16 Mac 2013

KANTOI ! HINA POLIS... " CIKGU LOTFI DILAPORKAN MENPUNYAI MASALAH MENTAL "....?




Ini kes Laporan Kes tahun 2009

Siapa dia Cikgu Lotpi... lihat ketika kes 2009, saksi yang berada di tempat kejadian menyifatkan tindakan cikgu Lotpi seperti tidak siuman, melihat dari maksud laporan polis beliau mempunyai masalah mental sebelum ini  Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memandang serius perkara ini.. Cikgu Lotfi perlu menjalani ujian masalah mental di Hospital Tanjung Rambutan untuk membuktikan yang dia benar-benar waras..

Dalam  keadaan cikgu Lotfi macam ini ia mampu mengancam keselamatan guru dan anak muridnya yang lain. kita perlukan perhatian serius untuk perkara sebegini.




Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman


Suspek seorang guru (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."



POLIS KELANTAN KESAN TENAGA PENGAJAR HINA PASUKAN KESELAMATAN

Kota Bharu, 14 Mac - Polis Kelantan kini giat mengesan seorang
tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Feb lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

"Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong di sini hari ini.

Pada majlis itu, 96 anggota polis dari seluruh daerah di negeri ini diberi sijil penghargaan selepas menamatkan kursus bantuan awal menangani perusuh sebelum Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi.

'Print screen' yang ditunjukkan Jalaluddin kepada pemberita jelas menyatakan tenaga pengajar itu menghina anggota keselamatan yang berjuang menentang penceroboh di Lahad Datu dengan penggunaan perkataan seperti 'anjing', 'mati katak' dan 'doggie'.

Jalaluddin berkata beliau hairan dengan suspek yang berpendidikan tinggi, namun masih berfikiran sempit sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.


"Kami turut terima laporan polis yang dibuat oleh seorang penjawat awam pada 5 petang semalam berhubung perkara itu dan kami percaya suspek sedang bersembunyi di negeri ini," katanya. - 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...