Walau bagaimanapun perkara mengenai hudud ini akan tetap dibahaskan sepanjang
sidang DUN berlangsung.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Shamsuddin Lias (gambar) menjelaskan bahawa usul yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik bagi mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor telah ditarik semula.
Menurutnya, perkara ini diputuskan setelah mencapai kata sepakat sewaktu ‘Pre-Council Meeting’ ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) pada 12 Jun lalu.
Katanya lagi, tujuan penarikan semula ini adalah kerana usul yang dibawa tersebut bukanlah bil persendirian sebaliknya ia hanyalah usul untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor.
“Usul hudud tersebut hanyalah satu bentuk persoalan.
“Walau bagaimanapun, perkara mengenai hudud ini akan tetap dibahaskan sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) berlangsung,” katanya sewaktu dihubungi FMT.
Jelasnya lagi, dalam isu hudud ini, pihaknya mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS bersetuju untuk membawa hudud ini ke negeri Selangor.
“Kita mahu melihat sejauh mana PAS bersetuju untuk membawa dan menjayakan hudud kerana sebelum ini perkara ini (hudud) sering dijadikan isu utama PAS terutama ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK)
“Jangan jadikan isu hudud ini sebagai isu politik,” kata ADUN Sungai Burong itu.
Sebelum ini, usul ADUN Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor telah diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.
Usul yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”
Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.
Hudud Selangor: Saya Bukan Speaker DAP - Hannah Yeoh
SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mempertahankan keputusannya membenarkan usul mengenai hudud yang dicadangkan oleh wakil rakyat Umno untuk dibentangkan pada persidangan yang akan bermula minggu depan.
Tegas Hannah, sebagai Speaker beliau tidak boleh mengamalkan pendirian berpihak kepada mana-mana parti politik termasuk partinya sendiri iaitu DAP dan Pakatan Rakyat.
"Bila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat.
"Perkara paling penting ialah sebagai Speaker, saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya pada sidang media di Pejabat Speaker DUN di sini, Jumaat.
Mengulas lanjut Yeoh menegaskan, pandangan peribadinya sebagai wakil rakyat DAP tidak boleh menjadi pertimbangan dalam mengendalikan urusan DUN.
"Pandangan saya tentang hudud tidak penting, atau pendirian parti saya tentang hudud juga tidak penting...saya di sini sebagai Speaker dan saya bertanggungjawab bukan sahaja kepada DAP, PKR atau PAS, tapi juga kepada Umno.
"Sebagai Speaker pandangan saya perlu diketepikan kerana saya bertanggungjawab terhadap urusan Dewan untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya.
Cadangan membentangkan usul hudud di DUN Selangor itu dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik.
Keputusan Yeoh meluluskan usul hudud untuk dibentangkan menerima kritikan negatif daripada MCA dan Gerakan.
Malah sebelum ini wakil rakyat DAP juga lantang mengkritik dan menolak hasrat Umno untuk membentangkan usul mengenai undang-undang Islam itu.
Mengulas mengenai kecaman terhadapnya, Yeoh menempelak sikap segelintir wakil rakyat yang gagal memahami fungsi kewujudan DUN sebagai medan untuk membincangkan mengenai isu yang dibangkitkan.
"Jika DUN bukan tempat untuk berbahas, saya tak tahu apa lagi peranannya. Malah jika wakil rakyat tidak berbahas mengenai isu, saya pun tak tahu mengapa mereka dipilih.
"Adalah penting kepada semua pihak untuk bahaskan perkara ini secara baik dan matang. Bahas perlu menjadi budaya kepada wakil rakyat," katanya sambil menambah sesi perbahasan usul dijangka bermula pada Rabu depan.
Tambah Yeoh yang juga Adun Subang Jaya, beliau mengambil jalan tengah dalam isu hudud.
"Saya tak boleh menang dalam perkara ini. Jika tak benarkan (bentang hudud), Umno akan kata saya anti Islam.
"Jika benarkan, MCA kata saya bermain dengan isu ini. Jika anda Speaker apa anda akan buat? Saya hanya buat keputusan berdasarkan apa yang betul untuk DUN," katanya.
1 ulasan:
rasa sunyi? rasa sepi? Hanya untuk kaum hawa dan betina. Sila panggil saya - Raje - di 0142222259 (laki2 jangan cal saya faham)
Catat Ulasan