01 Ogos 2012

TERKINI! RAFIZI DITAHAN POLIS -DIDAKWA DIBAWAH BAFIA

LAGI BERITA MENYUSUL
Rafizi ditangkap di bawah Bafia - 7:59AM Ogos 1 2012

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.-Mk


BERITA DARI AKAUN TWITTER BELIAU:


Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen shah alam jadi akan didakwa jam 9pg #fb -8.02pg
Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya baru dimaklumkan bahawa Sdr Johari Mohamad juga telah ditahan & akab didakwa pagi ini bersama2 #fb-8.15pg
Johari – bekas kerani Public Bank adalah salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya telah ditahan dibawah BAFIA kini dlm perjalanan ke balai polis. Akan dicharge di mahkamah shah alam. Mohon RT #fb


Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Dibawa untuk didakwa ke mahkamah sesyen shah alam sekarang -7.54pg


Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya akan dibawa ke mahkamah sesyen shah alam jam 10 pagi #fb
Butiran 58 saat

Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Sampai balai polis hulu kelang. BNM akan buat laporan polis sekarang & rasanya dr situ ditahan secara rasmi #fb

KOMEN PEGUAM TENTANG AKTA BAFIA


Naib Presiden PKR, N. Surendran menegaskan, arahan yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah tidak sah kerana akta itu bukan digunakan untuk melindungi seseorang yang melakukan perbuatan jenayah.

“Arahan ini adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ini adalah penyalahgunaan Bafia itu sendiri kerana akta itu bukan digunakan bagi melindungi kegiatan jenayah.

“Rafizi telah melakukan pendedahan jenayah, dan suami menteri sendiri telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.




KeadilanDaily ‏@Keadilan_Daily
#RafiziRamli tiba ke balai polis Hulu Kelang jam 7.42 pagi dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam jam 10 pagi ini.

MUNGKIN DIDAKWA ATAS KES PENDEDAHAN SKANDAL NFC ATAU LRT :

Siasatan terhadap Rafizi adalah pelanggaran Akta Bafia, kata Surendran

BERITA TMI Oleh Mohd Farhan Darwis May 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Mei – PKR melihat tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) memanggil Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk memberi keterangan berhubung pendedahan beliau ke atas pendedahan kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah pelanggaran terhadap peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Naib Presiden PKR, N. Surendran (gambar) menegaskan, arahan yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah tidak sah kerana akta itu bukan digunakan untuk melindungi seseorang yang melakukan perbuatan jenayah.

“Arahan ini adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ini adalah penyalahgunaan Bafia itu sendiri kerana akta itu bukan digunakan bagi melindungi kegiatan jenayah.

“Rafizi telah melakukan pendedahan jenayah, dan suami menteri sendiri telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.


“Bagaimana seseorang yang membuat pendedahan penyelewengan NFC boleh dipanggil untuk memberi keterangan atas kesalahan jenayah?” soalnya lagi.

Turut mewakili Rafizi adalah Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya.

Rafizi boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta jika di dapati bersalah di bawah peruntukan Akta Bafia tersebut.

“Ini adalah serius. Ia (Bafia) bukan untuk melindungi pesalah jenayah daripada menyalahgunakan dana awam.”

Rafizi yang ditemani Latheefa dan Surendran dilihat memasuki kawasan perkarangan Bank Negara sekitar jam 3 petang untuk memberi keterangan.

Rafizi sebelum itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya berkata, beliau telah menerima secara peribadi notis tuntutan untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989 hari ini.

Beliau turut menambah, pihaknya “menghormati arahan Bank Negara itu, namun khuatir jika diberikan tekanan terus-terusan terhadapnya dan juga Johari Mohamad, pemberi maklumat kepadanya berhubung skandal NFC.”

Malah, Rafizi berkata, beliau turut menyuarakan perasaan hairan mengapa BNM tidak menyiasat Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Salleh Ismail dan keluarganya kerana terang-terangan telah melakukan pemindahan wang rakyat secara tidak sah ke luar negara.

“Perkara ini diakui mereka, dan bukankah ini perlu disiasat oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram?” soal Rafizi ketika sidang media di pejabat PKR sejam sebelum memberi keterangan dengan BNM.-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...