Tahniah Dato' Mi... Najib dah tak percaya UMNO Kedah
Akhirnya terbongkar rahsia besar bahawa PM Datuk Seri Najib telah menyalurkan bantuan untuk rakyat miskin di Kedah sebanyak RM2.6 juta (ulang sekali lagi RM2.6 juta... biaq UMNO Kedah dengaq meleleh ayaq lioq) melalui Persatuan Pentadbir Awam Kedah a.k.a. KCS.
Apa pasai pulak yang Najib hulurkan melalui KCS? Mengapa tidak melalui JKKKP atau UMNO bahagian?
Menurut riwayat yang boleh dipercayai, sebabnya ialah kerana Najib sudah hilang kepercayaan terhadap rangkaian UMNO. Semuanya penyamun tarbus. Kalau 100 turun... tara nak sampai kat sasaran habih bocoq kot jalan tinggai 10 kat orang miskin. Rupanya isu Najib guna saluran KCS untuk hulog bantuan telah menimbulkan kemarahan UMNO.
Pertama sebab KCS guna rangkaian pejabat daerah, penghulu dan MKK.. walaupun bantuan dari PM (kononnya) tapi yang dapat nama (kata depa) puak PAS jugak. Pulak dahhh. Apa masalahnya sebab salur melalui KCS depa bagi kepada yang benar-benar layak berbanding guna saluran UMNO, hanya orang UMNO dan kroni puak yang ada jawatan sajalah yang dapat.
Punca kemarahan UMNO yang kedua ialah ia projek politik beberapa KCS yang ada hawa nafsu cuba nasib jadi calon BN. Depa guna kabel besaq terus dekat Najib. Sebab tu konon ceritanya sekurang-kurangnya ada tiga nama KCS dah tersenarai sebagai calon BN di Kedah, maka kepanasanlah ahli politik yang dok ada. Sapa dia tiga orang tu? salah sorang tu ialah Dato' Adzmi Din sendiri akan bertanding Sungai Tiang. Yang lain pelan-pelan cerita bang, kita bukak sangkaq ulaq sawa dulu. (style orang juai ubat)-Kedahla
Lapuran Berkaitan sebelum ini:
Kantoi!!! Wakil rakyat Umno Kedah (PEMBANGKANG) tiada wang
Mereka mendakwa tidak mendapat sumbangan dari korporat dan individu.
Ir.Nawawi (topi merah) sedang menyampaikan sumbangan kepada penduduk Pulau Tuba Langkawi.
ALOR SETAR: Umno Kedah kini berdepan masalah baru dalam usaha merampas semula negeri itu dari kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.Pemimpin-pemimpin di bahagian termasuk wakil rakyat mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk melaksanakan aktiviti.
Ketua Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang juga ADUN Kuah mengakui kebenaran ini.
“Kalau tidak ada wang, kami tidak boleh menemui rakyat. Kami perlu lakukan aktiviti terutama menjelang PRU 13.
“Seorang ADUN perlukan RM500, 000 kerana Kedah negeri yang kita kalah, kena buat banyak program dan aktiviti untuk rampas semula negeri ini.“Setakat ini sumber kewangan kami ialah dari Umno Pusat dan Umno negeri tetapi jumlahnya tidak banyak. Sumbangan korporat dan individu tidak ada langsung.
“Kalau wang sedikit, program pun sedikit. Saya difahamkan seorang ADUN di Melaka mendapat peruntukan RM350, 000 setahun manakala di Terengganu RM400, 000,” kata beliau.
Bagaimanapun, Nawawi tidak memberitahu jumlah peruntukan yang diperolehi dari Umno Pusat dan negeri.
Beritahu Najib
Menurut Nawawi, beliau pergi menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberitahu
Perdana Menteri bahawa pemimpin Umno di Kedah tidak mempunyai wang.
“Saya beritahu Datuk Najib, jika mahu merampas semula Kedah, kena beri bajet,” tambahnya.
ADUN Umno Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid turut mengakui dakwaan tersebut.Beliau berkata,
pemimpin Umno negeri susah mendapat wang untuk membolehkan mereka melaksanakan program rakyat.
Katanya, pemimpin Umno di Selangor lebih beruntung kerana mempunyai wang yang banyak.
“PAS sudah membuat program, bermakna mereka ada wang,” tambahnya.Kedah dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 12 tahun 2008. Manakala Kelantan diperintah Kelantan sejak 1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan