14 Mei 2014

DRAMA SEPAK TERAJANG POLITIK UMNO TERENGGANU BERAKHIR SEMUA DAH U-TURN

Ku sangka nelang hingga ke petang, rupenyer nelang sekerat jalang....

Ahmad Said Kembali Sertai UMNO, Kesal Kemelut Yang Berlaku



Putrajaya – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. -bharian




Ahmad Said tak hadir pertemuan dengan PM

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak akan hadir ke pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan krisis terbaru negeri itu.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Ahmad memaklumkan kepada Malaysiakini, bosnya itu tidak akan melibatkan diri dalam pertemuan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, memetik sumber Berita Harian melaporkan, seorang ADUN Terengganu, Ghazali Taib didakwa bertukar fikiran dan bakal menarik balik perletakan jawatannya.

Akhbar berkenaan melaporkan, ADUN Ajil yang juga anggota Exco tersebut akan kembali menyertai Umno dan memberi majoriti kerusi kepada BN.


Sekiranya beliau benar-benar berbuat demikian, bermakna hanya Ahmad yang masih kekal dengan keputusan keluar Umno.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, ADUN Bukit Besi Roslee Daud telahpun menarik balik keputusannya untuk meletak jawatan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Ghazali dan Roslee berhubung perkara itu.

Laporan di portal Berita Harian hari ini menyebut, kedua-dua wakil rakyat berkenaan dijangka akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Seorang pembantu Roslee ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan wakil rakyat berkenaan berada di Putrajaya pada hari ini.

Sekiranya perletakan jawatan Rosleen dan Ghazali tidak diambil kira, BN kini menguasai 16 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...