30 Januari 2015

TERKINI : HARGA RON95 TANPA SUBSIDI DIJANGKA TURUN RM1.62 SELITER PADA 1 FEB 2015?


Najib Razak terus kutip cukai ke atas pembelian petrol dan diesel. Setakat ini telah dikutip RM1.149 bilion. Rakyat perlu bijak menilai. Sebarkan!

HARGA RON95 TANPA SUBSIDI RM1.62 SELITER, RM516 JUTA CUKAI DIKUTIP BAGI JANUARI 2015



Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 28 Januari 2015 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:
RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgdThCYUZJNGVwM…/view…

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam ke harga hanya RM1.31 seliter pada 28 Januari 2015.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras ke harga hanya RM1.39 seliter pada 28 Januari 2015 (tanpa jamin keuntungan).

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya sepanjang Januari 2015 adalah jauh lebih rendah dari yang terpaksa dibayar rakyat. Pengguna di Malaysia telah membayar harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran disebabkan dasar penetapan harga oleh Barisan Nasional ini.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.63 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.91 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.62 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.93 seliter.


Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), Barisan Nasional mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.

Perkiraan cukai petrol dan diesel tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Dalam bulan Januari 2015, rakyat membayar sebanyak RM307 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM209 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol dan diesel yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi Januari 2015 ialah RM516 juta tanpa diketahui oleh rakyat. Jumlah cukai petrol dan diesel yang dikutip sejak penetapan harga terapung dikawal (managed float) dilaksanakan iaitu dari 1 Disember 2014 hingga kini adalah RM1.149 bilion.

Berdasarkan harga purata RON95 dan diesel bagi Januari 2015, maka harga bagi Februari 2015 yang sepatutnya diumumkan oleh Barisan Nasional pada 31 Januari 2015 tidak boleh lari dari harga berikut:

RON95 ditetapkan pada harga RM1.62 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga RON95 hanyalah RM1.32 seliter.

Diesel ditetapkan pada harga RM1.65 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga diesel hanyalah RM1.35 seliter.

Sekiranya harga yang diumumkan Barisan Nasional berbeza dari harga ini, menteri yang terbabit perlu menjelaskan bagaimana harga RON95 dan diesel ditentukan kerana pengiraan yang dibuat KEADILAN setakat ini menggunakan formula Barisan Nasional sendiri dan harga pasaran MOPS yang diterbitkan.

Saya juga menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab isu-isu berkaitan harga minyak yang dibawa selama ini iaitu:

1. Menghentikan cukai tersembunyi yang dikutip di atas pembelian petrol dan diesel yang sehingga kini telah mencecah RM1.149 bilion

2. Menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi RM1.149 bilion yang telah dikutip untuk digunakan pada masa harga petrol dan diesel kembali naik

3. Menyemak harga pasaran terkini petrol dan diesel pada setiap minggu untuk mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu

4. Mengarahkan syarikat-syarikat minyak supaya stok petrol dan diesel dijual secara stok konsainan (consignment stock) kepada stesen minyak untuk mengelakkan kerugian yang berterusan setiap kali ada pertukaran harga

5. Menghentikan cukai jualan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh sektor pengilang dan industri seperti yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2015 kerana itu meningkatkan kos industri dan seterusnya menghalang harga barang diturunkan

Sehingga kini tidak ada seorang pemimpin BN pun yang menafikan perkara-perkara ini lantas mengesahkan ia adalah benar. Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

30 Januari 2015


SUMBER


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya mencadangkan agar rakyat dapat menggunakan petrol ron95 secara consignment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...