03 November 2012

Konvoi Kembara Oren Dihalang Oleh Pihak Luar

Mazlan, konvoi Kembara Oren dihalang di Sg. Siput


 Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan mereka.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan.

“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian. “Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang,” tambahnya.
Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang. Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis.

Mereka kemudian keluar dari tempat tersebut kira-kira jam 11 pagi.

"Saya yakin sebahagian besar mereka ini adalah orang luar dan diupah pihak tertentu untuk menghalang kami," kata Mazlan lagi.

Kembara Oren Selamatkan Felda adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak yang di pengerusikan Razman Zakaria dengan kerjasama NGO Anak.
Kembara tersebut akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.

Selain bertemu warga felda, kembara ini juga turut membawa risalah penerangan berhubung isu-isu berkaitan felda untuk disebarkan kepada warga peneroka.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, pasukan kembara itu kini meneruskan kembara ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Ijok, Larut sebelum ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut.

"Kami tak tahu apa lagi di hadapan kami. Ada kedengaran kami juga akan di halang lagi selepas ini. "Saya tetap yakin ini adalah provokasi pihak luar yang dirancang," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...