20 Disember 2014

KEJADIAN BANJIR DI KUALA KRAI, MASJID TETAP UTUH WALAUPUN DIHENTAM KEPALA AIR DARI BUKIT



Masjid Kuala Pertang selepas banjir besar...Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan penduduk Kg. Kuala Pertang...


Kuala krai, di kala rumah-rumah sekitar hancur, sebuah masjid tetap berdiri teguh , akibat dilanda kepala air dari bukit.

Kekuatan kepala air yang beratus tan ibarat hentaman tsunami telah merosakkan rumah-rumah berhampiran.

SUMBER

Assalamualaikum..

DUN Mengkebang terjejas teruk akibat banjir yg berlaku secara mengejut pada 17 Dis yang lalu. Sekitar 1,000 keluarga yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan dan ada juga kerumah jiran.

Satu kemalangan jiwa iaitu seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang dihanyutkan arus deras di Kuala Pertang yang mayatnya belum lagi dijumpai, akan tetapi lebih drpd 10 keluarga hilang tempat tinggal krn kediaman mereka dihanyutkan air dan sebahagian besar mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang.

Pusat Khidmat Adun Mengkebang merayu bantuan para dermawan dan saudara-saudara yang bersimpati untuk bersama berusaha meringankan bebanan mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Majlis Tindakan DUN Mengkebang
BIMB: 03-072-01-011725-5

Semoga sumbangan kita dikira sebagai amal soleh oleh Allah.

- Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...