12 Jun 2014

PANAS! CALON TIM. PRESIDEN BAKAL DIPECAT KERANA POLITIK WANG?


Calon Timbalan Presiden PKR dipanggil panel pendengaran khas

PETALING JAYA, 11 JUN: Calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil dalam pendengaran khas berhubung beberapa aduan membabitkan mereka.

Pendengaran itu akan dijalankan sebuah panel khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP), Abdul Malik Hussain.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata calon Timbalan Presiden terbabit adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali.



“JPP sudah tubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi untuk mendengar beberapa aduan terhadap calon Timbalan Presiden.

“Kita akan panggil Tan Sri Khalid dan Azmin. Datuk Saifuddin (Nasution) setakat ini tidak ada sebab dia sudah jelaskan berhubung isu kenyataannya di media,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Johari berkata, sesi pendengaran khas itu akan diadakan dalam jangka masa terdekat.

Sementara itu, Malik pula menambah, pendengaran khas itu perlu diadakan bagi memberi peluang kepada calon terbabit menjelaskan keadaan sebenar.


Johari dan Malik walaupun mengakui pendengaran khas itu iadakan berikutan terdapat aduan politik wang tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci.

Sebelum ini, Azmin dikaitkan dengan tuduhan cubaan menyogok yang didakwa dilakukan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jeyakumar.

Sementara itu, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Hussin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan kerana menyifatkan kes berkenaan ‘berprofil tinggi’ kerana membabitkan pemimpin utamanya.

Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...