31 Oktober 2012
Panas ! Misteri Projek 99East Langkawi Terbongkar...Sapa Buat Untung Besar..???
99East Langkawi adalah projek paling bodoh BN untuk sedekah negeri dekat pihak asing...Depa kira untung masuk poket je...
Kisah di antara dua peristiwa dalam Kedah Corporation Berhad (KCB) ia itu Pelaburan di Papua dan 99East adalah dua senario yang berbeza antara langit dan bumi. Dalam kisah pelaburan di Papua, KCB ingin memperkayakan negeri Kedah dengan mencari peluang di luar negeri untuk membangunkan Kedah kerana kerajaan Pusat tidak pernah menyalurkan wang pada kerajaan negeri seperti yang sepatutnya.
Malah mengikut Menteri Besar, Pusat masih berhutang kepada kerajaan Kedah sebanyak RM 200 juta. Tetapi malangnya, oleh kerana sebab-sebab tertentu ianya tidak diteruskan. Sebaliknya dalam kisah 99East ini, KCB menganugerahkan tanah seluas 379 ekar yang bernilai lebih satu billion kepada Terra Monda dan KCB diberi pegangan saham hanya 20%.
Yang anehnya tanah, tanah yang dinugerah itu bukan sahaja tanah kerajaan negeri tetapi tanah kepunyaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), tanah PKNK dan juga tanah perseorangan. Dan mereka mengharapkan KCB menyelesaikan semua isu-isu itu.
Berapa peratus rakyat Langkawi mampu mengunjungi tempat sebegini? Atau pun rakyat Kedah ? Atau pun rakyat Malaysia?
Ooohh! Mungkin Dato akan kata ia member peluang pekerjaan kepada rakyat Langkawi. Apakah setimpal dengan member tanah nilai berbillion ringgit hanya untuk memberi peluang rakyat Langkawi menjadi abdi?
INILAH BEZANYA DATO, PROJEK PAPUA UNTUK MENJADIKAN RAKYAT KEDAH KAYA PROJEK 99 East MEMPAPAKAN RAKYAT KEDAH.
Sanggupkah pemimpin yang waras membuat sebegini? Itulah UMNO. Ikut kata orang tua-tua, “kalau tidak apa-apa tak kan tempua bersarang rendah.” ~
Oleh: Peter Sondokon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan