10 Jun 2014

KERANA PINGAT MIC TIBAI MCA & UMNO....SEMUA GILA GELARAN!!!


MIC hina UMNO isu pingat kebesaran?


Seorang pemimpin MIC bertindak di luar dugaan apabila secara terbuka mengecam serta menghina Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan kata-kata berbaur hasutan dan kesat di laman sosial Facebook berikutan penganugerahan pingat kebesaran kepada beliau sempena hari Keputeraaan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sabtu lepas.

Apa yang menghairankan, sebagai seorang pemimpin dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional, induvidu terbabit tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan menghina sedemikian di laman sosial tetapi menyelesaikan sebarang persengketaan atau persoalan yang wujud secara dalaman dan bukan secara terbuka.

Pengerusi Cawangan MIC Putra Perdana Bahagian Kota Raja, Surendhar Selvaraju dalam ruang profilnya di dakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berniat untuk menjatuhkan maruah Tengku Adnan dalam isu pemberian pingat kebesaran.

Antara komen provokasi olehnya ialah:

"UMNO kenapa MIC tidak diberi sebarang pingat yang membawa gelaran 'Tan Sri', sedangkan MCA parti tidak berguna boleh mendapatkannya tetapi MIC yang bekerja keras tidak berupaya mendapatkannya, kenapa double standard?

"Saya tahu bagaimana tengku adnan melayan masyarakat India, Aku geli dengan tengku adnan la brother, macam troll (toyol) putih.

Terdahulu, Mg telah menerbitkan berita ketiadaan pemimpin MIC yang dianugerahkan pingat kebesaran pada Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...