13 Januari 2015

SELEPAS BAH BESAR, HARI INI KELANTAN TERLEPAS DARI BAHANA BESAR ..!!!!



KERAJAAN KELANTAN DIKETEPIKAN DARI SAMAN BALAK RM800 JUTA...

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah tak semena-mena menalipon saya.

Berita gembira, katanya. Mahkamah Persekutuan baru putuskan menolak rayuan Timber Mine mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bahawa Kerajaan Kelantan mesti membayar gantirugi sebanyak sekitar RM 800 juta.

Kerajaan Kelantan telah terlepas bahana itu.


Dulu, selepas kalah di Mahkamah Tinggi, saya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman ini.

Berkat doa dan buah fikiran orang itu dan ini, kes yang dulu nya agak sukar utk dimenangi, kini telah sampai ke penghujungnya.

Saya memberitahu Datuk Sulaiman, selaku bekas pengerusi, saya akan adakan majlis kesyukuran ringkas meraikan anda yg terlibat.

Datuk Sulaiman waktu itu agak uzur tetapi tetapi tetap bersama dengan kata ' saya akan tolong Kelantan fi sabilillah....'

Syukur, Kelantan terbabas dari membayar tuntutan Timber Mine yg diwakili oleh Datuk Syafie Abdullah.

Sumbangan saya pun fi sabilillah sama dengan Datuk Sulaiman. Khabarkan berita gembira ini buatmu Teman.

Husam Musa
13/01/15

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...