14 Disember 2014

PUNCA MP UMNO UMUM MASUK PKR TERSEBAR!!!




Nur Jazlan Umum Masuk PKR Isnin Depan?

Difahamkan bahawa perbicangan masih berjalan tapi besar kemungkinan Isnin depan, Pakatan Rakyat akan menambah satu lagi kerusi parlimen bila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamad Rahmat akan membuat keputusan terbesar dalam hidupnya dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR.

Bagi meraikan ‘pengorbanan’ besarnya itu, Nur Jazlan disebut-sebut akan dilantik menjadi Naib Presiden PKR, kerana satu dari lima kerusi jawatan tersebut masih kosong berikutan tindakan Datuk Ghafur Salleh membatalkan hasrat untuk melompat parti beberapa bulan lepas, walaupun telah menyatakan persetujuan secara dasar.



Mana mungkin totok umno akan masuk ke parti lain.....

Blog negrapakatan.com tu blog troll macai je......bukan boleh pakai.....


Sama pentas dengan Ambiga, Nur Jazlan difitnah keluar UMNO


Nur Jazlan Mohamed

Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum 'Freedom of Expression Under Treat' semalam.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

"Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

"Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

MalaysiaGazette gagal mendapatkan komen daripada Nur Jazlan yang selalunya mudah untuk dihubungi.

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...