29 Oktober 2012

TERKINI ! KEM NAJIB AKAN ADAKAN PERTEMUAN RAHSIA ...?

Maklumat Terbaru Dari Bilik Perang Umno (3)


Sumber yang rapat dengan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin memaklumkan, perdana menteri, Najib Altantuya akan mengadakan satu pertemuan rahsia antara semua pakar strategisnya dalam beberapa hari akan datang.

Agenda pertemuan yang akan dibincangkan adalah pertukaran beberapa menteri besar dan ketua menteri yang tidak sehaulan dengan Najib Altantuya.

Antara nama-nama yang akan bertukar antaranya menteri besar Terengganu, Ahmad Said, menteri besar haram Perak, Zambry Kadir dan ketua menteri Melaka, Ali Rustam.

Selain itu ia akan turut membincangkan pengganti menteri besar Johor, Abdul Ghani Othman yang akan melepaskan jawatannya bagi memberi peluang sama ada ahli parlimen Pasir Gudang, Khaled Nordin atau ahli parlimen Batu Pahat, Puad Zakarshi menggantikannya.

Ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan juga antara nama yang tersenarai antara calon pengganti Ghani.


Ahmad Said dikatakan akan diganti dengan pemimpin Umno bukan bertaraf ketua bahagian manakala Ali Rustam pula yang akan bertanding di parlimen Jasin akan diambil alih jawatannya oleh sama ada kroninya yang juga ahli parlimen Bukit Katil, Md Sirat Abu atau ahli parlimen Jasin sekarang, Ahmad Hamzah.

Zambry pula digugurkan walaupun dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pangkor tetapi penggantinya akan ditentukan kemudian.

Bagaimanapun, ahli parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah dan ADUN Kota Tampan, Saarani Mohamad antara calon yang disenarai pendek.

Selain itu, nama ahli parlimen Tambun, Ahmad Husni Hanadzlah juga menjadi pertimbangan Najib Altantuya dalam usaha mempertahankan Perak dari dirampas Pakatan Rakyat yang awal-awal lagi mengumumkan ahli parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang, Nizar Jamaluddin akan menjadi menteri besar mewakili pakatan itu.

ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman, yang dicalonkan sendiri Najib Altantuya untuk dijadikan menteri besar ketika krisis politik di negeri itu pada 2009 bagaimanapun tidak disenaraikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan.


Lagi laporan lanjut menyusul. - Sumber DISINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...