12 Mac 2013

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT LAHAD DATU 12 MAC - [ VIDEO ]





UPDATED : 9.00 MLM.   -MENYUSUL LAGI DARI SEMASA KE SEMASA: 

Seorang anggota tentera maut kemalangan di Lahad Datu



Click to Expand & Play
KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

“Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.

Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.

“Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.

Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.

Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.

“Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.


Seorang lagi anggota tentera meninggal dunia apabila trak dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih - Pesuruhjaya Polis Sabah


Anggota tentera pertama terkorban di Lahad Datu
                                                                                                                                                        Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota 
penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.

Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Ma
c

Isu Lahad Datu masih berdarah. Doakan perajurit negara agar dikuatkan iman dan taqwa kepada Allah.  Ini gambar 1124833 Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi tadi. Dalam keadaan stabil di Hospital Sandakan.~ FB


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) · 358,926 menyukai ini

AL FATIHAH: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Seorang tentera Malaysia terbunuh manakala 3 pengganas mati dalam pertempuran di Sg Nyamuk, Kg Tanjung Batu, pagi ini.

3.30 PTG.

Polis sahkan 6 suspek ditahan di Kg. Bangau-bangau

SEMPORNA 12 Mac - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam... jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

10.15 pg - Sidang Media PPS Datuk Hamza

- Keadaan di Semporna telah pulih

- satu mayat telah dikeluarkan semalam dari Tg Batu menjadikan jumlah terkumpul pengganas yang terbunuh ialah 23 orang

- Disahkan Jeneral yang terkorban adalah Hj Musa

- Dr Marzuki dari unit Forensik dan pasukannya telah kembali ke kubur tersebut di mana didapati bukan 9, tetapi 15 orang sebenarnya yang terdapat di dalam kubur tersebut.

- Dipercayai juga ada kubur bersebelahan dengan kubur pertama yang ditemui sebelum ini - Mangsa yang terbunuh adalah pada 1 hb Mac yang lalu



LAHAD DATU, 12 Mac — Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.

“Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baharu itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.
“Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.

“Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas.

Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac.

BERITA DARI FILIPINA

NBI sepina Kirams


(philstar.com) | Updated 12 Mac, 2013 - 15:35


Sultan Sulu Jamalul Kiram III, betul, bercakap dengan saudaranya Sultan Bantilan Esmail Kiram II  di kediaman beliau di selatan Manila, Filipina pada hari Ahad, 10 Mac, 2013.


MANILA, Filipina - Biro Siasatan Negara (NBI) telah menyaman  keatas Kesultanan Sulu berkaitan dengan siasatan berterusan yang dikatakan "teori konspirasi" di atas krisis di Sabah.

Fatima Cecilia Kiram berkata dia dan suaminya, Sulu Sultan Jamalul Kiram III, sedang disepina untuk hadir di hadapan Biro Siasatan Negara (NBI) pada 10 Mac pada pukul 10 pagi

Beliau berkata yang juga dinamakan dalam sepina itu adalah saudara Sultan Kiram, Sultan Bantilan Esmail Kiram II, yang bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan Mar Roxas pada hari Isnin.

Roxas dan Esmael Kiram bercakap tentang "pengunduran" terhadap tentera kesultanan Sulu, termasuk Raja Muda Agbimuddin Kiram, dari Sabah untuk menamatkan krisis.

Juga disaman untuk hadir di hadapan NBI adalah Ibrajim Idjirani, setiausaha agung dan jurucakap kesultanan.

Puan Kiram berkata bahawa mereka akan mematuhi sepina itu NBI.

"Boy" Pastor Saycon, penasihat kesultanan Sulu dan strategi politik dan setiausaha agung Majlis untuk Filipina Hal Ehwal (COPA),  akan pergi kepada NBI pada pagi Selasa.

Dia dan dua yang lain - bekas Keselamatan Negara Penasihat Norberto Gonzales dan bekas wartawan penyiaran Waldy Carbonel - juga telah dijemput untuk hadir di hadapan NBI ~ Sumber Berita


MENYUSUSUL LAGI....


Kedahkini


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga perwira-perwira kita tabah menghadapi pengganas yang menceroboh tanah air kita,semoga mereka dilindungi ALLAH SWT...brjuanglah wahai perwira yang sejati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...