azizah sebagai calon.
"Beliau adalah lambang dan simbol reformasi 1998, telah berjaya menguatkan kesepakatan barisan alternatif dan Pakatan selepas itu.
"Kehadiran beliau meniup semangat baru kepada aktivis, reformasi kepada rakyat terus untuk bersama lonjakan ke Putrajaya," katanya.
8.30am: Para pemimpin Pakatan yang turut serta menunggu untuk berarak masuk ke Kompleks Sukan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mohd Nor Manuty, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.
Penyokong yang hadir mengibarkan banting bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim', 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dengan gambar beliau bersongkok.
Gambar Wan Azizah turut dikibarkan bersama-sama. Mereka juga mengibarkan poster "Rakyat Hakim Negara".
Difahamkan Wan Azizah akan sampai bersama penyokong Pakatan pada bila-bila masa.
8:21am: Niosh Bangi - BN calon Datin Paduka Chew Mei Fun tiba.
Beliau disambut oleh sorakan kuat dan laungan "Long Live BN" olehlebih 500 penyokong yang kini telah berkumpul di sini.
8:20am: NIOSH Bangi - Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di NIOSH bersama pimpinan MIC dan Umno
8.10am: LHDN Bangi - Semakin ramai pemimpin Pakatan tiba untuk memberi sokongan. Antaranya ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong.
Bilangan penyokong kini dianggarkan sekitar 1,000 orang. Sambil berarak, mereka meluangkan "Takbir", "Reformasi" dan "Jatuh, jatuh jatuh BN" .
8.05am: Niosh Bangi - atusan penyokong BN berkumpul di hadapan bBangunan NIOSH, menunggu ketibaan calon, Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba.
8.00am: LHDN Bangi - Lebih 500 penyokong Pakatan mula berarak dari bangunan LHDN Bandar Baru Bangi menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang diketuai oleh Azmin Ali selepas bacaan doa oleh Abdul Rani.
Mereka membawa sepanduk menyokong calon Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, disertai dengan melaungkan "reformasi".
7.50am: LHDN Bangi - Pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mula memenuhi kawasan letak kereta di bangunan LHDN Bandar Baru Bangi.
Antara pemimpin telah tiba ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman.
SPR baru saja mengumumkan masa untuk penamaan bermula.
#prkKajang pic.twitter.com/Td3dXG1mY2
Squad basikal DAP tiba di pusat penamaan calon N25 Kajang diketuai oleh
@Ean_Yong pic.twitter.com/oRqzuLN3Nq