KAMI baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, ‘Jeneral’ Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.
Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan.
Sekeping gambar lagi yang kami peroleh adalah wajah salah seorang tali barut yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.
Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu ‘Jeneral’ Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.
Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.
Hari kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.
Sebarkan foto anggota militan sulu kiram III ini....Apa macam siapa yang bagi IC ?? Datang cari makan di Felda Sahabat..akhirnya kita digigitnya !! HAIWAN sungguh !!
Beliau dikenali sebagai "mandur"..foto diatas adalah satu majlis 'penyerahan beret' atau penyerahan tugas khas dan ikrar taat setia pada Kiram III yang diberikan kepada talibarut yang selama ini bekerja di ladang sawit Felda Sahabat..menurut sumber.
Foto ini di rakam oleh anggota beliau sendiri dan ianya ketika hari pertama mereka mendarat !!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan