19 Disember 2014

BANJIR DI KELANTAN, KERETA-KERETA DIHANYUTKAN AIR BAGAI TSUNAMI


KEJADIAN DISEKITAR  RANTAU PANJANG, SEMALAM


TERKINI:   Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat

Ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini, dengan jumlah terbesar dicatatkan di Kelantan, daripada 8,505 orang malam tadi kepada 15,624 orang pagi ini.

Di Pahang, jumlah meningkat daripada 1,038 orang semalam kepada kepada 1,586 orang dan di Terengganu daripada 7,567 malam tadi kepada 8,595 orang pagi ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, mangsa banjir kini ditempatkan di 108 pusat pemindahan berbanding 90 malam tadi, yang dibuka di semua sembilan jajahan - Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.

Kemaskini 19/12/14 -11.30 PG.





Jumlah mangsa banjir di Kelantan lebih 8,000 orang
18 Disember 2014

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat daripada 6,693 orang petang tadi kepada 8,505 orang malam ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 90 pusat pemindahan yang dibuka di semua 10 jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.

Di Kuala Krai, sebanyak 2,373 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.

Di Pasir Mas, 1,628 mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan antaranya Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong.

Dalam jajahan Tanah Merah, seramai 1,458 orang ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.

Di Machang, 1,316 mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.

Di Kota Baharu, 816 mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor.

Dalam jajahan Pasir Puteh, 626 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I manakala dalam jajahan Bachok, 60 mangsa di tempatkan di SK Pak Badol.

Di jajahan Tumpat, seramai 126 mangsa ditempatkan di dua buah pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat dan SK Kok Keli.

Di Gua Musang, seramai 82 mangsa ditempatkan di Pejabat Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir.

Di Jeli, keadaan banjir hampir pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 16 orang yang ditempatkan di SMK Ayer Lanas.

Setakat pukul 8 malam, paras air di lima sungai berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.68 meter (paras bahaya 9.00 meter).

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.46 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 26.67 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.84 (paras bahaya 16.00 meter).

Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 36.51 meter berbanding paras bahaya 35.00 meter. - Bernama




Tiga negeri, 24,000 mangsa

Kuala Lumpur: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam.

Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka.

Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu (882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan Jeli (16).

Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang.

Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya.

DI TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada 2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12 tengah malam ini.

Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22 pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583 mangsa/173 keluarga/14 pusat).

Di PAHANG, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah 831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan .

Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing (untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan

19/12/14

8 ulasan:

Lebai Roger berkata...

Salam YAB MB Kelantan dan Ygbhg Timb MB,
Apa komen tuan tentang hudud yg dalam usahaan.........dan bagaimana penolakan DAP terhadap hudud ini. Banjir??? rakyat kelantan dah lama dah tahu musimnya, dan kerajaan BN XPERNAH INGIN membantu, maka elok lah berDIALOG dgn hamno bukanya dengan DAP......KOT2 hamno boleh beriman macam ding ayang atau din tantawi! Apatah dgn adanya tok wali seperti Nik amar al bengap...........Rakyat xperlu dihina sedemikian rupa.....tuan tuan syeikh hoi!

Tanpa Nama berkata...

Din ayam...din ayam...din ayam....mangkuk ayun...

Jongang berkata...

Apa la.

Ujian ALLAH pun nak sabitkan dengan politik...

Tanpa Nama berkata...

Ape da... blahla Boley Jalan. Tgh banjir pun nak politik jugak

Nik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nik berkata...

jangan asyik menyalahkan orang lain atas segala kejadian yg berlaku. kalau dah tahu banjir akan tiba kenapa tak buat persediaan awal. di mana rakan2 dalam pakatan? apa bantuan yg mereka berikan dalam membantj mangsa banjir? siapa yang lebih banyak menggembleng tenaga, masa & kewangan dalam menangani musibah kejadian alam yang berlaku ini? renung2kanlah

UMAT AKHIR ZAMAN berkata...

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
~ Asy Syura Verse 30

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...