KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di ‘checkmate’ oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Tahunan UMNO (PAU) baru-baru ini, lapor Harakah.
“Hampir sahaja Muhyiddin mahu isytiharkan bahawa bosnya telah gagal. Dalam politik ‘timing’ atau ‘kejituan waktu’ adalah segala-galanya dalam perlaksanaan strategi.
Muhyiddin telah mengisytihar secara lantang kegagalan Najib dengan menyatakan beliau mahukan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu di hadapan perwakilan Wanita dan Pemuda.
Bagaimana Muhyiddin sanggup berkata begitu sedangkan begitu banyak program-program seperti GTP, ETP, NKRA dengan segala KPI dan SRInya? Ini adalah kerana kemiskinan masih wujud di kalangan Melayu-Bumiputera dan gejala jurang kaya dan miskin terus melebar.
Muhyiddin memperhebat ‘serangan’ dengan membawa isu Akta Hasutan dimana Najib telah berjanji untuk memansuhkannya pada Julai 2013 didalam satu interview dengan BBC dan pada Julai 2012 di hadapan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.
Namun kemudian Najib membuat kejutan dengan membatalkan niatnya untuk memansuhkan akta itu.
Dr Dzulkefly menanyakan, “Apakah kenyataan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohammad bahawa Melayu akan menjadi seumpama “Red-Indians” di Amerika satu kebetulan atau semua telah diorchestrated dan ‘stage-managed’? Hanya Allah yang lebih mengetahui.”
Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, berdepan dengan asakan Muhyiddin pastinya merimaskan Najib. Beliau sememang tidak punya banyak opsyen kecuali untuk tunduk dan akur kepada orang nombor duanya yang kelihatan lebih mantap dan bersedia kali ini.
Beliau berpendapat serangan Muhyiddin yang paling jelas dan tuntas adalah dalam isu pemilihan parti dimana Muhyiddin berucap:
“Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini.”
Dr Dzulkefly bertanya bagaimana Najib yang juga Presiden UMNO menangani serangan yang bertali arus dan dari setiap sudut, termasuk dari Dr M juga ikut mengkritik.
“Kini Tun Mahathir sudah mulakan tembakan beliau tentang kegagalan PAU menangani isu 1-MDB, TPPA dan jurang-kaya miskin.
“Mampukah Najib bertahan? tanya Dzulkefly. ~FMT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan