28 Oktober 2012

Panas ! Utusan Hampir Bangkrap..Salahkan GLC Pulak...



  Malang utusan bertimpa-timpa  sudahlah jualan merosot , kena saman memanjang sekarang terpaksa mohon maaf sebab tidak mampu lagi bayar,  kalah saman meningkat ratus ribu satu-satu kes. Inilah akibat kerja fitnah jahat akhbar pro Melayu,  sekarang gaduh GLC tidak mahu mengiklan pulak, habis takkan nak salahkan Ostaz Azizan ? siapa yang jadi pengerusi GLC Kerajaan Pusat sekarang harus dipersalahkan.......

GLC gagal bantu akhbar Melayu

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kegagalan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) membantu masyarakat bumiputera mempunyai asas kukuh sebagaimana yang dapat dilihat kepada pendapatan iklan industri media cetak berbahasa Melayu yang masih rendah.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff (gambar) berkata, walaupun mengaut keuntungan berlipat kali ganda, GLC masih gagal menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam menyumbang iklan kepada industri media cetak berbahasa Melayu.

"Belanja iklan untuk media cetak tahun lalu secara keseluruhannya mencecah RM3.2 bilion, tetapi bahagian yang diperoleh untuk media cetak berbahasa Melayu adalah sekitar RM400 juta sahaja.

"Angka tersebut itu menyedihkan kerana GLC berbelanja sebanyak RM1.5 bilion untuk promosi dan iklan tahun lalu, tetapi berapa banyak yang pergi kepada media cetak berbahasa Melayu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir membidas GLC kerana gagal membantu meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu dan tidak lagi berperanan sebagai pemegang amanah bagi kaum tersebut seperti mana di peringkat awal penubuhannya.

Menurut Mohamad, masalah yang dihadapi industri iklan tempatan itu turut disumbangkan oleh kecenderungan GLC untuk menggunakan agensi pengiklanan antarabangsa serta perancang media antarabangsa.

"GLC sepatutnya mempunyai semangat nasionalisme untuk menggunakan agensi tempatan, ramai orang-orang kita yang berbakat telah keluar dari agensi asing untuk membuka syarikat sendiri tetapi tidak dapat hidup kerana tidak dibantu GLC," katanya.

Beliau menambah, untuk melindungi pendapatan pengeluar iklan bahasa Melayu khususnya dalam industri media cetak, kerajaan wajar menggubal Dasar Pengiklanan Negara (DPN) bagi menjamin perkara itu.

"Industri pengiklanan adalah bukti yang menunjukkan agihan dan sumbangan GLC begitu kecil kepada golongan bumiputera, walaupun belanja iklan mereka berjuta-juta ringgit, tetapi langsung tidak seimbang kepada pengusaha bumiputera," katanya.


Kedahkini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat2 suka kalau media cetak berbahasa melayu pro umno gulung tikar.

Tanpa Nama berkata...

kah3x duit iklan 4d, kuda, toto cukuplah bagi gaji pd pekerja tosan seks..makan hasil haram sbb tu fitnah menjadi makanan ruji wartawan otosan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...