16 Jun 2013

Kompom ! Mat Bashah Akan Dipecat ???


Datuk Ahmad Bashah akan dipecat hari ini?

Gerakah menyingkirkan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang diusahakan oleh beberapa puak dalam UMNO mungkin menjadi kenyataan hari ni. Desakan tersebut semakin bertambah kuat apabila Datuk Mukhriz berjaya menawan Kedah dari PAS melalui penipuan serta membeli pengundi Melayu dengan wang tunai yang dijalankan secara besar-besaran menjelang PRU13 lalu.

Antara puak dalam UMNO yang paling kuat berusaha menjatuhkan Datuk Bashah sebagai Pengerusi UMNO Kedah ialah Kumpulan 11 Alor Setar. Hari ini Datuk Najib yang dikatakan tertekan dengan desakan puak-puak dalam UMNO Kedah itu mungkin terpaksa menuruti kehendak mereka dengan memecat Ahmad Bashah dan menggantikannya dengan Mukhriz.

Adakah berita ini akan jadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat...

BERITA BERKIATAN :

Pengerusi Umno Kedah baru diketahui hari ini


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dijangka diumumkan hari ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Kedah.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, semua pihak tidak wajar membuat apa-apa spekulasi sebalik perlu menunggu keputusan rasmi yang diputuskan dalam mesyuarat itu.

"Esok (hari ini) kita akan buat keputusan untuk menamakan pengerusi. Perlis sudah dapat, Kedah insya-ALLAH kita akan tahu.

"Saya tidak mahu buat sebarang keputusan, kita akan buat keputusan dalam mesyuarat perhubungan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia melepaskan jawatan tertinggi Umno peringkat negeri itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, sebelum ini berkata, beliau bersedia menggalas jawatan itu jika diputuskan pucuk pimpinan parti.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan berkenaan merupakan cabaran besar dalam parti yang perlu dipikul kerana tanggungjawabnya berat.


Pengerusi Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyifatkan kesediaan Ahmad Bashah mengundurkan diri daripada jawatan itu sebagai wajar.

Beliau berkata, secara tradisi jawatan tertinggi Umno di peringkat negeri akan dipegang oleh Menteri Besar.

Menurutnya, pengumuman kesediaan Ahmad Bashah yang juga untuk melepaskan jawatan itu sebagai selaras dengan tradisi parti dan tindakan yang matang sebagai ahli politik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...