13 Mac 2013

[ UPDATED 5.30 PM ] TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT LAHAD DATU - 12HB. MAC RABU

MENYUSUL LAGI
updated 5.30 Ptg.

Komander Musa masih hidup dan ‘menikmati kopi’, kata keluarga Kiram

Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, berdoa bersama keluarga dan penyokongnya di Taguig, Manila 6 Mac 2013. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan Malaysia telah membunuh “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut juga mempertikaikan angka daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai bilangan kematian militan Sulu, mengatakan hanya 23 anggota kumpulan itu telah dibunuh setakat ini.

Menurut angka daripada polis tempatan, 56 militan Sulu telah gugur sejak serangan bermula pada 1 Mac.-TMI

Tentera Filipina pintas 35 pengikut Sulu bersenjata



Abigail Kwok, InterAksyon
4:13PM Mac 13 2013

Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini.

Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.

Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.

Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.

Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.

Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah.

Sebelum kejadian ini, pihak berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan yang sedang menuju ke Sabah.

Di samping itu, ratusan rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina selepas melarikan diri daripada apa yang ramai daripada mereka mendakwa, tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia.

- InterAksyon

Jenazah perwira negara (dari Kelantan) di airport Kota Baharu



9.00 PG. -JENAZAH DUA ANGGOTA TENTERA GUGUR DI LAHAD DATU TIBA DI PANGKALAN TUDM

.

Pesawat yang sama akan menerbangkan kedua-dua jenazah ke Kota Bahru untuk dikebumikan di kampung halaman mereka.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Kementerian Pertahanan memutuskan bahawa kedua-dua perwira negara itu dinaikkan ke pangkat koperal penuh


Gambar: Tabik Hormat-Al-Fatihah

Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA



Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi ini. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'.





Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mat
i.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...