17 Jun 2013

Hot : Punca Presiden SBY mahu jumpa Anwar Terjawap !


Betulkah Cina akan sapu semua? Reputasi dasar rasis UMNO menjadi sebutan serantau

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.

"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar semasa Perhimpunan Black505 di Batu Pahat pada malam Ahad.

"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita. Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."


UMNO mula "terkenal"

Anwar turut mengulas bahawa maklumat yang diberikannya mencerminkan parti UMNO pimipinan Perdana Menteri Najib Razak dan betapa terkenalnya parti itu di rantau ini kerana dasar rasismenya.


Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke-13 (PRU13), pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri telah menggunakan retorik perkauman untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Taktik pecah-dan-perintah ini diteruskan selepas PRU13 dimana Najib menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.

Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Sentimen berbentuk stereotaip ini dikutuk secara menyeluruh, terutamanya daripada masyarakat Cina.

Perhubungan antara kaum di Indonesia juga diselubungi kontroversi di mana puak-puak pelampau telah mengambil kesempatan daripada masalah sosial yang dialami di negara itu semasa Krisis Ekonomi Asia pada 1998 untuk bertindak ganas terhadap masyarakat keturunan Cina tempatan. Insiden ini telah menyebabkan kelolosan modal ke negara jiran Singapura.

Oleh sebab itu pimpinan Indonesia, khususnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, cukup prihatin dan mengambil perhatian terhadap perkembangan politik dan perhubungan antara kaum di Malaysia dan justeru telah menjemput Anwar ke Indonesia untuk memberikannya gambaran yang lebih jelas.

"Presiden SBY ingin mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan telah menghantar jemputan kerana liputan media yang luas di Indonesia mengenai perkembangan PRU13 di Malaysia. Sentimen disana memberi gambaran bahawa jikalau penyelewengan pilihanraya berlaku secara meluas di Indonesia seperti yang telah berlaku di Malaysia, sudah tentu rakyat Indonesia telah bangkit dan membantah secara keras, mungkin sehingga tahap revolusi!" jelaskan Anwar kepada hadirin himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.~ mc

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...