Kampung Baru Ringlet dilanda banjir lagi, penduduk terperangkap
CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali lagi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Baru Ringlet, di sini dan membuatkan sebahagian penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka terperangkap selepas air Sungai Ringlet naik mendadak.
Air banjir gelombang kedua itu naik lebih tinggi dari kejadian pada lewat petang Rabu lalu itu bagaimanapun surut semula kira-kira 10 minit kemudian dan pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan mengarahkan kesemua penduduk di kawasan terbabit keluar dari kediaman masing-masing bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hujan kembali reda pada jam 2.30 petang tadi dan kini sudah berhenti sepenuhnya.
Pada Rabu lalu seramai enam keluarga membabitkan 26 penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam.
Kejadian hujan luar biasa yang menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh itu mengorbankan lima nyawa di tiga kawasan di sini iaitu di Ulu Merah, Kuala Terla dan Lembah Bertam dengan dua mayat terakhir ditemui kira-kira jam 11 pagi hari ini.-
Beliau berkata, paras air di Empangan Sultan Abu Bakar tidak stabil berikutan hujan lebat petang tadi menyebabkan paras air meningkat.
Katanya paras air banjir hari ini lebih tinggi berbanding kejadian pada Rabu lepas.
Wan Zahari berkata, pusat kawalan operasi dan bencana di Lembah Bertam terus dibuka untuk memantau keadaan cuaca dan pelepasan air empangan mungkin dilakukan sekiranya hujan lebat.
Pada petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera.
Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan