01 Mac 2014

HOT! KELANTAN SEKARANG, BAKAL TUMBANG SEPERTI KEDAH? APAKAH PUNCANYA....



Saya terbaca berita yang agak panas dalam laman Malaysian Insider bertajuk "Ahmad Yakub gagal satukan PAS Kelantan, kerajaan negeri dalam bahaya" 

(http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-yakub-sebabkan-pas-kelantan-berpecah-kerajaan-negeri-bakal-tumbang).

Politik Negeri Kelantan yang sukar difahami ini menjadi semakin "mengelirukan" sekiranya kita sekadar mendengar berita dari jauh dan tidak "merasai" atau memahami permainan politik "Politikus" Negeri Kelantan.

Dalam laporan tersebut "Tajuk Besar" telah menenggelamkan situasi utama di Negeri Kelantan. Dato' Ahmad Yakub akhirnya menjadi "Kambing Hitam" angkara perancangan jahat pihak-pihak berkepentingan di Negeri Kelantan.

Krisis awal sebenarnya telah bermula sebaik sahaja pembahagian Kerusi dibuat oleh PAS Kelantan. Saya sudah muak dan tidak mampu lagi untuk "berselindung" disebalik ayat-ayat indah demi menjaga hati pihak-pihak berkenaan. Jadi biar saya berterus-terang supaya tidak ada lagi soalan-soalan pelik yang perlu saya jawab.

Masalah mula berlaku semasa pembahagian kerusi menjelang PRU-13 tempohari tetapi tidak diketahui oleh Pemerhari Politik dari Luar Negeri Kelantan kerana ianya tidak dihebohkan.

Banyak kerusi menghadapi masalah apabila Individu-individu yang dikira tidak berkelayakan dinamakan sebagai calon dibeberapa kawasan. Nik Abduh sendiri sebelum muktamad bertanding di Parlimen Pasir Mas bertukar lokasi bertanding sebanyak 3 kali dan ini bukan rahsia di Negeri Kelantan.

Dato Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga orang lama dalam PAS Kelantan tercampak ke Gua Musang. Kerusi Pulai Chondong yang berada di bawah SU Perhubungan PAS Kelantan, Haji Zulkifli Mamat antara kerusi paling panas berlaku masalah sehingga Pemuda PAS Pulai Chondong terpaksa mengadakan pertemuan dengan TGNA dan ada ugutan untuk memboikot calon PAS yang dipertandingkan.

PKR Kelantan hampir sahaja diketepikan 100% dari Politik Negeri Kelantan dalam PRU-13 yang lepas apabila semua kerusi-kerusi yang kebiasaannya ditandingi PKR mahu dibolot oleh "tangan-tangan ghaib" dalam PAS Kelantan.

Ketua Umum PKR sendiri terpaksa berkunjung ke Kelantan beberapa kali untuk berunding. Hampir kesemua nama-nama yang dikenal pasti sebagai "Team Husam" hampir tersingkir akibat perancangan "tangan-tangan ghaib" dalam PAS Kelantan.

Selepas selesai PRU-13, PAS Kelantan menjadi semakin huru-hara apabila Dato Haji Husam Musa tidak disenaraikan dalam Pimpinan baru Kerajaan Negeri Kelantan dengan alasan yang tidak munasabah sehingga mengakibatkan berlaku Protes terbuka dan perkara ini masih berlanjutan sehingga sekarang. Istana Kelantan dipersalahkan oleh Pimpinan baru Kerajaan Negeri Kelantan.

Masalah demi masalah datang 1 persatu di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang baru Pimpinan Dato' Ahmad Yakub. Warga Negeri Kelantan sedia tahu siapa "Pemain Utama" dalam kemelut ini tetapi tidak bagi mereka yang berada di luar Negeri Kelantan.

Banyak janji-janji yang ditabur dalam PRU-13 seperi Pembinaan Lebuhraya Rakyat, Stadium dan Bandar Sukan Bukit Merbau, Perumahan Rakyat di Rantau Panjang tergantung dan tidak diketahui statusnya. Isu Royalti antaranya menjadi sejuk sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Aktivis.

Kenyataan-kenyataan Rasmi dan Penjelasan yang dikeluarkan oleh Pejabat MB sekadar dapat menyejukkan suasana buat seketika sahaja tetapi masih tidak dapat meyakinkan Rakyat Negeri Kelantan.

Pada mata Rakyat Negeri Kelantan, MB kelantan hari ini tak lebih sekadar "Puppet" manakala "Master Of Puppet" ialah team TMB: Dato' Nik Amar yang dibantu oleh YB Pulai Chondong. Setiap keputusan berkenaan Polisi Kerajaan Negeri Kelantan hari ini dipengaruhi sepenuhnya oleh "Team TMB".

Bagi "Hardcore" Politik Negeri Kelantan, ramai yang tahu tujuan sebenar Dato' Ahmad Yakub dinobatkan sebagai MB baru menggantikan TGNA.

DAY adalah 1 individu yang tidak bermasalah dalam PAS Kelantan, tetapi beliau kurang dikenali kerana isfat "Low Profile" nya. Beliau bukan seorang yang "Aggresif". Kelemahan beliau ialah DAY bukan seorang "Fighter" yang akan mempertahankan pendirian beliau jika berlaku konflik.

Team Nik Amar tahu akan perkara ini dan Team Nik Amar juga tahu Politik Negeri Kelantan akan bergolak dengan teruk sekali sekiranya beliau terus berada di atas kerusi empuk MB sebaik sahaja selesai PRU-13.

Maka mereka menaikkan DAY sebagi MB "sementara" dengan tujuan "menonjolkan" kelemahan DAY dalam Pentadbiran Negeri Kelantan. Mereka juga tahu DAY berdepan dengan masalah kesihatan dan itu adalah "peluang" yang baik bagi menggantikan DAY apabila "tiba masanya".

Pada saya, DAY adalah "kambing Hitam" dalam kemelut Politik Negeri Kelantan dan beliau hanya menunggu masa untuk ditumbangkan oleh Team Panchor atau Team Nik Amar.

Saya tidak meletakkan 100% kesalahan pada MB DAY kerana saya dan ramai lagi pemerhati tahu, DAY memang tidak mampu memikul tugas besar menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan. Kalau nak dikatakan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kelantan berada dalam bahaya, ini bukan kerana kelemahan MB DAY, tetapi ianya lebih kepada "Perancangan Licik" Team Nik Amar yang berhajatkan kepada Jawatan Menteri besar Negeri Kelantan.

Dalam laporan Malaysian Insider, Presiden; PAS TGHH diseru supaya turun padang bagi menyelesaikan masalah dalam PAS Kelantan yang semakin meruncing.

Campur tangan Tuan Guru Presiden memang dinanti-nantikan oleh Team Nik Amar yang pada saya, mereka-mereka ini sudah bersedia untuk mengambil peluang, menjelaskan perkara yang tidak benar kepada Tuan Guru Presiden PAS yang akhirnya akan membawa kepada "Peralihan Kuasa" seperti yang dirancangkan. "Masa" itu hampir tiba.

Pada Peringkat PAS Pusat, ada tangan-tangan ghaib yang berada dikeliling Tuan Guru Presiden merosakkan nama Presiden dengan kerja-kerja jahat mereka dan begitu jugalah di Kelantan. Ada tangan-tangan ghaib yang sekian lama berada di keliling Pimpinan dengan membawa Agenda Peribadi mereka.

Pada dasarnya, kekuatan PAS Kelantan masih ada. Sokongan pada PAS kelantan masih kukuh tetapi selama mana ianya berjaya dipertahankan tak siapa tahu. Sudah ada pihak-pihak tertentu yang berkempen supaya dalam PRU-14 nanti, semua kerusi di Kelantan mesti dipertahankan kecuali 2 kerusi, perlu "diajar" iaitu Kerusi Pulai Chondong dan juga Kerusi Panchor.

Krisis di Politik Kelantan yang telah bermula sekian lama tidak akan berlanjutan sekiranya TMB tidak membuat onar dalam Pentadbiran Negeri Kelantan. Kemarahan Rakyat hampir saja reda dan majoriti semakin dapat menerima Peralihan Kuasa yang berlaku walau dalam keadaan diluar jangkaan. Tetapi keangkuhan TMB dalam memperkukuh kedudukan beliau di Kelantan dengan menyingkir kakitangan-kakitangan GLC yang dilihat sebagai pro-Husam seolah-olah "Pembersihan Ethnik" telah membangkitkan kembali kemarahan Rakyat Kelantan.

Ada peristiwa menarik bakal tercatat dihadapan Bangunan SUK sempena Sidang DUN akan datang.

Beberapa siri Demonstrasi akan diadakan oleh beberapa NGO dan Aktivis di Kelantan bagi melahirkan rasa tidak puashati mereka kepada Pentadbiran yang ada hari ini lebih-lebih lagi kepada Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan; Dato' Nik Amar.


NGO R akan menyerahkan Memorandum berkenaan dengan Pengeluaran terbaru Petrolium dalam Medan Damar, NGO SETIA, #AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT], AMBO dan AK03 kesemuanya akan membawa sekurang-kurangnya 4 isu termasuk yang terbaru sekali Kes Pemecatan Timbalan Pendaftar KIAS.

Ramai yang secara jelas bersetuju bahawa Politik Kelantan akan aman sekiranya Dato' Nik Amar tidak "TEBOLAH & GILA KUASA".


Sumber


TIMBALAN PRESIDEN PKR : SAH AZMIN BAKAL DICABAR -VIDEO


Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Menteri besar Selangor itu berkata telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pada April.

Beliau mengumumkan pencalonan tersebut sebentar tadi dan berkata mahu penyokongnya menganggap hasratnya untuk bertanding tidak membelakangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai timbalan presiden PKR," katanya yang disambut dengan tepukan meriah dalam program "Malam Bertaut Kasih‎" di kediamannya rasminya di Shah Alam.

"Saya tidak biasa sekiranya kempen dilihat terlalu membelakangi PRK Kajang, ia mesti menjadi agenda utama dan saya tidak mahu timbul berita menteri besar salah guna kuasa dan sebagainya," katanya.

Petang tadi The Malaysian Insider melaporkan ‎Khalid akan mencabar Azmin untuk jawatan timbalan presiden PKR malam ini.

TAHUKAH ANDA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA HANYA KERJA KEDUA BAGAIMANA MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI !!!


Mencari menteri kewangan sepenuh masa – Liew Chin Tong


Amalan waktu ini di mana perdana menteri turut berperanan sebagai menteri kewangan mestilah dihentikan segera.

Jika tidak, Malaysia akan terjejas di bawah seorang menteri kewangan 'sambilan'.

Ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.


Dalam masa terdekat, ekonomi Malaysia berkemungkinan berdepan dengan cabaran berikut, terutamanya:

1. Potensi kemelesetan ekonomi


Pelbagai pemotongan subsidi (petrol, elektrik dan lain-lain) serta pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menekan permintaan domestik apabila semakin ramai rakyat biasa merungut tentang kenaikan harga.

Permintaan luar tidak mungkin meningkat begitu banyak disebabkan pasaran pekerjaan yang begitu lemah di Eropah dan Amerika Syarikat (dengan itu tidak mampu untuk menggunakan produk kita).

Kesannya, berkemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan ekonomi.

2. Kesan penirusan Pelonggaran Kuantitatif

Tiada seorang pun di kerajaan membincangkan secara serius kesan penirusan Pelongaran Kuantitatif oleh Rizab Persekutuan AS ke atas Malaysia.

Adalah besar kemungkinan dolar AS akan terus meningkat berbanding ringgit dan pada masa yang sama, kadar faedah akan naik.

Apa yang menanti perniagaan dan ekonomi Malaysia secara lebih luas sekiranya kejadian itu berlaku?

3. Potensi gelembung hartanah

Terdapat tanda-tanda yang pasaran hartanah tidak semestinya mampan. Ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak memberi amaran tentang potensi gelembung hartanah ruang pejabat di Kuala Lumpur sementara yang lain bimbang dengan kondominium yang pesat dibangunkan di wilayah Iskandar.

Jika terdapat gelembung dan gelembung itu pecah, orang ramai tentu sekali terjejas dan institusi kewangan akan dipenuhi hutang yang tidak dapat dilunaskan.

Keadaan sedemikian adalah kompleks dan memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa untuk memandu keluar dari kemelut.

Adalah melucukan untuk melihat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan kini mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet mengenai Kos Hidup; seolah-olah kos sara hidup bukanlah sebahagian daripada portfolio ekonomi/kewangan.

Terlalu banyak watak di dalam bahagian ekonomi/kewangan kabinet, tetapi tidak wujud suara memimpin yang menetapkan agenda jelas bagi keadaan ekonomi negara.

Watak itu termasuklah:

• Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Kos Sara Hidup;

• Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II;

• Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan Tukang Sorak Kerajaan Nombor 1 untuk GST;

• Datuk Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif perunding ulung kerajaan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu);

• Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

• Datuk Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

• Dato Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

Senarai ini hanya menyenaraikan sebahagian sahaja.

Selain daripada Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) dan EPU (di Jabatan Perdana Menteri), Pemandu seolah-olah memperoleh status ketua jurucakap Kerajaan terhadap ekonomi sejak 2010.

Malah, Majlis Ekonomi Kebangsaan ditubuhkan pada 2008 sebagai kabinet mini-ekonomi yang terdiri daripada Menteri-menteri utama Umno dan birokrat atasan.

Datuk Seri Chua Soi Lek dimasukkan ke dalam Majlis Ekonomi pada November 2010 selepas saya membangkitkan perkara itu.

Terdapat juga Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang baru ditubuhkan membuat keputusan mengenai pengurangan subsidi tanpa perbincangan penuh kabinet.

FPC, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, "memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kewangan Kerajaan serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan makro ekonomi pada jangka panjang."

Begitulah pecah-belahnya tadbir urus ekonomi di Malaysia.

Sejak Tun Daim Zainuddin melepaskan jawatannya dalam portfolio kewangan pada Jun 2001, portfolio Kewangan menjadi sebahagian portfolio Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, dan Datuk Seri Najib Razak.

Kecuali buat seketika sewaktu Perdana Menteri Abdullah Badawi menyerahkan portfolio kewangan kepada timbalannya, Najib pada 17 September 2008.

Amalan perdana menteri berperanan sebagai menteri kewangan adalah trend yang tidak sihat untuk ekonomi negara.

Dan kumpulan tadbir urus ekonomi yang berpecah-belah dan kompleks petunjuk jelas kita mempunyai orang yang salah memegang tampuk Menteri Kewangan.

Masa sudah tiba untuk melantik seorang menteri kewangan sepenuh masa untuk menerajui dasar ekonomi yang menyeluruh dan wajar.

Kepimpinan adalah penting

28 Februari 2014

PANAS! PUNCA SEBENAR PUTRAJAYA SETUJU SERAH AIR KEPADA SELANGOR TERBONGKAR !!!



PUNCA PUTRAJAYA  panggil Selangor tandatangan MoU saat akhir kerana:

1. Krisis kekurangan air bersih kini pada tahap kritikal dimusim panas akan menyebabkan rakyat terinaya juga akan memalukan kerajaan pusat dimata dunia, sebelum ini tawaran pembelian telah ditolak oleh pemegang konsensi tetapi kerajaan pusat pemegang saham emas yang terpaksa memaksa perjanjian ini diteruskan dengan tergesa-gesa.


2. Pelabur tentu akan lari dengan tiada sumber air bersih untuk industri juga pembangunan perumahan akan terbantut. Tanpa pelaburan pendapatan pusat akan terbantut ini akan menyebabkan ekonomi pusat tidak berkembang dengan hutang negara ketahap kritikal.


Sebelum ini isu air dipolitikan oleh pihak Putrajaya bagi menekan rakyat dan pengguna . Pertikaian tentang Loji Langat 2 wajar dihentikan demi kemudahan asas  ianyasatu keperluan dan tidak dapat ditolak lagi dan pusat wajar menglaksanakan projek tersebut dengan telus supaya kos yang tidak perlu diambil kira. ~ pandangan admin kedahkini


MoU Langat 2 legakan rakyat, pelabur


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

KUALA LUMPUR - Apabila Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor termeterai di Putrajaya semalam berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor, ia memberi harapan baharu kepada penduduk Lembah Klang, para pelabur dan pemaju hartanah di negeri itu.

MoU itu juga membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor boleh duduk semeja untuk menyelesaikan masalah rakyat, walaupun berbeza ideologi politik.

Rakyat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang mengimpikan kehidupan selesa dengan bekalan air bersih tanpa gangguan serta keinginan para pelabur yang mahu projek-projek mereka diteruskan dengan mendapat bekalan air terawat secukupnya, kini boleh menarik nafas lega untuk jangka masa panjang.

Ini kerana projek Langat 2, yang dijangka siap pada 2017 mempunyai kapasiti untuk menampung permintaan air terawat sehingga tahun 2025.

Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) mampu merawat 1.89 bilion air mentah dari Sungai Semantan, Pahang yang disalurkan melalui terowong sepanjang 44.6 km merentasi Banjaran Titiwangsa hingga ke Hulu Langat, Selangor.

Menteri sebelumnya Tan Sri Peter Chin Fah Kui pernah berkata bahawa pembinaan LRAL2 yang mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari, sepatutnya bermula pada Jun 2013.

Pelaksanaan projek itu tertangguh berikutan keengganan kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang, yang mengambilalih tampuk pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum 2008, untuk memberi kebenaran merancang kepada projek itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta supaya projek pembinaan Langat 2 dimasukkan ke dalam rundingan penstrukturan semula industri air yang melibatkan pengambilalihan empat syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass), oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KEDEB).

Bagaimanapun, semalam tanpa diduga Abdul Khalid menandatangani Mou itu bersama Maximus dan bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan LRAL2, yang dijangka dapat meningkatkan bekalan air terawat bagi menampung peningkatan permintaan di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi pernah berkata bahawa permintaan air terawat pada masa ini ialah 4,638 juta liter sehari (JLS) berbanding pengeluaran 4,661 jls sementara permintaan air di Lembah Klang diunjurkan terus meningkat dengan kadar 3.5 peratus setahun.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kelewatan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada pembinaan LRAL2 memberi kesan buruk kepada imej Selangor yang merupakan sebuah negeri maju di Malaysia.

Beliau berkata setakat tahun lepas, disebabkan rizab air yang kurang di Selangor iaitu hanya satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 projek perumahan baharu, yang memerlukan 147.87 juta liter sehari tidak dapat dimulakan.

Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan pusat komersial baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit pusat beli-belah baharu yang memerlukan 9.49 jls air, 3,159 unit hotel baharu (10.76 jls), 830 kilang baharu (31.24 jls) dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari, tidak dapat dimulakan.

MoU bersejarah semalam merupakan penyelesaian kepada segala permasalahan ini dan menghidupkan kembali harapan rakyat untuk mendapat lebih banyak peluang kerja selain berpeluang memilih rumah idaman apabila projek-projek perumahan dibangunkan kembali dengan lebih rancak.

Sementara itu, pakar-pakar berhubung perkara ini melihat MoU itu sebagai penyelamat kepada krisis air di Selangor dan Lembah Klang.

Pensyarah Seksyen Geografi Universiti Sains Malaysia Prof Chan Ngai Weng berkata Langat 2 adalah penyelesaian terbaik kerana Selangor buat masa ini tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air terawat di kawasan itu, yang padat dengan penduduk dan rancak dengan pembangunan.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia(UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib pula menyifatkan MoU sebagai "rahmat kemarau" kerana Langat 2 diselesaikan setelah tertangguh selama enam tahun.

Penyelesaian yang dicapai semalam, katanya, membuktikan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor boleh duduk semeja dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.

"Ini permulaan kepada politik matang. Pemimpin harus sedar bahawa setiap perbuatan dan keputusan mereka diperhatikan. Siapa yang berkhidmat sebaiknya akan terus menjadi pilihan," katanya. -

Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu




SHAH ALAM: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengakui kerajaan Pusat memanggil kerajaan Selangor hadir ke Putrajaya bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam notis yang singkat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, kerajaan Pusat membuat keputusan saat akhir memaklumkan bersetuju dengan perjanjian itu dan mahu memeterainya.

“Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu. Malah kita juga dah sediakan pelan peruntukan RM9.6 bilion bagi projek Langat 2.

“Pusat yang selama ni tak berapa nak mahu,” katanya kepada FMT selepas upacara solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Selangor dan Pusat semalam menandatangani MoU bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

MoU ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta beberapa menteri Kabinet dan Exco Selangor.

Pengambilalihan ini dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dan empat syarikat terbabit akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air dibawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberi jaminan ia hanya melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab sahaja dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

Melalui MoU, KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan pula perlu menyuntik RM2 billion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor perlu melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi.

Antaranya, menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan Pusat, memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada tahun 2050.

Selangor juga perlu menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33% kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.


Namun, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya semalam berasa terkejut dan mengakui tidak dimaklumkan mengenai pertemuan dan MoU itu.

“Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini.tetapi tidak yang terakhir ini,” katanya.

Sementara itu, Halimah berkata pihaknya selepas akan mengadakan beberapa siri solat hajat memohon agar diturunkan hujan berdasarkan respon yang diterima.

PANAS! AKHIRNYA PAPAGOMO KANTOI MAHKAMAH ARAH BAYAR RM0.8 JUTA KEPADA ANWAR !!

PAPA GOMO BAKAL JADI PAPA KEDANA...Blogger pro umno No.1 dengan cerita rekaan SEK ....paling lucu beliau mengaku Blog Papa Gomo bukan blog beliau....

Papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini supaya membayar RM800,000 tidak termasuk kos kepada DSAI kerana didapati bersalah memfitnah DSAI dalam isu video seks.

~ Berapa banyak BR1M nak bagi utk tolong...





Papa Gomo sah fitnah Anwar, Diarah bayar RM800,000 kepada Anwar oleh Mahkamah



Pada 13 Sept. 2013, Blogger pujaan macai iaitu PapaGomo telah diperintah membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor yang difitnahnya dalam laman blog Papagomo.

Abdul Razak, 59, memfailkan saman RM10 juta pada 26 Januari 2012 setelah mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, menyiar dan menyebarkan artikel didakwa berunsur fitnah dan berniat jahat bertajuk, Siapa Razak Mohd. Nor Ni? Bakal Calon Mana?

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusannya menyatakan, jumlah yang perlu dibayar kepada Abdul Razak meliputi ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM300,000.
Ahli perniagaan itu juga berjaya mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Wan Muhammad Azri menyiarkan kata-kata fitnah selain menetapkan faedah pada kadar lima peratus setahun serta kos RM50,000.

Hari ini pula sekali lagi Blogger kesayangan macai itu disahkan menyebar fitnah oleh Mahkamah Tinggi dan beliau diarahkan membayar RM800,000 kepada mangsa ftnahnya iaitu Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim..

Ini laporannya...

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Dari The Star Online..


KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim won his suit against Papagomo Wan Muhammad Azri Wan Deris over postings of defamatory words and images of Anwar with another man.
High Court Judicial Commissioner Rosilah Yop awarded RM800,000 in damages to Anwar and RM50,000 in costs.
In his suit filed on March 21 last year, Anwar said the defendant had wrongly posted four defamatory statements on the blog between March 16 and 20.
In his defence,Wan Muhammad Azri said he had never published words, images videos or created any web link which was slanderous of Anwar.
JC Rosilah found that the defendant was actually Papagomo.


PANAS! ANWAR DILARANG LAGI MEMASUKI JEPUN? - MACAI TENTU GEMBIRA

Pautan kekal imej terbenam

Anwar buat kemunculan semula ke Jepun


Pautan kekal imej terbenam

 Selepas niat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasuki Jepun pada 19 


 lalu terhalang, beliau pada hari ini bagaimanapun telah selamat sampai ke negara tersebut.

Menurutnya, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

"Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

"...acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media," tulis Anwar di laman Facebooknya.

Dalam kontroversi pada 19 Januari itu, Anwar dihalang masuk oleh pihak imigresen Jepun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Pihak berkuasa Jepun memberi alasan Anwar tidak mendapatkan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Anwar hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon,Tan Sri Yohei Sasakawa.



Pautan kekal imej terbenam

selamat tiba di Narita International Airport Japan

27 Februari 2014

PANAS! UMNO/BN LANGGAR PANTANG SENDIRI DI KAJANG...APA CERITA



UMNO/BN LANGGAR PANTANG SENDIRI DI KAJANG...Agaknya apa akan berlaku kalau orang langgar pantang ? hehehe... macam orng buang tebiat pun ada...

Dalam keghairahan PRK Kajang, tanpa disedari Umno/BN telah menlanggar pantang mereka sendiri...

1. Kempen awal..
2. Guna surau untuk kempen politik.. (Midin dlm Surau Al Falah)


Aku musykil apa agaknya yang mereka laungkan seperti dlm gambar tu... nak kata 1M, jari tak tunjuk ke langit... nak kata hidup BN, BN dah lama mati di Kajang... nak kata Hidup Melayu, tergamak ke ?.. Perkasa je boleh sebut slogan tu... isk isk isk agak2 apa ye
?


PANAS! MACAMANA ANAK JERUNG BOLEH SANGKUT DIJARING, SEDANGKAN BAPAKNYA TERLEPAS ..?


Michael Chia bersalah, siapa di belakangnya - Rafizi




KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia.

Katanya, kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.

“Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Micheal Chia dihukum penjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan semalam selepas disabitkan bersalah dalam skandal menipu melibatkan wang RM2.5 juta 10 tahun lalu.


Rafizi berkata, hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya.

Menurutnya, Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak.

“Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak,” ujarnya lagi.

Sebab itu, kata Rafizi keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

Dengan keputusan bersalah itu, beliau menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Datuk Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri

“Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini,” ujarnya.

Apatah lagi, ujar beliau apabila Nazri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.

Menurutnya lagi, walaupun keputusan terhadap Michael Chia itu adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.

“Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas,” ujar Ahli Parlimen Pandan itu.

PENGAMBILAHAN AIR SELANGOR BUKTI DASAR PENGSWASTAAN MAHATHIR DAN BN GAGAL


Kesan dasar pengswastaan yang gagal kerana kroni , contohnya syarikat Syabas gagal mengurangkan kadar air, kehilangan air NRW yang tidak menurun mengikut standard, pembangunan struktur air gagal berkembang mengikut keperluan.

Akhirnya semua ini ditanggung oleh pengguna dan rakyat juga pelabur , keperluan  asas yang mengakibat kos yang tinggi juga membantutkan industri dan pembangunan adalah berpunca dari ahli politik yang tamak untuk membolot projek atau konsensi bagi mengaut kekayaan.

Paling malang pengguna air dijadikan mangsa ugutan oleh pihak konsensi Air bagi mensabotaj kerajaan PR Selangor , rakyat selangor tidak silap memilih PR dalam PRU13 kerana sekiranya BN memerintah tentu kadar air terus naik paling teruk keperluan asas jadi senjata untuk balas dendam oleh orang2 politik yang sudah berpenyakit GILA BABI......


Perjanjian air Selangor akibatkan kenaikan tarif?



Pembinaan pusat rawatan air Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada.

Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna.

Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.


"Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.

MoU yang ditandatangani itu juga akan membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam negeri, dengan pampasan RM9.65 bilion kepada keempat-empat syarikat tersebut.

Syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

Sebuah konsortium akan dibentuk untuk menyelia industri air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang dimiliki kerajaan negeri.

Sebagai ganti, Selangor pula bersetuju meluluskan perintah pembangunan bagi Langat 2 dan memastikan sebarang kelulusan yang perlu akan diberikan dalam masa 30 hari daripada semalam.

Piarapakaran berkata, pusat rawatan Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, Foon Weng Lian (gambar) berkata, sebarang kenaikan tarif perlu melalui perundingan dengan rakyat dan pemegang saham lain sebelum apa-apa pengumuman dibuat.

"Kami melihat tarif air akan meningkat tetapi ini akan dibincangkan dengan pihak berkepentingan lain," katanya.

Menganggap perjanjian tersebut sebagai sebuah pencapaian cemerlang dalam industri air Selangor, Foon juga menyeru supaya sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan yang merangkumi pakar air, ahli ekonomi dan badan bukan kerajaan bagi memastikan ketelusan dalam penyusunan semula perkhidmatan air.

Selangor sekian lama menangguhkan Langat 2 walaupun didesak Putrajaya yang mengatakan ia perlu untuk memastikan bekalan air kekal pada masa akan datang.

MoU ini ditandatagani semalam selepas perundingan selama empat tahun.

Tahun lepas, pentadbiran negeri Khalid membuat tawaran terakhir RM9.65 bilion untuk mengambil alih semua ekuiti empat syarikat air itu.

Tawaran tersebut ditolak PNSB dan Abbas pada Disember lalu, namun Puncak Niaga Holdings Bhd – yang memiliki PNSB dan mempunyai 70% saham dalam Syabas – kembali berunding dengan beberapa syarat, termasuklah pulangan sebanyak 15% ke atas ekuiti konsesi air tersebut, menurut laporan The Edge Financial Daily.

Bagaimanapun, Khalid berkata apapun keputusan perundingan tersebut, kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tetap dengan penyusunan semula itu.

"Mereka (konsesi air tersebut) menyatakan pendirian mereka tentang isu ini. Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana undang-undang membolehkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menguatkuasakan pengambilalihan.

"Ini yang terbaik dapat kita tawarkan. Kita juga memasukkan satu fasal yang mengatakan jika mereka berasa tertipu, mereka boleh mendapatkan pertimbangan antarabangsa.

"Jika pertimbangan antarabangsa memutuskan kami sepatutnya membayar lebih, maka kami akan bayar, tetapi jika pertimbangan antarabangsa memikirkan ia sepatutnya lebih murah daripada apa yang kami tawarkan, kami akan kekalkan tawaran kami," kata Khalid.

Minggu lepas, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata Putrajaya lebih senang jika semua parti mencapai persetujuan yang sama tentang aset air di Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak mengenepikan kemungkinan kerajaan Persekutuan akan menggunakan akta Seksyen 114 tersebut – yang memberi kerajaan Persekutuan kuasa penuh ke atas semua konsesi air – sekiranya perundingan tidak berjaya.

"Diharap pelbagai perkara dapat diselesaikan dalam minggu akan datang," beliau berkata seperti dilaporkan Bernama.

Perundingan bagaimana untuk meneruskan penyusunan semula industri air Selangor menemui pelbagai halangan dalam tahun-tahun yang lepas, termasuk apabila Khalid mengatakan pemegang saham konsesi air yang “kurang realistic” tentang nilai ekuiti syarikat mereka.

Kerajaan negeri dan Persekutuan juga berbalah untuk jangka masa yang lama, terutamanya atas pembinaan pusat rawatan Langat 2 di Kuala Langat, yang akan memproses air mentah dari Pahang bagi memenuhi permintaan air dirawat yang meningkat di Lembah Klang.

26 Februari 2014

PANAS! AKHIRNYA PUTRAJAYA DAN SYABAS TUNDUK KEPADA KERAJAAN PR SELANGOR...!!!



Punah harapan Umno. Musnah impian Noh dan Najib Razak. Selamat jalan Syabas dan selamat tinggal Umno. Amacam?

Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil alih industri air di negeri ini. MOU ditandatangani tgh hari tadi di antara MB Selangor dan Menteri KETHA. Selamat tinggal Syabas....

Selangor tandatangan MoU dengan Putrajaya, isu air selesai

MoU yang ditandatangani Khalid membolehkan kerajaan negeri mengambil alih 4 syarikat konsesi air di negeri itu serta suntikan dana RM2 billion oleh kerajaan pusat, selain daripada memberikan pampasan RM9.65 billion kepada syarikat tersebut. – Gambar Pejabat Menteri Besar Selangor, 

Pertelingkahan berhubung isu air di Selangor dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambil alihan ini, ia diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.

Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.

"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.

"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.

"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut.

Kerajaan negeri sebelum ini mengambil keputusan membenarkan KDEB membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

Bagaimanapun, menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, mereka menolak tawaran itu.

Surat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) juga sudah dikeluarkan KDEB.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih konsortium air di negeri berkenaan.

"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 menyatakan hasrat mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," katanya.

Kerajaan Negeri Selangor juga meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.

Rancangan pengambilalihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan BN di Selangor.

Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan Syabas sering bertelagah menyalahkan satu sama lain.

BN sering kali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut, dan mereka turut menjadikannya sebagai isu bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Khalid turut dilaporkan sebelum ini berkata masalah air di negeri Selangor hanya boleh diselesaikan jika PR berjaya menawan Putrajaya.

SUDAH MASANYA PKR HARUS TUKAR TIMBALAN PRESIDEN...APAKAH PUNCANYA !!!


Pemilihan kali ini anggota-anggota PKR  harus untuk menentukan hala tuju parti kearah pengukuhan kepimpinan juga akar umbi.  Pemimpinan yang mempunyai kroni dan sering memecah belahkan parti hanya orang yang menyokong mereka  dipilih wajar dicantas.

 Kerana anggota parti sendiri nampak dan merasai tindakan setengah pemimpin hanya kearah merebut jawatan dalam parti juga dalam kerajaan secara tidak sihat. Kerana permainan kroni dan pilih kasih ramai kemimpinan muda yang terpaksa aktif melalui NGO-NGO.


Pemilihan PKR: Khalid Ibrahim jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?



Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini, kata satu sumber.

Sumber dalaman PKR memberitahu, perkara itu mungkin berlaku sebagai ganjaran Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor kepada Anwar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider yang enggan namanya didedahkan.

"Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan."

Anwar dikatakan akan menggantikan menteri besar penggal kedua itu bagi meredakan ketegangan Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Dengan jawatan presiden semakin hampir menjadi milik Anwar, jawatan kedua tertinggi timbalan presiden akan menjadi rebutan untuk bergandingan bersama-sama ketua pembangkang tersebut.

Ketika ini masih ada belum calon secara terbuka mengumumkan untuk mencabar Azmin. Bagaimanapun sumber memberitahu dua nama ketika ini menjadi sebutan.

Antaranya Khalid dan anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini naib presiden PKR.

"Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding... tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri," kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.

"Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor... jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti," kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.

Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya," kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.


Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.

"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.

"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia," katanya sumber itu lagi.

Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.

Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain "tarik tali" dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.

Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.

Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.

Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.

25 Februari 2014

PEH HEBAT PM KITA...BAYAR PADA PERUNDING BERJUMLAH 2.5 TRILION !!!


Najib antara lima pemimpin dunia yang paling boros

Bayaran lembaga konsultannya menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11.8 miliar.

Seterusnya adalah mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48.5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5.8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8.4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3.9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294.2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

BETUL KE BERITA NIE...MUSIM PRK SELALUNYA AHLI PKR KELUAR PARTI INI AHLI UMNO MASUK PKR !!!

174 individu serah borang jadi ahli PKR



Majlis penyerahan borang keahlian PKR pada perasmian Pejabat PKR Cabang Maran. di sini.

MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.

Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.

Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.

“Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.

“Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.

“Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?,” katanya.

Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.

“Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.

“Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.

“Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah,” katanya.

PANAS! UNTUNGNYA RAKYAT SABAH -RANCANGAN MAKAN TAMBAHAN KPM BERLAUK TARAF HOTEL 5 * !!!


TAK ADIL KALAU TAK PUJI KERAJAAN .....BN PERHATIN BAGI BR1M....PAKATAN APA ADA HANYA JANJI DICAPATI?

Selamat pagi. Nilaikan sendiri.

Ni program RMT (Rancangan makanan tambahan)

Untk murid sekolah yang tak berkemampuan. Berlaku di Sabah. Nasi ngan half sosej.

Apa kederat nak sihat kalau begini yang disajikan pada murid sekolah?

Dapat gmbr ni dari page Suara 1 Sabah.

Sabah anaktiri tapi masih puja Barang Naik.

#SarapanNasiLaukSosej?

24 Februari 2014

HARGA BERAS DUNIA MERUDUM, BERNAS & KERAJAAN PERLU TURUNKAN HARGA BERAS SEGERA!!!



Harga beras wajar turun


Gooi Hsiao Leung

ALOR SETAR - Harga runcit beras di pasaran wajar diturunkan bagi membantu meringankan beban rakyat memandangkan harga beras di pasaran antarabangsa mengalami penurunan ketara.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, berdasarkan laporan agensi berita Reuters 19 Februari lalu, berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi kerajaan Thailand, akhir bulan ini.

“Bawah skim subsidi padi Thailand, petani dibayar sebanyak 15,000 baht bagi setiap tan. Apabila skim subsidi ini dihapuskan, petani dijangka terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8,000 hingga 9,000 baht iaitu 47 peratus lebih rendah,” katanya.

Menurutnya, petani Thailand juga terpaksa menjual padi pada harga rendah kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga kembali pulih.

“Pengeksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5 peratus daripada USD375/tan (RM1,238/tan) kepada USD350/tan (RM1,155/tan), harga terendah dalam tempoh tujuh tahun,” katanya.

Hsiao Leung berkata, pada masa sama India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi.

“Saya yakin Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang lebih murah. Saya juga meramalkan keuntungan Bernas akan meningkat 40 peratus kepada RM165 juta berikutan penurunan harga beras antarabangsa, akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya harga beras di pasaran tempatan tetap kekal pada paras lama, Bernas beroleh keuntungan besar yang akan memanfaatkan pemiliknya, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.


“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam sidang Parlimen awal Mac ini, agar rakyat dapat memanfaatkan penurunan harga ini. Rakyat juga berhak mendapat harga istimewa ini, bukan hanya pengimport beras,” katanya.

Hsiao Leung berkata, walaupun harga runcit beras berbeza mengikut gred ditetapkan, namun jika pengimport memperoleh harga rendah dan dapat mengurangkan kos, pembeli juga wajar memperoleh manfaat itu.

“Saya harap kerajaan ambil perhatian perkara ini. Jika harga barangan lain dinaikkan, apa salahnya harga beras diturunkan,” katanya.

PANAS! PENERIMA BR1M DIROMPAK & DIBUNUH - MALAYSIA NEGARA AMAN?

Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah

Malang sekali mungkin ajal sudah sampai, pokoknya jenayah begitu teruk walaupun ditempat awam....



Penerima BR1M maut ditikam

Seremban: Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.

Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.

Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.

Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.

Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.

Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.

Saya tidak sedap hati lalu bertanya seorang anggota polis di situ dan sangkaan saya ada sesuatu yang tidak baik berlaku tepat apabila majikan ayah menceritakan kejadian itu, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Tikaman kena jantung

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa yang berada seorang diri di stesen minyak ditemui mati di kaunter bayaran dengan tiga kesan tikaman di dada, termasuk satu mengenai jantung.

Penjenayah yang dipercayai memakai topi keledar penutup penuh dan jaket, memasuki kedai serbaneka stesen minyak itu dan berpura-pura mahu membayar air kotak diambilnya.

Bagaimanapun, suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,500 dari mesin juruwang.

Anak sulung mangsa, Rohaizat, 33, nekad tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah yang membunuh bapanya.

Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan berbuat demikian, katanya yang mengetahui kejadian itu jam 10 malam.

23 Februari 2014

SYABAS GAGAL URUS AIR CUBAAN UNTUK BANGKITKAN KEMARAHAN PENDUDUK PADA KERAJAAN PR GAGAL


Gangguan Bekalan Air Di Balakong, Selangor
Cubaan utk bangkitkan kemarahan penduduk pada kjaan PR Selangor.. gagal.. kerana penduduk Selangor tahu siapa punya angkara....


Rafizi: Syabas, Puncak Niaga wajar belanja wang selesai masalah air, bukan saman

 Syarikat pengurusan air di Selangor (Syabas) dinasihatkan agar menukar sistem penapisan di semua loji yang gagal berfungsi dengan baik daripada menggunakan wang guamannya menyaman pengkritiknya.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Syabas dan Puncak Niaga (serta pemiliknya) nampak dangkal apabila sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti beliau.

Katanya beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak difikirkan tidak meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan nombor satu dalam memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk.
“Jika ini bermakna saya akan berdepan dengan tindakan undang-undang, ini bukan kali pertama saya diheret ke mahkamah apabila bersuara di dalam isu berkepentingan awam.

“Cuma SYABAS dan Puncak Niaga sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media.

Syabas bertindak mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataan Rafizi pada Isnin lepas mengenai masalah bekalan air yang terganggu melibatkan lebih 100,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang.

Mengulas tindakan saman itu, Rafizi berkata sudah menjadi kebiasaan Syabas atau Puncak Niaga mengambil pendekatan saman setiap kali ada kritikan mengenai prestasinya sebagai syarikat yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau mengambil pelbagai langkah untuk mengetengah rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

“Ini termasuklah, mengumpul tanda tangan bantahan, membawa kes kegagalan Syabas ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, membawa isu untuk dibahaskan di Parlimen.

“Termasuk juga mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya menyediakan bekalan air kecemasan apabila berlaku gangguan dan berbincang dengan kakitangan Syabas sendiri untuk membantu penduduk,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rafizi, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya terus mengkritik prestasi Syabas kerana kelemahan perancangan dan operasinya.

Dalam gangguan terbaru, kata Rafizi, beliau tidak dapat menerima alasan bahawa dua loji iaitu Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di dua loji itu.

Sedangkan sekiranya loji berkenaan dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

Melalui semakan awam, beliau mendapati bahawa kedua-dua loji hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 mg/liter.

Pada masa yang sama, sisa air rawatan daripada sistem kumbahan yang dilepaskan ke sungai-sungai oleh Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi kerana piawai yang dibenarkan adalah maksima 15 mg/liter atau 25 mg/liter (bergantung lokasi sungai).

Ini bermakna pengendali loji penapisan air seperti Puncak Niaga sememangnya tahu bahawa wujud kemungkinan kandungan ammonia di dalam air sungai yang tinggi terutama apabila musim panas kerana kekurangan hujan.

Dalam keadaan ramalan cuaca boleh dirujuk, pengendali LPA seperti Puncak Niaga sepatutnya boleh menduga tempoh tertentu yang mana kadar kandungan ammonia di dalam air sungai lebih tinggi yang boleh menjejaskan bekalan air.

“Persoalan yang saya timbulkan ialah kenapa tidak ada tindakan proaktif sebelum ini di pihak Puncak Niaga (dan Syabas kerana kedua-duanya dikawal oleh kepentingan yang sama) untuk menaiktaraf LPA sedia ada agar semua LPA ini boleh mengambil air sungai berkandungan ammonia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter kerana perkara ini boleh dibuat,” tanya Rafizi.

Beliau difahamkan Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis (filtering system) yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Masalahnya, pemasangan sistem penapis baru ini akan mengambil masa lebih enam bulan dari sekarang dan tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air sekarang.

“Bukankah jika tindakan ini diambil lebih awal, dengan mengambil kira ramalan cuaca, masalah gangguan bekalan air yang kini menyusahkan rakyat di seluruh Selangor dapat dielakkan?” soal Rafizi.

“Sebab itu saya mengkritik kelemahan perancangan Syabas dan Puncak Niaga yang tidak menduga lebih awal keperluan menggantikan sistem penapis kepada Sodium Aluminosilicate yang jika dibuat lebih awal dapat mengelakkan masalah bekalan air sekarang,” katanya.

Katanya, tindakan jangka pendek iaitu menggunakan kolam-kolam air berdekatan dengan hilir Sungai Langat untuk mencairkan air sungai yang digunakan oleh LPA Bukit Tampoi perlulah dilaksanakan segera kerana kosnya hanyalah sekitar RM360,000 sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...