15 Mei 2014

DAP WAJAR LETAK DYANA DI TELUK INTAN BAGI MENOLAK PERSEPSI PERKAUMAN YANG DIMAINKAN OLEH BN !!!



Setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mungkin diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dalam cubaan mengambil hati pengundi Melayu berikutan pendirian keras parti itu menolak hudud.

LIHAT KOMEN MSK :

PRK Teluk Intan adalah ujian kepada DAP sama ada mahu mengekalkan polisi warlord, atau "UBAH". Semua orang tau, di Perak ada dua orang warlord dalam DAP Perak. . Kit Siang, Guan Eng dan Kok Wai perlu pecahkan dominasi warlord ini dengan meletakkan seorang yang masih belum terpalit dengan politik warlord ini.

Dyana Sofya mampu memecahkan tembok rasisma, memecah tradisi kronisma dalam DAP dan membawa suara anak muda masa kini untuk keharmonian rakyat masa depan.
Amacam? Ok tak ayat skema ni?
Kalau OK, bagi satu like kat Dyana.

https://www.facebook.com/DyanaSofyaFC


Dyana antara calon yang sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa pilihan calon parti, kata sumber daripada pimpinan pusat DAP.

Sumber itu turut mengesahkan ahli DAP Hew Kuan Yau, setiausaha politik kepada ketua DAP Perak Nga Kor Ming, Chong Zhe Min serta bekas ADUN Jalong Leong Mee Meng; turut dipertimbangkan.

Calon itu mungkin akan diumumkan Sabtu ini, dua hari sebelum penamaan calon PRK Teluk Intan, kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sementara itu, satu lagi sumber pimpinan pusat berkata jawatankuasa tersebut, yang dianggotai pemangku pengerusi parti, Tan Kok Wai, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang sendiri masih belum membuat keputusan berkenaan calon berkenaan.

Kedua-dua Kit Siang dan Tan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang maklumat berkenaan calon parti itu.


"Saya tiada apa hendak dikatakan," jawab Kit Siang.

Umum mengetahui kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang telah pun diangkat menjadi wakil rakyat termasuk exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Kim, dan Ean Yong Hian Wah; exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok dan MP Batu Kawan Kashturiraani Patto.

Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13.

Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

"Ya, memang saya berminat (bertanding di Teluk Intan)," kata Dyana kepada Malaysiakini tetapi mengaku pimpinan parti masih tidak memberitahu beliau mengenai pencalonan.

"Walaupun saya bukan dari Teluk Intan dan dan tidak banyak menghabiskan masa di sana, saya mempunyai kawan dan keluarga di sana,"kata beliau.

* POLITIK BARU AGAR DISEGARKAN UNTUK MENARIK PENGUNDI MUDA TERUTAMA MELAYU MENDAFTAR UNTUK MENGUNDI.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...