Brent jatuh di bawah AS$50 setong
Minyak mentah brent bagi penghantaran Februari menyusut kepada AS$47.43 (RM153.08) setong di London, kali pertama berada di bawah AS$50 sejak bulan April 2009.
West Texas Intermediate bagi bulan yang sama juga menurun kepada AS$46.07 (RM165.60) setong, paras terendah sejak bulan Mac 2009.
"Penurunan harga minyak disebabkan jualan panik kerana khuatir harga minyak akan terus jatuh," kata penganalisis pasaran, Jasper Lawler dari CMC Market UK.
Kejatuhan harga itu selepas Goldman Sachs menurunkan unjuran yang ketara bagi harga minyak untuk tahun ini, yang mengunjurkan harga minyak Amerika Syarikat dijangka berharga AS$41 (RM147.6) setong dalam tempoh tiga bulan dan AS$39 (RM140.4) setong dalam tempoh enam bulan, berbanding AS$70 (RM252) dan AS$75 (RM270) sebelum ini.
Goldman turut menurunkan unjuran bagi minyak brent.
Firma perbankan pelaburan itu meramalkan pasaran minyak akan terus menyaksikan lebihan bekalan untuk beberapa bulan, lantaran itu harga minyak perlu berada di paras rendah untuk jangka panjang, katanya. - MalaysiaGazette
MENTERI PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR, HARGA PASARAN RON95 JATUH RM1.62 SELITER
Selepas kenyataan-kenyataan saya yang mengkritik sistem penetapan harga minyak yang dilaksanakan sekarang, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato’ Hassan Malek telah memanggil satu mesyuarat tergempar pada 9 Januari 2015 iaitu sehari selepas saya mendesak supaya sistem yang berasaskan stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan dan harga minyak diturunkan setiap minggu.
Bersama-sama ini disertakan agenda mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau pada 9 Januari 2015 yang menunjukkan beliau sedia maklum dengan semua isu yang saya bangkitkan.
Saya juga ingin menarik perhatian rakyat kepada harga pasaran sebenar RON95 seperti yang ditetapkan mengikut formula Barisan Nasional sendiri. Lampiran A menunjukkan bahawa harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari 2015. Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan oleh Barisan Nasional sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter.
Malangnya, dengan sistem penetapan harga setiap sebulan sekali seperti yang dijalankan sekarang, rakyat Malaysia masih terus membayar RM1.91 seliter walaupun harganya jauh lebih rendah.
Perbezaan harga di antara 30 – 40 sen seliter yang dibayar oleh rakyat Malaysia terus dikutip sebagai cukai tersembunyi oleh Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Menteri KPDNKK, Dato’ Hassan Malek segera membentangkan kepada rakyat apakah hasil mesyuarat tergemparnya yang dibuat pada 9 Januari 2015?
Apakah Barisan Nasional akhirnya bersetuju untuk menurunkan harga setiap minggu supaya rakyat boleh menikmati harga petrol dan diesel yang lebih rendah?
Apakah Barisan Nasional bersetuju untuk mengarahkan agar sistem stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan segera oleh syarikat-syarikat minyak supaya semakan harga setiap minggu dapat dijalankan tanpa menjejaskan kelangsungan operasi stesen minyak?
Saya juga menyeru supaya Menteri KPDNKK membentang perkara-perkara ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini dan satu keputusan diumumkan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden & Setiausaha Agung
Ahli Parlimen Pandan
12 Januari 2015
3 ulasan:
Fakta chegu bard...
Harga minyak dunia sekarang AS$47.43 @ RM169.45 setong
1 barrel bersamaan 159 liter...
Harga seliter :-
159 liter = RM169.45
1 liter = RM169.45/159
= RM1.07
Apsal korang kata RM1.50???
Cerita pasal petrol ni, saya nak minta penjelasan dari saudara rafizi tentang gas memasak? Setahu saya sekarang harga setong dah jadi RM 30.00. Beri penjelasan sedikit!!!!
Tnye lah bn. Bn kan barang naik.
Catat Ulasan