MALAPETAKA BUAT RAKYAT!
Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL. Ada 50 keluarga di sana. Khabarnya, khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi.
Walhal, kes masih dalam bicara Mahkamah Tinggi, DBKL bulldoze tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.
Pengerusi Ngo Anak Warisan, Lawyer Zamri memaklumkan kepada saya, kejadian berlaku begitu pantas dan ada penghuni dalam rumah.
Bagi BN ia bukan zalim, proses biasa pembangunan!
Tak silap penduduk telah mengambil peguam umno untuk bertindak?
SUMBER
Panda pun dapat rumah RM25 juta. Ini wajah penduduk Kg Chubadak Tambahan, Sentul. Akibat rumah dihuni lebih separuh abad diroboh DBKL-PTGWPKL siang tadi, mereka berbuka puasa di bangsal.
Malam ini tidur berbumbungkan langit. Ini wajah rakyat marhaen dikerjakan semahunya kerajaan Umno-BN. Zalim. Kerajaan BN zalim!
SUMBER
"Oh itu nama cucu saya" Itu jawab Wahida Salleh,73, dalam senyum pahit bila ditanya tentang nama 'Arif' terpampang pada pintu rumahnya.
Sempat saya solat Marghrib berjemaah di surau kampung itu. Terserlah sugul di wajah masing-masing. Seorang pakcik mendekati saya sambil berkata, "hari ini mereka (Datuk Bandar & Pengarah PTG) tunjuk kuasa. Kuasa Allah mereka lupa."
Kembali ke tapak dua rumah dirobohkan, pemiliknya masing-masing - Hj Halim Hamid, 76 (berkain pelekat) & jiran senasibnya Hj Hamid Saad, 61 (berkopiah) sedang membelek laporan polis dibuat tentang tindakan DBKL & PTG meroboh tanpa notis.
Mereka sekarang bermalam di tapak rumah masing-masing. Unit rumah PPR di Taman Muda tidak punya elektrik dan air.
Bayangkan sanggup kerajaan zalim buat pada mereka yang semuanya MELAYU ISLAM ketika kurang sebulan Ramadan tiba!
2 ulasan:
Alangkah baiknye klu admin.bandingkan ISTANA PANDA dgn rumah Penyokong2 Umngok yg dirobohkan.biar depa ni tau langit tinggi rendah bila berbumbungkan payung Umngok...hehehe
YA ALLAH PADA MU KAMI BERSERAH, KAMI BERMOHON AGAR KAMI DIBERI PERLINDUNGAN UNTUK HIDUP SEMENTARA DI BUMI MU INI DALAM KEADAAN AMAN DAN BAIK. JADIKAN KAMPUNG CHUBADAK TAMBAHAN "BALDATUN TYOIYIBUN WA RABBUL GHAFUR" AMIN YA ALLAH...
Catat Ulasan