Seorang taikun Malaysian terpaksa membayar denda hampir RM200 juta baru-baru ini kerana menghantar wang secara haram melalui penggurup wang dalam tindakan Bank Negara yang bermula kira-kira empat tahun lalu, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan hartawan yang bergelar tan sri itu terpaksa membayar denda itu untuk mengelakkan didakwa di mahkamah yang dijangka dalam seminggu dua ini.
"Perkara ini telah berjaya diselesaikan dan tidak akan dibawa ke mahkamah," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain pula berkata, sejak beberapa minggu lalu, Bank Negara bertindak kepada pengurup wang bagi memastikan mereka membuat penghantaran wang dalam jumlah yang ditetapkan oleh undang-undang.
"Beberapa serbuan telah dibuat dan kita dapat melihat sebahagian mereka telah didakwa di mahkamah tetapi saya tidak tahu bila," kata satu sumber.
Dia tidak menyatakan secara khusus berapa jumlah yang sedang disiasat tetapi ia memerlukan masa untuk diambil tindakan mahkamah.
Siasatan Bank Negara terhadap penggurup bermula sejak 2009 apabila tiga penggurup wang yang besar telah ditarik balik lesen mereka kerana melanggar Akta Pertukaran Wang 1998.
Tindakan ini telah mendedahkan aktiviti haram dalam penghantaran wang yang melibatkan jutaan ringgit tetapi hanya satu kes profil tinggi didedahkan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menggunakan khidmat pengurup wang untuk menghantar RM10 juta dalam bulan Mac 2008 lalu.
Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang (gambar) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dalam pendedahannya di Parlimen pada 2009 memberitahu isteri seorang menteri dan tokoh korporat bergelar Tan Sri juga dikaitkan dengan penghantaran wang yang banyak melalui pengurup wang.
Menurut Tian Chua, isteri menteri itu dikatakan telah menerima RM600,000 semasa berada di Dubai pada buan Mac 2008 lalu.
Pemaju perumahan dari Malaysian dikatakan telah menghantar wang itu melalui penggurup wang, lapor mingguan perniagaan yang dihormati, The Edge pada 2009.
Menurut dokumen yang diperolehi mingguan perniagaan itu, Bank Negara mendapati Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd telah membantu penghantaran £3.5 juta yang bersamaan RM22.2 juta melalui cawangan bank CIMB di Kuala Lumpur untuk seorang tokoh korporat.
Wang itu digunakan untuk membeli hartanah di luar negara tetapi Salamat Ali telah didapati melanggar Akta Pengurup Wang kerana membantu penghantaran itu.
Mereka juga didapati memberikan maklumat palsu kepada CIMB cawangan Kuala Lumpur semasa membuat penghantaran itu, lapor mingguan itu.
Dalam rayuannya, Salamat Ali berkata mereka tidak mengenali Tan Sri itu. Mereka juga menafikan memberikan maklumat palsu kepada bank dan memaklumkan bahawa wang itu dihantar bagi pihak dua warga Singapura yang mahu membeli hartanah.
Industri mendapati, pengurup wang digunakan sebagai saluran kepada penghantaran wang yang besar kerana indentiti pemilik wang tidak akan terdedah di mana-mana.
"Jika individu menghantar wang melalui bank atau agen penghantar wang, indentiti dan tujuan penghantaran perlu dimaklumkan," kata sumber industri kepada The Edge.
Di Malaysia hanya bank dan agen penghantaran wang diberikan lesen untuk memindahkan wang ke luar negara. Pemindahan wang melalui entiti berlesen ini direkodkan dan dikawalselia oleh Bank Negara.
Kebanyakan penghantaran wang ini dibuat oleh pekerja asing yang menghantar wang mereka pulang ke Bangladesh, India, Indonesia, Nepal, the Philippines and Thailand, kata sumber industri.
Bagaimanapun, Bank Negara meningkatkan kawalselia mereka terhadap pengurup wang ekoran tindakan pemindahan wang mereka sejak 2009.
Pada tahun 2006, hanya tiga pengurup wang disiasat kerana melanggar Akta Pertukaran Wang. Pada tahun 2008, jumlahnya bertambah kepada 12 tetapi pada tahun 2009, ia meningkat kepada 92 kerana melanggar akta itu.
Sumber industri berkata, tidak ada siapa yang boleh menentukan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh kira-kira 850 penggurup wang di negara ini. Anggaran minima adalah RM5 bilion setahun, kata mingguan perniagaan itu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Bank Negara telah mengeluarkan banyak lesen pengurup wang, menyebabkan industri ini menjadi sangat kompetitif dengan Bukit Bintang sahaja terdapat lebih 40 buah kedai pengurup wang.
Sebelum tahun 1998, kelemahan dalam proses membawa mata wang asing telah mengakibatkan kenaikan kos yang tinggi, sekali gus menyebabkan jumlah kedai sangat sedikit. Selepas 1998, Putrajaya memperkenalkan Akta Pertukaran Wang yang mengetatkan kawalan ke atas pengaliran mata wang tempatan dan asing.
"Misalnya jika pelanggan datang untuk membeli atau menjual lebih RM20,000 mata wang asing, pengurup wang dimestikan mendapatkan maklumat terperinci dan resit perlu dikeluarkan. Namun, kebanyakan mereka tidak melakukannya kerana ia akan menghalau pelanggan," sumber industri memberitahun The Edge.
Sejak beberapa tahun lalu, penggurup wang juga secara perlahan-lahan bertukar menjadi agen penghantaran wang kerana pada asanya semakin ramai pekerja asing yang mahu menghantar wang keluar dari Malaysia ke negara asal mereka. ~TMI