13 Mei 2014

TERKINI! BN TERENGGANU HILANG MAJORITI, 3 ADUN BN BELAH...KHABAR ANGIN TAWAR MENAWAR SEDANG BERLAKU?

Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah, Menteri Besar Terengganu yang baru, Abdul Razif Abdul Rahman besar kemungkinan menjadi Menteri Besar pertama yang tidak sempat masuk pejabat apabila jawatannya dilucutkan menerusi pembubaran DUN Terengganu.



DUN BUKIT BESI KELUAR UMNO,BN TERENGGANU SEMAKIN GOYAH.


TERENGGANU: Maklumat terkini yang diterima adalah adun Bukit Besi Roslee Daud,(tiga dari kanan) telah mengumumkan bahawa beliau telah mengikut jejak Ahmad Said dengan memilih utuk keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Kedudukan terkini kerusi DUN Terengganu sehingga pagi ini adalah BN sebanyak 14 kerusi, PAS 14 kerusi , PKR 1 kerusi dan Bebas pula sebanyak 3kerusi.

Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB), yang kemudiannya keluar dari parti UMNO,Peguam Syahredzan Johan yang mengulas perkara tersebut dipetik dari Awani berkata situasi di Perak membabitkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari BN untuk merebut kerusi MB Perak mungkin bakal berulang di Terengganu.

Tambah beliau, jika terdapat undi tidak percaya yand dibuat di dalam Dewan, antara pilihan yang ada adalah untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.


Kisah Sebenar Disebalik Mad Said Letak Jawatan Yang Ramai Rakyat Terengganu Tidak Tahu

Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO dibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.

"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?

"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.

Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.

"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.

Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,

"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka".

Relaks.. Politik Merajuk! Najib Belum Bagi Hulur Habuan Untuk Mad Said.. Kalau dapat pasti Mad Said U-Turn/Bebas mesra UMNO


Read more: SINI


RAZIF MB BAHARU TERENGGANU....MUGKIN MB TERPENDEK MEMERINTAH DALAM SEJARAH ......



Ahmad Razif melafaz sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, malam tadi. ADUN Seberang Takir angkat sumpah di hadapan Sultan Mizan jam 9.23 malam tadi

Kuala Terengganu: Desas-desus mengenai pertukaran Menteri Besar Terengganu sejak sebulan lalu, terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, 

malam tadi.


BN k'jaan minoriti di T'ganu



Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.

Hari ini, ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib.

Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.

Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota.

Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.

Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.

Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...